Dewi Kasturi, seorang gadis jelita yang dicemburui oleh kebanyakan penduduk Kampung Tualang Beringin. Fitnah sering dilemparkan sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan syirik untuk membunuh ibu dan ayahnya. Sejak itu, Dewi menjadi murung.
Rasa cintanya kepada Khaliq, si pemuda kaya turut dipertikaikan oleh Taris. Kebahagiaannya diragut pergi. Imannya bergoncang dan hampir runtuh. Akhirnya, perjanjian dimeterai. Iblis ingin mengheretnya ke neraka!
"Aku akan bunuh kau! Kau akan terseksa!" - Dewi Kasturi
Suatu peristiwa tragis yang berlaku meletakkan Dewi Kasturi dalam bahaya. Dia harus meninggalkan cinta hati dan kampung halamannya. Pertemuan tanpa sengaja dengan Che Mustika memberi sinar dalam hidupnya.
Separuh abad berlalu, Encik Zain sekeluarga berpindah ke sebuah vila mewah yang terletak di kawasan lereng bukit. Kehadiran potret misteri menjadi tanda tanya. Bunyi gemerencing gelang kaki dan irama bonang menghantui mereka.
"Kenapa ukiran telapak kaki ni macam tertanam?" - Tiara
Sejak itu, kisah silam Dewi Kasturi yang tersembunyi di sebalik kemewahan Vila Cinta Mentari terus terbongkar satu per satu. Penemuan kubur lama di belakang vila juga mengejutkan mereka. Adakah ukiran telapak kaki itu terkait sama dengan Dewi Kasturi?
telapak iblis mengisahkan tentang keluarga encik zain yang berpindah ke pulau pinang dan telah menetap di sebuah rumah agam yang terletak jauh dari bandar dan jiran sekeliling. rumah agam ini sudah lama dibiarkan tidak berpenghuni dan akhirnya dibeli oleh encik zain sekeluarga. namun - setelah mereka menetap di situ, mereka diganggu oleh makhluk halus yang cuba membunuh ahli keluarganya seorang demi seorang.
firstly - it was a great debut for the author. bukan senang untuk menghasilkan sebuah karya apatah lagi karya seram. buku yang ditulis pada usia 19 tahun akhirnya berjaya disiapkan dan dipasarkan pasa usia 23 tahun. tahniah ! semoga saya pun berjaya seperti beliau amin !
second - the storyline is good. kisah tentang pembalasan dendam (saya tak spoil di sinopsis atas) yang berlaku akibat onar oleh penduduk kampung terhadap keluarga miskinnya. sedih tapi itulah realiti 👎🏻 even kita tak duduk kampung pun ada je isu sebegini. mulut orang kan, mana lah boleh tutup.
third - penceritaan yang agak berulang dan peredaran zaman yang agak tidak teratur (bagi saya). dia macam, sekejap zaman lalu ini. lepastu zaman sekarang pulak. tiba-tiba bab seterusnya bab lain - agak pening sebenarnya 😅 kalau penulis boleh selesaikan cerita dalam zaman tu dulu dalam bab first better selesaikan dan bukannya biarkan tergantung and then bab dua cerita pasal zaman sekarang.
fourth - dialog. dialog agak kebudak-budakkan bagi saya especially untuk part tiara yang sudah berusia 21 tahun tapi dialog macam budak umur 10 tahun ? oh - dan dialog kadang-kadang macam tak kena dengan tempat. contohnya scene : dewi kasturi mengadu kepada dahmar and dahmar marah dia. out of nowhere dewi kasturi tersenyum manis mendengar nasihat dahmar ?? like - sorry tapi kalau dah kena marah manada orang senyum manis kan 😭😭 aku je ke lepas kena marah muka monyok semacam hah -
fifth - repetitive. banyak part yang tak patut ada pun nak explain and describe. maybe author nak panjangkan paragraph tu tapi for me - pendekkan jelah. sebab bila panjang dia jadi melalut. contoh scene : encik zain dengan ayah dia nak jumpa ustaz khairi sebab nak tanya pasal sejarah rumah agam. lah dah ketuk pintu ustaz pun dah buka, boleh pulak ustaz sembang dulu. eh anak dah berapa? anak sambung belajar dekat mana? nyah - ko tengah urgent ni bukannya saja nak buat lawatan sambil belajar. that part boleh je buang huhu
thats all hehe. my two cents. dua posen. thank u and have a nice day.
