Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Bercerita

Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah

Rate this book
Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana.

Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat. Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu?

224 pages, Paperback

First published April 1, 2024

4 people are currently reading
78 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (26%)
4 stars
67 (32%)
3 stars
63 (30%)
2 stars
17 (8%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
June 7, 2024
Perempuan Busana Merah 🧣
..memegang kepalanya, kemudian menarik ke bawah.
Dia kelihatan memegang kepalanya sendiri.
tubuhnya yang mongel itu nampak tidak berkepala.

Mukmin menerima tawaran kerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di Kundasang, Sabah. Dan di rumah agam itulah ada seorang perempuan busana merah yang sering kelihatan bagi orang yang hijab matanya terbuka. Akhirnya, Mukmin & perempuan itu berjumpa sesama mereka. Apa yang jadi seterusnya?

Let me tell you something 🤏🏻
Cerita ni bakal memanipulasi minda kalian sebagai pembaca bijaksana. Korang akan penings sebab banyak berfikir. Sometimes clueless juga.

Buku nipis tapi tak sangka dengan terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dalam PBM ni. Penulis berjaya habiskan cerita dengan perkataan tamat. Kalau baca sinopsis belakang nampak macam simplenya storyline & perempuan busana merah tu mesti roh yang terperangkap di mana-mana. Tipikal kan?

Baca cerita ni yang penting kena tumpukan perhatian & sabar. Takut konfius. Watak tak banyak tapi dari segi timeline & plot twist dia. Tak santai. Kalau hilang fokus mungkin korang akan total lost.

Bayangkan dari Kundasang yang dikatakan Little New Zealand tu terus ke satu dimensi fantasi yang lain. Dunia fantasi yang direka penulis berhubungkait dengan misteri yang ada di rumah agam tersebut. Kemudian, dibawa pula kita ke dalam alam mimpi.

Kemudian, towards the end tu sangat laju macam tak ada hari esok dan plot twist dia macam sangat banyak sampaikan kita terpaksa selang seli bacaan dengan buat something else untuk tenangkan fikiran & ulang baca hshs.

📌 Ada elemen misteri, fantasi, thriller & keagamaan yang diselitkan penulis.
📌 Bila terlalu fast pace kadang kita semput nak kejar. Tak semestinya fast pace petanda yang baik untuk sesuatu buku. Hee
📌 Ada melewah sikit 🤏🏻 Misteri tu ada here and there. Tapi part hujung memang macam roller coaster.
📌 Ada a few perkataan baru yang kita tak familiar. New knowledge.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
July 15, 2024
Memang mind blowing.. Cerita yang mampu buat kau berjaga sepanjang malam memikirkan apa yang berlaku.. Betul-betul thrill habis..
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
October 28, 2025
Review Time 📚⏰️

Perempuan Busana Merah - @ramlee_awang_murshid
Rating: 3/5 🌟

​"Sesungguhnya manusia itu mudah leka dan lalai dengan nikmat dunia..."

Cerita bermula dengan Mukmin, seorang pengawal yang naif tapi berani, ditugaskan menjaga rumah agam di Kundasang. Dari situ muncul sosok Perempuan Busana Merah.. bukan hantu, bukan syaitan, tapi entiti pelik yg hanya dia boleh nampak. Pertemuan tu jadi titik mula kepada misteri yg makin lama makin pelik.. sampai bukan rahsia perempuan tu saja yg terbongkar, juga rahsia Mukmin sendiri.

Novel ni penuh dgn plot twist. Ingat dah boleh agak jalan cerita, tiba2 bab seterusnya terus pusing lain. Ceritanya laju, banyak flashback dan ilusi, jadi kena baca betul2 kalau tak memang boleh pening 🙂‍↕️.

Kita mudah sangat terpesona dgn apa yg ada depan mata, sampai kadang terlupa benda yg lebih penting. Fikir balik.. dalam sibuk kejar dunia, ada yg terlepas pandang hakikat hidup sebenar?

'Ending' pula… agak lain daripada biasa. Misteri yg berlegar antara realiti dan khayalan, logik dan mustahil. Walaupun ada rasa “eh, macam tu pula? Biar betul?” 😅, hmm.. Nak tahu? Boleh cuba baca..

Sekian.

#minimembaca #perempuanbusanamerah #ramleeawangmurshid #bukuprima #reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for fazrn.t.
11 reviews
July 24, 2024
Buat pertama kalinya saya kecewa dengan naskah RAM. Permulaan epilog diperkenalkan dengan sekumpulan sahabat yang hendak bercuti ke Kundasang. Namun, sepanjang penceritaan tiada langsung watak tersebut.

