Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagaikan Puteri (Komik) #1

Bagaikan Puteri Vol. 1: Tetamu Dari Jauh

Rate this book
Selepas 17 tahun, rasa rindu di hati Laksamana Sunan terhadap Kampung Punggor tidak pernah hilang. Apatah lagi apabila mengenangkan orang tuanya.

Desakan rasa itu menyebabkan dia nekad meninggalkan Tanah Rencong. Dalam pelayaran menuju Tanah Melayu, musibah telah menimpa. Cuaca berubah mendung dan kilat sabung-menyabung. Laksamana Sunan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan berada dalam dimensi lain.

Di situ, ALLAH mempertemukan dia dengan seorang gadis. Siapakah geragannya? Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang bakal menanti!

112 pages, Comic

First published May 1, 2024

1 person is currently reading
30 people want to read

About the author

M.F. Ajif

23 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (44%)
4 stars
18 (36%)
3 stars
9 (18%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 14, 2024
39/2024

-Bagaikan Puteri Vol. 1: Tetamu Dari Jauh
-Ramlee Awang Murshid

Ah rindunya pada masa saya membaca karya Bagaikan Puteri ini. Masih ingat lagi saya begitu tekun membaca tiap patah kata. Semenjak itu mula mengumpul naskhah Ramlee Awang Murshid. Walaupun ketika itu masih lagi di bangku sekolah, keluarga tetap memberi sokongan membaca karya Ramlee Awang Murshid. Dan dengan hadirnya komik ini, kembali membawa saya ke zaman dahulu yang penuh cerita. Membaca karya RAM sentiasa membuatkan jiwa kita terisi. Sampai sekarang saya masih kagum bagaimana RAM benar benar menjadikan karya Sunan seperti hidup benar.

Untuk komik ini, penghargaan juga wajar diberikan kepada ilustrator MF Ajif kerana berjaya melakarkan alur cerita dengan baik mengikut bab asal pada novel Bagaikan Puteri. Saya kira ini salah satu usaha terbaik dari rumah penerbitan Karangkraf untuk memupuk minat membaca terutama pada anak muda. Menantikan sambungan yang seterusnya.
Profile Image for Shahira.
72 reviews
February 28, 2025
Kisah cinta Sunan dan Haryani. Siri Sunan sekarang pun dah ada sampai 8 buku. Bagaikan Puteri sampai ke Sunan Cinta Nan Sakti. Yang terbaru ada komik!

Excited sebenarnya sebab masa baca buku, kita biarkan minda berimaginasi watak-watak tu semua. So bila ada komik, wajah Haryani, Sunan dengan Nyi Burga Kelara terlakar pada helaian kertas.

Babak babak pertarungan Laksamana Sunan dan Baragas amat mencemaskan. Sunan tunjuk keris Nanggroe je terus Baragas tahu siapa gerangan manusia yang nak offer dia ke jalan yang benar.

Laksamana Sunan ni sebenarnya orang Malaysia. Kalau ikutkan Kampung Punggor ni dekat Johor la. Tapi disebabkan perselisihan faham jauh Sunan bawa diri ke Tanah Rencong. Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum.

Sunan juga ada menulis -
Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung... Awan kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba.

Ok tu je. Bagaikan Puteri Vol. 1 ni 111 muka surat je. Tak sabar nak tunggu Vol. 2. Ntah berapa banyak volume untuk sebuah novel Bagaikan Puteri.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
June 13, 2024
Kisah sunan dalam bentuk komik. Boleh melihat dan membaca dari persepsi yang baru.

Setakat ini menarik dan tak sabar untuk tunggu episod 2.
Profile Image for Bacalah Fans.
15 reviews1 follower
June 19, 2024
PBAKL tahun ini merupakan tahun bertuah untuk MF Ajif. Masakan tidak, dua komik barunya berjaya diterbitkan pada masa yang sama. Selain komik Wirawan tulisan Hilal Asyraf, beliau turut menghasilkan komik Bagaikan Puteri ini, dengan seorang lagi penulis novel yang tidak asing lagi, Ramlee Awang Murshid.

Sejujurnya, aku tidak pernah pun membaca novel hasil Ramlee Awang Murshid. Tapi aku tahulah beliau ini merupakan penulis yang ramai peminat, bahkan sangat prolifik. Setakat hari ini, sebanyak 37 buah novel telah dihasilkan oleh beliau. Rata-rata novel beliau mendapat penilaian yang tinggi oleh peminat-peminatnya. Tidak cukup dengan itu, sebuah novelnya turut telah diadaptasi menjadi sebuah filem. Filem apakah itu? Pastinya filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang telah ditayangkan pada tahun 2017. Ternyata, beliau adalah salah seorang penulis yang berpengaruh di Malaysia.

