Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hazrael #2

Internet Death Angel

Rate this book
Sekuel Hazrael

Kaca yang retak tidak mungkin memantulkan bayangan sempurna, sebab itu kita sentiasa diberi pilihan dalam kehidupan. Dan ini... pilihan yang Naina keliru untuk putuskan.

Sangkanya, dia hanya perlu menunggu dua tahun dan mereka akan bersama semula sebagai pasangan yang sempurna.

Namun, berita Hazrael yang melarikan diri dari penjara secara tiba-tiba telah mematahkan harapan Naina. Apatah lagi dia memilih untuk kembali kepada kehidupan lamanya.

“My name is Neil Hazrael… or should I say Internet Death Angel is back?” - Neil Hazrael

Bukan itu sahaja, Hazrael juga dituduh menikam rakan satu selnya, dan dipercayai merancang sesuatu yang berbahaya kepada negara.

Naina pula... keliru. Perasaannya bercampur-baur. Hazrael lari dan menghilang, meninggalkannya seorang diri di belakang bersama satu kes yang besar.

Dia masih berharap Hazrael akan pulang, sehinggalah lelaki itu... bertindak di luar jangkaan.

“You’re my beautiful wife, until the end of time. Even after that. I’m sorry for choosing myself this time.” - Neil Hazrael

"I’m your bloody wife, Hazrael, and you betrayed me!” — Naina Hijannah

Mampukah hati ini menerima keadaan tanpa membenci kenyataan?

Dan jika Hazrael benar-benar memilih untuk kembali ke masa lalunya, apa pilihan yang tinggal untuk Naina?

“Aku rasa macam aku dah tak kenal kau, aku dah tak kenal suami aku sendiri.” - Naina Hijannah

Demi kebahagiaan yang mereka harapkan di akhir cerita, mungkin juga pilihan yang tinggal hanyalah imaginasi dan dusta semata-mata.

Is it truly forever, or is it just... over?

596 pages, Paperback

First published June 1, 2024

14 people are currently reading
138 people want to read

About the author

Harleen

6 books72 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
110 (74%)
4 stars
29 (19%)
3 stars
7 (4%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
July 30, 2024
Disebabkan penulis minta jangan bagi spoiler,so aku cuma nak cakap novel ni better dari Hazrael.
Profile Image for N.A.N.A.
215 reviews5 followers
June 11, 2024
Best tak stress mcm baca hazrael dulu dgn typonya bersepah. Yg ni takde typo weh. 😅 love this novel. The action the mystery and also the plot twist. Wow gitu
Profile Image for Far.Zana25.
113 reviews1 follower
July 2, 2024
Sambungan dari novel Hazrael...

💣 First of all, atas permintaan penulis.. aq taknak spoil banyak sgt sbb nak bagi pembaca lain pun rasa vibe dia bila baca. 1 word.. BOMBASTIC! 🫶🥹

💣 Kalau korang suka cerita yg thriller, bagi korang rasa adrenaline rush, vibe² spy pastu ada revenge dari geng² penjahat etc.. haa silalah baca ni. Jgn risau, still ada vibe² sweet kat dlm ni hehe.

💣 Okay so kalini dia citer pasal Hazrael yg tiba² je hilangkan diri dari penjara walaupun tinggal lagi seminggu je utk dia bebas dari tahanan. Ofclah Naina rasa betrayed en lagi² bila dpt tahu suami sendiri yg selama ni dia fikir dh berubah tiba² je announced yg dia dh kembali jadi IDA >> Internet Death Angel!

💣 Lebih mengejutkan bila dpt tau yg Hazrael sempat jugak tikam kwn baik dia sendiri which is Andrew yg dia rapat sepanjang tempoh 2 tahun dlm penjara tu.

💣 So, kat sini anggota Sixers-O nak siasat apa punca Hazrael buat mcm tu. Lagi² bila dpt tau yg ada seseorang lelaki prnh melawat Hazrael. Kemungkinan lelaki tu yg menjadi penyebab kpd semua yg berlaku ni.

