Di sebabkan keluarga yang “rosak”, Risya dibuang dan dicampak entah ke mana. Dituduh mengadakan hubungan sulit bersama ayah tiri, dia dibuang keluargaa. Namun apa yang terjadi tidak diketahui oleh budak yang masih setahun jagung itu.
"Aku benci kau! Aku benci manusia macam kau! Menyesal aku kandungkan kau selama 9 bulan. Dan sekarang ni kau balas macam ni dekat aku?" – IBU.
Nasib menyebelahi anak itu apabila dia ditemukan dengan dua figura asing di sebuah pondok menunggu teksi. Sabrina lelaki maknyah dan Calisha wanita tulen.
“Cuba kau tengok betul-betul Sab, manusia ke hantu?” – CALISHA.
Namun, apakandaya anak sekecil itu disalahgunakan oleh mereka. Disuruh mengedar najis dadah untuk kepentingan sendiri. Apa yang terjadi memakan diri mereka sendiri.
“Cal, berhenti Cal, jangan buat lagi. Kalau kau buat tu semua, mesti kau mati nanti sebab kau banyak hilang darah. Aku sayang kau Cal, aku tak nak terpisah dari kau. Berhenti Cal, berhenti, aku merayu kat kau ni Cal.” – SABRINA.
Mereka buntu. Tiada jalan yang lebih baik untuk selamatkan diri. Kalau mereka mati, Risya di bawa lari, nyawa mereka pasti terlebur begitu sahaja. Antara lepaskan semuanya atau teruskan sahaja dengan kemahuan mereka? Mereka pasti akan terus diburu!
Saya merupakan peminat tegar buku-buku Uja Hamza. Pada pendapat saya, buku Hadad merupakan buku yang sangat sentimental di mana buku ini memainkan emosi yang bercampur baur, sedih, marah, gembira, takut dan trauma.
Buku dimana menekankan tentang nilai persahabatan lebih daripada segala-galanya. Walaupun buku ini menggunakan bahasa-bahasa yang agak kurang baik, tetapi kita perlu tahu, inilah relaiti dalam kehidupan seharian kita, sangat sukar untuk berjumpa orang yang tidak memaki-maki, jika ada mungkin 1/4 daripada kita semua.
Buku ini juga sangat menyentuh perasaan saya, ada banyak scene yang membuatkan saya menangis kerana penulisan Uja yang sangat baik, makan dalam la orang kata.
Untuk pengetahuan Uja, saya tau Uja kenal saya yang digelar sebagai Nanas. Buku Hadad adalah buku terbaik Uja yang paling Nanas suka dan minat, karya yang unggul seperti Hadad perlu di promote lebih lagi supaya ramai yang akan mengenali Uja, this books deserves to get more recognize.