What do you think?

Apa Orang Kata
167 pages, Paperback
Published January 1, 2024
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
September 6, 2025
Sudah biasa dari kecil lagi, kita dikritik, dikomen dan diberikan pendapat tentang apa yang ‘patut’ kita buat. Saya faham niat orang tua dan orang sekeliling kita yang hanya mahukan yang terbaik buat kita. Membesar dan menjadi dewasa, ada kalanya kita terbawa-bawa dengan pendapat orang dalam membuat keputusan sendiri.
Berapa ramai antara kita yang masih takut untuk mencuba kerana risau ‘apa orang kata’, takut untuk kedepan kerana risau ‘apa orang kata’, untuk memberi pendapat kerana risau ‘apa orang kata’. Saya juga tak terlepas daripada merasakan perkara ni. Terlalu lama dibayangi dan diberi harapan yang anak sulung perempuan kena serba serbi lengkap dan tiptop semuanya.
Jadi dengan buku ni, banyak saya belajar tentang bagaimana hendak perlahan-lahan belajar untuk tidak ‘terlalu’ terkesan dengan pendapat orang lain. Tidaklah saya menidakkan nasihat atau pesanan orang sekeliling. Namun kita perlu bijak untuk menilai apakah poin yang diberi relevan atau tidak untuk kita terkesan dengan nya atau pun ianya satu pesanan yang berguna.
Saya juga terkesan dengan pesanan penulis yang mengingatkan tentang ‘self-love’. Apa yang kita buat selama ni, untuk diri sendiri dahulu kan. Nak spend duit, nak makan sedap, nak nampak cantik. Tetapi apakah self-love yang sebenar? Iaitu penundukkan secara total kepada Pencipta kita kerana kita tahu dan faham hakikat sebenar kehidupan. Kita hamba dan menyelamatkan diri sendiri dari kebinasaan. Itulah erti sayangkan diri sendiri yang saya sendiri seringkali terlupa juga.
Apa-apa pun, buku ni nipis tetapi kompak dengan pesanan dan tips yang berguna. Semoga lebih yakin dengan setiap langkah yang kita niatkan untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat.

April 21, 2026
Tajuknya saja sudah menarik perhatian, apakan isi kandungannya pula. Dr. Ahmad Rostam berjaya menyampaikan perihal psikologi dengan gaya bahasa yang mudah dan santai. Panduan praktikal seperti teknik grounding, teknik penting/yakin dan juga tips menghindari orang-orang yang negatif sangat membantu kita dalam menjalani kidup dengan tenang dengan bahagia kerana kebanyakan perihal ataupun masalah serta isu yang timbul adalah kerana kerisauan kita terhadap tanggapan orang terhadap kita. Maka buku ini insha Allah membuka minda kita untuk kita belajar lebih lagi luas bagaimana untuk kita menerima keadaan tersebut. Bagaimana kita mendepani cabaran tersebut, bagaimana kita menyikapi perihal tersebut. Saya sangat suka buku ini. Sangat berbaloi dan saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk baca buku ini.
November 28, 2025
"memaafkan bermaksud melepaskan diri Kita Dari segala bebanan psikologi Dan emosi seperti kemarahan, dendam, perasaan terkila. Dan kesedihan Yang hadir Dari sebarang perbuatan orang lain terhadap Kita. melepaskan diri Dari segala perasaan ini penting untuk membolehkan Kita meneruskan hidup tanpa dibayangi kenangan disakiti ITU."
June 16, 2025
Disediakan beberapa tips praktikal dalam menghadapi krisis-krisis komunikasi bersama manusia
Displaying 1 - 4 of 4 reviews