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Bestnya baca novel ni. Langsung tak bosan tau tak. Aq rasa mcm dlm movie omputih bila baca novel ni. Semua jln cerita dia feels real! 😍

Banyak juga surprise dlm citer kali ni dan kene bnyk jugak fhm jln cerita dia sbb setiap watak mostly berkait rapat. Tapi best jgn risau.

First book ever yg berkaitan penyiasat, detektif, hacker yg berjaya buatkan aq tertawan ye. Sampai bila² aq takkan lupa dan sentiasa akan recommend dkt org utk baca 💯!

Selamat membaca geng🫶

Oh ya lupa, cover novel tu ada membawa maksud tersirat jugak tau🤭

#internetdeathangel #harleen #fajarpakeer #bookrecommendations #farzreads #bookreview #bookfyp #fypシ #fypppppppppp #fyp #novel #hazrael #naina #sixerso #hackers #detective #recommended #malaysiamembaca #malaysiamembaca2024
Profile Image for Sha.
3 reviews1 follower
July 30, 2024
Hazrael and IDA were my first thriller novel.

This time, IDA was completely different from Hazrael. It's like the plot being dropped numerous times. Tak sempat nak hadam this plot, tambah lagi another shocking plot. Even the story is quite long but it would make you nak baca lagi and lagi. I stopped numeorous times sebab rasa macam tak boleh nk hadam the shocking plot.

I didn't expect Amanda's part either. It's quite scary (for me). I can't imagine someone like Naina boleh hadap hari-hari dia and acted like a normal person.

Anyway, kudos to Kak Harleen. 👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Iman.
2 reviews
July 5, 2024
Assalamualaikum kak harleen ! saya dah habis baca internet death angel 😻! and yk what? saya tak rasa saya baru habis baca novel , tapi lebih kepada tengok movie ! saya terkedu , tak sangka ada manusia yang boleh rangka ayat dan menghasilkan masterpiece ‼️tapi tak terkejut sangat kalau penulisnya kak leen ! sebab saya memang tabik hormat la dengan kak leen semua buku ii akak sangattt sangatt hebat. saya rasa saya rate buku akak , infinity !! no doubt. you deserve it , author. you deserve a crown for the best thriller genre book author 👸💋

saya sangat kagum dengan kak leenn 🥹 pandainya akak menyusun aksara , membuat kes dan fikirkan jalan penyelesaiannya , akak sangat pandaii ‼️ tbh , i reallyyy reallyyy like everything about siasat ii and you the first author yang saya suka bukuuu bukuu nya 😋 thank you for being a writer 🫶🏻 thank you for publishing your books. may Allah bless you 🥹

also ! saya sangat berpuas hati dengan ending nya ! cukup serba serbi. tak tinggalkan satu persoalan pun ! dengar haritu kakleen kata nak terbit buku anaknya pula kan? besttnyaaa 😻! saya pernah baca sedikit dekat wattpad. tajuk dia ace:kitsune the killer kann? argh tak sabar nya nak beliii. saya doakan akak diberi kesihatan yang baik , emosi yang stabil dan kekuatan menghadapi ujian 💪🏻semoga hidupmu tenang dan dapat menghasilkan buku anaknya !😝

itu sahaja dari saya ! oh lagi satu , saya nak bagi satu ucapan untuk kakleen.

olive you , kakleen 💗 you really pear-fect ✨ may your life become smooth like butter 🫶🏻 i am very grape-ful to be able to read your books 🎀thank youu.

from your reader , fans , admirer and your daughter in law hihi 🤭
iman
Profile Image for Diniy Qistina.
157 reviews5 followers
July 16, 2024
Forever or Over?

Awal-awal cerita everything is fine. Naina yang rajin ulang-alik melawat Hazrael di penjara. Sabar menanti hari Hazrael dibebaskan. Sehinggalah tiba-tiba suatu hari tu digemparkan Hazrael telah menikam rakan satu selnya dan melarikan diri daripada penjara walhal hanya tinggal lagi seminggu sahaja sebelum dia dibebaskan secara sah. Akibatnya, tinggallah Naina terkontang-kanting hadap segala implikasi tindakan Hazrael. Lagi haru bila Naina dituduh telah membantu suaminya, Hazrael melarikan diri dari penjara. Lepas tambah satu masalah, datang lagi masalah lain. Makin huru-hara hidup Naina yang sedia sudah huru-hara. Tambah pula, poster 'WANTED' Naina dan Hazrael bersepah di pelusuk bandar.

