Jump to ratings and reviews
Tahun 2311

Alam yang Tiada.

Apabila satu-satunya entiti yang mengurung Batara Kala di dalam Alam yang Tiada terhapus, alam itu hilang saktinya. Pintunya terbuka luas. Batara Kala kini bebas.

Gerakan Al-Asr mula beroleh pengaruh dan Detektif Hawa bersama pasukan polis Kota Langit Kuala Lumpur memulakan operasi penyelinapan ke dalam organisasi agama itu.

Chaira pula mengenderai Konglomerat Tangga Emas setelah kematian ayahnya, Tuan Rose merangkap Sang Ghaib.

Ezani, selaku Api Ilahi kian galak menghapuskan kekuasaan kerajaan-kerajaan jin dan dewata merentasi Samudera Mega. Pertarungan demi pertarungan mengukuhkan kepercayaannya bahawa Allah SWT telah menghantarnya ke dunia ini demi mengamankannya daripada kejahatan. Namun, segalanya merupakan percaturan Batara Kala yang mahir bermain waktu dan juga ruang – mewujudkan alam-alam yang tidak berpijak pada hukum alam sedia ada.

Pertarungan Ezani dengan Nyai Roro Kidul membuka suatu lagi kisah silam yang sekian lama terpendam. Hubungan Jagat Gelap dan Api Ilahi kini berada dalam bahaya.

Muslihat demi muslihat, kejahatan bertukar wajah. Antara nafsu atau perjuangan, mereka harus bersedia untuk mendepani natijahnya. Permainan waktu dan ruang. Batara Kala menyusun pencaknya.

152 pages, Paperback

First published May 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Lokman Hakim

68 books124 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (53%)
4 stars
4 (30%)
3 stars
2 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
682 reviews11 followers
July 24, 2026
Aku sebenarnya tak berapa faham dengan buku ini, tapi baru tahu rupanya ada sambungan dan perjalanan ceritanya masih jauh lagi. Buku ini pula aku dapat secara percuma. Dah dapat, mestilah baca. 😆 Ingatkan cerita standalone, rupanya bersiri.

Isi buku ini berkisar tentang agama sesat, syaitan dan pengikutnya, serta beberapa watak dengan gelaran-gelaran yang aku sendiri kurang faham.

Ada dunia dan kuasa yang aku tak faham kewujudannya. Jadi, memang kena baca dari awal untuk lebih memahami keseluruhan ceritanya.

Buku ini nipis sahaja. Mungkin kalau aku baca buku-buku sebelumnya, banyak perkara boleh aku faham. Tapi, aku enggan terjebak dengan siri ini setelah membaca buku ke-4. Bagi aku, ia agak berat kerana penggunaan nama-nama dan gelaran yang banyak, tanpa pengenalan atau sedikit briefing tentang kisah-kisah sebelumnya.

Biasanya kalau cerita bersiri, akan ada sedikit highlight atau recap tentang cerita sebelum ini. Tapi, penulis hanya masukkan highlight untuk buku selepasnya. Malangnya, bagi aku, itu menyebabkan aku tak rasa nak terjebak lebih jauh dengan siri ini.

Tapi, kalau korang pembaca komik Dewata era 90-an, mungkin korang akan berminat dengan cerita ini. Cuma, aku mohonlah penulis buat sedikit pengenalan atau briefing tentang kisah-kisah sebelumnya supaya pembaca yang baru terjun ke dalam siri ini tak terlalu lost. 😅

Genre: Kultus, kuasa, adventure, aksi dan paranormal.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
210 reviews3 followers
March 6, 2025
Agak mengambi masa Utk dihabiskan… sbb memerlukan konsentrasi yg tggi utk memahami kisah kali ini. Apa2 pun still best and I just love how the author bringing the other side of 2 main characters in this series… So let’s dig in Sumeru lagi. Bye
Profile Image for caa.
84 reviews
September 16, 2026
siri kali ini agak memeningkan kepala la 😭 macam lelah jugak saya nak hadam sebab terasa macam naskhah kali ini agak padat. banyak konflik berlaku dalam satu masa dan memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk saya betul-betul faham apa yang sedang berlaku.

dari segi worldbuilding, kali ini saya macam lost sikit. mungkin disebabkan oleh peralihan POV antara watak, kota dan juga alam yang agak kerap, jadi saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan setiap peralihan tersebut. ada ketika saya rasa macam, “eh kejap... kita dekat mana sekarang? ha ni pasal siapa pulak ni? ha sudah.” ☺️

plot twist yang dihidangkan pun tak rilek eh. saya tak sangka hubungan antara Ezani dan Chaira akan berakhir begitu. dan terasa macam ada beberapa plot hole dalam buku ni yang sengaja dibiarkan tergantung dan, macam biasa, saya rasa ia akan terjawab dalam siri yang lain.

jadinya, adakah saya akan berhenti? semestinya tidak!! hahahahaha dah sampai siri kelima, mana boleh mengalah sekarang der 🫵🏻😓

— ⭐️ personal rating: 3.5/5.
Profile Image for Azril Noor.
321 reviews5 followers
March 20, 2025
Buku ke 6 dalam Kronikel Dewata, akhirnya kembali ke latar masa terkini. Tiada lagi Sang Ghaib, tapi muncul pula watak-watak yang baru. Aksi masih banyak, asyik bergasak je watak utamanya. Agak keliru sedikit dengan sela masa yang berlaku kali ini, semuanya disebabkan dengan kuasa manipulasi masa yang dimiliki oleh Batara Kala. Tahunnya tidak bergerak - kekal 2311, cuma masa dan usia. Ini antara penyebab ketidaktentuan watak-watak lain tu berada di pihak yang mana, sekejap berpaling, sekejap bersama. Belum sempat nak rasa teruja dengan gabungan antara Ezani dan Chaira, sesuatu pula terjadi, sebuah kisah silam terungkai. Kali ini Ezani kena hadap sesuatu yang lebih berkuasa dari Api Ilahi.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews