Jump to ratings and reviews
Rate this book

Angkasa Raya: Kejadian Agung

Rate this book
Dengan penerangan yang mudah difahami tetapi tidak kehilangan kedalaman saintifiknya, Dr. Zamir menerangkan konsep yang kompleks seperti teori kerelatifan, lohong hitam dan kemungkinan hidup di planet lain dengan cara yang menarik dan merangsang imaginasi.

Buku yang dikemas kini dengan ilustrasi menarik dan data terkini daripada penyelidikan astronomi terkemuka ini, menawarkan pandangan baharu tentang tempat kita dalam kosmos yang luas dan tanpa had. "Angkasa" bukan sahaja mengenai bintang dan galaksi; ia perjalanan untuk memahami asal usul kita, masa depan alam semesta, dan bagaimana sains terus membentuk pemahaman kita tentang tempat kita di dalamnya.

Ia ditulis dalam gaya naratif yang menarik, Dr. Zamir membawa pembaca mengembara dari galaksi kita sendiri, Bima Sakti ke had paling jauh di angkasa lepas, meneroka fenomena alam semesta melalui lensa seorang saintis yang juga ahli pencerita.

305 pages, Paperback

Published May 1, 2024

19 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Zamir Mohyedin

9 books142 followers
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification. 

Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.​

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (50%)
4 stars
11 (36%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
June 11, 2025
I bought this book during PBAKL 2024. Mula baca pada bulan Julai tahun lepas tapi stop kejap sebab kandungannya terlalu berat dan memerlukan fokus yang tinggi-tak boleh nak habiskan sekali harung.

Tahun ni lepas raya, mula baca balik.
Bawak pergi sekolah supaya sentiasa sempat belek kalau ada masa, especially time menunggu. Dan doneee ✅ Banyak juga annotation sebab kitonyo forever in love with astronomy 🌎💙

Actual rating: 4.5/5 ⭐️

Dengan ini saya mengesahkan yang saya dah ada dan
baca semua buku Dr. Zamir Mohyedin kecuali The Human's Complex hihi. Baca dah ✅ Jumpa dah ✅ Dengar talk dah ✅ Dapat autograph dah ✅
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
July 27, 2024
PSA kepada semua penerbit buku non-fiction di luar sana, kalau rasa nak bagi orang awam baca buku penuh fakta, tolong buat cover yang cantik macam ni.

Aku suka buku kalini sebab banyak gambar so aku macam rasa wowww sangat. Lepas baca buku ni rasa macam kerdilnya aku lepastu terus rasa macam existential crisis sat.

In terms of book contents, aku tak berani nak komen sangat level kefahaman dia sebab waktu degree dulu aku dah belajar banyak teori dalam kelas semiconductor dulu eheks so ni macam refresh balik. Cuma ada banyak jugak benda2 baru yg aku belajar yg aku ambil masa jugak nak hadam.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
August 11, 2024
Terlalu suka dengan cover buku ini. Cover yang menjadi penyebab saya membeli buku ini selain ditulis oleh Zamir Mohyedin. Isi kandungannya walaupun banyak yang saya tidak faham tapi dari segi laras bahasa boleh menyebabkan buku ini tidak bosan untuk diulang-ulang baca.
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
October 23, 2024
Buku kedua Dr Zamir Mohyedin yang aku beli. Dulu Fiziklah yang menjadi asbab amik Diploma Sains dan aliran fizik kat UiTM. Sebab aku sentiasa baca sinopsis belakang, bibliografi/indeks dan isi kandungan dahulu sebelum baca suatu buku (ikut How to Read a Book), benda yang membuat aku terkesima seketika ialah waktu membaca bahagian bibliografi buku ni. 17 muka surat! Ni bukan tulisan main-main.

Dimulakan dengan menerangkan konsep asas fizik seperti ruang, masa, dimensi, jirim dan daya alam. Tertarik dengan kisah Arthur dengan Spherius yang di ambil dari novel Edwin A. Abbott, Flatland: A Romance of Many Dimensions pada bab 1.