Makin masuk ke pertengahan cerita, makin 📈 kemarahan aku kat Hazrael. Masa ni bengang habis. Rasa marah ada, maki ada, mengeluh ada, dan macam-macamlah. Entah berapa banyak kali dok 'cakap' kat Naina suruh dia tinggalkan Hazrael. Stress guwe dibuatnya. 😭😂

Pastu bila dah settle satu masalah, eh eh datang pulak masalah lain. Penuh debaran ya kita dibuatnya. 😌
Towards ending, bila dah terungkai semua persoalan baru boleh lepaskan nafas lega. Overall, memang puas hati baca. 💋💣💥
1 review
July 13, 2024
All I want to say is that Kak Leen's book never fails to impress me. Out of all the books I’ve bought, this book is the one that I read the quickest. Totally worth my time.

At first, I thought I’d just read a few chapters, tau tau dah reached the epilogue. It took me 16 hours to read it. I'm really interested in the crime genre, especially the investigation parts. The plot and storyline are amazing, and I really enjoyed the rollercoaster. This book is mind-blowing. Akk buat buku ke movie? Sumpah rasa macam dalam movie, gempak gilss.

The ending was satisfying, knowing Hazrael and Naina's era has ended, and only their children left, shattered my heart into pieces. Remembering all the memories made me burst into tears.

Hazrael and IDA will always hold a special place in my heart. I wish I could lose my memory to read Hazrael and IDA for the first time again. I truly adore your writing style, it's flawless. Thank you, Kak leen, for creating this masterpiece, Hazrael and IDA, including all your books too 💓
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for muffinbubble.
40 reviews
August 29, 2024
Bestttt! Memang saspens punya storyline. Bila Hazrael terlepas dari jail, ingatkan pilihan sendiri rupanya nak selamatkan diri dari ‘something’. Waktu Naina kena tikam dengan Hazrael, I’m so shocked 😨like why you did it to her brooo?!

Of course banyak plot twist. Naina tu watak yang banyak dikhianati dan disakiti mental fizikal. Poor for her. Even suami buat onar pun, masih lagi trust and sayang. And I loveee the last part. Part Naina hampir di bom. With 80 sec, kena cipta kod untuk matikan bom dalam keadaan tertekan. Like wow! But she deserves to be saved after all things happened. Kira Hazrael memang patut balas budi 😂!

((Ambil masa yang lama nak baca bukan sebab reading slump or DNF, tapi sebab too busy eheee))


Overall, masterpiece 5/5 ⭐️
congrats kak Harleen.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
September 1, 2024
Hazrael, suami detective Naina Hijannnah melarikan diri dari penjara seminggu sebelum dibebaskan.

Hazrael diugut dan diculik oleh seseorang namun sempat melarikan diri dari penculiknya ketika dalam tahanan

Naina hampir menempah maut apabila sering diburu oleh musuh Hazrael & beranggapan Hazrael mengkhianatinya

Naina sering mengalami halusinasi jugak sering 'throwback' dalam mimpinya melihat orang² yang disayanginya yang telah tiada. Lelah dengan mimpi Naina yang takleh move on ni

Watak Naina lebih menonjol kerana sepanjang pelarian Hazrael, Naina menjadi mangsa buruan pelbagai pihak dari Dr. palsu & team HPD
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
September 6, 2024
𝗱𝗲𝘁𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝘅 𝗰𝗿𝗶𝗺𝗶𝗻𝗮𝗹 | 𝗶𝗻𝘃𝗲𝘀𝘁𝗶𝗴𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 | 𝗵𝗮𝗰𝗸𝗶𝗻𝗴 | 𝗶𝗹𝗹𝗲𝗴𝗮𝗹 𝗰𝗿𝗶𝗺𝗲 | 𝘀𝘁𝗮𝘁𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝗰𝘆
𝗧𝗪❗️ 𝗱𝗲𝗽𝗿𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻 | 𝘀𝘂𝗶𝗰𝗶𝗱𝗮𝗹
__
Sejujurnya, sebelum baca saya tak letak expectations yang tinggi pun. Ternyata dalam ini lebih padat dengan konflik dan plot yang out of my mind.