Kemudian, plot menuju ke Mukmin, seorang pengawal keselamatan yang lurus dan berperangai keanak-anakan tetapi amat berani. Mukmin juga digambarkan seperti kurang beradab, terutamanya terhadap Mundar dan isterinya. Mukmin dilantik oleh Lily untuk menjaga kediaman keluarganya di Kundasang selepas Mundar tidak mahu meneruskan setelah berhadapan dengan seorang wanita misteri di banglo tersebut. Wanita tersebut bernama Saleha (berpakaian merah), dan Mukmin juga tidak terlepas dari gangguan Saleha. Namun, niat Saleha bukanlah untuk membuat kacau; dia cuma perlukan pertolongan dari mereka kerana Saleha terperangkap di dalam rumah tersebut.

Plot berlanjutan dengan perjalanan Mukmin dalam membantu Saleha dan mengorek rahsia keluarga Lily. Mukmin dan Saleha ditarik masuk dalam sebuah almari peninggalan keluarga Lily yang dikatakan membawa bala. Sepanjang episod itu, bermulalah unsur mistik dan fantasi berkaitan naga, hantu, dan zombie (dah macam Narnia + Game of Thrones + Stranger Things + Zombie Korea). Yang pada saya agak mengelirukan.

Seperti biasa, naskah RAM pasti mempunyai plot twist. Di pertengahan cerita, kita sudah dapat mengagak apa yang berlaku dan unsur suspen sudah kurang di situ. Pada saya, RAM patut berhenti pada plot twist pertama, namun dia cuba mengelirukan pembaca dalam plot twist kedua yang mana agak mengecewakan. RAM cuba menyelesaikan plot dengan adegan sahabat (epilog) yang rupanya telah terjerumus dalam minda bawah sedar, dan cerita mistik berkaitan Mukmin, Saleha dan lain-lain adalah olahan dari sekumpulan sahabat untuk menyelamatkan Arif (terjerumus dalam dunia game GTA). Bagi saya, Arif tu bukan terlalu menghayati, tapi dah gila, fius dah putus sebab main game lama sangat dan dia perlukan rawatan mental, bukan semata solat subuh berjemaah boleh sembuh!

Di akhir penceritaan, katanya seorang sahabat yang merangka cerita berkenaan untuk Arif, tapi kenapa tiba-tiba mereka serbu rumah Arif untuk selamatkan Arif? Bukankah sepatutnya Arif dah dengan mereka? Bagaimana pendekatan diambil oleh sekumpulan sahabat itu untuk membantu Arif? Memerlukan lebih penjelasan kerana plot terlalu lopong! Haih, peninglah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ddandanddan.
8 reviews
October 13, 2025
I don’t know, I have a mixed feeling for this book. The story wasn’t engaging as much as his previous works, the characters felt annoying and somehow unrelatable, and the twist, I love the twist but only the first one did captivate my attention. The rest felt lacking at some point.
Profile Image for Fatty Boo.
3 reviews
July 9, 2024
Terlalu menghayati sampai ending kne scam sbb psl game online.. sbb inspired dr anak dia punya idea utk buku ni.. geram je ak membaca nya.. cite dh best tp plot twist pling xbest didunia.. harapnya RAM xde dh buat buku mcm ni jn future mcm meh xbest lnsng😓
Pndpt sy shja, trpulang pda pembaca lain ok..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
August 23, 2024
Cerita kali ni agak exciting pada permulaannya. Bila membaca seolah² seperti ianya benar² terjadi. Ianya memerlukan tumpuan 100% untuk kita memahami jalan cerita nya. Tp bila sampai ke climax nya, tiba² ianya adalah dari sebuah game. Terus kecewa kerana mengharapkan ianya adalah dari kisah "benar" seperti novel² beliau yang terdahulu. Maaf, kali ni (pendapat peribadi) hanya 2 bintang sahaja yg mampu sy berikan.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
June 23, 2024
Kejap je habis baca buku ni tak tebal sgt.Lepastu memang tk expect jln cerita dia mcm tu.Tertipu ataupun boleh kata "terlalu menghayati".
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
July 28, 2024
Naskah Tuan RAM kali ini kurang menepati minat saya berbanding karya-karya terdahulu yang pernah dihasilkan oleh beliau.

Berkemungkinan besar watak utama yang dibawa oleh Mukmin dirasakan tidak menonjol, penceritaan melewah dan tiada faktor ‘wow’ sehingga naskah ini agak kurang membekas di hati.

Benar makluman daripada penulis bahawa naskah ini perlu dihayati memandangkan plot penceritaan yang agak bersimpang siur dengan pengakhiran yang sangat ringkas setelah melalui liku-liku untuk menyudahkan pembacaan naskah ini.

Lucunya, pada tengah-tengah pembacaan, saya sendiri tertanya ke mana menghilangnya semua watak yang ditonjolkan pada helaian awal naskah sehingga tiba-tiba saya terpaksa mengikuti semua kisah Mukmin dan si Mandur.

