Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Astatine

Rate this book
Kerana hati mahukan apa yang ia mahu.

“Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya”. – ESHAL ELZAHRA

Itulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis.

“Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?”– ARDEAN TUFAIL

Itu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis.

Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen.

“Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only.” – ARDEAN TUFAIL

Detik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi lebih rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya.

“Allow me to make you happy, allow yourself to be happy.”– ARDEAN TUFAIL

Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal.

“Awak akan menyesal, Ardean!” – ESHAL ELZAHRA

Dan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia, tak akan pernah mengalah!

Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik.

“Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat.”

743 pages, Paperback

First published June 1, 2024

44 people are currently reading
467 people want to read

About the author

Anjell

15 books2,229 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
326 (64%)
4 stars
126 (24%)
3 stars
40 (7%)
2 stars
12 (2%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 99 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
July 28, 2024
Warning : mental illness, suicide, broken family

F tertanya² mana pergi review yang menyatakan tentang ayat² softporn dalam ni.

Dan satu lagi yang dok highlight kt Fb tu ada ke baca? Kadang² F rasa diaorang ni semua nak naikkan followers.

Berkali² F selak page.. dok cari apa yang softporn ? 2 3x dok ulang. F tak rasa apa². F hilang sense ke apa ni? Korang baca dengan minda terbuka.. cuci otak tu gan clorox okay 😊


Watak Dean bagus. Penyabarnya dia dengan sikap Eshal. Eshal ni depression dia melampau sampai dia suka cederakan diri. Kesian life Eshal. Dean memang lelaki green flag. F suka moment diaorang masa wedding. Teringat movie Mann.

Eshal beruntung dapat masuk dalam family Dean. Kalau dari family Eshal sendiri dia dipulaukan tapi dalam family Dean diaorang welcome her. Cakap pun elok² je.. lembut je. Masa Dean suarakan hati nak kahwin dengan Eshal.. ayah Dean takda soal banyak pun.. relax-nya family Dean.

Plot twist yang F tak sangka. Eh banyak lak kejutan. Bukan sahaja dari family Eshal tapi diri Dean sendiri pun ada.

F sebak masa atuk Eshal meninggal.. atuk dia tahu apa yang Eshal tahu. Atuk dia sayang Eshal cuma cara atuk Eshal agak keras. Kudos to Dean yang banyak support Eshal jadi better person.

Watak Karina sangatlah bimbo... kadang² belajar kat overseas pun boleh jadi bodoh 🧐

F harap Anjell buat kisah Nufail. Ehh kisah Hanz mana ni? Lama tungguuuu 🙈
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
June 12, 2024
ardean is too perfect, too good to be true even his family hebat hebat belaka sangat fictional macam takde kelemahan dan kekurangan langsung😂

bertentangan pulak dengan eshal yang sangat sangat broken and complex. through out the story we can see her character development and the core reason why she be like that. kita boleh faham in-depth her character and act. watak dia dari awal sampai tengah cerita dah serupa watak fl dalam suami tak kuhadap ha lebih kurang gitu la cuma Eshal ni kita faham dia ada reason dia jadi begitu bukan saje saje.

Eshal with her feminist energy itu aku sangat lurvee and how she stand for all rape victims. Bila Ardean yang sangat hebat ofcourse he deserves a woman yang tak kurang hebat jugak and Eshal has that. a woman with brain and very strong in surviving her messed up life. bila habis baca aku rasa sayang la pulak dengan watak Eshal ni. walaupun ada certain part dia ni tak rupa perempuan 30 tahun💀 tapi aku cuba faham dia cuma nak let out and heal her rebellion inner child dengan cara begitu

cerita ni pure romance memang sesuai la untuk romance sucker. slowburn yang okay. conflict pon tak pening kepala nak hadam. mungkin untuk yang sukakan conflict akan rasa buku ni draggy.

apa yang aku suka perjalanan seorang Eshal dalam berdamai dengan takdir, the journey of she heals luar dan dalam, dan Ardean yang tak pernah kenal erti penat untuk tolong Eshal. serius lelaki ni betul betul rare tabik spring mmg takde dalam dunia nyata berangan je la haha. ada beberapa part je la yang aku rasa terlalu banyak info dump tapi banyak jugak perkongsian yang aku suka baca. seimbang perkongsian rohani, mental health semua. bila masuk part sharing tak rasa preachy in fact buat kita rasa tertarik nak menimba ilmu sekali. mesej pon sampai terutamanya sekali tentang bersyukur. penulisan Anjell kalini bagi aku lebih matang berbanding buku buku dia sebelum ni. her writing is evolving and i can see that. penyampaian pon kemas walaupun dekat akhir akhir mcm nak sumbat sekaligus

ada jugak cringe tu sebelum ni sebab ayat ayat ngorat Ardean HAHAH pastu mmg slow jugak la awal awal tu but through out the story okay je manis dan lembut cara Ardean didik Eshal, shows his affection and love language. hes indeed the best Hero Anjell had ever made. seimbang dunia akhirat masyaallah brothaaa. aku cuma tak puas part reason Wafiy tak jadi kahwin dengan Kirana tu je.