Bagaikan Puteri merupakan salah satu novelnya yang diterbitkan pada tahun 2005. Wow, hampir 20 tahun lalu dah rupanya. Tak sangka pula novel ini menjadi pilihan untuk diadaptasi ke dalam bentuk komik pada tahun ini. Komik ini cerita pasal apa sebenarnya?
Pada kurun ke 15, 17 tahun yang lalu di Kampung Punggor, Tanah Melayu, Saifudin telah ditangkap oleh Orang Kaya Seman. Saifudin dituduh menghendap seorang anak dara dari kampung tersebut. Orang Kaya Seman membawa Saifudin menghadap Penghulu Jalis untuk dijatuhkan hukuman. Lebih memburukkan keadaan, Penghulu Jalis merupakan ayah kepada Saifudin. Tidak mahu dilabelkan sebagai ketua yang berat sebelah, Penghulu Jalis telah menghukum Saifudin di hadapan orang kampung walaupun Saifudin beberapa kali mengatakan bahawa tuduhan itu adalah fitnah semata.

Saifudin makan hati dengan tindakan ayahnya. Dasar budak-budak yang baru nak up, kena hukum sikit terus terasa mahu lari dari rumah. Saifudin melakukan tindakan drastik itu malam itu juga. Saifudin akhirnya tinggal di Aceh, bersama bapa angkatnya. Kini, setelah dididik dengan baik oleh bapa angkatnya, Saifudin sudah bergelar Laksamana Sunan yang terkenal di seantero Aceh. Saifudin merasakan, masanya telah tiba untuk dia bertermu semula dengan keluarga asalnya…
Haryani pula seorang gadis yang hidup dengan amalan hedonisme di Kuala Lumpur pada masa kini. Dibesarkan di dalam keluarga yang senang membuatkannya tenggelam dengan arus pemodenan. Nasib Haryani malang apabila dia diragut sejurus mengeluarkan wang dari mesin ATM. Bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah beg tangannya diragut, dia pula jatuh dan terus berada dalam keadaan koma. Adakah masih ada harapan untuk Haryani?

Apa kaitan antara Saifudin yang hidup di zaman kurun ke-15 dengan Haryani yang hidup di masa kini? Adakah mereka berdua akan bertemu menggunakan kereta DeLorean yang mampu merentas masa?

Siri pertama komik ini pada aku bergerak pada fasa yang perlahan. Babak yang melompat-lompat dari kurun ke-15, imbas kembali 17 tahun lepas pada kurun ke-15 dan masa kini dilakukan dengan kurang baik. Perhatian perlu lebih diberikan agar pembaca dapat memahami garis masa babak yang dipaparkan.

Walaupun ada babak aksi yang dimuatkan pada siri pertama ini, aku nampak ianya terlalu sedikit untuk menambat minat pembaca. Ya, aku faham ini adalah siri pertama, umpama siri pengenalan. Namun olahan perlu dilakukan untuk menarik pembaca komik. Komik bersiri dan novel adalah dua cabang seni yang berbeza. Jika novel, pembaca boleh saja beli dan baca novel tesebut sehingga tamat. Berbeza dengan komik bersiri, siri pertama memberi tanggapan pertama kepada pembaca. Jika siri pertama ini kurang impaknya, ada kebarangkalian mereka akan berhenti membeli siri seterusnya.

Di sini, aku rasa Hilal Asyraf lebih bijak mengolah komik Wirawannya. Di mana bab pertama sahaja sudah dihabiskan dengan babak pertarungan. Pastilah ini lebih menarik minat pembaca komik untuk terus melekat dengan komik tersebut.

Namun, masih awal lagi untuk aku kata komik ini tak sedap. Dengan penilaian yang tinggi di Goodreads untuk novelnya, aku yakin perkembangan cerita pasti akan menjadi lebih baik pada siri-siri seterusnya. Kau janganlah tak beli siri seterusnya pula.

MF Ajif seperti yang aku ulas sebelum ini, menghasilkan karyanya 100% secara digital. Ulasan aku masih sama, ianya cantik, realistik dan kemas. Tetapi ada sesetengah riak muka wataknya nampak sedikit kaku. Ketelitiannya juga tidaklah berada pada tahap yang begitu tinggi. Ada banyak juga panel yang kelihatan terlalu kosong. Sekadar diisi dengan tona kelabu sahaja.

