Jump to ratings and reviews
Rate this book

Intelektual Yang Membosankan

Rate this book
Kita selalu berfikiran bahawa golongan intelektual merupakan benteng yang menjaga nilai moral dan juga kemajuan pemikiran sesuatu bangsa. Namun, dalam beberapa keadaan, kita melihat golongan intelektual ini bukan sahaja tidak dapat dijadikan rujukan bagi moral dan etika, malah mereka merupakan satu golongan yang syok sendiri dan terpisah dari masyarakat. Falsafahnya terawang-awangan, tidak berkaitan dengan masalah bangsanya malah tidak mampu menyelesaikan kegawatan yang melanda masyarakatnya. Solusi mereka tumpul dan dangkal, malah pemikirannya sekadar menyebut semula apa yang dibacanya tanpa penilaian perihal kesesuaian dengan zaman dan tempat. Seolah mereka di satu lembah, dan masyarakat di lembah yang lain. Buku ini akan menganalisa dengan kritis dan tajam krisis yang dialami oleh golongan intelektual masa kini.

122 pages, Paperback

Published May 16, 2024

7 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Syed Ahmad Fathi

17 books93 followers
Syed Ahmad Fathi is an author and editor based in Malaysia. His writing regularly appeared on local online portals and in prints. He authored several non-fiction books and has edited numerous anthologies. He runs the blog Meniti Jambatan Masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (52%)
4 stars
10 (29%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews333 followers
August 11, 2025
Buku ini adalah kompilasi artikel kritis yang membedah krisis peranan golongan intelektual masa kini dalam struktur sosial. Saudara SAF menyoroti bagaimana sebahagian intelektual terperangkap dalam dunia idea abstrak yang terpisah dari realiti masyarakat - sering mengulang teori tanpa menilai kesesuaian dengan konteks lokal dan zaman.

“...merupakan satu golongan yang syok sendiri dan terpisah dari masyarakat. Falsafahnya terawang-awangan, tidak berkaitan dengan masalah bangsanya...”

Sebagai pembaca dan pemerhati pasif (dan dingin), kadang - kadang aku rasa ayat ini saudara SAF nak tujukan kepada that someone - idealis yang sinikal, abstrak, syok sendiri, dan retorikal dalam gaya yang provokatif. (nampak, aku dah mula mengait tanpa bukti sahih ni... astagfirullahalazim)

Dia juga mengkritik fenomena intelektual yang membina citra diri, sibuk mengutip tokoh besar tetapi kehilangan makna dan substansi dalam sumbangan mereka. Dia menyeru agar intelektual kembali ke akar peranan mereka sebagai agen perubahan sosial, bukan sekadar pemikir yang syok sendiri.

Pada pengamatan aku,

1. Saudara SAF teliti dalam analisis, dengan merujuk kepada realiti sosial dan pengalaman sebenar dalam dunia intelektual Malaysia. Kritikannya tajam, berasas dan tidak sekadar retorik kosong.
2. Hujah saudara SAF agak provokatif tapi membina, triggered aku untuk berfikir siapa dan apa peranan sebenar intelektual yang sedia ada. (Aku teringat golongan yang pernah bergelut dengan dunia akademik atau aktivisme).
3. Aku suka isu relevansi, kejujuran intelektual, dan keberanian untuk menyumbang secara nyata yang disentuh dalam buku ini.
4. Gaya penulisan berat dan format artikel, tapi gagasannya memancing refleksi.
5. Sesuai untuk mereka yang ingin mengkritik dan memperbaiki wacana intelektual, bukan sekadar membaca untuk hiburan atau maklumat ringan.

Ini buku kedua dari saudara SAF yang aku baca, selain postingan FB.

Untuk kepuasan maksima,

1. Aku betul betul harap saudara SAF menyebut contoh konkrit atau pengecualian yang menunjukkan kepelbagaian dalam dunia intelektual.
2. Sebab buku ini disusun dalam bentuk kompilasi artikel, ada alur pemikiran yang aku rasa tak konsisten dan tak begitu sistematik, sedikit sukar untuk aku membina naratif yang menyeluruh.
3. Walaupun gagasan yang dibawa kuat, tidak pula disokong dengan kajian empirikal atau case study yang boleh memperkukuh hujah secara akademik.
4. Nada yang tajam dan provokatif sesuai untuk membangkitkan kesedaran tapi kurang sesuai untuk pembinaan teori atau penyelesaian masalah secara ilmiah.

Jadi buku ini lebih sesuai sebagai manifesto pemikiran, recommended.