Encik Zain sekeluarga telah berpindah ke rumah baharu. Rumah agam itu besar dan amat cantik dgn rekaan klasik. Kawasan yg luas terletak dilereng bukit. Cuma letaknya dikawasan yg agak jauh dari rumah orang lain. Permulaannya tiada apa yg aneh dgn rumah itu. Tp suatu hari, anak perempuan Encik Zain iaitu Tiara telah membuka pintu bilik misteri. Tiara seakan-akan terpanggil untuk membuka pintu bilik tersebut.
Sebenarnya rumah agam itu mempunyai satu rahsia. Terdapat penunggu yg dirumah tersebut. Yang mana penunggu itu telah terkurung sekian lama. Kehadiran Encik Zain sekeluarga mampu mengundang bahaya kpd mereka sekeluarga.
Terdapat dua latar masa dalam penceritaan novel ini. Masa lalu dan masa kini. Penceritaan pd masa lalu mengenai Dewi Kasturi serta ayah dan ibunya yg miskin menghadapi hinaan, dendam dan dengki orang lain mempunyai kaitan dgn rumah agam tersebut.
Apa kaitan atau hubungan di antara Encik Zain dan Dewi Kasturi?
Tahniah aku ucapkan kepada penulis kerana menghasilkan karya pertama bergenre seram. Bukan sesuatu yg mudah. Sebagai karya pertama aku tiada masalah dgn novel ini. Cuma aku rasa agak meleret bila terlalu panjang penceritaan kisah Dewi Kasturi, maybe kalau dipendekkan sikit aku tidak akan rasa terganggu. Apa pun, aku enjoy membaca novel ini.
Dewi Kasturi seorang gadis yang kerap ditimpa malang. Kedua orang tuanya menjadi mangsa sihir oleh orang yang dengkikan keluarga mereka. Dendam yang menebal di hatinya membuatkan dia tunduk pada bisikan syaitan. Di sela masa yang berbeza Zain sekeluarga berpindah ke rumah baru setelah ditugaskan di Pulau Pinang. Namun rumah yang disangka bakal aman menjadi huru-hara dek gangguan yang berlaku.
SH suka dengan penggunaan dialog yang sesuai dengan garis masa peristiwa itu berlaku. Dialog yang digunakan jelas menunjukkan samaada watak tersebut hidup di zaman moden ataupun puluhan tahun lepas.
Cuma SH sedikit tidak faham apa penyebab yang membuatkan Lestari begitu membenci Ningsih dan Dharma. Malah Dewi turut sama menjadi mangsa kebenciannya. Kalau dia benci sendiri tak apalah lagi sebab itu perasaan dia. Tapi bila dia mula menebarkan fitnah, hasut masyarakat untuk turut membenci keluarga Dharma membuat SH semakin tertanya-tanya apa yang menyebabkan tahap kebencian setebal itu.
Walaupun plot cerita agak cliche dan boleh diagak namun cara penulisan yang cantik dari penulis tidak membuatkan SH bosan membacanya.
Kasihan SH dengan nasib yang menimpa Dewi. Satu per satu ujian mendatanginya. Hingga membuatkan dia berubah sikap. Mulut orang kampung pun patut diikat sahaja. Bila berbual ada sahaja benda yang akan digunakan untuk menyakitkan hati orang lain. Rasa nak cilikan saja mulut-mulut Mak Jemah dalam kampung itu.
First off, huge congratulations to the author on her debut novel—well done! The story moves between two timelines, one set in 1947 and the other in 2018, and this shift really helps keep things engaging. Along the way, the book touches on important themes like family, faith in God, and the dangers of dabbling in dark forces. The characters play their roles well, and the horror element stays strong throughout, with some genuinely creepy scenes.