pastu part part sexy daring semua tu kalau takde pon okay je patutnya. sebab anjell pandai buat romance without the needed of that level of intimacy pon so why bother letak pon aku tak paham🌚

haa satu lagi nak tambahh since aku tak nampak mana mana review yang point out benda ni

cerita ni bawak isu rape which is very sensitive tapi ada satu rapist ni yang aku rasa dia tak dapat balasan yang selayaknya atas jenayah yang dia buat dan dah bagi kesan hebat pada orang sekeliling dia. penyesalan je yang dia dapat pastu his repent pon mcm erkk gitu je ke habis???

itu antara benda yang buat aku tak berapa puas. apa Eshal buat tu dah betul tapi at some points aku harap dia jadi lagi jahat dekat rapist tu shshshsh

i wish his konek terbakar or kena gilis dengan lori balak💀

apapon cerita kalini banyak input and knowledge boleh dapat and i applaud the author for that except the daring part. worth to read indeed👍🏻

tw: selfharm, suicide attempt, depression, panic attack, anxiety

part self harm tu pon aku ngilu and need to stop baca sekejap ya so please check tw dulu before baca if you jenis cepat triggered🥲 Eshal suicidal thoughs sangat sangat berat. cerita ni heavy la sebenarnya patutnya dekat awal page penerbit kena letak TW
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
August 21, 2024
Tak tahu lah kenapa meleret leret sangat cerita ni.Lelah nak habiskan,baca tutup baca tutup.Pastu watak Ardean tu sempurna sangat,takde cacat cela langsung.Ye tahu ni cuma novel je,tapi tak beragak langsung ye dia punya sempurna tu.
54 reviews
June 4, 2024
DNF at 93% 😭 sejujurnya rasa macam mid je. tak sure what’s the hype. Terlalu panjang dan rasa meleret.
Profile Image for Jeona Lee.
18 reviews1 follower
July 9, 2024
emmm macam mana nak cakap eh ( garu hidung) buku kali ini for me macamm..... hambar sikit dan little bit draggy, too long penceritaan sampai sy ada part sy skip sebab too longgggggggg. Then ada cringe sikit dengan watak hero kita ni emm. Sy x dapat rasa spark between them and rasa macam awkwrd sikit sampai sy x boleh dive in sekali dalam mood buku ni. Bagi readers yang lain maybe bukuini kena citarsa korang tapi tak bagi sy kali ni huhu x tau la napa, my badddddddddd. Sy tak salahkan penulis ye, ini semua dari sy. sorryyyyy
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
May 27, 2024
Mujur ada Ardean jadi tulang belakang yang kuat untuk Eshal yang rapuh apabila sering diuji. Macam2 Ardean tempuh untuk sabar melayan karenah Eshal. Semoga bebetul wujud irl manusia penyabar macam Adrean yang terlalu fiksyen. Haha.

I love the whole family AT!
Sumpah. Sangat loveeee.

Agak tiberr ye plot twist dalam cerita ni. Unexpected.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
October 4, 2024
Lelaki Astatine |

P/rating: 4.9/5 ⭐
⚠️TW: self harm, suicide attempt, depression, anxiety

Astatine, is the rarest chemical element found on earth. Just like Astatine, he's rare and he is Ardean Tufail.

If you ask me: who is the most greenest flag man ever exist? I would say that it would be Ardean Tufail. He's literally a whole green forest to the point that I think that he's too good to be true. Compared to Eshal, she's broken inside out. Ardean inilah yang mengubati luka dan luka Eshal.

Why did I choose this song: Unconditionally as the background sound? Because it reminds me of Ardean. Just like the lyrics, Ardean loves Eshal unconditionally. He always there for Eshal, in no matter what condition Eshal was going through. He's literally her therapist and the best husband material ever. Even kita pun kadang ii geram jugak dekat Eshal, like sampai hati dia buat Ardean macam tu. Tapi, Ardean ni sabar je. Tetap setia dengan Eshal. 🥺😭

Tbh, biasanya kita boleh habiskan novel ii Anjell dalam masa sehari je sebab best, tapi buku LA ni kita baca dekat seminggu jugaklah baru habis. Bagi kita la kan, first few chapters tu memang agak slow sikit. Well, we know how descriptive Anjell's writing right? Sebab tu lah buku ni berat, sarat dengan segala emosi bila baca.

Most of the time, kita rasa sebak & terharu dengan ayat yang dituturkan oleh Ardean. Dean banyak mengajar Eshal tentang erti kesabaran dan terima takdir Tuhan. Plus, his chemistry + physic rizz is just brilliant. 🙈

"𝑩𝒆 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒂𝒓, 𝑬𝒔𝒉𝒂𝒍. 𝑰 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒐𝒏𝒍𝒚 𝒐𝒓𝒃𝒊𝒕 𝒂𝒓𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖." -Dean

When I said this book was heavy, yes it is. Dalam buku ni, banyak sangat isu yang disampaikan. Isu pasal dunia penulisan, which is the main theme of this book, isu mental health, rap3, dan banyak lagi lah. Please prepare your mind before reading this book.