Dari permulaan saya dah kagum dengan penulisan Harleen yang lebih straightforward tanpa ada tambahan part yang tak penting.

Plot twist dalam ni memang beyond my expectations, tbh ia ‘mungkin’ boleh dijangka tapi perjalanan ceritanya diolah sangat cantik sampai kita punya otak dah set untuk jangkakan benda lain.

📌Berlapis-lapis plot twist sampai tak terkawal untuk nak hadam satu-satu, but suprisingly semuanya tersusun je 🙌🏼 The ending untuk setiap konflik pun di ceritakan, walaupun dah nak hampir tamat!

📌Masa part kebenaran terbongkar, memang meremang bulu roma 🙂 Dia macam ehh biar betul kena gula-gula cenggitu je 💆🏻‍♀️ Jujur cakap memang saya termenung masa baca plot twist nya. Awak makan apa ya sampai boleh fikir macam ni, harleen 😌 Its just mind blowing 🤯

Character development Naina & Hazrael pun saya suka, mereka lebih matang dan always fikir dulu sebelum bertindak (except that one scene).

Jujur cakap, watak Naina dalam Hazrael boleh tahan annoying juga sebab attitude dia yang tah pape tapi dalam IDA ni nampak yang dia dah berubah (its been 2 years kan) dan lebih menonjolkan kelebihan dia which is otak dia sangat berguna 🙌🏼

Hazrael, minimal sangat watak dia dalam ni tapi the impact! fuh 🥵 goosebumps 🫳🏼 Cenggini perasaan bila Hazrael muncul 📉📈📈📈📈📉📉📉📉📉📉💖💖

Setiap part lawan-lawan atau hacking with code and etc sangat detail, senang je bayangkan how intense the scene is.

Penceritaan dan penulisan saya boleh rasa ia sangat berbeza dengan buku Harleen yang lain, saya ‘selesa’ baca IDA. Pls don’t expect buku ni banyak romantic scene, yang korang dapat nanti Hazrael dengan Naina pegang pisau je HAHAH
Profile Image for داميا.
4 reviews
December 23, 2025
saya start baca novel ni dengan harapan ada genre dark thriller infused with elements of romance and honestly, yup this book is PEAK AND ATE (memenuhi jangkaan saya~) 🫶🏻

saya 💞 sangat karya Harleen, especially these novels called ‘Hazrael + Internet Death Angel’ oh my.. jalan ceritanya penuh dengan actions + thrillers scenes + plot twists yang buat saya susah untuk DNF buku ni T___T

one of the main strengths of this novel is chemistry between ml (Neil Hazrael) and fl (Naina Hijannah). walaupun diaorang ni asyik gaduh je (Nai ajak Neil ikut 😭) their interactions still comel + rasa real (yang penting tak cringe b brader). saya suka character Neil Hazrael, walaupun dia ni dulu ada kisah silam yang teruk which is seorang hacker but dia dah insaf. character Naina Hijannah pula? haih kalaulah dia real saya nak bagitau dia saya nak jadi isteri kedua Neil Hazrael 🫦🫶🏻 eh- maksud saya saya nak peluk dia kemas-kemas sebab dia pun ada kisah silam yang pahit 😞 (QnA: tips dapat lelaki macam Neil Hazrael macam mana Nai?).

novel ni terlalu best sampai ‘reading slump' saya tau ✋🏻 sebab bagi saya susah nak cari karya yang setanding dengan Hazrael and IDA. bagi pembaca yang memang suka genres actions + thrillers + romance (romance dia tak main main, tersengih-sengih saya baca) saya syorkan novel hazrael tu andddd this novel Internet Death Angel (IDA).

overall 👀 this was an intense, memorable read and definitely one of my highlights towards the end of 2025 tho! (happy sebab dah habis baca tapi at the same time I think I'll be miss them :/)

🌟⭐🌟⭐🌟 out of five.

