Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Dalam Perenggan: Tinta Seorang Bibliofil

Rate this book
Dunia Dalam Perenggan, Tinta Seorang Bibliofil merupakan kompilasi 18 buah artikel yang ditulis penulis berkisarkan hobi membaca dan isu-isu semasa dunia perbukuan. Penulis membuka jendela ke Dunia Dalam Perenggan dengan berkongsi kenangan membesar dengan buku yang menjadikan beliau seorang pembaca dan penulis aktif pada hari ini.

Selain sisi peribadi penulis sebagai pembaca, penulis turut mengupas beberapa isu semasa yang melibatkan dunia perbukuan seperti trend membaca sewaktu pandemik, pengaruh cosplay dalam dunia buku dan minat membaca dalam era digital. Selain itu, pelbagai tip bermanfaat seperti kaedah membaca pantas, cara menjaga buku, membaca sebagai terapi dan kaedah membaca berkesan turut dikongsi kepada pembaca.

Dunia Dalam Perenggan merupakan sebuah buku yang wajib dibaca oleh semua pencinta buku.

103 pages, Paperback

First published January 1, 2024

5 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Emmy Hermina Nathasia

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (27%)
4 stars
20 (55%)
3 stars
6 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
August 30, 2025
Nak sangat baca buku ni since tahun lepas lagi. Lama betul duduk dalam wishlist to buy, tapi tak beli-beli. Bila ada bajet, terbeli buku lain, lepastu buku dalam wishlist langsung lupa 😂

Oneday singgah library nak pulangkan buku then pinjan yang baru. Terjumpa Dunia Dalam Perenggan on the spot depan mata! Tak tunggu lama, laju saja tangan ni sambar.

Baca buku ni seakan membaca sebuah memoir sosok seoran tokoh pula 🫢 Siapa yang sukakan genre ‘book about books,’ boleh cuba baca. Saya suka baca pengalaman penulis membesar bersama buku. Ia mengingatkan saya akan pengalaman sendiri. Ketika penulis berusia 8 tahun pada 1992 (saya tak lahir lagi 😭), rupanya dah ada banyak buku menarik waktu itu. Bila penulis senaraikan satu-satu buku kegemaran beliau, especially siri Kenari saya dapat rasakan buku ni mesti best. Sudah tentu buku-buku ini langka.

Antara buku cadangan yang penulis sarankan seperti How To Influence People, saya juga sarankan buku yang sama untuk kalian baca. Meskipun buku ni dah lama terbit, ia masih relevan sampai sekarang.

Dunia Dalam Perenggan bukan semata-mata tentang perkongsian pengalaman penulis membesar dengan buku. Penulis juga turut berkongsi tentang teknik-teknik membaca, jenis-jenis bacaan dan lain-lain yang berkaitan.

Bagi polygamist reader (baca lebih dari satu buku), teknik speed reading mesti sudah biasa kalian amalkan, bukan? Speed reading sesuai utk bacaan bukan fiksyen; ambil tips atau nota penting yang diperlukan. Manakala bacaan fiksyen tidak sesuai untuk guna speed reading.

Banyak lagi yang saya nak ulas kebaikan dan manfaat buku ni, tapi biarlah kalian sendiri yang baca dan dapatkan ia dari penulis @emmylatif_goals atau di kedai buku @bibliopress
Profile Image for Syed Fathi.
Author 17 books93 followers
June 7, 2024
Buku Dunia Dalam Perenggan: Tinta Seorang Bibliofil tulisan Emmy Hermina Nathasia ini saya kira merupakan buku yang ditulis oleh seorang bibliofil heavyweight, beliau berjaya menghabiskan pembacaan sebanyak 137 buah buku pada tahun 2017. Saya sendiri, paling banyak, hanya pernah menghabiskan 23 buah judul buku setahun.

Pada pandangan saya, buku Emmy ini merupakan karya persuratan bibliofil yang berbentuk self-help. Ini dapat dilihat dalam bentuk penulisannya yang cuba mengajar sesuatu dan memberikan tips dan cadangan. Selain itu, beliau juga memperincikan kaedah-kaedah membaca yang boleh digunakan. Saya secara peribadi meminati gaya bacaan aktif. Di mana pembaca menilai secara kritis perihal apa yang dibaca, bertanyakan soalan along the way, dan mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan sendiri. Pembaca yang aktif juga akan menotakan bacaan mereka.
Emmy menekankan bahawa aktiviti pembacaan perlulah dikekalkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Jika tidak, pembaca akan berhenti ditengah jalan. Membaca buku Dunia Dalam Perenggan juga membuatkan saya merenung tentang evolusi pembacaan saya sendiri.

Antara isu bibliofil lain yang menarik yang disentuh oleh Emmy adalah isu tsundoku, perkataan ini berasal dari Jepun di mana seseorang itu mengumpul banyak buku namun tidak dibaca. Saya sendiri sedang bergelut dengan isu ini, terlalu banyak buku dan terlalu sedikit masa untuk membaca. Namun, walaupun tidak sempat baca semuanya, bagi saya, lebih baik jika kita menyimpan koleksi buku yang kita mahu. Jika pun tidak dapat dibaca keseluruhan, kita masih boleh membuat rujukan dan membaca beberapa bahagian yang kita perlukan.