NOTA
2 bintang daripada 5 utk novel ini.
Tambahan 1 bintang memandangkan Tuan RAM adalah penulis kegemaran.

JIKA kerajinan menjengah dan serik saya ke atas naskah ini menghilang, saya akan menyelak kembali helaian-helaian yang perlu bagi memastikan kemusykilan saya tentang satu dua perkara terjawab.
Hanya JIKA…. =)
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 3, 2024
34/2024

-Perempuan Busana Merah
-Ramlee Awang Murshid

Ini merupakan karya paling nipis RAM di bawah penerbitan Karangkraf. Walaupun nipis, berjaya juga buat kepala pusing. Pusing memikirkan plot demi plot bagi cerita ini. Daripada sekadar permainan video, penulis berjaya merangka cerita yang membuatkan pembaca terpaksa mengerah otak berfikir siapa watak watak ini semua.

Bagi saya ceritanya masih ada elemen RAM di situ. Misteri, thriller, plot twist. Bahasa digunakan masih menggunakan bahasa standard tinggi, bila mana kita baca terasa indah susunan bahasa. Signatur RAM masih di situ selaku penulis senior.

Cumanya... Saya rasa cerita ini seperti kurang rencahnya. Barangkali sebab terlalu nipis? Atau mungkin sebab yang lain saya tidak dapat bagikan jawapan tapi terasa ada kurangnya berbanding karya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, novel ini antara karya terbaik 2024 yang boleh dijadikan koleksi buat peminat novel tanah air. Buat RAM, jangan pernah berhenti berkarya.
Profile Image for Hani~.
141 reviews1 follower
September 6, 2025
Saya ingatkan ini cerita seram, rupa-rupanya tidaklah seram sangat. Lebih kepada misteri.

Buku ni agak nipis jika dibandingkan dengan novel-novel RAM yang lain. Tapi jangan tertipu dengan 'kenipisannya'. Ini bukan cerita simple atau straight forward. Ini cerita yang menyajikan anda plot twist demi plot twist demi plot twist. Penat tau. Belum sempat nak proses, ehh tiba-tiba ada plot twist lain pula.

Dalam pada misteri dan seram-seram manja tu, ada juga babak-babak lucu yang berpunca dari sifat lurus bendul Mukmin, watak utama cerita ni. Mungkin itu yang buat cerita ni tak terlalu berat.

Ramai juga pembaca yang kurang gemar dengan ending novel ni. Saya pula rasa ok je. Sekali sekala berbeza daripada kebiasaan, apa salahnya kan 😊

Kesimpulannya, ok sebagai bacaan ringan👍
Profile Image for Atkah Yahya.
286 reviews1 follower
September 7, 2024
Awal2 slow, tapi bila dah lepas 50% dah mula best.
Watak Mukmin macam menyampah sbb dia lelaki dewasa tapi terfikiran spt budak2.
Plot twist mmg best tapi bile sampai hujung, dia punya big reveal sgt mengecewakan.
Adegan2 kat hospital mmg ngeri. Ni mmg trademark penulis.

Buku ni nipis jer, jadi tak byk ruang utk character development.
Dah byk baca buku dari RAM, ni buku pertama rasa tak puas hati
Masih bingung....🤪🫣

P/S: Sy rasa buku ni sesuai kalau nak beat the reading slump.
Profile Image for Nurhuda Jamhari.
32 reviews
June 5, 2024
Bagi saya, buku ini biasa2 sahaja, tak seperti buku Ramlee Awang Murshid yang sebelum ini.
Kesudahan cerita yang mengelirukan dan mengecewakan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
January 29, 2025
"Aku akan bongkar rahsia tu! Aku kan security!"

Itulah Mukmin, orangnya bodoh-bodoh alang dan lurus bendul seperti yang digambarkan oleh penulis tetapi Mukmin seorang yang pemberani.

Kejayaan Mukmin menewaskan dua orang perompak yang berparang di kedai emas menarik perhatian Lily, anak kepada Pengerusi Anugerah Kurnia.

Mukmin diberi tawaran lumayan oleh Lily dan bekerja sebagai 'security guard' di rumah agam yang terletak di Little New Zealand, Kundasang. Namun di sebalik gaji dua kali ganda itu, ada sesuatu yang tidak kena.

Kehadiran perempuan berbusana merah yang kerap menggangu Mukmin, pada awalnya menimbul ketakutan dalam dirinya. Tetapi Mukmin nekad untuk menyelongkar misteri kehadiran perempuan tersebut. Dengan bantuan tukang kebun, Mandur, mereka berjaya menyelesaikan misteri perempuan busana merah yang bukan hantu dan juga syaitan.