3.8 / 5 stars
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
June 26, 2025
Buku pertama S.A Fathi yang dibaca, jadi sukar untuk menilai aras buku ini tambahan pula dibaca oleh pembaca yang jarang-jarang membaca bukan fiksyen seperti saya. Wacana awal berkenaan Ilmu & Epistemologi dan Pendidikan rasanya dipersembahkan dengan baik, diperkenalkan secara berperingkat dan setiap wacana adalah lanjutan & perkembangan daripada wacana sebelumnya. Wacana-wacana tersebut informatif dan mudah. 

Apabila memasuki sub topik yang seterusnya: Mahasiswa & Intelektual, kita seperti bertemu dengan angin emosi yang sedikit menderu sehingga wacana tersebut kedengaran seperti kritikan peribadi (maaf ini hanya pandangan dangkal seorang pembaca yang tak banyak sangat pun membaca jika dibanding dengan penulis, tapi ini adalah perasaan spontan yang lahir sebagai seorang pembaca yang datang dari kelompok pembaca yang berencam latarbelakang). Membaca wacana yang membidas naskhah feminisme seperti sedang membaca komen orang bijak dalam ruangan komen di facebook sambil makan popcorn.

Atau mungkin kurangnya saya sebagai pembaca pertama buku S.A Fathi adalah kerana ini adalah buku pertama saya. Baru mula berkenalan sudah dihidangkan dengan wacana-wacana kritikan. Wacana kritikan lebih sesuai dibaca pembaca yang sudah hadam atau paling tidak sudah tahu selok belok topik yang dibincangkan.

Cuma terlintas di fikiran, apabila buku ini berdegor-degor dengan isu 'intektual yang membosankan', sejauh mana kita tidak menyumbang menjadi sebahagian daripada mereka? Adakah kita (pembaca? penulis?) juga adalah intelektual yang membosankan itu? Perumpamaan mudah: kita selalu jengkel dan tertekan bila menghadapi kesesakan lalu lintas, tanpa kita sedar sebenarnya kita juga adalah penyumbang kepada sesak trafik tersebut.
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
August 31, 2024
Selesai ✅ Bagi saya, tajuk je nampak holier than thou tapi keseluruhan kandungannya tidak. Sebuah eksplorasi tentang intelektualisme, walaupun bab terakhir dan penutup sahaja yang banyak merungkaikan tajuk buku secara mendalam.

Nota: buku ini merupakan sebuah kompilasi artikel oleh penulis, jadi penulisan beliau mungkin terasa agak random (dan berat). Namun, saya suka tema yang dibawa. Kritikan-kritikan penulis ke atas isu dan penulisan di luar sana adalah membina walaupun ada sahaja pandangan yang saya tidak setuju.

Cuma apa yang mengganggu saya sepanjang pembacaan adalah teknikal buku. Masih banyak kesalahan tatabahasa, ejaan, perkataan yang tidak konsisten dan lain-lain (dalam aspek kesalahan bahasa). Sebagai contoh, kesalahan penggunaan perkataan “ia”, kata hubung “tetapi” dan penanda wacana.

Maka 4/5 ⭐️ untuk buku ini ☺️
Profile Image for Nurul Nadhira Idris.
27 reviews
June 26, 2024
This book humbles me so low, down the valley of despair. Once in a while, you need something or someone to bring you to the ground.

I define the true intellectual as an ‘ulul albab’, the ones who get the point.
Profile Image for Haikal Iqbal.
25 reviews
June 12, 2025
Apa yang saya dapat dari buku ini , in short .. dengan menggunakan bahasa dan tulisan yang accessible kepada masyarakat umum, penulis mengkritik sebahagian golongan intelektual yang tidak menggunakan kelebihan ataupun posisi mereka untuk benar benar membawa perubahan kebaikan kepada masyarakat .

Golongan Intelektual tidak sepatutnya "memisahkan" diri mereka dengan masyarakat, mereka sepatutnya terlibat sekali di lapangan masyarakat yang pelbagai, bukan hanya sekadar melemparkan rhetoric dan wacana yang tidak dipraktiskan serta hanya duduk di kerusi kerusi empuk. Saya cadangkan elok untuk pembaca sekalian, baca sendiri dan praktikkan mesej yang ingin disampaikan.
Profile Image for Muhammad Hilmi.
6 reviews
July 6, 2024
Satu eksplorasi perihal intelektualisme. Perlu dibaca dengan kritis, kerana saya rasa tak semua ideanya boleh diambil sekadar adanya.
Profile Image for Mel Zainal.
Author 4 books7 followers
January 4, 2025
Buku ini mungkin buku kedua yang saya dapatkan setelah berpindah ke bumi Kenyalang, dipos terus oleh Syed Ahmad Fathi dari Sungai Petani, Kedah beberapa bulan lepas. Melihat tajuk buku ini buat pertama kali, saya hanya tersenyum dan boleh meneka perihal yang akan dibincangkan kerana penulis pernah berkongsi tentang wujudnya golongan yang menggelar diri mereka sebagai intelektual dan bersifat superior, tak mahu melihat dan mendengar pandangan lain yang lari dari fahaman mereka.