23-12-25.
Profile Image for Shyzeh.
1 review
December 4, 2024
Plot cerita macam Internet Death Angel ni memang buat pembaca rasa nak terus baca tanpa henti. Setiap bab ada perkembangan yang laju tapi smooth. Tak ada rasa macam meleret atau bosan. Penulis pandai hidupkan watak-watak dalam cerita tingkah laku, dialog, semua nampak real dan selari dengan personaliti masing-masing. Langsung tak rasa janggal, malah buat kita percaya watak-watak tu memang wujud.

Bila baca, rasa macam tengok movie yang penuh dramatik. Transisi antara babak pun smooth, tak nampak terburu-buru tapi tetap cepat dan kena dengan situasi. Dari awal lagi, jalan cerita dia dah buat kita tertarik dengan keunikan plotline. Lepas tu, dia punya plot twist memang tak boleh teka langsung. Setiap persoalan yang muncul sepanjang cerita tu, akhirnya dijawab dengan cara yang sesuai dan memuaskan hati.

Suasana yang digambarkan pun terbaik, sebab kita boleh rasa emosi watak-watak tu dengan jelas. Cover novel dan tajuk pun ngam dengan cerita ada vibe misteri, thriller, dan aksi. Tak ada rasa tertipu dengan apa yang dijanjikan pada cover tu. Pendek kata, buku ni memang tak buat mengantuk langsung. Sekali start baca, memang rasa susah nak berhenti!
1 review
July 19, 2024
baru habis baca and best giler, jalan cerita teratur and very mystery. Plot twist srs tak expect.. hazrael sangat menyakitkan hati and me myself rasa betrayed gila everytime naina get hurt. sakit hati! i don’t even know who to trust here instead of Sixers-O. everyone makes me hesitate and questioned. Naina and the team very cool, cara diorang solve every cases hebat gila wey. sangat commander ketat2 🙆🏻‍♀️ dah laa villian kali ni masyallah brutal tak rilek. ending tuu saya menggigil tau hoping naina akan selamat 😔 apapun saya sedang menunggu anak mereka membesar (kita crush dkt khai dah bertahun ni) 🥰🫶🏻 10000/10 patut beli dan baca sbb worth your money and time 🤍 thank you buat buku best2 kak leen. i love you berry much 🫠
Profile Image for KaNgah Writes.
17 reviews
January 1, 2026
(DON'T LET MY OPINION RUIN YOURS)

Untuk sekuel Hazrael yang bertajuk "Internet Death Angel" karya Harleen ni, jujurnya pendapat saya lebih kurang sahaja dengan "Hazrael".

Gaya penulisan yang masih memikat hati saya. Santai, kelakar dan paling penting, menyentuh jiwa remaja saya. Jalan cerita masih menarik dan plot twist yang menggemparkan.🫠 Tipulah kalau saya kata air mata setitik pun tak mengalir dengan kisah Naina dan Hazrael. Adik-beradik saya siap jeling-jeling saya lagi, hahaha!

Terima kasih kak Harleen kerana menulis sekuel yang bukan sahaja menghiburkan, tapi turut menyentuh hati saya.

Semoga HARLEEN terus maju jaya!!!
(⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
11 reviews
November 23, 2024
Ini kalau tak puas baca ending Hazrael, dah ada sekuel dia gais jangan emo 🫂 boleh koyak jugak mata menangis kalini tapi tak seteruk hazrael ye sebab dalam ni byk scene dorang berdua 🥹 saya masi tak ekspekk plot twist dia SEBAB EEE GERAMNYA WATDEFISH?! apapun, baca gais baca saya rikomen ni
Profile Image for Delisya.
29 reviews
October 19, 2025
Suka plot twist dia. Macam biasa, saya suka novel ni. Cerita dia sambungan dengan Hazrael jadi takde apa yang beza sangat tapi tk rasa bosan masa baca. Maksudnya penulis tak tulis benda yang sama, so I like it
Profile Image for Rauda Shu.
39 reviews4 followers
July 6, 2024
PLEASE, PLEASE PICK THIS BOOK (I'M BEGGING)
14 reviews1 follower
November 17, 2024
HSUAHAIAKWVSU FINALLY 😭🤍🤍LUVER DIA PUNYA ENDING ARGGGHHHHH
Profile Image for Siti R.
66 reviews
April 20, 2025
Sekuel improve, lebih penat & lebih cabaran daripada HAZRAEL. Penat baca semua aksi. Penat jadi Naina, Hazrael,Damien,Haqeem,Faiz dan sampai Maya pun tiba2 terjebak.
5 reviews
June 2, 2025
Storyline mmg lebih best dari hazrael..Plot twist pun mcm wow gitu n Starting pun dah hype aplgi time climax novel ni so sangat recommended for orang lain yang nak cuba baca...
Profile Image for Jay Jan.
3 reviews
November 23, 2025
sambungan kepada Hazrael. plot twist dia memang best. Suka sangat scene dia berlawan. cara penulis menggambarkan scene action tu best.
Profile Image for Yoyo.
2 reviews
June 27, 2024
"forever"
"forever"




