Tentang jiwa yang abadi dalam bait aksara, tentang tempat yang menjadi kenangan dan tentang bahagia yang harus menelan luka.
Bahagia? Bahagia dengan rasa yang tidak layak itu sebenarnya menyakitkan kerana bahagia itu soal rasa, bukan semata-mata bersama.
Niat tulus ingin memberi bantuan malah disalah erti menyebabkan seorang gelandangan perempuan yang tiada identiti dikahwinkan dengan seorang jejaka yang sempurna hidupnya.
Qaled Zavian, dalam marah dan syak wasangka terhadap gadis asing itu, tetap ada secebis simpati. Lantas Qal reda menerima gadis gelandangan itu.
Shefrin, itulah nama yang Qal berikan. Tak dinafikan, Qal beri Shefrin rasa nyaman yang Shefrin sendiri takut andai suatu hari dia mula mendambakan kasih sayang sementara itu. Ditambah lagi, kata-kata dan perbuatan Qal bagai satu harapan menghiris hati kecilnya.
“Tak pernah saya rasa hujan boleh membahagiakan saya macam hari ini.” – Shefrin
“Tiap kali hujan, ingatlah aku. Aku akan buat kau bahagia.” – Qaled Zavian
Namun, semanis apa pun Qaled Zavian, Shefrin tetaplah orang luar.
“Saya tak buat... Saya tak tolak dia... Saya bukan pembunuh tu…” – Sherfin
Akibat tidak tahan terus-terusan dijadikan mangsa, Shefrin menghilang. Jauh daripada kehidupan Qal yang penuh racun itu. Kehilangan yang membuatkan Qal hilang arah mencari Shefrin seperti orang tiada akal.
Hinggalah Misha Kailani, pewaris Casamia muncul memberi tamparan kepada semua insan yang pernah membuli dan menghina Shefrin dahulu. Namun, Qal masih mencari …
Rasanya ni first karya yang saya baca dari FP publisher & juga first karya dari penulis yang best & takde kesalahan ayat & ejaan (maaf kalau saya ada terlepas pandang). 👍
Saya dah start baca cerita ni di WP sebelum ni tapi tak sempat nak habiskan. Saya tertarik nak baca sebab dok tengok dekat TT banyaknya orang dah share pasal cerita ni. Disebabkan teruja nak tahu terus start baca & woww not bad, ayat penulis sedap nak dibaca. Kita boleh rasa happy & sedih.
Jalan cerita pun adalah sedikit cliche tapi ini cliche yang saya boleh terima. Characters development pun bagus. Cerita ni tak tertumpu kepada hero & heroin je tapi watak-watak sampingan pun ada back story sendiri. Dan, yang paling saya suka mestilah si Jamila Zavian si mulut murai anak manja Qaled Zavian (nama tanak kalah semorang :D) Memandangkan saya ada anak saudara yang sebaya watak Jamila ni ya saya percaya memang ada kanak-kanak yang bermulut petah seperti Jamila. Cara dorang menyanyi pun sama 😂.
Saya memang akan recommend-kan buku ni kepada sesiapa nak baca cerita yang tak heavy conflict. Ada masa kita akan tersengih, sakit hati, sedih sikit lepastu happy balik. Bacalah ~
Sehari je F habiskan. Punyalah focus sampai sakit² kepala sebab kurang minum air 🤭
Before F update review panjang lebar.. please penulis create story Jamila dan Saqif.
Kisah She yang jadi gelandangan. Niat nak tolong Qal endup kena tangkap khalwat. Mereka berkahwin.
Qal ni ramai kawan² Nadim, Laira, Nora, Melina dan Azraq. Jap tiba² lupa nama kawan dia yang start huruf A ni.
Mereka ini prasangka sangat kat She sampai mulut² semua cam mulut longkang. Qal banyak berdiam dan dia tegaskan itu wife dia. Qal rasa selesa dengan kehadiran She.
Disebabkan satu fitnah berkali² She kena.. she nekad larikan diri. Dia muncul as Misha Kailani.
Sukalah plot cerita ini. 4 tahun kot depa berdua suffer. Kesian betul! Dugaan betul relationship diaorang.
F suka watak² anak² diaorang. Kecoh betul! Mulut... ee comel.
Suka gak kisah Kash dan Laira. Laira itu memang kawan yang baik. Dia jenis menjaga persahabatan tapi bila dia kena dajal, Melina yang dia anggap kawan baik sanggup tak defend dia. F suka persabahatan Laira dengan Misha.
