Orang kata kita perlu live in the moment. Kalau risau sangat tentang masa depan, lagi susah nak tenang. Hidup saja dulu.
Namun kenapa selalunya otak kita tak bagi kerjasama? Ada saja benda yang nak difikirkan dan dirisaukan. Tak kiralah kecil ke besar, semuanya bermain-main dalam kepala.
"Kalau aku buat ni, agaknya apa diorang fikir pasal aku eh? Entah-entah orang rasa aku ni pelik."
Akhirnya, diri sendiri pun sudah putus asa dengan mainan fikiran dan perasaan yang ada.
Mulalah kita rasa keseorangan di dunia ni - tiada orang yang faham atau nak faham kita!
Sebenarnya, bukan kita seorang rasa begitu. Overthink bukanlah sesuatu yang misteri; yang datang entah dari mana-mana. Sesiapa saja boleh tenggelam dalam lautan fikirannya.
Buku ini ialah catatan jujur daripada seseorang yang telah, sedang, dan masih merasai pahit manis overthinking.
Daripada kisahnya sendiri, Aqila Masri mengajar kita untuk lebih mendengar suara hati dari mengambil satu-satu langkah ke depan, dengan menarik nafas dalam dan menjalani hidup seadanya.
Setiap dari kita pernah mengalami situasi di mana kita overthinking, sehingga terkadang ia benar benar mengganggu aktiviti seharian kita. Boleh jadi kita terlalu berfikir tentang kata kata orang sedangkan mereka tidak langsung mengambil kisah tentang kita.
Overthinking ini sebenarnya ada masa bagus juga namun terkadang ia lebih membawa kepada masalah lain. Disebabkan itu, kita janganlah terlalu melarut dengan hal negatif ini. Ambil ruang yang ada, tenangkan diri. Penulis juga bercerita tentang bagaimana beliau mendepani situasi overthinking ini yang saya kira sangat bagus untuk pembaca.
Buku yang bagus untuk membetulkan framework pemikiran kita, supaya kita boleh kemaskan kekusutan dalam kepala kita dan boleh fokus kepada apa yang boleh kita kawal.
Lebih kepada validasi emosi. Bagus sangat kalau pair Overthinking ni dengan Macam Mana Kalau Kita Kita Berjaya? - memberi solusi yang lebih praktikal
Coretan dari seseorang yang introvert kepada yang introvert. Penulisan yang tidak berat untuk dibaca, tapi buatkan diri sendiri termenung kerana terasa berat di fikiran.
Buku santai ini di beberapa bab menggunakan nada penulis berpesan kepada diri penulis sendiri.
Pesan-pesan tersebut mudah difahami, dan pada beberapa perkara diselitkan tips yang diamalkan oleh penulis sendiri.
'Kekurangan' bereksperimen dengan nada berpesan pada diri adalah akan ada kisah yang ditulis sukar dihubungkan oleh pembaca dengan latar yang berbeza.
Namun, penulis berjaya menunjukkan bahawa overthinking bukanlah selalu yang perlu dianggap negatif, dan ada cara bagi menguruskannya dalam kehidupan sehari-hari.
Masalah yang sering dialami, lebih-lebih lagi seorang wanita. Ataupun, seseorang yang 'perfectionist’.
memang suka sangat ayat ayat dalam buku ni. sangat relatable!
Penulis membawa pembaca untuk menyelami perasaan-perasaan overthinker itu sendiri, dan solusi- solusi yang boleh diambil apabila seseorang itu mula untuk overthinking. Sangat membantu, dan banyak ayat-ayat pujukan dan nasihat yang menenangkan diri pembaca.
Tak salah untuk overthinking, kerana overthinking pun ada kebaikannya, tetapi jika terlalu berfikir berlebihan, akan memakan diri juga suatu hari.
Sedang dalam fasa mengajar diri untuk tidak overthinking selalu, dan percaya pada diri sendiri.
Masalah betul jadi orang yang overthinking ni eh. Suka sangat fikir apa orang nak kata. Tok sah pikir lah! Asalkan buat benda yang bermanfaat dah cukup! Sibuk nak dengar orang cakap!
Bagi saya kandungan lebih kepada validation untuk orang-orang yang overthink. Sedikit cenderung ke arah luahan perasaan. Bermesej YNWA.
Ada beberapa bahagian, jika diberikan sekali cadangan solusi yang terperinci, saya akan beri bintang yang lebih banyak.
Contoh:-
1. Tentang mengambil tahu perkara yang berlegar di media sosial hingga masa terbuang dan overthink. Dicadangkan jangan ambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan kita. Adakah jangan ambil tahu itu jauhkan diri dari media sosial? Bagaimana untuk asingkan perkara yang kita perlu ambil tahu dengan perkara yang kita tak perlu ambil tahu?
2. Tentang ruang peribadi. Membina semula dengan khususkan masa untuk berfikir dengan tenang. Jawapan terlalu umum. Apa yang perlu ditimbangtara dalam proses berfikir tersebut? Jika berfikir, adakah akan menambah keparahan overthink tu sendiri? Bagaimana nak asingkan perkara yang perlu difikirkan lagi dengan perkara yang perlu diletak titik?
Banyak lagi persoalan yang timbul sepanjang membaca buku ini. Yang saya tak jumpa jawapannya. Mungkin akan jumpa dalam buku-buku lain, dalam topik yang sama.
"Belajarlah untuk melepaskan perkara yang bukan dalam kawalan kita"
Alhamdulillah selesai juga baca buku ni. Terima kasih buat penulis yg berkongsi pengalaman, POV, nasihat dan idea yang berkaitan dengan overthinking ni.
Kadang2 kita terlalu jauh dalam fikiran yang menyesakkan sampai terlupa masa sekarang yang sedang berlalu pantas. Kita terlalu sibuk dengan masa lalu dan terlalu risau tentang masa depan. Sudahnya, kita terlepas segala momen-momen penting yang perlu kita hargai.
Seperti yang penulis kongsikan, overthingking boleh jadi suatu yang bermanfaat sekiranya kita pandai mengawalnya. Seperti yang clinical psychologist saya selalu ingatkan saya, ada benda yang boleh kita kawal dan ada perkara yang kita tak boleh kawal. Jadi, tumpukan pada perkara yang kita boleh kawal. Lebih elok dan kita takkan terlalu lama dalam lautan fikiran.
Banyak yang saya belajar dalam buku ini. Walhal saya sudah beberapa kali pergi ke sesi terapi. Dan saya rasa perkongsian yg sama saya terima. Tapi buku ini lebih dekat di hati. Mungkin nasihat boleh dihadami dalam pelbagai perkara, mungkin melalui pembacaan, boleh jadi dari perkongsian rakan-rakan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Part yg aku suka buku ini adalah ia nampak cantik dengan bertemakan warna kuning. Ada part yg nampak interaktif dengan memberi ruang kepada pembaca untuk berkongsi pendapat selepas baca part tertentu. Part yg aku tak suka adalah buku ni just sentuh basic pasal overthinking. Aku berharap penulis boleh lagi masuk ke dalam. Mcm ada part yg menyentuh salah satu solusi kepada overthinking dengan menulis journal kesyukuran. Penulis boleh tulis in detail mcm mana nak jadikan solusi ini habit dan mcm mana ia membantu dalam kehidupan seharian.
I have a really really hard time in 2024..then my cousin bought this book and she told me that she think i need to read this book..and that was my best decision in 2025
saya suka cara author bagi solutions,tapi sebenarnya banyak persoalan yang masih saya tertanya. Tapi ada je penulisan author yang relate dengan diri ni.