That said, there are a few small things that stood out to me. Mia and Tiara, who are teenagers, sometimes don’t speak in a way that fits their age. I also noticed some repetition in the writing, and a few plot points felt left unexplained (or maybe I missed something?). Some character reactions felt a bit off in certain situations, and I’d love to discuss this further with the author—no spoilers here, though! All in all, if you’re after a solid horror read, this book is worth picking up!
Thank you #bukuprima #bukukarangkraf for the review copy. 😍😍
I rarely read Malay books..I decided to give this book a go and I’m really happy that I did..I recently went to the PBAKL at PWTC and bought several books..and this is one of the books that I bought..
Overall impression..the book is well written and the plot is executed beautifully..the story revolves around two timelines and that’s what makes it interesting.. I just wish there was some justice for the protagonist of the novel..I really like Dewi Kasturi’s character and her fall from grace was unexpected..
Okay lah untuk bacaan ringan.. Tidak terlalu seram. Org jahat semua dapat pembalasan yang sepadan.
Cuma ada part yang saya rasa melompat-lompat sikit. Tiba-tiba Orkid dah pindah Johor. Mungkin boleh ceritakan sikit kejadian diorang bergaduh ke. Tiba-tiba Khaliq tak ada.
Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan pembacaan, naskhah yang selesai dibaca ini adalah cetakan ketiga yang dibeli di kedai buku baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada penulis ' Izzatin Yasin ' yang berjaya menulis sebuah naskhah seram dibaca, biarpun ini adalah novel pertama penulisan beliau namun jalan ceritanya menarik sehinggalah ke penamatnya.
Saya menyukai perbezaan tahun yang digunakan dalam novel ini, berselang seli di antara era 1948 dan tahun 2018. Ada beberapa penulis menggunakan cara yang sama seperti ini, saya sukakan penceritaan seperti ini.
Sungguh sayang sekali watak Dewi Kasturi meninggal dunia dalam keadaan macam itu, tanpa sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sungguh menyedihkan akibat sebuah dendam menyebabkan Dewi Kasturi sanggup mengambil pendaming, sehingga melupakan pesanan terakhir emaknya, Ningsih.
Sememangnya watak Mek Lestari paling dibenci dalam novel ini, semuanya disebabkan dendam masa lalu akibat perasaan cintanya kepada Dharma tidak kesampaian. Disebabkan kebusukan hatinya sehingga tergamak menyihir dan membunuh kedua-dua ibubapa Dewi Kasturi.
Kasihan sungguh Farid, kekasih hati Dewi Kasturi yang kekecewaan dan patah hati kehilangan cintanya lalu membawa diri ke Kedah. Semuanya kerana kesalahan kedua-dua ibubapanya, Tuan Masrani dan Puan Dayang yang mendengar fitnah yang dibawa Mek Lestari dan Nirmala sehingga membuatkan Dharma kehilangan pekerjaan pekerjaannya di kebun.
Nasib baiklah watak Nirmala sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, selepas pemergian anak tunggalnya, Orkid yang tinggal bersama emak saudaranya demi mempelajari agama. Akibat berasa bersalah dan berdosa mengakibatkan kematian Dharma membuatkan Nirmala berubah.
Kesilapan Encik Zain yang membeli Vila ini tanpa pengetahuan mahupun persetujuan isterinya, membuatkan keluarganya porak peranda sehingga mengakibatkan isterinya dirasuk penghuni bilik hujung di aras 2. Jika datang meninjau Vila lebih awal, semestinya mereka mengetahui kewujudan kubur Dewi Kasturi di belakang Vila itu.
Sudahlah Encik Zain tidak mempercayai kewujudan hantu, menyebabkan selalu bergaduh dengan isterinya serta ayahnya, Haji Jaafar. Ramai orang di luar sana berperangai seperti Encik Zain, memang menyakitkan hati dengan orang macam ini.