YASSSSSS I MEMANG SUKA GILA KARYA-KARYA LOLLYSNOW!! Her writing is just absolutely amazing! Sangat smooth dan sedap dibaca. Susunan plot pun tersusun dengan elok, tak terburu dan tak draggy. Bagi saya, lolly ni pandai gabungkan dua plot jadi satu cerita with different type of conflicts. So jadi seronok tau nak baca. Lolly have a lot of potential in writing. Plot dia semua bagus je tak merepek-merepek.
Plot - Memang best, penderitaan di saat tengah mengecapi kebahagiaan. I can feel the emotions right there. Nak pula cara Lolly describe pun terus menusuk ke hati.
Qaled - Yang best nya watak-watak hero Lolly ni bukannya jenis yang terlalu perfect or what, jenis yang ada je di irl ni. so kena keep manifesting hahaha. Qaled ni dia ada aura yang sangat kuat. Mungkin sebab dia bukan jenis yang cold-hearted and bukan terlalu friendly. Cuma sakit hati sikit sebab Qal ni suka silent treatment hahahaa. Dari permulaan cerita, wajar je la dia nak mengamuk apa semua then after that he cool, takde nya dia nak tempiaskan dekat Shefrin. So situ je dah aww. he think rationally. Besides, his biggest charm is that, dia kejar dunia dan akhirat. I mean, dia tahu apa yang dia patut kejar di dunia dan apa yang patut dia kejar di akhirat. Well-balanced.
Heroin - I love how bold and innocents one can be. Walaupun dia ego at certain times, tak jujur dengan perasaan dia but deep down we can understand her isn't. Bukan dia taknak jujur tapi keadaan tak mengizikan. Then, she learned from the past what make her changes. Both character development just lurveeeee. The love story between them is just perfect.
Jamila - OMG budak petah ni, as someone yang pernah duduk dengan budak petah bercakap ni ya Allah geram tau sebab macam-macam kerenah dia hahahaha. but suka betul bila perangai Jamila sebenarnya ikut perangai Qal. Kalau ikutkan bila Qal dengan Shefrin, perangai tu takde tau tapi bila hadap si Jamila tu makin bersuluh pulak samanya perangai turun menurun tu.
Kash & Laira - Damnnnnnn I need ebook or novel about them, they deserve one!!! Too cute to handle. Kelakar ye orang yang hebat macam Kash ni macam kurang luck dalam bercinta lepastu asyik kena usik dengan orang HAHAHA good thing he didnt deny. Laira punya character development paling best!! The moment dia selamatkan Shefrin tu I SCREAMMM. Dia tak jahat cumanya she will sacrifice everything for her bestfriend. The fact dia selamatkan Shefrin tunjuk sisi dia, she doesnt want to hurt people pun she need the keep her friends territory safe.
Need a sequel for Jamila and Saqif tooo!! Sebab anak Thaqif dengan Safa ni pun boleh tahan petah dia. So i can imagine the chaos.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Seperti novel-novel Lollysnow sebelum ini, heroinnya pasti ada masa lalu yang hitam hingga meninggalkan trauma yang dalam sehingga mereka dewasa. Nasib baik hero kali ni tidak begitu juga. Qal dibesarkan dengan keluarga yang tiada masalah.
Qal dan si gelandangan tak bernama telah ditangkap khalwat dalam bilik sebuah hotel bajet. Demi menjaga nama baik dan reputasinya serta syarikat yang baru ditubuhnya, terpaksalah Qal bertanggungjawab mengahwini gadis itu. Puas ditanya soalan kepada gadis itu, tetaplah dia diam membisu. Dahlah butir pengenalan diri pun tak ada. Makanya dia namakan jelah gadis tu Shefrin atau lebih mesra dipanggil She.
She ni nampak baik dan polos je dia. Tapi sesuatu berlaku membuatkan dia nekad untuk tinggalkan Qal. Beberapa bulan kemudian, tiba-tiba dia buat kemunculan sebagai Misha Kailani, iaitu CEO Casamia. Sebuah syarikat eloktronik yang sangat terkenal dan berpengaruh. Apa lagi? Terbuntang biji mata Qal dan kawan-kawannya. Gadis itu jauh lebih hebat, kaya dan berjaya dari dirinya.
Pastu macam biasalah, adalah babak masing-masing tarik tali dengan perasaan masing-masing. Tapi Qal ni memang tahap gila babenglah bersabar dengan Misha. Kadang tu rasa nak cekik je dia sambil goncang-goncang 🙄.