Walau demikian, timbul konflik yang lain hingga buat korang tak senang duduk dan saya berjaya habiskan bacaan ini dalam beberapa jam sahaja (hahaha)

"Ini bukan diri kita sebenarnya. Ini cuma GTA. Permainan ini dah selesai. Tamat Arif."

Tiga sebab korang perlu baca novel ini:
✨️ Jalan cerita penuh kejutan dan siku plot yang tak disangka-sangka. Sewaktu membaca epilog 1 saya masih buntu perkaitannya dengan kisah Mukmin. Apabila misteri perempuan busana merah berjaya dirungkai - jaw drop!

✨️ Penulisan menghidupkan keindahan Kundasang dan kawasan sekitar KK - menjadikan saya berminat untuk mencari kawasan tersebut (haha) dan keenakan kopi Tenom yang digambarkan melalui hirupan Mukmin, Mandur dan Mujanah (isteri Mandur)

✨️ Korang berpeluang untuk belajar beberapa dialek Sabah dalam novel ini seperti
- palui (bodoh),
- limpas (tumpang lalu)
- peradian (adik beradik)
- sulap (tempat berteduh)
- kukut
- berlagur-lagur
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
February 20, 2025
Ok cerita kali ni pun aku kena scam, aku sangka sudah habis..rupanya cerita dalam cerita😆

Dan aku juga hampir pening so mana satu betul ni🤭🤭🤭🤭

✅️ ada plot twist yang tidak disangka🤭

✅️ walau ada plot twist tapi terjawab juga kisah perampuan busana merah..aku rasa cerita kali ni gabungan imiginasi dengan haura🫡

✅️ pendek je cerita kali ini, walau sekadar cerita ada juga mesej yang ingin disampaikan terkait dengan dunia teknologi sekarang dan bagaimana kita juga seperti sudah sangkut pada dunia canggih sampai melupakan yang disekeliling kita..😔

Buku kali ni ringan sedikit nak habiskan..bolehlah relax2 chill nak habiskan...selepas heavy reading 2 kitab sejarah😅 tu pun masih fighting untuk dihabiskan..🥰

Babak yang paling aku suka 'jumpa hantu, kata tak takut sekali dia cabut kepala..terus tak sedar diri'🤣🤣🤣

Kelakar watak Mukmin a.k.a Arif - aku security guard sini!!..aku tak takut hantu!!!.😅

-------

Mereka hanya mampu berikhtiar sehabis daya. Yang paling penting, jangan pernah berhenti berdoa dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Allah lebih berkuasa atas segala-galanya.

Ada pula jenis manusia yang gemar menegur sewenang-wenangnya hanya kerana ingin memperlihatkan 'kehebatan' dalam berilmu.

"Siapa yang boleh menolong kau sekarang?" Sergah Sang Temparik.

'Allah,' bisik satu suara yang tidak terlihat pemilik jasad.
Profile Image for Nana Diyana.
3 reviews1 follower
June 19, 2025
Buku yg tidak tebal , bersaiz sederhana tetapi mempunyai jalan cerita yg sgt padat dan cerita yg boleh dikatakn agak memberat kn kepala untuk berfikir.Antara alam mimpi , alam fantasi dan alam realiti semua dimasuk kn dlm buku ni dan membuat kn sang pembaca berasa geram bila membaca kerana setiap watak dlm buku ni berubah ubah karakter .
Apa apa pun pengakhiran cerita ni mmg tak sangka . 👏🏻👍🏻

Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
June 5, 2024
punya fokus baca pasal perempuan busana merah tu, sampai aku terus lupa pasal watak 5 sahabat yang mula2 sekali di ceritakan.. lupa terus nak pikir apa kaitannya.. dia punya plot twist kat last tu macam harom.. Sakit otak baca.. hahaha.. itu jela nak kata.. tak reti nak rate.. sebab aku ase nak lempar buku je buku tu lepas abis baca.. maroh... hahaha
1 review
December 16, 2024
Perjalanan cerita yang menarik dengan plot twist yang sgt berkesan. Sehinggalah plot twist yang terakhir. Saya rasa jika penulisan berhenti pada tahap mukmin terjaga dri koma dan bertemu borhan ia pasti lebih baik. Terasa ending terlalu dipaksa untuk menyesuaikan plotline dengan dunia semesa tapi terlalu jauh dari percapaian minda. Epilog yang mengecewakan saya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shaziela Ziela.
1 review
August 15, 2024
Sejujurnya, rasa karya ni macam orang lain punya..entah, dari awal baca rasa macam karya pelajar sekolah(maaf agak kasar). Sebagai pembaca yang selalu beli buku karya RAM, ini bukan lah sesuatu yang saya harapkan..
Profile Image for Casper Judati.
60 reviews2 followers
January 7, 2025
Aku bagi 2 bintang sebab plot twist dan tajuk novelnya.
Konsep jalan cerita ok dah tapi aku ada masalah dengan cara RAM menulis dalam novel ni. Maaf, teruk. Seolah-olah tak di audit berbanding novelnya yang lain.
106 reviews2 followers
November 4, 2025
𝗥𝗔𝗠. Nama penulis memang selalu saya lihat dari zaman sekolah. Tidak pernah membelinya hanya kerana kulit buku kebanyakan novel beliau tidak menarik perhatian saya, walaupun genre beliau ada salah satu kegemaran saya.

