Pada satu malam, Farid dan kawan baiknya, Niko memecah masuk sebuah bangunan hospital lama. Di situ, Farid telah menemui sebuah anak patung yang cantik lalu membawanya balik. Sejak itu pelbagai kejadian aneh mula menimpa keluarganya.
“Sama ada puan percaya atau tidak, anak-anak patung di sini mempunyai roh mereka sendiri. Mereka bukan anak patung biasa, mereka anak-anak ibu seperti anak-anak manusia yang lainnya.” MAE KA
“Kamu kena tahu. Luk Thep bukan barang permainan. Dia bukan anak patung. Dia ada roh. Kalau kamu tak jaga dengan betul, mungkin akan berlaku musibah.” AREE.
Benarkah anak patung itu yang menjadi puncanya? Berjayakah Farid membuang anak patung itu untuk menyelamatkan keadaan?
Apa yang menarik tentang buku ini adalah dapat tahu tentang kewujudan patung Luk Thep. Bila di-Google memang ada rupanya. Cuma selain itu, ceritanya tak berapa menghantui jiwa sangat. Boleh dikatakan tak seram langsung pun.
Cerita dibuka dengan pengenalan beberapa watak dengan babak-babak pendek. Rasa tak puas hati membaca sebab terlalu banyak berpindah babak. Disebabkan babak-babak pendek ini juga, perwatakan dan hubungan antara watak tidak terasa autentik dan lancar. Hanya wujud pada dasar permukaan saja. Cubaan untuk mengaitkan segalanya juga kelihatan terlalu ketara dan menyebabkan cerita menjadi mudah diramal dari awal.
Motif watak juga tidak kuat. Logik terhadap tingkah laku watak juga bersifat aneh. Barangkali dijadikan sebegitu sekadar untuk menjadi jambatan meneruskan cerita. Permulaan segala gangguan hantu dengan mengutip patung Luk Thep tidak begitu meyakinkan. Seterusnya, gangguan demi gangguan yang berlaku terasa remeh dan kemudiannya apabila patung berpindah milik dirasakan berulang perkara yang sama. Jadi, tiada kejutan kerana tiada pembaharuan dalam penyampaian cerita, makanya tiadalah keseraman seperti dikatakan pada awalnya yang dapat dirasakan.
sebenarnya dah lama tak baca buku yang genre macam ni. »»———- ———-««»»———- ———-««
kisah yang sangat ringkas dan menarik berkaitan tentang anak patung 'bernyawa', ramai yang sangka anak patung ini sekadar 'patung' tetapi bila kita fahami tentang 'bayi' itu sebenarnya ianya menakutkan.
kisah anak patung yang bernaya 'Anong'. anak patung yang dibirkan bertahun lamanya disebuah hopital lama.
farid dan nico kembali semula kehopital tinggal itu dan mereka berpisah tapi nasib farid dia menjumpai anak patung yang unik, dengan perasaan ingin tahu dia bawa patung itu balik kerumahnya. hari demi hari pelbagai kejadian yang hanya adik Farid bernama Farah saja yang mampu mendengar tentang 'anong'. hingga satu kejadian yang tidak terduga hingga meragut nyawa. selepas kejadian itu Farid nekad buang anak patung jauh dari kawasan rumah nya.
ikatan itu telah tersemat mati anak patung itu kembali semula ke rumah farid. hingga jiran rumah farid, ustaz syafik merawat keadaan farid dan nico. bukan hanya Ustaz saja yang melihat kelibat patung itu tetapi seluruh penduduk flat melihat perkara ganjil itu.
dan ada sebuah keluarga yang sedang mencari patung itu untuk mematikan perjanjian yang telah lama terikat. terseksa akibat orang yang tersayang mati dan 'anong' tidak mendengar kata. jadi kelaurga yang yauh ini memutuskan utk mencari yang membuang perjanjian itu supaya tidak ada yang tersiksa akibat 'anong'
»»———- ———-««»»———- ———-««
dalam banyak buku Maria Kajiwa I think this book gives me a more satisfying ending and the whole story is insane. why ? because this book gives me a dark and a little bit horror. Face Fast story all characters have their own life story detailing the perfect overall story so it is recommended to a person who wants to start reading horror books.
Finish in one sitting, dah memang bukunya tak tebal. Tapi tebal atau nipis bukan ukuran, kalau cerita tak best, yang nipis pun boleh makan masa berbulan-bulan nak habiskan.
Plot yang menarik seperti biasa dari MK, cuma kali ni aku rasa darjah keseraman dia ada merudum sedikit. Tapi, feel tu tetap dapat. Tangan pun laju menyelak halaman berikutnya bersama rasa saspens. Masalah utama dalam cerita ni sebenarnya bagi aku cuma komunikasi, ianya takkan berlarutan, dan mungkin dapat diikhtiarkan lebih awal, sekiranya watak² dalam ni membuka mulut dan tidak memendam.
Tolak 1 ⭐ sebab selain level seram yang sedikit drop, ada beberapa tempat jugak typo dan perkataan yang kurang lengkap, yang agak menjejaskan pembacaan. Overall, satisfying!
Jalan cerita yang sangat menarik. Anong sebuah anak patung yang 'bernyawa' bila sudah terikat dengan perjanjian bukan semudah itu untuk meleraikan ikatan nya. Jangan terpedaya dengan 'kecantikan dan kesempurnaan' nya dikuatiri akan memakan diri.
Apa pun, cerita ini sememangnya menarik untuk dibaca. Cuma terlalu singkat dan rasa tak puas sebab bila dah nak sampai ke klimaks cerita nya dah habis. Sayang sekali...
" Engkau tentu setuju kalau aku katakan gembira dan bahagia itu susah nak dapat pada zaman sekarang, jadi kalau ada, simpan baik baik. "
Buah tangan Kak Maria memang jarang mengecewakan. Berbaloi setiap helaian. Dalam naskah ni ada kecewa, sedih dan seramnya tersendiri. Berlarut2 dalam kesedihan dan kekecewaan itu tidak baik. Apa pun semuanya perlu berbalik kepada Sang Pencipta.