Kawan-kawan dia pulak, ish geramlah aku. Menyebok je hal rumah tangga orang. Sibuk duk mengarah Qal sebagai suami kena buat gitu gini. Kalau untuk kebaikan tak apalah jugak. Ini tidak, menambah huru-harakan keadaan lagilah adalah 😤. Tapi nasib baik lepas tu masing-masing jadi baik kecuali yang satu tu. Ending yang satu tu memang padan muka.
Akhir sekali, lepas baca cerita ni makin meronta-ronta jiwa ni nak baca kisah seterusnya untuk watak-watak lain, contohnya Jamila-Saqif, Jebat-Fatiyah, Julia-Zen. Ada baca short story HE (SHE in another universe gitu). Memang kemain merah menyala si Qal tu. Nasib baik dalam novel dia tak gitu. 😮💨 Short story BATIYAH (Jebat+Fatiyah) tu lagilah. Ya Allah! Masa kecil kemain sengal je si Jebat tu. Tapi bila dah dewasa, ya ampun! Kemain merah mu bara semangat waja ya dia! 😭🫵
Wahh.. tk tau nk describe cerita nie.. mcm² dugaan Qal dan Misha..
Terpaksa berjauhan selama 4thun di sbb kn kate² Nadim.. Nadim ckp kt Misha - Qal da meninggal.. kt Qal - Misha da kawin lain.. 😢
Terjumpe ketika di Makkah.. mmg sedih sbb Misha cerita kt Laira, die rindu sgt sampai nmpk kelibat Qal.. satu ari, Qal ternampak cincin yg sepatut nye die bgi kt Misha tp tk sempat.. lepas tu die nekad balik M’sia utk tau kebenaran..
Sampai jee tau² Misha accident ngn Jamila.. mase tu chaos sgt sbb libat kn wartawan.. jdi Laira decide its time Qal tau die ade anak.. mmg terkejut time tu.. Tp cepat ajee Jamila get along ngn Qal..
Best baca ttg Laira dan Kash… tp ikot kan ape yg Melina buat kt Laira tu mmg tk patut.. bgus si Kash tu balas dendam.. puas hati.. hahahaha
Suka ngn persahabatan Misha dan Laira.. bermula dgn musuh, berakhir dgn bff..
Jujurnya aku agak lelah nak habiskan baca kisah diorang ni yang panjang meleret-leret dan kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa.
First time I baca karya Lollysnow & it was superb!!! Plot dia menarik & tak tumpu kepada main characters je. Banyak plot twist & misteri mungkin. Banyak juga pengajaran yang I boleh dapat dalam ni. Hopefully,there will be a suquel or spin-off from this; mungkin kisah Jamila & Saqif ❣️
So damn good!! I sukaa giler the storyline so much! I jeniss yg tk suka story berkaitan kahwin which cerita yg menunjukkan kisah perkahwinan diorg tu tapi, this story just so good utk terus read the book. Ada part yg i nangis which i rasa sedih dgn apa yg Shefrin kena hadap masa dia mula2 kahwin dgn Qal sebab kawan2 Qal yg tk suka dkt She. And i also nangis utk part lain yg walaupun it is not gonna end like that. Tapi overall mmg best gilerr. I couldn't stop reading. Bila stop baca kejap, mesti nak sambung baca balik cepat2. Also, part untk Kash and Laira pon i suka jugak. Ending dia happy, and still hoping supaya ada next story about Jamila or Julia and Jebat.
plot dan jalan ceritanya menarik sebab dari awal kita tertanya siapa sebenarnya She dan apa yang menyebabkan dia hilang ingatan dan kehidupannya berakhir di jalanan. Jalan cerita semakin menarik apabila She menghilangkan diri disebabkan fitnah rakan-rakan Qal kemudian muncul sebagai Misha Kailani, pewaris tunggal Casamia.
Karya lollysnow jarang mengecewakan. Storyline memang superb, feel dapat, character semua ada role tersendiri. I love Shefrin so muchh! I wanna hug her frrrr. Their love story was really good and interesting. Memang banyak ujian datang sebelum nak raih bahagia. They really deserved to be happy.
Sign off! Will miss you guys, Misha and Qal.
Also Jamila si kecil comel tu. I laughed so hard when it comes to Jamila’s part. Kesian daddy nya hari pertama jaga Jamila dah stres hahahahaha 😂🤏🏻
Ni novel ke 3 lollysnow yang aku baca. Apa yang aku boleh kata, aku sukakan penulisan beliau . Novel ni bertemakan kehidupan, kekeluargaan pengkhianatan dan persahabatan .