Sekarang bila saya cuba menjinakkan diri untuk membaca buku fiksyen melayu, tentunya karya penulis menjadi salah satu dalam senarai untuk dibeli. Bila saja saya terjumpa 𝗣𝗕𝗠, saya terus membelinya dengan harapan ia akan membuka fikiran saya untuk mencuba karya-karya beliau yang lain. Apatah lagi kulit bukunya juga tampak moden dan tidak 𝘵𝘢𝘤𝘬𝘺 seperti selalunya.

Epilog dimulakan dengan lima sahabat yang merancang bercuti ke Kundasang dan sedikit pertelingkahan kecil. Bab awal membawa kita ke babak kemalangan Pengerusi Syarikat Kurnia Anugerah, diikuti kemunculan Mukmin, watak yang agak 𝘤𝘢𝘳𝘵𝘰𝘰𝘯𝘪𝘴𝘩 dan seolah-olah berada dalam spektrum Autistik. Dia melawan perompak di kompleks beli-belah tempatnya bekerja sebelum ditawarkan kerja di rumah agam milik keluarga Lily, anak kepada Pengerusi 𝗦𝗞𝗔. Pekerja asal, Pak Mandur, berhenti kerana ketakutan setelah melihat kelibat 𝗣𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗕𝘂𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗵.

Selain daripada usaha Mukmin untuk mencari tahu siapa 𝗣𝗕𝗠 dan bagaimana untuk menyelamatkannya. Terdapat juga konflik kekeluargaan di antara Lily, Pakcik Musa adik kepada Pengerusi 𝗦𝗞𝗔 & Pengerusi itu sendiri. Dialog “aku bukan manusia, aku bukan hantu” diulang beberapa kali serta beberapa ayat lain. Sampai saya hampir jelak. Pertarungan dengan naga pula tidak memberi sebarang impak, sekadar sisipan nasihat agama tanpa rasa debaran atau kagum. Begitu juga babak Mukmin membawa 𝗣𝗕𝗠 ke bandar untuk bertemu Lily.

Plot twist pertama, diakui mengejutkan kerana pada awalnya saya bersangka Pengerusi 𝗦𝗞𝗔 adalah lelaki, rupanya tidak. Roh beliau terumbang ambing diantara untuk terus hidup di dunia atau kembali ke Pencipta. Diselitkan sedikit pengajaran untuk kita seimbangkan kehidupan di dunia dan bekal di akhirat. Lily dan Pakcik Musa yang turut ikut ke alam lain, diselamatkan oleh Mukmin & roh Saleha kembali ke jasadnya. Jika pengakhirannya ini, saya mungkin bagi 3 bintang.

Malangnya, muncul plot twist kedua & ketiga yang bukanlah 𝘰𝘶𝘵 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘰𝘹 atau 𝘮𝘪𝘯𝘥 𝘣𝘭𝘰𝘸𝘯 tetapi menjengkelkan. Seperti tiada kesinambungan langsung. Execution yang gagal sama sekali. Tidak pernah saya rasa kecewa begini. Seolah-olah memberikan gambaran, inikah taraf novelis terlaris Malaysia? Apa perkaitan game GTA lima sahabat itu dengan apa yang berlaku? Saya pernah bermain GTA kepunyaan sepupu dan suami, saya tahu itu bukan konsepnya. Hendak kata eksperimen pun tidak. Segala-galanya terasa janggal dan memenatkan untuk dihadam. Saya akan preloved buku ini untuk harga RM5 atau derma saja di PPAS Bangi. Satu bintang untuk kulit buku.

p/s: selepas 100 m/s, saya skim sehingga m/s terakhir
Profile Image for Hanim.
17 reviews4 followers
January 20, 2025
Perempuan Busana Merah karya Ramlee Awang Murshid sekali lagi membuktikan kehebatan penulis ini dalam menggabungkan elemen thriller, psikologi, dan mistik. Novel ini menawarkan pengalaman membaca yang mendebarkan, penuh teka-teki, dan mengundang pembaca untuk merenung aspek gelap dalam diri manusia.