Banyak lagi isu-isu seputar bibliofil yang dibahaskan di dalam buku ini. Sememangnya buku tulisan Emmy Hermina Nathasia ini merupakan satu naskhah istimewa bagi pencinta buku, saya pasti bibliofil yang membacanya boleh merasakan keterikatan dengan isu-isu yang dibawanya. Ia boleh dikatakan sebuah naskhah dari pembaca untuk pembaca yang lain.
337 reviews15 followers
June 12, 2024
Buku tentang buku dan aktiviti membaca menjadi tema Dunia Dalam Perenggan. Buku bagai satu dunia yang tersendiri. Bercantumnya banyak perenggan melahirkan karya yang indah untuk dibaca dan dihayati.

Saya suka membaca bab Berhenti Membeli dan Mula Membaca yang berkisar keadaan semasa para peminat buka. Membeli menjadi satu aktiviti yang bercabang daripada aktiviti membaca lalu membaca juga terkesan.

Teknik Membaca Pantas rupa-rupanya ada web untuk menentukan kemahiran. Sebagai seorang yang membaca pantas hasil daripada tabiat sejak kecil, kemahiran ini bernilai untuk menguruskan kegilaan membeli buku.

Buku dan seputarnya menjadi topik yang asyik dibaca. Dunia Dalam Perenggan antara buku yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.
Profile Image for Reading Bee.
55 reviews1 follower
January 31, 2025

Buku ini adalah tentang buku, membaca, dan pembaca. Namun, keistimewaannya bukan sekadar membincangkan tabiat membaca, tetapi juga menyentuh pelbagai aspek lain seperti teknik membaca yang lebih efektif, cara menjaga buku, perancangan membina perpustakaan peribadi, komuniti buku, malah aktiviti cosplaying yang berkait dengan dunia literasi.

Sebagai seorang pembaca yang ada turun naiknya momentum membaca, buku ini sangat berguna sebagai panduan. Saya sendiri sedang berusaha mengatur semula tabiat membaca dan memperluaskan genre bacaan. Sama seperti niat saya tahun lalu, saya ingin menghabiskan to-be-read (TBR) yang sedia ada sebelum membeli buku baharu. Penulis turut menekankan hal ini dalam bab Berhenti Membeli dan Mula Membaca, tajuknya sahaja sudah membuat saya terpukul! Saya akui, saya seorang tsundoku.

Selain itu, salah satu bahagian yang paling menarik perhatian saya ialah perbincangan tentang membaca dengan niat dan tujuan, serta membaca sebagai terapi dan rawatan. Konsep ini memberikan perspektif baharu bahawa membaca bukan sekadar hobi tetapi juga satu bentuk penjagaan diri (self care).

Dari segi teknik penulisan, Emmy Hermina Nathasia menulis dengan gaya yang santai tetapi penuh maklumat. Nada beliau mesra, seolah-olah sedang berbual dengan pembaca, namun tetap tersusun dan mudah diikuti. Struktur bab yang kemas memudahkan pembaca untuk memilih bahagian yang paling relevan dengan mereka. Mohon semua penerbit buku kembalikan ruangan Isi Kandungan!

Secara keseluruhan, Dunia Dalam Perenggan - Tinta Seorang Bibliofil adalah sebuah buku yang sangat sesuai untuk pencinta buku, terutama mereka yang ingin memperbaiki tabiat membaca atau mencari inspirasi baharu dalam dunia literasi.

#resensibuku #illbeereading #duniadalamperenggan #tintaseorangbibliofil #ehnathasia
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 10, 2025
Kalau nak banding pembacaan penulis dengan saya tentulah jauh beza dengan melihat statistik jumlah buku yang dibaca dalam setahun. Dengan status bekerja dan suri rumah sangatlah sukar untuk membahagikan masa untuk membaca namun penulis berjaya menghabiskan bacaan dalam lingkungan 50-100 buah setahun. Itu sedikit gambaran mengenai penulis di dalam naskah Dunia Dalam Perenggan.

Saya dapati teknik pembacaan pantas oleh Buzan dan cara membaca dengan betul oleh Adler yang dicadangkan oleh penulis sedikit sebanyak menjadikan penulis menjadi pembaca seperti sekarang. Tambahan lagi, penulis menegur pembaca untuk kurangkan sikap ‘tsundoku’ yang tidak membantu pembaca untuk menghabiskan buku yang sedia ada mengakibatkan lagi kelewatan pada pembacaan.