Shefrin, Seorang gelandangan. Tapi sebenarnya dia Misha Kailani. Anak kepada pemilik Casamia, pengeluar barangan elektrik. Tapi end up jadi gelandangan. Dia hilang ingatan. Dia sendiri tak Tau macam mana dia boleh jadi gelandangan .
Qaled Zavian. Pemilik Cyrus yang involved dalam cyber security. Disebabkan rancangan jahat seseorang dia ditangkap khalwat dgn Shefrin. Nama Shefrin tu dia yang beri sebab, gadis tersebut tak ingat nama sendiri. End up dorang menikah. Pada mulanya Qal nak menikah sekejap je dgn Shefrin . Tp Saban hari dia mulai takut kehilangan gadis tu .
Btw Qal ada ramai kawan. Nadim, Azraq, Laira, Medina dan Nora yang membantunya dalam Cyrus. Disebabkan fitnah dibuat oleh rakan Qal, Shefrin pergi. Dan muncul kembali menjadi Misha Kailani. Pemilik Casamia. Mesti korang tertanya kan macam mana Misha ni boleh jadi gelandangan. Jawapan dia sebab pengkhianatan drpd keluarga sendiri. Dia jugak hilang tunangnya, Raid .
4 tahun Qal dan Misha terpisah disebabkan satu insiden dimana Qal hampir mati. Tanpa Qal tahu bahawa Misha sedang mengandungkan zuriatnya. Muncul la watak Jamila Zavian. Perangai boleh tahan jugak budak tu .
Bila dah muncul Jamila ni, jalan cerita lebih kepada kehidupan Misha, Qal dan Jamila. Tak lupa jugak hubungan Kash dengan Laira. Sebut pasal Kash ni, Kash kawan baik Raid .
Jalan cerita best. Plot tersusun cumanya ending novel ni dah sampai part Jamila dah dewasa. Bagi aku la, better stopkan sampai penyatuan kembali Misha dengan Qal. Bila lama2 tu jalan cerita agak dragging. Make it short n fit. Dah best. Ni pendapat aku la. Orang lain x pasti .
Novel terbaru penulis dalam wishlist aku tp belum berkesempatan beli. One day pasti
This is my first novel from Lollysnow — and she delivers ya. Cukup rencah, cukup rasa, cukup pengajaran. Mula-mula rasa akan melewah tapi sebenarnya complete. Setiap karakter dan plot bertemu dengan penyelesaian yang baik. I cried, I laughed reading this. Taksabar nak jumpa Jamila pulak hahahahaahha
This is one of the best malay book that I have read, tak too much cringe and just nice. The plot also well written but quite dragged at the end of the book but understandable for the side characters. I love the beginning story of Jamila. I hope i can read it after !!
I rasa favorite character I bukan Misha or Qaled, but Jamila. Comel gilaaa, boleh ganti barbie.
Masa Nadim kata Qaled mati tengah2 tu, tak realistic, tak masuk dalam. I macam boleh agak dia hidup lagi sebab macam aikk tibernya.
Mungkin lama tak baca novel Melayu, tak tahu nak baca dari pov siapa. Cara describe tak detail sangat, susah nak imagine, macam: bau perfume, physical badan, the place structure...
This entire review has been hidden because of spoilers.
i dont know…im just in love with this book. so so in love :( there are a lot i want to say but all i can say is this book goes beyond my expectations. so so in love. i alr put high expectations towards this book before i read it but it goes beyond it? can u imagine? just perfect !
Byk aku belajar dri buku ni. Yg penting AKU NAK LAKI MCM KASH NGN QAL HAHAHAHAHAH. Joke aside mmg banyak aku belajar, “ikhlas terima semua, allah dah tentukan semua yg terbaik untuk kita”. 🫶🏻
Shefrin, seorang gelandangan tanpa identiti, disalah erti lalu dikahwinkan dengan Qaled Zavian. Walaupun ragu, Qal tetap menyayangi Shefrin hingga gadis itu mula takut pada harapan palsu. Difitnah dan dilukai, Shefrin menghilangkan diri. Qal mula sedar cintanya pada Shefrin, bukan Misha Kailani yang muncul kemudian. Namun, siapakah Misha sebenarnya? Mampukah Qal menemukan semula Shefrin dan menebus segalanya?
