Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seindahmu

Rate this book
“Sama ada kau kena berubah sikap, atau kahwin dengan Zinnirah. Bila sebut pasal ubah sikap maknanya, kau tak bolehlah pergi kelab, berfoya-foya dengan Sofia.”

Malangnya Danial Zakhan, pewaris syarikat perkapalan yang suka bersosial dan berhibur itu tidak berjaya mengubah sikap buruknya. Dato Abdullah, papanya Danial menganggap hanya Zinnirah yang mampu mengubah Danial Zakhan.

Siapa Zinnirah? Pada Danial, perempuan itu hanya anak pemilik kedai runcit kampung. Memang tiada apa yang indah pada wanita kampung itu. Lainlah Sofea Eryna, kekasih hatinya selama bertahun-tahun, yang seksi bergaya dan tinggi darjatnya. Lantas perkahwinan dia dengan Zinnirah disembunyikan daripada khalayak, juga Sofia Eryna.

“Selama kau belajar kat U, kau tak ada boy-friend?”

“Belum pernah ada. Saya tak pernah terfikir lagi.”

“Huh! Tak pernah ada boy-friend, dah mengada-ada nak kahwin. Menggatal!”

Dan Zinnirah hanya terkedu. Dalam hati seorang Zinnirah, dia tertarik kepada keindahan alunan piano yang dimainkan oleh Danial Zakhan, juga tertarik kepada lelaki kacak yang sudah bergelar suaminya itu. Tetapi isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya bertunang dengan perempuan lain?

“Zira... Kau tahu buat Cheese Cake?”

“Kek tu awak nak buat apa?”

“Untuk hantaran TUNANG. Aku nak bagi kek untuk Sofia… Kek tunang aku tu mesti sedap. Okey? ”

“Alright, Encik Danial. Saya akan buat yang paling sedap.”

Rupa-rupanya secara tidak sengaja Danial Zakhan telah berusaha membuat Zinnirah cemburu dan sakit hati. Namun tidak berjaya. Mengapa? Kerana perempuan itu Zinnirah!

Setelah membaca selembar surat usang itu, barulah Danial Zakhan menyedari indahnya Zinnirah yang dimilikinya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila perkahwinannya dengan Sofea Eryna bakal berlangsung tidak lama lagi. Di tambah pula dengan Adam, majikan Zinnirah yang bersungguh-sungguh ikhlas mencintai isteri rahsianya itu. Mungkinkah mereka bersama? Kini… apa yang tercetus dalam hati, hanya mampu membuatkan sayup-sayup melodi jantung mereka degup menyebut… Seindahmu…

Paperback

First published March 1, 2014

8 people are currently reading
128 people want to read

About the author

Tina Derika

10 books39 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (32%)
4 stars
16 (21%)
3 stars
16 (21%)
2 stars
12 (16%)
1 star
7 (9%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
April 19, 2014
There's always room for improvement, you know -- it's the biggest room in the house. ~ Louise Heath Leber
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
December 16, 2014
Maaf, x ngam dgn sya.
bca smpai 400 lebih trus tutp n jual. Sya cuba teruskn tpi mmg x leh. Im sorry but boring. Cuma yg mencuit hati sya gelagar ryan n zack . Perangai x ngam dgn umur.
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
December 28, 2021
#20/2021

Likes
📍 Apa yang aku dapat rumuskan ialah novel ni seperti perjalanan kisah cinta yang berelemankan islamik. Banyak menggunapakai hadis dan ayat-ayat Al-Quran pada situasi-situasi tertentu. Itu yang menjadikan novel ini lain drpd novel yang lain. Dan aku nampak apa yang penulis cuba sampaikan dalam naskhah beliau. Good job untuk cuba melakukan sesuatu yang lain dari yang lain.
📍 Aku suka nilai-nilai dan pengajaran yang cuba dizahirkan oleh penulis dalam naskhah ini. Boleh kita jadikannya iktibar.

Dislikes
📍 Aku mengambil mase lebih kurang 3/2 bulan untuk menghabiskannya. Antara penyebabnya ialah novel ni sangat-sangat tebal dan kurang daya tarikan. Penulisan penulis dalam novel ni tak dapat bagi aku rse teruja atau nak keep reading. Aku jugak rse jalan cerita ni tak perlu terlampau meleret sebab lama-kelamaan akan menyebabkan pembaca berasa bosan.
📍 Pada pendapat aku, perkara paling utama yang aku akan cari drpd novel bergenre romance ialah chemistry dan conversation antara hero dan heroin. Untuk kedua-dua elemen tu, aku rse ianya tak dapat diterjermahkan dgn baik. Aku tak dpat menjiwai character2 yang ad. Aku cuba untuk mencari elemen-elemen yang bole buat aku rse suka tpi maaf this novel is not my cup of tea.

Apa2 pun usaha penulis untuk menghasilkan karya ini sgt saya hargai. Terima kasih kerana telah mencurahkan ilmu yg bru kepada para pembaca.
Profile Image for Peah.
15 reviews
August 6, 2016
Jika nak dibezakan buku ni dengan penulis yang sebelum ni, gaya penulisan dan jalan cerita sangat ok. Cuma bila towards the end tu, rasa macam agak meleret.
1 review
Want to read
August 15, 2019
Can i ask??how to read all the contain in this novel..sorry i’m first time in this web
154 reviews2 followers
December 11, 2017
Cerita yang mendatar tapi panjang terlajak, watak-watak lemah lagi lemau, yakni takde personaliti, tak memorable dan yang seangkatan dengannya, dialog (banyak tempat) kaku, 'satu suara' dan menenggelamkan pengucap - pastu asek ada tambahan 'heee' (what?) - yang peliknya aku sanggup baca sampai habis, so kredit kepada penulis & actually aku rasa beberapa chapter akhir ada kemajuan i.e. kurang sikit wujud benda-benda yang buat aku tak puas hati...
1 review
April 20, 2014
oke saja karya ini. saya suka. and ada perkataan yg kurang sesuai lam novel, tapy bile baca kat blog lain, bila dh trbit len
may be editor ada olah sikit kut atau mslh teknikal
sy ta kan slhkn pnulis 100% sbb sy thu semua manuskrip itu psti diedit
dh bnyk novel sy jumpa...


apapn tahniah, seorg pnulis xkn mmpu untuk puaskn hati semua pembaca :)

Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
take me 2 days to khatam this. so far jln cerita menarik. cume rasa blur2 skit ngan apa sebenarnya perasaan zinnirah.. hehe.. balasan diterima oleh meke2 tu blh tahan. i like. xde la ganas2 sgt. just nice
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.