Cerita ini mengisahkan seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Perempuan Busana Merah, yang sering muncul di pelbagai lokasi dengan tujuan yang penuh tanda tanya. Watak utama, seorang lelaki bernama Farid, menjadi pusat naratif apabila dia terlibat dalam misteri yang mengelilingi perempuan tersebut. Sepanjang cerita, pembaca akan dibawa ke dalam dunia yang penuh dengan intrik, dendam, dan persoalan tentang kebenaran.

Ramlee Awang Murshid bijak menggunakan gaya penulisan yang penuh suspense, membuatkan pembaca sentiasa ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Teknik flashback yang digunakan memperkayakan lagi cerita dengan memberikan dimensi tambahan kepada watak dan plot. Setiap bab membawa pembaca lebih dekat kepada jawapan, tetapi dengan setiap jawapan juga muncul persoalan baru.

Unsur mistik dalam cerita ini memberikan elemen unik yang sering menjadi tanda pengenalan karya Ramlee. Namun, apa yang benar-benar menonjol ialah tema kemanusiaan yang diselitkan—kesan trauma, sifat dendam, dan bagaimana manusia menghadapi dosa serta penebusan.

Walaupun begitu, ada bahagian cerita yang mungkin terasa agak perlahan bagi pembaca yang mengharapkan aksi berterusan. Beberapa subplot juga memerlukan perhatian lebih untuk memahami hubungannya dengan cerita utama, tetapi ini tidak mengurangkan daya tarikan keseluruhan novel.

Secara keseluruhannya, Perempuan Busana Merah adalah satu lagi karya cemerlang Ramlee Awang Murshid yang memadukan unsur thriller dengan nilai moral yang mendalam. Ia bukan sekadar sebuah cerita misteri, tetapi juga sebuah refleksi tentang gelap dan terang dalam jiwa manusia.
Profile Image for Anthophile &#x1fab4;.
378 reviews7 followers
June 6, 2024
𝙈𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙪. 𝙈𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙨𝙞𝙗𝙪𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙗𝙖𝙧𝙯𝙖𝙠𝙝. 𝙎𝙞𝙗𝙪𝙠 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙖𝙡 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙠𝙪𝙗𝙪𝙧

Buku ni memberi mesej kontra dengan tajuk; bukan hantu / syaitan, jadi apa? Spirit? Bukan buku seram tp mendebarkan.

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku ni terlalu menghayati sampai tak boleh beza realiti dengan fantasi, plot yang tunggang terbalik sehingga memanipulasi otak aku (psychological thriller). Aku tertipu dengan kes luar biasa dan pelik dalam buku ni, full of twist and turn walaupun plot thriller nya 'ringan'. Jawapannya awal-awal RAM dah hint tapi disebabkan kena 'sihir' oleh agenda buku ni so tak dapat dah nampak.

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Setiap aspek diterokai tanpa jemu dan meleret, seperti magical realism, karakter, plot, komentari agama dan sentuhan naluri yang menegur pembaca melalui penulisan. Ada mitos menarik tentang Sabah. Buku ni atmospheric. Penulisan, dunia dan karakter yang hidup.

Read this if you like : 𝙈𝙮𝙩𝙝, 𝙋𝙖𝙧𝙖𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡. 𝙈𝙖𝙜𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙧𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢, 𝘿𝙧𝙖𝙜𝙤𝙣. 𝙋𝙨𝙮𝙘𝙝𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙧𝙞𝙡𝙡𝙚𝙧 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙪𝙩𝙤𝙥𝙞𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙩𝙩𝙞𝙣𝙜.

Karakter utama yang dikenalkan oleh RAM memikat pembaca dengan perangai nya yang bodoh-bodoh alang, lurus bendul sangat, innocent, light hearted, penulisan nya kelakar sgt sebab si Mukmin ni lucu perangai dia. Hanya mampu gelak, tercengang dan tepuk dahi aje tengok perangai dia sebab geli hati, kalau hangpa suka 𝙈𝙤𝙣𝙠𝙚𝙮 𝘿 𝙇𝙪𝙛𝙛𝙮 dalam 𝙊𝙣𝙚 𝙋𝙞𝙚𝙘𝙚 haa itulah perangai si Mukmin. Haru dibuatnya, tp comel sungguh 🤣

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Penyelamat anda dikala reading slump atau nak jatuh cinta dalam membaca semula? You can trust our king of storyteller: Ramlee Awang Murshid. Org kata ada kaitan dengan Aku Bercerita, aku tak baca lagi buku tu tp paham je jalan cerita dan aku tak pasti dimana kaitannya. Mungkin org yg dh baca tahu lah kot, but feel free to read this without reading the first book 🧡
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 9, 2024
"Rumit manusia ini tanpa iman dan takwa."

Kisah Mukmin, seorang pengawal keselamatan. Tugasnya menjaga sebuah rumah agam milik keluarga Cik Lily.