so,maybe it's ok if you only read this IDA(Internet death angel) and skip book hazrael but more detail if you start with hazrael

The things that I impress is VIBES this book just like novel nycthopobia by NAS(siapa baca nycthopobia tahula mcm mane gilenye-😉)..memang power from the start til the end just perfect and yah,anw IDA tak mcm buku hazrael which is tak byk part naina and hazrael so lurve

besides,storyline tk cringe and tak mcm seten story wattpad yg cliche also tak habis habis mafia gangster taiko arak la or terpaling kaya cirit je lebih nonekblabla semua tu😪..bcz Internet Death Angel is Internet Death Angel.

Part Amanda pon still semak but maybe tu tk jadi masalah sbb if irl,amanda tu maybe just like our sec otak...Tak lupa jugak perangai FL bukan type perempuan degil yg buat sakit otak also friendship niel dgn andrew eh namanye?Pon sobs sobs-..yg penting THAT BAHASA BUAH BUAHAN mmg amazed and woah best part😃

thanks to you author Harleen for this book sekuel hazrael that also dapat sesuatu from this book and you seorang yang kuat💗aloe vera you so much
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
August 21, 2025
‼️Wajib kena baca first book dulu, baru baca yang sekuel punya ni!

Buku kedua ni memang better berbanding yang first. Author dah bersusah payah tulis jalan cerita & siap pesan jangan bagi spoiler walau kat mana pun, so aku memang respect habis permintaan dia. 😌🫶

Untuk yang dah habis baca tu, tolonglah simpan mulut, simpan jari. Tak payah nak spoil kat sosmed semata-mata nak kejar like & view. Spoiler tu bukan content, tu cuma perangai tak reti respect. Biar orang lain rasa sendiri bila baca, baru puas.

‼️Ingat, kalau tak boleh tahan dari spoil, better tutup mulut dan buka buku lain.
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 21, 2025
ngl buku ni mampu buat aku curious and suspicious of every character that appears. i kept accusing them, walaupun akhirnya tuduhan aku tak mengenai sasaran sebab tak expect pulak character yang di-mentioned tu penting lol

IDA focused on unraveling why Hazrael escaped from prison and why he decided to become his old self again, the Internet Death Angel. sebab macam peliklah Hazrael tinggal beberapa hari je lagi nak keluar, yet he suddenly decided untuk lari penjara. cuma lepas dah tahu apa yang jadi sebenarnya, aku just rasa, ‘oh macam tu/sebab tu rupanya…’ gitu je there's nothing WOW.

⚠️ 𝐦𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐚𝐢𝐧 𝐬𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐬𝐩𝐨𝐢𝐥𝐞𝐫𝐬
this is based on my personal opinion only! for me:
1) the use of fake mask tu macam overuse sikit. so tak ada aspect “wow” dah bila character kept using it, and as reader, dah boleh predict plot yang akan berlaku.
2) part ‘hapuskan’ villain tak berapa nak satisfying sebab every villain, ending dia macam tu je. maybe some form of punishment for them would have made it better.
3) Radi’s family background being suddenly linked to drugs felt very abrupt, as if it was introduced just to avoid making Dato’ jadi pesalah.
4) towards the end, i started skimming through because i felt it could have ended earlier, but i understand it was to show them becoming a happy family again.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
January 6, 2025
THE PLOT TWIST!! 🤯🤯 really recommend you guys to buy it
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.