Overall, kita suka buku ni sebab dia ada vibes Queen Of Tears. 🤭 Eshal, sifat dia yang cold & dingin tu sama macam Haein. Ardean yang penyabar, soft spoken, act of service dia semua tu sama macam Baek Hyun Woo. Both husb material! 🙈😭🫶
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
July 7, 2024
Macam banyak nak diperkatakan tapi kita cubalah ringkaskan. Sepatutnya lama lagi turn untuk baca novel ni disebabkan ianya tebal. Tapi disebabkan 'out of curious' kita cut short list.

Ardean Tufail atau A.T is tooooo perfect to be true. Satu dalam sejuta pun belum tentu dia akan ada. Begitulah fiksyen. Ardean terlalu perfect. Bukan tahap Perfect 10 dah tapi Perfect 11 atau lebih lagi? Langsung tak ada kekurangan atau kelemahan. Terlalu amat sangat hijaunya. 🥲🤌🏼
Dia terima apa adanya kekurangan dan kelemahan Eshal. Rasa cinta dia sehingga mengaburi segala ketidaksempurnaan Eshal. Apa lagi boleh diminta dengan Ardean? Semua pakej kesempurnaan Ardean dah tapau. Kata-kata dia. Nasihat-nasihat dia. Too precious. 😭🙌🏼


Eshal Elzahra, seorang gadis yang dingin, tegas dan sangat tinggi semangat feminis. Ada banyak cerita disebalik personaliti dia seperti itu. Namun, segalanya berubah 180°setelah dia terlibat dengan satu kemalangan yang telah meragut hampir segalanya. Hadirnya Ardean sebagai tempat dia berpaut, perlahan-lahan mengubah hidupnya menjadi lebih bersinar. Benar-benar seperti 'diamond' berharga. 🥺💎

Boleh dikatakan asyik bergenang je air mata bila baca novel ni. Kejap rasa sedih. Kejap rasa terharu. Rasanya ni novel yang paling 'berat' yang Anjell pernah tulis. Sarat dengan pelbagai emosi dan perasaan. Saya rasa ini novel paling berilmiah yang Anjell pernah tulis. Sarat juga dengan pelbagai ilmu dunia penulisan, fizik, kimia, agama dan sebagainya. Sedikit faham berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Ada part yang saya rasa ianya hanya salah faham kerana tangkap layar tersebut hanya secoet sahaja dari keseluruhan 743 muka surat. Disebabkan hanya secoet itulah terus orang label keseluruhan novel ni ada unsur 'sp'.

Contahlah eh, saya ambil satu scene ni sebab ramai netizen prihatin dah salah faham. Scene-nya yang lebih kurang berbunyi, “Alang-alang kita dah basah ni, kita mandi jelah.”. Sekali baca memang mengundang sus betul kat part ni. Tapi part ni secoet kat satu muka surat sebelum perpindahan muka surat sebab nak masuk bab seterusnya nilah yang antara ditularkan. Konteks scene ni ialah, Eshal baru saja cuba b*nuh diri dengan terjun kolam. Pastu mestilah Ardean terjun masuk kolam tu untuk selamatkan Eshal. Tak lama lepas Ardean bawa Eshal ke darat, tetiba hujan lebat beserta kilat. Dah nama pun terjun kolam pastu hujan, ada ke orang jadi kering kontang lepas tu? Mestilah basah kuyup kan? Dah masuk rumah, mestilah akan mandi. Ke korang kalau lepas basah kuyup kena hujan akan duduk bawah/depan kipas dan tunggu diri korang kering? Mestilah tidak! Kita mestilah akan mandi. Dah kena hujun lebat gitu risiko untuk demam atau selesema itu tinggi. Kadang yang badan sensitif tu baru kena hujan gerimis sikit pun boleh dapat demam.

Banyak lagi scenes lain. Tapi takkanlah kita nak ulas semua. Karang orang cop kita pentaksub pulak. Tak dinafikan ada juga cacat cela lain dalam novel ni. Saya rasa itu normal. Kita manusia nyata. Akan ada masa kita akan tersilap langkah baik secara sedar ataupun tidak. Walaupun pihak Anjell masih berdiam diri, saya harap sangat ianya diam-diam ubi berisi. Seperti hero-hero fiksinya, Anjell dapat mengeluarkan hujah yang baik. Bukan nak minta Anjell 'melawan' tapi you know, berdiplomatik secara damai.

Korang janganlah ingat saya kata gini sebab saya berlaku bias sebab Anjell ni penulis favourite saya ke apa. Saya faham kadang penulis pun ada khilafnya sendiri. Biarpun dah ada pengalaman berpuluh tahun sekalipun, pasti ada hari kita akan ada lakukan kesalahan dan belajar perkara baru, bukan?
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
June 12, 2024
TW: sucide, depression, rape

Sekarang aku faham kenapa ramai orang cakap buku ni hero dia top tier kalahkan semua hero anjell. Because omg weh! Selama aku baca novel, ini lah antara buku yang hero dia melawan hukum realiti HAHAHA serba serbi sempurna sangattt takde cacat cela. Dah lebih lak aku ni 🙄 tapi betul la cer cakap mana nak cari orang yang otak Einstein, suka belajar, ilmu agama tinggi, tau tanggungjawab, dunia akhirat seimbang, sabar dia setinggi Olympus Mons, tau kawal keadaan, baik, paling penting OBSERVANT!! Jangan kata lelaki perempuan pon takde weh kat dunia ni yang ada semua tu. Itu la yang kita panggil Fictional character kan kikiki. Ardean Tufail ni memang to good to be true la.