Hari pertama bertugas, dia dikejutkan dengan kemunculan Perempuan Busana Merah.

Mukmin si lurus bendul,  pada awalnya pelik dengan kemunculan tiba-tiba itu. Disangkanya pencuri, lalu dengan tegas dia bertanya siapakah perempuan itu.

Lalu perempuan itu menembusi dinding dan Mukmin berkata, "Oh...magik." 😆😆😆

Terpaksa perempuan itu membuat aksi yang lebih dramatik, lalu Mukmin pengsan.

Begitulah, ada kelucuan dalam suasana seram yang menggangu Mukmin di rumah agam tersebut. Dengan azam dan semangat, "Aku kan security, mana boleh takut," Mukmin nekad mencari punca dan sebab kemunculan perempuan berbusana merah itu.

Tuan RAM sekali lagi berjaya membuat plot twist yang di twist berkali-kali. Tidak tergelincir, malah buatkan aku tertanya-tanya. Ingatkan dah selesai, rupanya belum lagi.

Perjalanan ceritanya pantas, elemen-eleman lucu, misteri dan sedikit seram amat serasi dengan garapan penulis. Ada banyak pesanan penting diselitkan dalam kisah ini antaranya tanggungjawab seorang pekerja yang digambarkan melalui watak Mukmin dan semangatnya meneruskan tugas walaupun diganggu.

Kemewahan hanyalah sementara, apa yang kekal adalah amalan yang kita lakukan di dunia ini. Apakah kita ingin menjadi hamba-Nya yang diredai dan dikasihi atau sebaliknya. Tipu daya dalam kehidupan, mengenal kawan atau lawan serta baik buruk sesuatu perkara.

"Kau terlalu menghayati Mukmin. Ingat...dunia ini dunia tipu-tipu saja." - Burhan
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
June 21, 2024
Akhirnya! Masuk juga buku ni dalam list. Hahaha

Perempuan Berbusana Merah ni karya terbaru Ramlee Awang Murshid di bawah Buku Prima.

Macam biasa, cerita RAM mesti akan banyak bermain dengan masa. Mesti akan ada flashback. Dan wajib thriller.

Kisah Perempuan Berbusana Merah ni pasal seorang body guard bernama Mukmin yang ditawarkan bekerja untuk menjaga sebuah rumah agam di Kundasang. Mukmin ni dia lurus bendul tapi berani. Masa dia jaga rumah milik keluarga Cik Lily dia terjumpa seorang wanita cantik yg bukan manusia, tp bukan hantu dan bukan syaitan. Roh dia bagaikan terperangkap dalam satu dimensi lain dr alam manusia.

Disebabkan si Mukmin ni manusia semangat dan berhati waja, dia cuba nk selamatkan wanita tu. Dan ada pelbagai halangan yg dia kena tempuh lepas dia terjun dalam misi tu.

Plot dia mula-mula takde la laju. Semacam tenang je walaupun ada misteri yg cuba ditimbulkan. Aku pun macam cuba agak-agak apa kesudahan cerita ni. Tapi towards penghabisan cerita, tempo dia macam lajunya yang ko rasa macam ko tengah marathon. Sebab watak-watak tu ada zaman silam yang ko pun macam eh? Pastu tiba-tiba ko dibawa balik ke zaman sekarang, pastu aku pun macam lost. Hahaha
Mungkin juga sebab buku ni nipis, jadi encik RAM nak mampatkan plot supaya tak tertinggal cerita-cerita penting. Nak baca kena bertenang. Aku pulak tak sabar nak habiskan. Hahaha alahaiii.

Yg penting, watak-watak dalam cerita si Mukmin ni ada kaitan dengan geng yg nk pergi rumah agam berhantu di awal cerita.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
February 8, 2025
Pengalaman pertama membaca karya Ramlee Awang Murshid: Mindblown 😆 masya-Allah, memang padan sangat lah gelaran penulis nombor satu genre thriller di Malaysia. Usai membaca resensi buku Perempuan Busana Merah ni dari rakan saya, memang teringin juga nak baca buku ni.

Rezeki datang sangat cepat, buku ni baru sahaja diletakkan di perpustakaan lokal saya. Saya tak letakkan harapan apa-apa tapi saya sangat enjoy baca kisah tulisan RAM ini.

Berkisar tentang watak utama, seorang lelaki yang bernama Mukmin. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mempunyai keberanian yang tinggi tetapi perwatakannya 'bodoh-bodoh alang', sangat naif dan berterus terang orang nya. Dia ditawarkan offer yang sangat lumayan untuk menjaga rumah agam milik sebuah keluarga yang kaya di Sabah.