𝐒𝐇𝐄𝐅𝐑𝐈𝐍 x 𝐐𝐀𝐋𝐄𝐃 𝐙𝐀𝐕𝐈𝐀𝐍
𝐒𝐇𝐄𝐅𝐑𝐈𝐍- Seorang gadis gelandangan yang terpaksa berkahwin dengan Qaled kerana mereka ditangkap basah. Dia tak tahu nama sebenarnya jadi Qaled memberi namanya ’Shefrin’. Selalu dibulu dan dihina oleh rakan Qaled kerana identitinya sebagai bekas gelandangan.
𝐐𝐀𝐋𝐄𝐃 𝐙𝐀𝐕𝐈𝐀𝐍- Seorang jejaka yang memiliki satu syarikat cybersecurity yang dikenali sebagai, ’CYRUS’ di luar negara dan di Malaysia. Syarikat beliau berkoleberasi denga syarikat elektrik terbesar di Malaysia, ’CASAMIA’. Ego dan keras kepala. Suka dekat Shefrin tapi lambat sangat nak confess ugh. 🙄
ALL THE TEARS I SHED WORTH THE ENDING! Qal bertemu dengan Shefrin. Kena kahwin paksa. Shefrin hilang. All of the pages in this book makes my cheeks turned bright red. And the way how Qal treated her wife and his kids melt my heart. ❤️
Lollysnow is one my favourite author selain Elvroseth. Now I know why mereka berdua boleh berkawan sebab penulisan dan taste diorang dah nak dekat sama HAHAHAHA. This is my second book from her. NGL, her writing sangat teratur dan kemas. Senang nak faham dan baca. Yang tak suka kenapa Fajar Pakeer pergi kecilkan size font. 😭
Aku tak boleh tutup buku ni walaupun sesaat sebab syok gila baca 700 m/s dalam tiga hari hehe. Semasa aku baca buku ni, lagu ’Just Give Me A Reason’ asyik ada dalam kepala aku. And from that, I knew that this book was made for that song.
If you’re doubt to read it or not, well don’t ! Go run the bookstore now 🏃♀️
This fmc can be summarised with "we love women in male-dominated field" and we need more fmc like this y'all.
After being forced to marry an unnamed homeless woman he named Shefrin (She), Qal found himself in love with his mysterious wife. But after various circumstances where she was disrespected by his friends, she disappeared. Only to reappear in front of him as Misha, an heiress of the company where he's in contract with.
This is your classic, Marimar / Maria Mercedes telenovela story but I'm not mad tho. Misha is a Baddie (with capital B) and I love herrrr.!!!! We're so used to dominant mmc that we forget dominant fmc slaps too! My girl kidnaps her husband so they'll sleep together, barged into his room in a lingerie, made the other woman see them in bed together whilst delivering their breakfast ... like we stan women in male-dominated field. We need more protagonist like this.
Their daughter, Jamila is an absolute cutie and menace haha. It was funny ngl.
My only gripe was that the story felt overly long. But it was more of a necessity thing but at the same time overcomplicates it. Like the evil stepmom subplot. I get it why Misha got scared for Qal's safety and want to separate from him and Qal was actually harmed in the process that validates Misha's fears. But at the same time I hate the fake death trope? Hmmm.. I'm honestly on the fence about this part.
But I also love the villain resolution for Melina. Like normally in novel melayu these people would let the villain live to "reflect on their mistakes". But Kash ACTUALLY did the right thing. He unalive that bij. Yeah, that's what we're talking about.
All in all, give me more dominating fmc and the world is healing.
Honestly, saya tak faham kalau ada yg tak suka buku ni. Saya suka ceritanya dan inlove dgn character yg ada. Dari awal cerita sampailah habis, cerita tersusun kemas, on point tak ada cacat cela. Penggunaan bahasa pun tak rasa janggal, macam biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Character setiap seorang memang delivered habis. Lagi2 si Nadim, manusia paling saya geram nak kasi penumbuk👊🏻.
Qal ni memang green flag tau! Dia tak kenal pun She tapi layanan dia tu buat saya selalu tepuk tangan. Belum lagi tersengih-sengih bila diorang bergurau. Yang selalu buat rosak mood mesti kawan2 si Qal tu. Rasa nak sekeh kepala sorang2. Nasib baiklah She tu asal boleh je. Dia bawa je diri sebab dah biasa tak ada orang peduli.
Kalau selalu perempuan yg menagih cinta si lelaki, kali ni terbalik. Qal yg kena penyakit cinta tak boleh hidup tanpa She. Keliru dgn sikap She yg kadang buat dia mcm orang gila. Watak She pun tak kurang hebat. Dominan,slayy walau ada masa dia berderai keliru dgn kenyataan hidup. Ujian dia pun berat dan bermacam. Qal juga yg sentiasa terbuka dan sabar.