FL dalam cerita ni, si Eshal, antara FL anjell yang aku suka! Faham kenapa dia bersikap macamtu. Dan dia sangatlah kuat especially moment time dia depress dan sakit tu. Aku boleh relate sangat dengan apa yang dia rasa time sakit. Tapi dia punya character development dia uff 🤌🏻 kita lurve. Semua orang layak dapat peluang kedua untuk hidup ni.

Penulisan anjell semua dah tau kan so takyah la nak cakap macam mana. Aku suka penulisan LA ni compared dengan KH sebelum ni. Untuk aku, LA ni tak draggy dia just slowburn plot. Tapi tak slow sangat la. Cuma towards ending tu agak yang macam "kat mana eh nak masukkan plot penting ni? Ah masukkan je la semua kat akhir ni" so dia mcm jadi rushing nak expose everything ha gitu la.

Overall okay, enjoyable and santaiii.
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
June 8, 2024
TAJUK: Lelaki Astatine by Anjell
•••
📌 PAGES : 743
📌 TROPE: grumpy fl x sunshine ml
📌 AGES:
Ardean : 28 tahun
Eshal : 30 tahun
•••

𝙀𝙨𝙝𝙖𝙡 𝙀𝙡𝙯𝙖𝙝𝙧𝙖,,
Seorang ketua editor yg dingin dan perengus. Semua org mengelarnya snow queen kerana sifatnya itu. Sehinggalah dartang seorang beruang kutub yg bagaikan kebal dgn kedinginan Eshal dan tanpa segan silu mengurat Eshal sedangkan Eshal adalah bossnya dan dia cumalah seorang pelajar intern.

𝘼𝙧𝙙𝙚𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙛𝙖𝙞𝙡 𝘼.𝙏 , 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙀𝙨𝙝𝙖𝙡 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡𝙣𝙮𝙖 𝘼𝙨𝙩𝙖𝙩𝙞𝙣𝙚,
Seorang lelaki yg mempunyai segala galanya. Berbeza dgn Eshal, Ardean adalah seorang yg sangat ceria dan positif. Kehadiran Ardean yg bagaikan mentari menerangi hidup Eshal yg suram.

“𝑩𝒆 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒂𝒓, 𝑬𝒔𝒉𝒂𝒍. 𝑰 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒐𝒏𝒍𝒚 𝒐𝒓𝒃𝒊𝒕 𝒂𝒓𝒐𝒖𝒅 𝒚𝒐𝒖.” - 𝑨𝒓𝒅𝒆𝒂𝒏

Satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal sehingga Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya.

Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal bergantung padanya. Mahu menjaga Eshal, mahu sentiasa berada disisi Eshal.

“𝑨𝒍𝒍𝒐𝒘 𝒎𝒆 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒚, 𝒂𝒍𝒍𝒐𝒘 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔𝒆𝒍𝒇 𝒕𝒐 𝒃𝒆 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒚” - 𝑨𝒓𝒅𝒆𝒂𝒏

“𝑨𝒘𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍, 𝑨𝒓𝒅𝒆𝒂𝒏!” - 𝑬𝒔𝒉𝒂𝒍

•••

My thoughts :-

♡ Actually I’m quite amazed ye sbb novel ni tak mcm tipikal novel yg lain tau. Antaranya :

1. Eshal ni boss kepada Ardean, Ardean ni student intern. Slalunya kalau novel lain mesti heroin yg org bawahan kan tapi novel terbalik pulak 😂

2. FL lagi tua pada ML. Tua dua tahun

3. Dalam ni Ardean ni bukan tipikal male lead yg dingin gitu. Dlm ni dia friendly gilaa Eshal pulak yg dingin tak bergaul dgn orang 🫣

4. Dalam ni takde second lead lelaki atau perempuan. Kalau novel lain slalunya mesti akan ada konflik second lead jahat. Tapi bila fikir balik, in real life tak smua masalah dlm relationship sebab org ketiga. Dlm novel ni ada juga konflik tapi bukan berkaitan org ketiga 🥺

5. Family Ardean very supportive, bukan mcm dlm kebanyakan novel yg mana family tak restu. Walaupun family Ardean kaya, diorang tak judge pun kekurangan Eshal and takde pun parents Ardean nk jodohkan Ardean dgn anak kawan diorang ke apa.