Di sana, dia bertemu dengan 'perempuan busana merah'. Kata perempuan itu, dia bukanlah hantu dan dia bukanlah syaitan. Jadi apakah dia? Mukmin sebagai seorang security guard yang komited berusaha sedaya upaya untuk merungkaikan misteri tersebut. Baca buku ni perlukan fokus yang agak tinggi kerana penulis membawa kita sekejap di alam ini, sekejap ke 'alam sana'. Saya juga belajar banyak perkataan baharu dan beberapa dialek Sabah.

Plot twist yang tidak disangka-sangka. Walaupun berbaki 10 muka surat terakhir pun saya masih tak dapat nak agak pengakhiran nya. Sangat baik tulisannya dan semestinya bukan buku RAM yang terakhir, tak sabar nak explore lagi.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
October 1, 2025
Pengarang masih kekal dengan identiti thriller, diadun sama dengan cemas dan penjungkirbalikan jalan cerita, namun kali ini lebih berselirat, atau lebih tepat untuk saya katakan, caca marba. Maaf tuan pengarang. Mungkin satu fakta yang agak pahit untuk ditelan bahawa novel-novel tuan RAM yang terbit kebelakangan ini, rata-ratanya sudah hilang sentuhan magis. Rindu bentuk penulisan beliau yang dahulu.

Novel ini mempunyai jalan cerita yang bagus menurut saya. Sayangnya, perinciannya tidak dilakukan dengan cermat dan seolah-olah tergopoh-gapah. Banyak hal-hal yang tidak terjawab; tergantung dalam keadaan yang buruk.

Misalnya, Saleha ialah watak nyata atau tidak? Bagaimana pula Mandur dan isterinya? Bagaimana 'Burhan' boleh menyelinap masuk ke dalam 'dunia sana'? Andai tergantung dengan menimbulkan persoalan yang molek, tidak mengapalah. Sebaliknya, tergantung ia kerana kelompongon cerita yang begitu nyata.

Pengarang memaklumkan bahawa novel ini ialah sebahagian daripada siri Aku Bercerita, namun buat mereka yang pernah membacanya, pasti tidak akan bersetuju. Aku Bercerita jauh lebih kemas, tersusun dan berselirat (namun dalam konotasi yang positif). Namun, seperti yang tuan pengarang sebut, "enjoy sahaja ceritanya". Begitulah ~
Profile Image for Salmiah Awang.
20 reviews
December 10, 2025
novel ni mengisahkan tentang mukmin, seorang sekuriti guard yang ditawarkan menjaga sebuah rumah agam di daerah Kundasang

rumah ni uruskan oleh sepasang suami isteri yang tinggal di kaki bukit. jadi, mukmin dengan beraninya jadi jaga kat rumah tu dan berjaga malam sorang-sorang.

kat rumah tu, mukmin nampak seorang perempuan berbusana merah yang orang lain tak boleh nampak.


perempuan tu minta mukmin keluarkan dia yang terperangkap dalam rumah tu. perempuan ni bukan jin ,bukan syaitan dan bukan hantu. siapa dia, akan terjawab di akhir cerita.

buku ni saya baca sehari je dah habis sebab ada 2 ratus ms jerr. nak tahu ending punya pasal, sekali hadap aje dah habis.

namun...

bagi orang yang tak pernah baca novel ram, novel ni seram dan best. tapi bagi saya yang follow semua buku dia, rasa macam tak dapat apa yang saya nak dari novel ni.

bukan sebab tak best, tapi sebab saya memang suka triller novel macam novel dia sebelum ni. Apa ni Ram... novel thriller please... tak pun ,cipta watak ala-ala sunan yang menginsafkan pembaca.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
November 18, 2024
Kisah mengenai Mukmin yg bekerja sebagai pengawal keselamatan. Seorang yg lurus bendul. Mukmin mendapat tawaran kerja sbg penjaga sebuah vila di Kundasang. Oleh kerana dpt upah yg lumayan Mukmin telah bersetuju tanpa mengetahui apa yg menantinya di sana.

Hanya Mukmin yg dapat melihat kelibat perempuan busana merah. Siapa dia sebenarnya? Adakah syaitan atau hantu? Apa tindakan Mukmin bila dia mengetahui cerita sebenar kenapa dia ditugaskan untuk menjaga vila tersebut. Mampukah Mukmin bertahan?

Plot twist untuk novel ni memang gila. Aku memang tak jangka. Geram aku dibuatnya. Kalau nak tahu kenapa aku rasa nak lempar buku ni dengan  ending ceritanya kenalah baca sendiri.

Pada aku buku ni best walau aku tak boleh brain dengan plot twistnya. Ini karya RAM kot, master of thriller. Pada aku tak terlalu seram cuma agak misteri. Gaya bahasa pun smooth je. Senang nak faham.

Dalam duk baca novel ni, sedar tak sedar dah sampai penamat, kisah yg pendek tp padat.
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.