Buku ini dimulakan dengan pengenalan konsep ilmu dan epistemologi, dikembangkan dengan kisah-kisah menarik dari falsafah Arab (Ibnu Tufail) dan Yunani (Socrates). Di pertengahan buku, penulis mula membentangkan persoalan-persoalan berkenaan pembelajaran dan pendidikan. Persoalan ini datang dari ulasan dan kritikan sebuah buku yang diterbitkan di negara ini.

Separuh terakhir buku ini merupakan sebuah kritikan tentang buku-buku yang melibatkan mahasiswa dan universiti. Jika boleh saya petik sebuah perbahasan yang menarik adalah hubungan mahasiswa dan masyarakat. Penulis mengkritik sebuah penulisan yang mengatakan mahasiswa perlu diasingkan dari masyarakat dan diletakkan dalam kelas yang tersendiri. Saya setuju bahawa idea ini syok sendiri. Sedangkan ratusan lagi ahli falsafah dan intelektual yang membawa mesej yang bertentangan. Karl Marx contohnya menekankan pentingnya penyatuan golongan intelektual dan buruh komunal untuk mencapai revolusi sosial. Di pendapat yang lain pula, Edward Said dalam bukunya Representations of the Intellectual menyebut bahawa golongan intelektual harus mewakili mereka yang didiamkan (masyarakat), bukan untuk hidup terasing.

Di bahagian penutup, penulis sempat mencari gaduh dengan mengkritik intelektual feminisme. Walaupun saya sebagai salah seorang yang menyokong semangat feminisme, saya sendiri belum pernah membaca buku yang dibincangkan oleh penulis. Namun melihat dari ulasan dan kritikan beliau yang bertalu-talu tanpa simpati itu, nampaknya saya harus dapatkan juga buku itu juga untuk dikaji dengan mata kepala saya sendiri untuk berlaku adil.

Akhir kata, buku ini boleh dikategorikan sebagai “light reading”, namun tetap berjaya mencungkil pemikiran pembaca. Tahniah saya ucapkan buat Syed Ahmad Fathi.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
35 reviews
May 1, 2025
Kesimpulan yang aku dapati daripada buku ini bahawa ahli ilmu atau kita sebut sebagai golongan intelektual itu seharusnya hidup bersama masyarakat dan sentiasa berada dalam denyut nadi mereka sehingga dapat menjadi ejen yang mencetuskan arus perubahan. Jika tidak, mereka tidak lebih daripada hanyalah intelektual yang membosankan.

Pertembungan antara golongan haraki dan talaqi (jika boleh kita namakan kerana termasuk dalam golongan intelektual) yang kita saksikan hari ini seharusnya diharmonikan dengan masing-masing berusaha memperbaiki dan melengkapi kelemahan dan kekurangan sendiri, seterusnya sentiasa memperkukuhkan ikatan ukhuwwah dan bergabung sehingga dapat mencetuskan arus perubahan.

Terima kasih penulis yang membawa perbincangan ini dan ternyata banyak sekali buku dan tulisan-tulisan yang belum saya sentuh disebut dan dikongsikan oleh penulis di dalam buku.
Profile Image for ainsoofiyah.
11 reviews1 follower
January 16, 2025
Very misleading title. Lebih banyak kritikan terhadap buku-buku berbanding idea sendiri. Mungkin lebih baik tajuknya ditukar kepada Bedah Buku: Intelektual yang Membosankan. Mengharapkan lebih banyak kritikan terhadap golongan intelektual, tetapi hujah yang dibawakan terlalu cetek dan lebih tertumpu kepada pandangan peribadinya terhadap buku-buku yang telah dibaca. Namun, buku yang disarankan kelihatan menarik untuk dibaca buat masa hadapan.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
October 14, 2024
Topik2 yang dibawa oleh penulis bagi aku sangat random tetapi setiap isi yang disampaikan memang berfokus pada isu2 yang berlaku dalam dunia intelektual dan secara tak langsung, beri gambaran kenapa ada sesetengah orang terlalu fanatik memuja dan yang membenci dengan gol intelektual .
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 2, 2025
Tajuk yang bikin panas tapi teguran dan kritikan dalam buku ini agak okay. Tidak semua saya setuju, tapi itu biasalah. Saya suka segmen pertama Ilmu dan Epistemologi

Recommended buat mereka yang terbuka baca buku yang kritis
2 reviews
July 6, 2024
Ok, intelektual membosankan. Penulis ni rasa dia tak membosankan ke? Kita patut rai semua pandangan, ilmu bukan ada satu pintu ja.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.