6. Dalam novel lain hero selalu sulung kan ? Dalam ni Ardean bongsu. Comel gila abang dgn kakak dia suka sakat and panggil adik. Ardean ni mmg nmpk la manja dgn ibu dia takde control macho ke apa 😂

7. Tempat kerja diorang tak toksik. Geng2 budak intern takde yg dengki ke apa semua suka menyakat Ardean yg terang terangan suka dekat Eshal. Siap tolong kenenkan lgi 😂



♡ Saya suka plot cerita ni tersusun dan tak meleret. Somehow ada part rasa can relate. Actually ramai perempuan taknak kahwin bkn sebab mmg taknak kahwin tapi sebab belum jumpa yg tepat and takut dapat lelaki tak guna. Lelaki mcm Ardean ni sgt sesuai ye untuk perempuan yg nk independent sebab auto kluar mood manja bila dgn dia 🦋🦋

♡ Baca novel ni kena recall balik kimia semua tu sbb pickupline diorang guna kimia bhaiii, untuk saya yang otak dah berkarat ni agak slow untuk faham. Rasanya kalau ada org bgi pickupline gitu mesti smpai kesudah tak paham-paham 😂😂

Contoh pickupline Ardean and Eshal :
𝕊𝕖𝕟𝕒𝕣𝕒𝕚𝕜𝕒𝕟 𝕔𝕙𝕖𝕞𝕚𝕔𝕒𝕝 𝕖𝕝𝕖𝕞𝕖𝕟𝕥 𝕞𝕖𝕟𝕘𝕚𝕜𝕦𝕥 𝕒𝕥𝕠𝕞𝕚𝕔 𝕟𝕦𝕞𝕓𝕖𝕣 𝕤𝕖𝕡𝕖𝕣𝕥𝕚 𝕓𝕖𝕣𝕚𝕜𝕦𝕥. 𝟡𝟡-𝟙-𝟙𝟛.

Jawapan dia,
𝗔𝘀𝘁𝗮𝘁𝗶𝗻𝗲, 𝗘𝘀𝗵𝗮𝗹 𝗹𝗼𝘃𝗲𝘀 𝘆𝗼𝘂 🦋🦋
6 reviews
July 29, 2024
Cite best.. cara ardean ngayat eshal soo unik.. pki unsur kimia n jadual berkala kot.. da rs mcm ulangkaji subjek kimia, fizik n medic da n diselitkn skalie psl mental illness awareness.. apa2 pn cite best.. mmg layan.. ada pulak selingan watak dr alpha male.. adoii.. tersenyum simpul ai alls🤭

P/s:mana ntah unsur softporn yg dok heboh kt fb tuh... Xde lngsng sepjg pembacaan ai alls.. ke org yg dok heboh tu br 1st time baca novel..
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
June 29, 2024
Buku ni sangat cute. Ardean tu bapak segala green flag!! Eshal pulak ibu segala perserverance. Ya Allah sangat penyabar ye Astatine ni. 🫠

Aku suka sangat dengan dinamik family Ardean. Family yang harmoni. Lagi best kalau ada ebook tentang Nufail. Hahaha abg sulung yang dibongsukan 🤪

I’m glad Eshal maafkan semua orang. Kemaafan tu bila kita maaf ke semua orang, unconsciously, ketenangan tu akan hadir. I have been there.
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
June 2, 2024
Bila baca buku ni teringat dekat manhwa tajuk Marriage Situation. Situasi Eshal lebih kurang Yooyoung. Dibenci ahli keluarga sendiri tapi untuk sebab berbeza lah. Then comes the hero heheh. Hero dlm manhwa ni pun green flag betul ya (setakat ni sbb bru baca few chapters). Jihoon ni pun mcm Ardean. Hijau betul smpai org kata bukan hijau dah tpi gold 🤭 At, Au haa kan dekat tu. Dalam period yg sama pula tu. Haa tibe lol.

Siapa lah tak jatuh hati dengan watak Ardean ni kan. Serba serbi elok. Bukan sahaja jatuh hati kat watak Ardean tpi kat penulisan Anjell juga. Baaaanyak benda baik yg kita dpt drpd buku ni. Semoga Anjell diberikan kesihatan yg baik untuk menulis buku yg baik-baik, best-best 💪🏻 Eshal dgn Ardean mmg saling melengkapi. Bagi aku watak Eshal ni mmg kuat dengan apa yg jadi kat dia. Aku pun tak marah dgn apa yg Eshal buat. Disakiti secara mental ni kadang2 lagi perit drpd fizikal. Besrsyukur sbb Eshal jumpa dgn seorang yg dpt bimbing dia kpd kebaikan. That is what I also want in my life. Kita nk seseorang yg dpt bimbing kita kpd kebaikan.

The details in this book also the reason why I jatuh hati dgn buku ni. Ayat-ayat yg mengingatkan kita dengan Yang Maha Satu juga pengetahuan tntg penyakit mental dan SCI. No doubt for me this is a good read. Dengan plot twist nya haaa gila kau 🤣 Jarang2 tulis panjang gini but yeah this is my rant.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
August 14, 2024
Ardean Tufail.