Aku suka sangat dengan ciptaan watak Nyi Burga Kelara dan Purba Hitam. Dua watak antagonis ini ternyata diberikan fesyen yang begitu teliti sekali. Tidak lupa juga watak misteri berkepak. Bukan main teliti kepak yang dikenakan pada watak tersebut.

Dalam komik ini juga, ada dimuatkan gambar-gambar pandangan di Kuala Lumpur sebagai penyeri komik ini. Gambar-gambar ini langsung tidak ada manipulasi padanya. Hanya ditepek begitu sahaja di atas panel. Sejujurnya aku kurang gemar cara seperti ini. Kalau satu mungkin boleh diterima. Tetapi banyak juga panel yang seperti ini. Kereta Vios yang digunakan oleh Haryani pun agak kelakar juga, depan model lama, tapi belakang pula menggunakan model yang lebih terkini. Mungkin ada orang tak kisah, tapi pada aku ianya agak mengganggu juga.

Keseluruhannya aku masih lagi rasa ini komik yang baik, tapi aku rasa ia masih boleh jadi lebih baik dari ini. Penerbit harus sedar, komik dan novel ada pendekatan penceritaan yang berbeza. Tidak boleh cedok begitu sahaja. Adaptasi perlu dilakukan dengan lebih baik agar komik ini dapat disampaikan dengan lebih berkesan. 3.5/5 untuk komik ini.

Sebelum aku tamatkan ulasan ini, aku kurang gemar apabila nama pelukis diletakkan kecil sahaja di kulit komik ini. Aku sedar, ini adalah adaptasi dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid, tetapi ini ialah komik. Penulis dan pelukis sama penting. Mengapa mahu dikecilkan nama Si Pelukis? Dekat tulang komik lagilah, terus hilang nama MF Ajif. Haha.

#ulasan
#review
#komik
#komikmalaysia
#comic
#bukuprima
#ramleeawangmurshid
#mfajif
#bagaikanputeri
#read
#baca
#PBAKL2024
#malaysiamembaca
#malaysiamembaca2024
Profile Image for Beelah.
311 reviews18 followers
August 22, 2025
Betapa suka dan gembiranya saya akan komik yang diadaptasi dari novel, terutamanya karya ini yang saya minat, tapi saya tetap nak kritik beberapa aspek anatomi lukisan komik ini.

1. Muka Saifudin yang cantik tanpa cela macam wanita. Bibir pun nampak seksi macam pakai gincu hahaha. Agak meh kat situ. Ye la, sekurang-kurangnya, buat la muka lelaki, tak berapa kacak pun tak apa asalkan muka lelaki. Bezakan air muka lelaki dan wanita, jangan buat muka macam k-pop.

2. Muka dan gaya rambut yang hampir serupa antara Haryani dan kawannya Rita.

3. Kepanjangan rambut Haryani yang tak konsisten, sekejap kan paras bahu, sekejap kan paras tengkuk.

4. Pengulangan lukisan untuk beberapa panel. Salin & tampal. Macam tak boleh nak terima cara ni sebab saya beli komik untuk menghayati lukisan yang berbeza untuk setiap panel. Lainlah kalau watak tu sedang terfikirkan peristiwa yang sudah berlaku. Untuk peristiwa yang sedang berlaku, kenapa nak guna kaedah salin & tampal? Jimat masa? Contoh Saifudin di mukasurat 8 dan 9 (2 panel), lagi contoh Saifuddin di mukasurat 80 dan 81 (3 panel), dan lagi contoh Djaulah di mukasurat 81 (2 panel).
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
June 5, 2024
Sebagai peminat Siri Sunan ni, komik terbaru ni memang approved. Permulaan yang baik.Lukisan pun cantik. Haryani pun sangat cantik dalam komik ni. Tak sabar nak tengok muka Sang Ratu pula nanti.Tak puas baca. Tak sabar tunggu komik yang seterusnya
Profile Image for Nurhuda Jamhari.
32 reviews
June 2, 2024
Buku ni best. Walaupun tak pernah baca novel asal Bagaikan Puteri, tapi baca komik ni pun dah best. The illustrative make it more engaging and addictive. Finished the reading in one seating. Best!
7 reviews1 follower
January 13, 2025
Aku belum pernah baca novel Bagaikan Puteri tapi bila baca komik ni aku rasa memang kena sambar novelnya.

Lukisan cantik, flow cerita and idea menarik.