742 muka surat saya rasa puas sangat baca! Serius enjoy dan leka. Kalau boleh taknak tengok perkataan tamat. Pandai penulis main dgn perasaan yg bila kita rasa cerita ni dah sepatutnya habis tapi rupanya tak! Sehingga ke penghujung cerita memang cantik coretannya. Saya pula suka sepanjang cerita asyik dok terkekeh je. Korang kena baca baru tau! Haha
Tahniah and thank you penulis untuk karya yg serba lengkap ni. Korang bukan je dapat kisah cinta tapi bermacam ikatan yg disampaikan dgn baik. Lagi-lagi cinta tiga segi kat belakang tu😝. Cliche? Mungkin, tapi sangat berbeza! Selamat membaca!
Bestttt gilerrrrr bukuuu nihhh, asyikkk cairr jerr dengan love language ML, FL sngtt independent dn x berharap sepenuh harta kepada FL tapi kena sedia kan tisu juga yee kemungkinan nangis sbb ada beberapa tragedi yg terjadi dlm ni so be prepare yee.
Jamila AKA Jamila Jabian, sngtttt comeiii arghhhh whyyy😻 and sometime geram dgn perangaii diaa. Nasib lee daddy ngan mummy you penuh dgn kesabaran dgn you, bayangkan Jamila kena culik sempat lagi dia berborak dgn penculik tuu “Kita nk main pwincess pwincess ke?,” HAHHAHAHAHAHHAH Jamila lahh😭
Kita cita pasal kwn ii ML ngan FL pulakk, Melina syaa geramm yee nk lempangg jee rasaa,bolehh dia pergunakan Lairaa siann Lairaa
Nadim seorang kuat kpd FL, tapii ishhh sya x boleh lahh sebenarnya dia yang rancang suruh pisahkan FL Ngan ML siann tauu 4 tahunn wehh, boleh dia ckp “Qal dah x de Misha,” MASHALLAHH MEMANG RASA SEBAK TIME NI🥺 end up lahh hidupp, geramm aku ngan nadim nasib lah FL bg balasan katt diaa HAHHAHAHA adoiii
She, seorang gadis gelandangan yang hanya niat untuk membantu seseorang tetapi ada kejadian yang tidak dijangka telah menimpa kedua-dua mereka dan dari situ bermulalah kehidupan yang baru untuk gadis tersebut. Banyak halangan yang gadis tersebut untuk mendapat kebahagian yang selama ini dicari.
Secara jujurnya novel ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk pergi lebih jauh, mempunyai konsep yang sangat baik tetapi sayangnya ada beberapa perkara yang menyebabkan saya kurang senang dengan novel ini. Saya masih kurang memahami adakah ini POV 3 atau POV 1 atau POV 2? Penulis cuba untuk masukkan semua cerita yang sebvenarnya tiak perlu. Apa yang saya dapat lihat penulis cuba untuk menjelaskan semua situsai tapi tidak perlu sebenarnya. Plot twist yang kurang bagi saya, sebab saya tidak perlu meneka mahupun memikirkan siapakah orang itu dan sebagainya dan sepatunya buku ini tidak perlu sehingga 700 m/s dan tidak perlu ceritak yang mereka mempunyai anak sehingga 5 orang. Sebab kita sudah mengetahui kebahagian mereka.
Percubaan pertama aku baca novel daripada LollySnow. Storyline menarik tapi takde elemen terkejut sebab sangat mudah dijangka apa yang akan berlaku. Susah nak habiskan novel sebab terlalu meleret. Tak perlu kot buat cerita ni sampai Jamila tu besar. Bab belakang2 tu shortcut dari dia kecil, ada adik tup2 dah besar.
Mungkin sebab aku jenis yang tak suka nama watak panjang2 dalam novel so aku rasa annoyed sangat dengan nama2 watak utama dalam novel ni. Baby talk tu satu hal pula. Terlalu banyak baby talk si Jamila tu buat aku rasa nak flip and skip part budak yang ayat dia bercakap tak sesuai umur tu. Sikit2 dah la. Letih! Asyik2 nak betulkan nama Jabian tu je!
Dalam novel ni aku rasa aku lebih sukakan Kash & Laira. Cool je 2 orang ni. Dah jadi macam 2nd lead syndrome pula dah!