Kemudian diterangkan objek samawi seperti bintang, lohong hitam (menariknya ada juga lohong putih!), matahari, planet, eksoplanet, nebula dan galaksi. Juga diselitkan tentang supernova. Seterusnya diceritakan bagaimana kejadian alam semesta ini dan kehancurannya. Buku ini ditutup dengan bab Makhluk Asing.

Buku ini membuatkan aku terfikir akan kebesaran pencipta angkasa raya ini. Betapa luasnya alam ini dan betapa kerdilnya kita ini dibandingkan dengan ciptaan angkasa raya. Juga betapa kita ini dilindungi oleh-Nya dengan medan magnet dan atmosfera bumi. Kalau tanpa ciri-ciri ini kita dah mati macam mana marikh yang hilang air dan keupayaan planet itu untuk didiami; kerana atmosferanya yang tipis dan medan kutub yang tak kuat.

Cadangan untuk Angkasa Raya 2: mungkin ceritakan bagaimana angkasa dicerap. Bagaimana teleskop boleh cerap objek samawi yang jauh disana? Mungkin terangkan sifat cahaya ke. Dan patutnya ceritakan sedikit pasal Pluto kesian dia dah la tak jadi planet sobs sobs, dianak tirikan. Haha itu saja kot.

Ini buku ke 12 yang aku baca pada tahun ini, maka tercapailah azam 2024 aku nak baca 12 buah buku, sebulan satu buku huhu. Dan aku akan cari lagi buku lain sebab banyak masa ni huhu.
Profile Image for Ainun Agustine Budiyawan.
44 reviews
July 18, 2024
Dalam pemuka kata buku ni, Zamir ada nyatakan yang beliau ingin jadikan buku ini sebagai sumber rujukan untuk orang awam melawan mitos mitos tentang sistem angkasa kita

Bagi pendapat peribadi saya, walaupun buku ini berjaya menjadi satu sumber rujukan untuk orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai angkasa kita, buku ini gagal untuk memberikan naratif yang menarik untuk orang awam menjadi tertarik membaca buku ini. Agak sukar untuk saya membaca buku ini kerana ianya tiada narratif yang menarik untuk saya meneruskan membaca buku ini dalam jangka masa yang panjang. Saya puji usaha Zamir dalam berjaya menterjemahkan terma terma Astronomi/astrofizik yang dalam bahasa inggiris kepada bahasa melayu namun begitu gaya penulisan Zamir ditambahkan dengan terlalu banyak fakta dalam satu buku membuatkan buku ini agak bosan untuk dibaca. Bagi saya, walaupun sebuah buku itu adalah buku bukan fiksyen, ia patut mempunyai naratif yang menarik berserta bahasa yang sesuai untuk membuatkan pembaca tidak bosan dan secara jujurnya buku ini gagal mencapai matlamat tersebut.

Namun begitu, saya boleh nampak jalan cerita yang Zamir cuba sampaikan melalui bab-bab buku ni, bermula dari perkara asas seperti fabrik masa dan ruang kemudian diikuti dengan zarah dan kemudian diikuti dengan perkara perkara lebih besar dan gah seperti lohong hitam dan galaksi.

Akhir sekali, berdasarkan pengalaman peribadi saya membaca buku ini, buku ini sesuai dijadikan sumber kajian untuk menulis artikel atau menambahkan ilmu di masa lapang namun perlu masa yang lama untuk menghadam fakta fakta buku ini berserta rehat semasa membaca buku ini untuk menghilangkan rasa bosan.
Profile Image for Fai.
30 reviews
January 4, 2025
Bukti kebesaran yg Maha Esa. Mungkin sebab banyak info fizik di awalnya, slow sangat untuk saya habiskan buku ini. Tapi bila dah masuk bab planet, bintang dan galaksi, bacaan jadi laju. Rasa nak tahu lebih lagi, lebih lagi. We are made from star stuff✨
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.