Profile Image for Nani Bookarazzi.
6 reviews
July 6, 2025
Siri Sunan bagaikan sudah menjadi satu lagenda baru di Malaysia. Novel bersiri yang terkenal ini tetap kekal utuh dalam hati para pembaca di Malaysia. Pembaca cuma mampu membayangkan wajah-wajah watak dalam novel bersiri ini mengikut bayangan masing-masing.

Jadi bila novel kegemaran saya ni diterbitkan menjadi komik serta novel berillustrasi, saya sangat teruja. Akhirnya kita diberikan 'wajah' pada watak-watak yang ada dalam novel bagaikan puteri. Kita dapat kenal wajah Haryani, pemakaiannya dan perwatakannya dengan lebih jelas.

Inisiatif Buku Prima menerbitkan komik untuk jilid bagaikan puteri ini membuka ruang kepada peminat baru untuk membaca siri ini. Tapi siri komik ini akan jadi lebih panjang dari novel kerana vol 1 dari jilid bagaikan puteri ini cumalah beberapa bab sahaja dari novel bagaikan puteri.

Bagaikan Puteri Vol 1 : Tetamu dari jauh ini menceritakan tentang bagaimana haryani boleh bertemu dengan sunan dan bagaimana sunan pulang kembali ke Tanah kelahirannya selepas bertahun-tahun membawa diri akibat satu kejadian silam yang tidak dapat sunan lupakan. Kejadian yang menjadikan dirinya sebagai seorang lelaki yang membawa gelaran Sunan.

"Biar tersalah ampun dari tersalah hukum."

Kata-kata hikmah yang menjadi pegangan saya sedari saat saya membaca novel Bagaikan Puteri. Pada saya Tuan Ramlee Awang Murshid bukan sahaja telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia novel bersiri tetapi juga telah berjaya mendidik jiwa pembaca dengan banyaknya pengajaran dalam siri sunan ini.

Saya berharap siri ini suatu masa nanti akan dikembangkan pula menjadi film bersiri pertama di Malaysia, setanding dengan harry potter dan Marvel siri.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
July 10, 2024
Untuk baca komik ni, aku baca versi novel asal dahulu, aku suka suka buat macam tu supaya boleh buat perbandingan. Bagi aku, kartunis otai Tuan MF Ajif telah melakukan tugas yang sangat baik dengan lukisan beliau yang lawa dan sangat kemas. Yang aku tak berapa nak berkenan adalah ada beberapa muka karakter yang hampir sama, ini masalah biasa bila kau lukis komik yang ada banyak watak (boleh rujuk isu awal Shootz! #1: Kelahiran Semula Seorang Jaguh! dan Attack on Titan, Vol. 1 untuk masalah ni), paling senang kalau memang takde idea nak buat muka orang lain macam mana, tambahlah misai, janggut ke, ubah gaya rambut ke (taktik manga haha) dan lagi satu pakaian watak Haryani dan kawannya yang digambarkan sebagai watak orang kaya tapi dok pakai t-shirt dan seluar jean je, patut pelbagaikan bagi baju kurung ke, blouse ke apa kan. Apa2 pun sedap komik ni, tak sabar nak tunggu sambungan! (walaupun dah tau jalan cerita sebab dah baca novel, komik ni lain penangannya).
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
October 5, 2025
Komik Bagaikan Puteri : Tetamu dari Jauh yang diambil inspirasi dari Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Mursyid memuatkan babak-babak dunia kurun ke 15 Laksamana Sunan di Tanah Rencong dan juga dunia kini Haryani di Kuala Lumpur.

Komik ini dimulakan apabila Laksamana Sunan telah menamatkan riwayat Baragas dek kerana Beragas yang telah membunuh ramai nyawa manusia yang tidak berdosa dan tidak mahu kembali kepada Tuhan yang satu.

Selain itu, ada babak yang memperlihatkan bagaimana Laksamana Sunan sampai ke Tanah Rencong dari Tanah Melayu dan bagaimana dia berjumpa dengan bapa asuhannya. Sehinggalah selepas 17 tahun, rindunya ke Tanah Melayu berjumpa dengan ibubapanya semakin membuak-buak.

Manakala, di dunia kini Haryani telah koma akibat daripada diragut selepas mengeluarkan wang dari ATM.

Apa yang menarik, sewaktu pelayaran Laksamana Sunan ke Tanah Melayu berlaku ribut petir yang menyebabkan Laksamana Sunan tidak sedarkan diri dan secara tiba-tiba berada di dimensi yang lain. Semasa berada di dimensi lain itu lah dia bertemu dengan Haryani.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
176 reviews5 followers
April 28, 2025
Saya tak pernah baca buku-buku Siri Laksamana Sunan yang jika tidak silap saya ada 8 jilid kesemuanya. Fuh, jenuh juga kalau nak baca semua. Jadi untuk memudahkan keadaan, maka saya baca lah komik Bagaikan Puteri ini untuk memahami serba sedikit jalan cerita siri yang famous ni. 