Kasihan sungguh nasib orang gaji mereka yang malang, dibunuh syaitan yang menghuni bilik penghujung dan membuatkan polis mengandaikan beliau mati membunuh dirinya.
Perangai manusia yang keinginan untuk mengambil tahu dan menyibuk membuatkan Tiara membuka pintu terkunci di bilik hujung lalu merahsiakan dari keluarganya, termasuklah penemuan telapak kaki iblis itu.
Apapun novel ini memang berbaloi dibeli dan tidak membazirkan duit, itu pun setelah membaca ulasan orang ramai di goodreads. Sememangnya menyenangkan adanya goodreads ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baru selesai baca. Penceritaan yang amat menarik, berkonsepkan kisah seram antara dua zaman iaitu tahun 1947 & 2018. Saya suka! Berlatarbelakangkan perkampungan dan saya puji penulisan penulis. Beliau berjaya hasilkan novel seram yang memang seram lah dan ada juga scene sweet2 antara Dewi Kasturi dan Khaliq. Sweet habislah, tersenyum kita. Muncul watak antagonis si Taris, yang suka pada Dewi juga. Haa berebutlah diorang ni nakkan Dewi. And kadang bila baca waktu malam, dapatkan rasa perasaan seram, apatah lagi bila cerita sampai part 'telapak iblis' tu. Dari tulisan penulis pun, saya dah dapat bayangkan bentuk telapak kaki manusia yang diukir di salah sebuah bilik di vila itu. Sangat terperinci! Saya suggest buku ni untuk siapa yang minat kisah seram & dendam... Penceritaan yang sebenarnya wujud di alam realiti okey. Hubungan akrab Encik Zain sekeluarga. Seolah olah keluarga sebenar. Kita dapatkan rasa kesedihan Dewi Kasturi dengan parents dia. Orang kampung tak suka padanya tanpa sebab. Hanya kerana kejelitaannya. Sampai berlaku pembunuhan. Scene pemujaan dan mantera, seriously seram.
Semoga penulis, Izzatin Yasin terus berjaya dalam penulisannya dan hasilkan lagi karya2 sebegini. Kat page terakhir novel, saya ada baca ilham penulis. Beliau hadapi macam2 dugaan sewaktu menulis. Alhamdulillah, akhirnya beliau berjaya juga! Saya ada tengok di media sosial, yang novel ini dah cetakan ke 2. Tahniah! Padahal baru sahaja publish. Muda muda lagi dah berjaya jadi penulis seram. Bukan senang nak cipta scene seram, suspens, dendam semua. Ini satu pencapaian yang hebat. Saya tak pernah bagi review untuk novel2 lain, tapi this one wajib bagi review. Amazing.
Lastly, saya suka tajuk novel ini! Interesting, lain dari yang lain.
Buku ini mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah ke rumah baharu dan mula mengalami gangguan. Di sebalik gangguan tersebut, tersembunyi kisah asal usul potret seorang gadis cantik yang tergantung di rumah itu.
Secara keseluruhan, kisah ini lebih kepada misteri berbanding seram. Elemen ketegangan timbul daripada bilik misteri yang terbuka pintunya dan membawa kepada huru-hara dalam keluarga tersebut.
Untuk pembaca yang biasanya takut baca buku seram — Telapak Iblis sesuai untuk anda. Lulus baca waktu malam, dan saya boleh jamin anda takkan tutup buku kerana terlalu takut. 😄
Tahniah kepada penulis atas usaha menghasilkan karya seram, namun secara peribadi, saya rasa kali ini unsur seramnya masih kurang menyengat. Tiada kejutan besar atau elemen yang benar-benar mengejutkan — kecuali kulit bukunya yang cukup menarik dan mampu membuat orang tertarik untuk memulakan bacaan.
Semoga karya seterusnya lebih padu dari segi elemen kejutan dan ketegangan. Teruskan berkarya!
