Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Bidadari Milik Luqman

Rate this book
Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku.

“Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda.”-Luqman

“Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau.”-Ain

Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.

“Pernah tak kau suka aku?”- Ain

“Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak pernah.”- Luqman

Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain tiba-tiba menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah…

“Ada orang meminang Man. Mak dah setuju.”- Mak Yam

“Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak… Ain!”- Luqman

Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia terkena sumpahan. Tapi gara-gara pengakuan Ain, Luqman nekad untuk menjadikan wanita itu isterinya.

“Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban.” - Ain

“Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni.”- Luqman

Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang dia tinggalkan kampung? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti dulu yang sering dihiasi dengan pergaduhan?

385 pages

Published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Mia Azwari

82 books443 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (54%)
4 stars
13 (35%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,226 reviews224 followers
May 29, 2024
F pernah baca ebook kat PNM. Alaa masa ini penulis belum ramai lagi peminat. Sekarang peminat dah ramai.. asal buku penulis keluar mesti cepat sold out. Alhamdulillah rezeki penulis

Buku Mia ni like a comfort book to me. Kisah dia ada yang pain diselitkan moments yang sweet². Boleh dikatakan cliche but to me F memang suka kisah yang tak berapa semak kepala sangat. Nak² kalau reading slump muncul F akan cari kisah yang relax 😊

Buku ini revamp tau.. adalah perubahan sikit². Yang pasti tak sama dengan ebook lama.

Yang pasti buku kali ini hero lagi sweet 🤍💚🩵
Profile Image for Akmal Zahrudin.
228 reviews27 followers
November 21, 2024
My thoughts?

1. Buku ni aku suka. Satu sebab MC dan FC dua2 tinggal di kampung. Orang susah. Cerita ni lebih realistik dan lebih dekat dengan kita. Kedua sebab ceritanya straight forward, fast paced dan tak draggy.

2. Ain dan Luqman ni dua2 aku suka. Parents diorang berkawan baik tapi diorang pulak asyik gaduh je manjang 😂 Luqman tu kalau bercakap dengan ain, kalau aku yang kena memang lebam la bijik mata dia haha. Memang makan hati dengan kata2 dia. Nasib baik la Ain ni sejenis angelic kind of person.

3. Watak antagonis dalam buku ni si Maliki. Lakon layarmu hebat, terpukau ku melihat, isi hatimu jahat, sampai bilaa kau harus tersesat. Lagu ni sesuai bangat buat Maliki. Dasar pig. Abuser. Nasib baik la Ain berjaya larikan diri selepas 10 tahun. Gila tak gila. Kalau aku? Dah lama mati mamat ni. Aku yang ke dalam nanti 🤣

4. Scene yang aku suka masa mak Yam bagitau Luqman yang ada orang masuk meminang dia. Luqman punya reaction priceless 😂 Tapi aku geram gak la lambat betul kau ni fikir nak terima. Lepas tahu apa jadi kat Ain baru nak cepat.

5. Aku suka jugak every single scene yang ada Mai lepas tu Ain jeles haha. Yang sampai merajuk meleret2 cakap Mai tu muda anak dara pulak tu, dia ni janda, banyak flaws sebab tu Luqman jijik. Tapi lepas tu Luqman terus berubah 180 darjah haha
Profile Image for Booku Puspita.
54 reviews
February 21, 2026
Ain & Luqman dari kecil hubungan diaorang memang macam anjing & kucing. Gaduh je kerja. Ye lah, Luqman masa budak memang nakal sungguh. Memang buat mak ayah dia sakit kepala setiap kali dia buat hal. Ain pulak jenis jujur orangnya, selalu terkantoikan perangai nakal Luqman tanpa sengaja. Padahal mak ayah masing-masing kawan baik tu. Tapi budak duaorang ni tak.

Tak boleh bayang macam mana sakitnya jadi seorang Ain. Bertahun dia bertahan hidup dengan Maliki. Rosak mental, rosak badan. Nak pulih bukan senang. Tapi dengan kemunculan Luqman selepas beberapa tahun tak berjumpa, dia beranikan diri untuk melamar Luqman.

Luqman yang nakal berubah jadi Luqman yang matang lepas kematian ayahnya. Dari anak yang malas ambil tahu tentang kebun pisang ayah dia, jadi anak yang tak reti erti rehat. Kita geram jugak dekat Luqman ni bila dia macam jual mahal dengan lamaran Ain. Tapi lepas tahu kisah di sebalik kehilangan yang Ain lalui, dia terus berubah. Memang dia layan Ain sebaik-baiknya, macam bidadari untuk dia. Lantak lah orang kata dia kahwin dengan janda pun.

Love overall cerita yang tak draggy. Ada selit scene yang buat air mata mengalir jugak. Love all the character except Maliki.
Profile Image for kay ♡.
325 reviews1 follower
May 21, 2026
Dah lama tak baca buku dimana both hero dan heroin bukan dari kalangan orang kayangan. Ini baru realistik. Mungkin I yang sedang meningkat umur, sekarang ebih suka buku yang berlatar belakangkan kampung-kampung. Terasa lebih dekat.

[TW: domestic violence]

Luqman dan Ain ni dari kecik asyik gaduh je, ada saja cara Luqman nak cari gaduh dengan Ain. Satu insiden membuat hati Luqman tergerak dan terjatuh suka dekat Ain. Namun, jodoh dah tertulis. Ain kahwin kerana terhutang budi, selepas kahwin dia ikut suami dia Maliki tinggal dekat bandar. Ingatkan boleh hidup senang kahwin dengan lelaki berduit, rupanya Ain telah masuk ke kandang harimau.

10 tahun berlalu, Ain kembali ke kampung tetapi tidak disambut baik oleh Luqman. Ain memendam perasaannya yang dulu, tapi selepas 10 tahun dia dah bebas. Terkejut beruk Luqman bila Ain datang meminang. Spoiler alert: ya dorang kahwin!
Profile Image for Meura Mursyi.
7 reviews
November 18, 2024
First book I read by mia azwari... I terkejut how well the write n x dragy yet got write... Read in 3 days because it so easy to read.... Suka all the watak and Everything that goes in the novel
Displaying 1 - 5 of 5 reviews