Menarik sangat ya, cerita tentang Laksamana Sunan yang ada dua timeline. Satu pada abad ke 15 dan lagi satu pada zaman sekarang. Kisah fantasi tetapi penuh dengan tradisi dan nilai keIslaman. Watak utama, Laksamana Sunan yang menetap di negara seberang dan sudah 17 tahun berkelana meninggalkan kampung halaman beliau, asalnya kerana difitnah. Dia merindui keluarga dan keluarga pun merinduinya. Entah apa lah khabar berita selepas hilang selama 17 tahun. 


Ada kisah Haryani, seorang gadis yang tinggal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Ha, macam mana pula kaitan Laksamana Sunan dengan Haryani si gadis moden pula ? Kena lah cuba baca ye.


 Illustrasi nya juga jelas, watak-watak digambarkan dengan menarik. Sekejap je boleh habis pembacaan kerana komik sememangnya bacaan santai dan pantas. Saya rasa saya mesti baca kesemua jilid komik yang akan terbit dari siri ini.
Profile Image for Azura Chan.
523 reviews7 followers
July 1, 2024
🖤 Terubat rindu dengan siri Laksamana Sunan selepas membaca kembali kisahnya yang diadaptasi dalam betuk komik pula. Isi kandungan komik ini tidak terlalu berat dan mudah difahami, sesuai dibaca oleh golongan pembaca kanak-kanak ataupun penggemar komik.
.
.
🖤 Hampir terlupa dengan watak Haryani. Watak wanita pertama yang menggerakkan jalan cerita Laksamana Sunan kembali ke Tanah Melayu. Namun Volume 1 ini masih bab pengenalan dan akan ada banyak lagi yang kisah-kisah menarik daripada novel Bagaikan Puteri. Tak sabar nak buat koleksi ke semua volume siri Laksamana Sunan.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
58 reviews
December 9, 2025
Ilustrasi cantik sebab dia memberi gambaran macam komik ujang, komik zaman 90’s tu. Mula-mula susah nak masuk vibes sebab terimbau komik zaman zaman tu especially muka Haryani. Jalan cerita padat dan ringkas sesuai dengan komik.
Suka pulak balek balek tengok cara lukisan untuk Nyi. Ada unsur-unsur melayu lama. Tak sabar nak sambung yang kedua. Tapi tu la yang ke-3 dan seterusnya belum keluar lagi.

Dah la nak sambung yang ke-2…>_<
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
September 19, 2025
Komik Bagaikan Puteri vol 1 ini menggamit memori tatkala membaca karya Tuan RAM dalam versi novel.
Siapa boleh lupa sosok Laksamana Sunan yang penuh karisma.

Penceritaan dalam bentuk komik ini adalah satu pengalaman yang menarik. Illustrasinya yang kemas, serta berjaya menterjemah kisah Laksamana Sunan dengan baik sekali.

Haruslah rasa teruja hendak membaca siri komik yang seterusnya.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
April 26, 2025
Pendek namun saya sangat berpuas hati dengan komik ini.

Ilustrasi yang menggambarkan babak dalam novel - BEST!

Perasaan teruja masih sama seperti kali pertama baca novel Bagaikan Puteri, malah lebih lagi perasaan itu dengan ilustrasi komik yang mantap.
Profile Image for Izzati.
583 reviews6 followers
August 15, 2025
Pertama kali baca buku karya Ramlee Awang Murshid. Ramai orang yang mengesyorkan penulis ini kepada saya yang ingat mula membaca buku dalam Bahasa Melayu berunsur thriller dan misteri. Sebenarnya nak cuba novel original, tapi terlalu tebal, jadi saya cuba yang adaptasi ke novel grafik dulu.

Ceritanya menarik! Tak sabar saya rasa nak sambung baca. Apa akan terjadi? Apa kaitan antara si Laksamana Sunan dengan si Haryani?

Lukisannya cantik. Bagi mata saya, sesuai dengan tona cerita ini. Cuma yang saya kurang minati adalah bagaimana ilustrator mengambil gambar sebenar dan gunakan sebagai latar belakang cerita. Saya lebih suka sekiranya semuanya dilukis oleh ilustrator sendiri.

Apa-apa pun saya akan sambung baca siri ini. Sekiranya saya suka cerita ini hingga pengakhirannya, saya berniat nak baca novel asal.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.