5/5🌟
you know anything from cikbawang never fails me hekhek aku obsess ye dengan karya cik bawang ni (dunia perlu tahu 😼)
besttnyaaa rasa macam nak reread!! all elements blend well dalam story ni. romantic, kelakar, sedih, sebak semua ada.Penulis ada selit juga sejarah Islam sikit sikit which refresh memory saya masa belajar dulu. Nak warning, kalau rasa tak boleh go dengan trope age-gap jangan beli!!
Rio seorang yang leka dengan duniawi sampailah satu kejadian hitam yang terjadi dekat dia. Dia rasa lost dalam hidup. Nothing excites him. And he came to Malaysia atas dasar nak jumpa Danz, anak buah Rio, dia terdengar azan. Dia rasa sebak sangat masa tu. Dia decide untuk masuk Islam atas dua sebab. Terdengar azan dan terdengar sorang budak perempuan taranum surah Taha. Bermula lah cerita mereka, Rio Aryan Fukuda dan Noor Ilhani yang dah ditakdirkan bertemu tanpa mereka sedar.
♡ "Percaya tak yang Allah dah pertemukan kita tanpa kita sedar yang kita bakal berjodoh?" — Rio ♡
Korang.... kalau dalam buku Danz Rio nampak macam orang tua pervert, tapi dalam buku dia, Rio lain sangat 🥹💕 Sebelum jumpa Hani, dia beku, tak percaya perempuan semua sebab kejadian hitam tu. Nampak je dia miang tapi ya Allahh tidakkk yaa!! Dia tapau semua love language jugak 😩🤍 gentleman, words of affirmation, physical touch, ah semua la!! paling penting effort dia nak jadi lelaki idaman Hani tu!! dengan Hani dia auto jadi lelaki yang lurus HAHAHA KELAKAR
♡ "Hani cintakan Rio. My Muhammad. My Yusuf. My Abdul Rahman bin Auf. My Nu'aiman." — Hani ♡
nak cakap pasal Hani ni sampai esok tak habis sebab suka dengan watak Hani!! 😍 Guys, tudung labuh, tutup aurat, sopan santun tu semua tuntutan Allah yee. Jadinya, pemakaian seseorang tak mempengaruhi watak mereka. buktinya Hani. Yihhh nakal seketul Hani ni!! 😂 suka usik Rio haha tapi dia nakal yang comel sampai tak boleh nak marah 😙 Dia juga seorang adik, cucu, hamba Allah yang taat dengan perintah Allah dan keluarga dia. Umur yang muda tak membataskan niat dia nak pergi membantu mereka di Gaza. Apa cara sekalipun, dia nak juga sumbang tenaga bantu. cara apa dia guna? HA BACAA 🤭
Tak meriah la cerita ni kalau takde silly moments between dorang adik beradik 😍 Irfan deserves an acknowledgement for being the best brother ever untuk Hani dan Ily. 🏆✨️🆙️ Scene dia sebak lepas Hani dah diijab kabul dan mereka berpelukan lepas Hani sampai di Kairo dari Khan Yunis buat mata saya berair 🥹 Air yang dicincang takkan putus. Gaduh mulut, kasar macam mana pun mereka tetap sayang each other 🥺💘
Suka perubahan relationship diorang selepas kahwin 🥹 yelahh honeymoon pun rare 😂 dia macam bercinta, berkenalan selepas kahwin yang buat masing masing fall in love sooo deep towards each other.
Penulis pun deserves an acknowledgement juga sebab dah tulis pasal saudara kita kat Gaza sana ❤️ This is like your way to spread awareness to your readers. Alhamdulillah banyak pahala penulis ni ❤️ Mata saya memang berair aje ye bila scene Rio dan Hani kat sana. Tambah pula dengan Isa dan Musa dan penduduk penduduk Gaza ya Allahhh tak boleh tahan 😭 I feel useless sebab kat sini kita hanya mampu kirim doa dan terus sebarkan kejahatan si serael tu 💔😭 semangat juang rakyat Gaza memang takde gandingannya. Ya Allah peliharalah mereka.🤲🏻
Tahniah cik bawanggg for your new book!! 🌟 looking forward for your nextt projecttt!! 🫶🏻🫶🏻