Secara keseluruhan, bagi saya buku ini lebih kepada membantu pembaca teknik membaca yang lebih berfokus, mengurangkan kerugian masa dan kos pada yang tidak sepatutnya
Profile Image for Adrini Chia.
225 reviews
November 23, 2024
3.5 or 4 really. Some parts of this book were incredibly intriguing and thought-provoking, while others didn’t capture my interest as much. Still, overall, it’s a fascinating and educational read that kept me engaged. The writing style was fluid and easy to follow, making it a pleasure to read. I especially enjoyed how quickly I could get through it—it was perfect for speed-reading. The subtle dig at Goodreads was DSFLAJKNBFD which I found ironic given that I’ve logged over 90 books on Goodreads this year! It’s both relatable and enjoyable, with a nice balance of insight and wit.
3 reviews
December 14, 2024
Lebih kepada gambaran secara umum dalam dunia penulisan, membaca, membeli dan cara menjaga buku. Untuk bab speed reading bab yang menarik sebab saya sendiri baru sedar kasar kelajuan membaca saya dalam kategori lemah. Secara keseluruhan sesuai untuk sesiapa yang mahu tau serba sedikit dunia pembacaan buku.
1 review
December 29, 2024
Buku berkisar tentang panduan membaca yang baik bermula dengan tujuan, niat utama, teknik bacaan, budaya, matlamat bacaan.
2 reviews
July 21, 2025
It’s interesting book to read and gained a lot of knowledge by reading this book. It exposed the reader on the importance of reading habit and why we have to be active readers.
Profile Image for Abim.
26 reviews1 follower
September 28, 2025
Aneh. Kau membaca buku tentang bagaimana mahu membaca buku. Ia seperti menonton video di YouTube tentang bagaimana mahu menonton video di YouTube. Barangkali memang ada keperluan yang mustahak untuk buku ini dihasilkan. Mungkin ada yang merasakan bahawa cukup memadai membaca sesebuah buku tanpa mempersoalkan apa sahaja idea yang diketengahkan.

Sebenarnya bukan perbuatan membaca itu yang penting tapi prosesnya. Proses itu kita panggil ia sebagai penaakulan. Kira bagus lagilah kalau orang itu masih membaca walaupun takliq buta-buta. You just need to bring up your reading game by doing what the writer recommends you to do in this book.

Menurut penulis, ada di kalangan kita sekadar membeli buku untuk dijadikan prop semata. Tidak dibaca pun sebenarnya. Ini lebih teruk daripada budaya Tsundoku. Paling lekeh Tsundoku pun buku tetap akan dibaca setelah dibeli walaupun ambil masa 8 tahun. Orang begini hanya nak tayang dirinya pandai di media sosial. Aku rasanya boleh agak buku apa yang sering orang jadikan sebagai prop - The Subtle Art of Not Giving a F*ck karya Mark Manson. Harap kita semua tidak tergolong dalam golongan terlaknat begini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hasliza Rajab.
173 reviews8 followers
October 4, 2024
Semasa di universiti dahulu, saya boleh menonton drama Korea yang berbelas episod tanpa ada rasa cepat bosan dan jemu. Namun kini, citarasa itu berubah. Untuk menghabiskan satu cerita yang berdurasi 1 jam sahaja sudah cukup lama dan membosankan. Saya kembali ke zaman remaja saya di mana sepenuhnya masa dihabiskan bersama buku-buku, sama ada di perpustakaan sekolah atau buku yang dibeli (hasil duit tabungan). Membaca adalah 'escapism' saya!

Sama sepertimana yang penulis ceritakan di dalam buku beliau ini, memori beliau bersama buku, dari zaman kana-kanak sehingga saat sekarang. Selain daripada itu, penulis banyak menyediakan yang menarik untuk tatapan pembaca berkaitan dengan buku atau bibliofil.

Antara salah satu bab menarik dalam buku ini ialah penulis menekankan kepentingan membaca dengan niat dan tujuan.

Kenapa kita membaca?
Adakah kerana hanya hobi semata-mata?
Kenapa membaca perlukan niat dan tujuan?
Adakah membaca memerlukan kepada perancangan yang teliti untuk mencapai tujuan membaca?

Penulis berpesan :
"Jadikan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat memberi nilai tambah untuk diri anda".

Tanpa mengira fiksyen atau bukan fiksyen, novel atau buku ilmiah...pastikan buku yang kita pilih dan baca adalah buku yang boleh memberi kita pengetahuan dan membentuk nilai diri.

Antara ilmu yang saya perolehi daripada buku ini ialah mengenai teknik bacaan yang penulis kongsikan. Sebelum ini saya hanya membaca daripada patah perkataan ke patah perkataan, satu demi satu, helai demi helai. Rupanya teknik bacaan itu pelbagai. Iaitu teknik membaca pantas. Teknik ini boleh diaplikasikan sekiranya kita ingin memperoleh keseluruhan idea untuk sesuatu buku yang dibaca. Teknik ini boleh dipraktikkan apabila kita membaca buku-buku fiksyen.

Banyak lagi maklumat dan fakta penting yang penulis 'hidangkan' buat para pembaca mengenai buku dan bibliofil.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.