As rare as Astatine.
Too good to be true.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
May 24, 2025
Pertama sekali, novel ni tersangatttt la panjang bagi aku, ada certain parts rasa meleret..
novel ni bawa theme mental illness, kinda surprise yang takde TW, publisher dkt malaysia ni dh patut consider kot letak TW dlm buku

utk watak Ardean, kinda breath of fresh air for me sbb selalu hero anjell usually jenis alpha type so aku agak weary jugak la sbb most of her books hero dia cenggitu but Ardean is more like sunshine type, cumanya watak dia too perfect?? so tak rse relatable sbb aku tahu watak tu terlalu fictional lol
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 29, 2024
so many input/informations 👍🏻

and i dont get it yang duk share and label novel ni as soft p*rn.
sebab aku lebih fokus part cerita and info yg author garapkan.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 29, 2024
Hm kurang sikit buku kalini tp tk pasti apa.Maybe sbb byk sgt fakta kot a bit mengantuk. But byk info fisio dlm ni so ilmu bru jugak la. Konflik melibatkan kekeluargaan yg berliku-liku. Ada a bit twist sikit di situ, mcm kifarah ka perbuatan dulu. Cuma confuse part kahwin tkpe ke guna wali hakim walau sebenarnya.. or sbb dh didaftarkan mcm tu so boleh. Romance boleh la agak tipis, yg isu sp tu entah lah tk jumpa pulak-
Macam lebih enjoy baca DTS yg dh beberapa kali reread, tp yeah plot lain" kan so oke je la. Ada part self-harm I don't know but Ardean mcm should not be okay to do so, it quite disturbing, hm.. lg pun Eshal kan not mentally stable mcm not nice to provoke like that, but entah maybe nak tunjuk kalau tk suka org buat jgn buat? But still not right action to do🛴
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mintz.
6 reviews
September 25, 2024
I'm so used to writing reviews in English so I'll proceed in English here though it's actually a Malay novel.

To summarise, the novel is about Eshal's life and how Ardean was there to help her. Eshal's life was toxic, hence she was really suicidal but Ardean was the opposite of it, he's so optimistic which is a total opposite of her. Well, I see some readers complain that the male lead, Ardean is too perfect and it's too illogical even though it's fiction. But for me, a guy like Ardean even though I also never found it in real life... I don't think it's impossible for such a kind guy to exist in this world.

Why? Because God exists. Hence, nothing is impossible.

I love that this novel is more focused on the journey of Eshal's journey to heal herself instead of the romance between her and Ardean. I love the fact that here they involved with professionals to handle mental illness, not just love is a cure to everything. To those who want to read typical romance Malay novels, I won't recommend this to you. This book was heavy on toxic family members and it might be triggering for some readers.

The biggest lesson from this book is to learn to be grateful. Everything happens for a reason. As someone who once lost hope in life, this book is healing me. In real life, we might not have a guy like Ardean to help us but we can always be grateful. We can always look things at different perspectives.

I'm a fan of Anjell, I read all her books. I can say that not all her books are my cup of tea, but we can always look at the bright side of it. This is my favourite book of hers so far. I love the lessons, the messages from this book...

It gives me hope that we can heal.

Rating: five of five stars.
Profile Image for Balqissyamsul19.
33 reviews
July 15, 2024
Tiada kata yang mampu dilafazkan..
Hanya merenung ke luar jendela..
Seusai membaca segalanya seakan nyata sedangkan ini hanya fantasi sementara..
Wujudkah cinta seutuh itu?
Sang suami yang penuh kesabaran..Menikahi wanita yang dicintai lumpuh.. Yang menguji emosinya hari-hari.. Yang makin jauh dengan Tuhan..

Ardean aka Astatine... Watak yang diciptakan dengan penuh perwatakan positif.. Green flag senang cerita.. kalaulah ardean ni jual kat online.. mesti sold out selalu 🤣

Anjell banyak selitkan ilmu2 baru.. dan aku suka part Ardean cerita dekat Eshal tentang betapa luas kebesaran Allah.. rasanya hampir 2-3 page.. Sangat berilmu.. Novel LA ni bukanlah novel kosong ya. Even jadi isu. Tapi baca dulu then baru nilai dengan mata hati bukan mata otak.. LA ni sangat penuh dengan ilmu pengetahuan.. pendedahan.. semangat untuk orang teruskan kehidupan walaupun betapa berat ujian hidup dy..


Dan.. kisah LA ni buktikan.. jika cinta lelaki kepada wanitanya lebih kuat.. Sebesar mana badai mengganas.. Dia masih disitu.. Seteruk mana menghadapi sikap Eshal. Ardean tak angkat tangan.. Tiada kata cacian.. Hanya penuh dengan ayat semangat.. Orang akan cakap.. Hero fiction mestilah perfect.. Yang nyata juga mampu jadi perfect.. Manusia tak perfect.. Tapi kita yang melengkapi kesempurnaan tu.. Kita cipta sehingga terlihat sempurna dimata kita.. bukan orang lain..


LA banyak ajar pengajaran tentang kehidupan.. Kebergantungan kepda Allah, kembali kepada Allah.. Hubungan kekeluargaan.. Keperitan hidup.. Perjuangan untuk hidup walaupun dugaan itu bertubi bagai tiada henti..