Telapak Iblis ialah novel seram karya Izzatin Yasin yang menggabungkan dua zaman—1947 dan 2018. Kisahnya bermula dengan Dewi Kasturi, seorang gadis yang dihantui fitnah dan tragedi sehingga membawa dendam yang berpanjangan. Bertahun kemudian, sebuah keluarga berpindah ke vila berhantu, membuka kembali kisah silam yang menakutkan. Novel ini harus dipuji kerana plot yang menarik, tetapi ada yang mengkritik gaya penceritaannya. Sesuai untuk peminat seram dan misteri.
Jika anda peminat novel seram dengan unsur misteri dan kisah silam yang menghantui, Telapak Iblis mungkin berbaloi untuk dibaca. Namun, jika anda mencari cerita yang padat dan tidak berlarutan, anda mungkin perlu bersabar dengan gaya penceritaannya. Sesuai untuk pembaca yang gemarkan elemen mistik dan kejutan.
Novel seram pertama yang saya beri peluang pada diri untuk baca. Bagi pembaca yang tak biasa dengan genre seram, boleh cuba mulakan dengan novel ini. Saya agak bersetuju dengan review kawan-kawan GR bahawa novel ini tidak mencapai tahap seram yang melampau.
Jalan cerita mudah faham dan penulis berjaya menarik pembaca untuk teruskan pembacaan dengan kisah dua zaman; Dewi Kasturi dan keluarga Encik Zain yang mana berkait antara satu sama lain.
Saya amat menghargai usaha penulis dalam mengambil masa 3 tahun menghasilkan naskhah setebal 478 muka surat.
Cadangan peribadi untuk tambah baik: 1. Kurangkan elemen mimpi yang kerap pada jalan cerita. 2. Hadirkan elemen kejutan untuk beri impak lebih kepada pembaca. 3. Info overload - beri ruang untuk pembaca rasa dan faham sendiri
I'm giving 5 start to this novel sebab kisah Dewi Kasturi ni terasa dekat dengan kisah hidup saya. This is not about yg terlalu seram sampai meremang sangat2, this is about kerana mulut, badan binasa, dan kerana Dendam, rosaklah diri.. Sedih bila baca watak parents Dewi Kasturi, how i really hope they get the happines that they wanted, actually, same goes to Dewi😢
If kisah ni ada yg terjadi di luar sana, May all of your pain washed away by Allah😢
Thank you dear Writer for writing this story and make me remind my family's old story.
Kita ambil iktibar, bertapa mulut dan lidah ni lebih tajam daripada pisau, dan betapa dendam yang meninggi lebih bahaya dari duri yg menusuk.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertama sekali, tahniah dapat debut under Buku Prima, dalam usia yang muda! Salute!
Buku ni kalau baca blurbnya memang keliru. Dah 80% baca, barulah separuh akhir blurb tu make sense. So, memang better go blind-lah baca buku ni kalau tak mungkin tak capai expectation anda.
Best je baca time retreat. This book still hooks me. Ending boleh diperkemaskan lagi. Apa lagi bila build up watak Dewi tu agak panjang sampai hampir keseluruhan buku. Tapi apapun it’s a writing choice and still okay.
Yang suka tengok drama mesti suka cerita ni. It’s character driven
"Telapak Iblis" oleh Izzati Yasin menawarkan plot cerita yang menarik dan mendebarkan, diselangi dengan saat-saat sedih yang menyentuh hati, khususnya kisah kehilangan kedua ibu bapa Dewi Kasturi. Buku ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyampaikan mesej penting tentang bertawakal kepada Allah SWT dan menjauhi bantuan makhluk halus. Penulis berjaya menyatukan unsur seram dan pengajaran moral dengan baik, menjadikannya bacaan yang berbaloi untuk semua peringkat umur. Saya sangat mengesyorkan buku ini!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Plot cerita dah ada walaupun agak meleret sedikit. Agak kecewa kerana kurang dramatik dan pengakhiran kisah tergantung. Watak Dewi tamat begitu sahaja 😓
Apa-apa pun satu usaha yang bagus kerana ini novel pertama penulis.