LA banyak ajar saya.. Seberat mana pun ujian yang Allah bagi.. Percaya pada Allah.. Dia telah sediakan sesuatu yang indah di akhir perjuangan kita.. Teguhkan keyakinan.. Rasakan dengan jiwa.. Berdamai dengan takdir..

Ardean dan Eshal.. Ibarat Ying dan Yang.. Berbeza.. Tetapi melengkapi untuk keseimbangan alam..

(untuk seseorang yang saya sayang.. Andai saya menjadi seperti Eshal.. Saya berharap awak sudi menjadi seperti Ardean)
Profile Image for HG.
1 review
June 3, 2024
Firstly, I think I should point out that this book should have trigger warnings: Mental Illnesses, Self Harm & Suicide

ANJELL never fails to amaze us with her writing, and I never thought of felt affected from those triggers warning like this before. Bukan tak pernah baca any other with those elements, but I tak expect to be indulge as much during Eshal’s breakdown & depression.

Okay, completed the book less than 24 hour.
Firstly, MANA NAK CARI LELAKI MCM ADREAN 😭
He is the greenest flag of novel heros 🫶🏻🤍
The fact he still want to stay with Eshal after what happened to her. The disability, the mental illness, the respect that he had to towards her to wait till 2 years? Fuhhh…

Eshal herself as character? Despite the challenges that she faced, I like how she is a great feminist and not your regular bimbo main character cause her definitely having fun naming people as periodic table elements HAHA

Storyline was best, tapi I was a bit disappointed when at the end, I think the switching baby part was unnecessary. Its a bit cliche, but okay laa..

Also, I love how Hilman got a lil sneak at the end 😂

What I can see utk buku ANJell dari zaman I sekolah dulu, (yes I am a fossil 🥲) Her writing keep evolving to the best, the snippet of knowledge that she secretly (may not so secret) made us read (gosh I dah lupa dulu I love chemistry and remembered the krebs cycle HAHA), sirah & indirect teguran islamic (terjentik hati utk bersyukur benda kecil-kecilnya) which was amazing & kita tak baca buku romcom kosong.

Note to writer : Thanks for being my go-to novelist/books whenever I’m in book slump. 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
24 reviews1 follower
September 16, 2024
I give this book 5/5 sebab dah lama tak baca buku melayu yang actually GOOD & FANTASTIC. Even the contents are mostly involved mental health issue, grieveness, sucidal, & r*pe things which something I truly can't force my mind to accept those things, it's still so good. Anjell one of the kind of penulis yang menulis untuk beri ilmu free kepada pembaca. Aside her talents on writing romance & flirty part (which i give he 10000/10 cause it's so good), the way she contributes such a good knowledge about physics, chemistry & biology convince me that she truly such an intelligent woman. It makes me miss a piece of myself yang study science streams SPM dulu. Thanks for that, I can understand those chemistry periodic table things. Anyway, THE ML SUCH A FULL GREEN FOREST WHICH IS A RARE TYPES TO FIND JUST LIKE AN ASTATINE IN THIS BOOK. ARDEAN TUFAIL SET A NEW STANDARD GUYSSSSS.
Profile Image for Dhia Yana.
113 reviews
November 26, 2025
Totally 5 ⭐ 😭 The feeling I've felt when reading this OMG. Semua ada. Sebak, sedih, gembira, lawak, sweet. Tbh, I'm really sceptical with Malay romance novels but this one is really great 😆 Ada vibe² macam Kerana Dendam sikit la. And I love the new things I learned in the book. I major Acc so tak faham sangat kimia punya terms but I'm enjoying this. The pickup lines??? Smooth gila and not cringe. Now I get it la why penulis ni viral 😲. And the segmen ilmu??? Love that. I actually cry masa baca buku ni. Bukan sebab sedih ke apa sebab sebak dengan situation Eshal and how Ardean handles the situation 😫. The plot twist is macam dalam drama cina but make it better 😆. This book is the first book yang I baca until 4 am ye (this year). I never thought I'll do that hahaha. Anyway I ate this book very deliciously.
Profile Image for SS BA .
19 reviews
May 28, 2024
* sorry for my broken English review


Ardean tufail (aka At ) is sweet and green flag guy , and what? I surprise the plot and anjell the author always given me new information about medicaltion , religion and language ... And so Clever very -very clever

Eshal is brave, intelligence ,and patience girl who receives hate from own family and she is just so ...so fragile








And i think .....new novel is coming from anjell about the old brother right
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
October 16, 2024
4.5 bintang. Disebabkan tiada setengah bintang, maka 4 bintang sahaja.

Tak boleh nak bagi full sebab ada muka surat yang terlipat, berkedut dan terkoyak sedikit. Nasib baik masih boleh diluruskan semula dan dibaca walaupun jadi cacat la sikit muka surat tu. Tak tahu nak salahkan siapa. Dah la masa tu Eshal tengah bagi Ardean puzzle untuk diselesaikan. Rupa-rupanya, nak bagitahu yang dia tengah mengandung.

Tambahan ada typo juga ~ ada beberapa kali perkataaan berulang dalam ayat yang sama dan ejaan nama Eshal jadi Ehsal. Yang lain okey je rasanya.

Overall, cerita yang best. Suka sebab dapat ingat balik singkatan unsur dalam jadual berkala. Wah, lamanya saya dah tinggalkan zaman persekolahan. Dan bila Anjell yang tulis.. mestilah hero dan heroin cantik kacak bijak kaya belaka.. hehhe.. tq for the bonus chapter selepas epilog. Teruskan menulis ya Anjell.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for waeyy0.
5 reviews
July 24, 2025
the only thing that i mad about this book is mc dia too perfect 😔😔😔😔😔 sigh
Profile Image for AD.
13 reviews
November 18, 2025
okeoke LA ni memang fresh sebab baaaanyakkk sangat ilmu yg i dapat masa baca also dalam ni ada banyak quotes" yang makan dalam, deep sangat" nikmat apa lagi yang kita nak dustakan....

at first place i kurang suka dengan Eshal taaaapiii lepas baca background diaa, why dia jadi macamtu barulaa i slowly accepting her personality. Lepas kejadian "gelap" tu i suka dengan Eshal sebab banyakk saaangat dia berubah 🥹🥹 lagi" masa Eshal & Ardean pergi umrah aww soo touching 🥹 . Ardean pun tak kalah greenforest macan yang lainn, dahlah pandai, greenflag pulak tuuu aaaa mak nak Ardean satuuu 🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️ . btw i suka betholl tengok family Ardean tuu semuaaa berkejayaaa memang impressed.

oke tuje,korang kena beli&baca sebab dia best banyak weh ilmu korang boleh dapat baca baca baca baca baca

yes, maybe or no ? - A BIG YES
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
August 9, 2024
5/5 ⭐️
oh my... how do i even start... best gila plsss i love the characters, the storyline, the plot twist, everything!! this book is beautifully written. nampak yang anjell memang buat research habis habisan for this time. Its a bit draggy but it is full of informations. i learnt a lot from Lelaki Astatine. Especially how science theories were beautifully written in Al-quran since long ago. 🥹💕 Allah is indeed the Most Powerful Allahuakhbar 🤍
Refresh juga otak saya pasal periodic table. told you chemistry is interesting 🤣 (still hate physics)

Tak masuk lagi bab character memang 😘💋💋
Ardean Tufail is too good to be true 🥹 Greenflag, tapau segala love language 😍 Im not words of affirmation girlie but somehow this A.T guy is so good with his words to the point everything he said is so comforting to me 🫠🫠 dengan pickupline level budak bijaknya... tu belum lagi plot twistnya walaupun boleh agak... 😩🛐🛐 nak pinjam pickupline dia nak make first move kat bakal jodoh nanti nampak bijak siketttt 😚🤏🏻 #sciencestudentrizz pastu effort Ardean untuk belajar semua benda related to Eshal, WEH, ESHALOCENTRISM TU!!! 😩🤏🏻🤏🏻

Eshal Elzahra is the strongest woman to ever exist in my fictional heroin list selain Embun Anggerik. What she had gone through, i dont think i will survive those. Family dramas, health issues tambah lagi mental issues. oh my... nak peluk peluk Eshal 😭🫂 sampai je part Eshal memang aku menangehhh yee. the world is so cruel to her sampai dia salahkan takdir 😩💔 but Allah knows best kan 🥹 Eshal deserves all the happiness in this world. nampak character development Eshal dari awal sampai akhir how everything traumatized her....

macam Dr. A.T cakap, kun faya kun.

saya memang suka cara Dean layan Eshal macam queen. memang anak bapak sangat.
"my queen, my aurum, mu hydrogen, my oxygen" Dr. Ardean stopppp 😩✋🏻💥💥 judging how his father treat his mom, sama sebijik 🥹 im so grateful that eshal ada ardean and kroni abdul nuqman she can count on 🥹 if not who would have thought what she would do 😭 with all the burdens of truth dia tanggung... 😭 the journey to reach their happy ending... is not easy i tell you. too many heartbrokens, too many challenges, too many suicidal.

took them years to finally be happy. weh kena include part ni, part kebenaran terbongkar and eshal finally burst all of her unsaid feelings, aku memang puas hati. im with eshal forever!!

wafiy, mak hajar, kroni abdul nuqman deserves acknoledgements juga sebab carry cerita ni. i have bad impressions towards wafiy at first, tapi rupanya tidak. thank god. (nampak tak aku ni negative thinking macam eshal. kena cari Astatine satu 😔☝🏻). family ardean also too good to be true. saya tertanya tanya ada ke family yang macamtu kat Malaysia ni? ofc saya nak tahu sebab weh??!! perfectnya family kau... goodlooking parents, siblings, harmony, rich especially. i dream to have a family like that too ya 🥹

karya latest kak Anjell is a heavy read. patut ada TW from penerbit sebab it mentioned a lot pasal mental health, suicidal thoughts, rape. Saya try untuk tak rasa apa apa when the parts come but i feel triggered.

Society should not pandang rendah kat rape issues because the effect to the victims last longer than people ever thought.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 99 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.