Sesuai dengan judulnya, Alfu Sanatin yang bermaksud “seribu tahun”.
Ia bukan penulisan sejarah biasa. Ia adalah kembara seribu tahun. Pembaca akan dibawa dari satu fasa ke satu fasa empayar Islam menelusuri garis masa yang seragam.
Sepanjang perjalanan buku ini dari muka surat pertama, pembaca akan disajikan dengan kisah jatuh bangun seseorang raja dan kerajaan, tentang pahit maung seseorang panglima dan ilmuwan. Kesemuanya ini akan pembaca dapati secara teratur dan tersusun tanpa bercampur-campur antara masa, tempat, tokoh dan peristiwa.
Jika selama ini anda dapati Sejarah Islam itu terpisah-pisah dan berpintal-pintal, maka Alfu Sanatin adalah pembaris yang meluruskannnya. Ia akan membawa anda dari Madinah terus ke Kufah, meniti kerajaan Umayyah, menyaksikan tragedi Karbala yang berdarah, lalu terus ke Baghdad melihat Abasiyyah dan segala proses perkembangan mazhab dan fikrah.
Lalu kita terbang ke Andalusia melihat segala ciptaan sains dan perdebatan falsafah. Salam kenalan untuk al-Ghazali, Ibnu Sina dan yang lain, sebelum kita melangkah ke Mesir, ada Mongol perlu diusir. Kemudian kita berarak ke Baitul Maqdis, di belakang Salahuddin melawan salib. Belum sempat jatuh panji kita, terbit sinaran dari Uthmaniyyah, kita sertai al-Fatih membebaskan kota Konstantinopel seperti janji Rasulullah.
Perjalanan yang sepanjang seribu tahun ini berlaku antara dua Uthman. Ia bermula dengan pembunuhan Sayidina Uthman dan berakhir dengan jatuhnya khilafah Uthmaniyyah.
Nikmatilah! Perjalanan panjang tidak pernah seindah ini!
Muhammad Nazri bin Rijal atau nama penanya Ibnu Rijal adalah lulusan dalam bidang Syariah dan Sejarah. Kini beliau melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa salam bidang Kaunseling Pendidikan. Meminati bidang penulisan dan mula aktif dalam arena cerpen serta puisi sejak di bangku sekolah lagi. Beliau juga terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti "Save Palestine" serta banyak program-program beliau yang lain. Beliau juga adalah bekas pendidik di Qiraati Nizarnul Hayat, Penang dan di Al-Bahir Tahfiz centre di Kedah.
Seakan-akan bertemu dengan seseorang dan diajak berbual dan berkongsi tentang sejarah ‘Alfu-Sanatin’ Islam yang dahulu. Itu yang boleh digambarkan semasa membaca buku ini.
Disebut dan diterangkan peristiwa yang menyebabkan tampuk pemerintahan sesuatu khalifah silih berganti. Apa kaitan satu khalifah dengan khalifah yang lain. Disertakan juga dengan gambar, jadual dan carta sebagai pemudah cara untuk pembaca lebih memahami. ‘Effort’ penulis ini saya berikan pujian.
Saya anggap buku ini sebagai pemula kepada sesiapa yang di dalam lubuk hatinya ingin ketahui sejarah Islam, tetapi secara lebih ringan dan santai. Sesuai untuk anda yang ingin ‘refresh’ kembali pengetahuan anda tentang sejarah-sejarah khilafah Islam. Jadi, buku ini untuk anda.
Akhirnya jumpa buku tentang sirah dan sejarah islam yg senang , tidak berbelit dan mudah untuk difahamkan🥰 .Disampaikan dalam bentuk story telling .sangat santai untuk dibaca .sesuai untuk mereka yg baru nk baca mengenai sejarah islam 🌸
Alfu sanatin -1000 tahun Membawa kita mengembara perjalanan jatuh bangun empayar islam selama 1000 tahun setelah kewafatan Rasulullah saw. Ia Bermula dgn kisah khalifah islam yg ketiga iaitu Pembunuhan Sayidina Uthman yg menjadi titik sengketa dan perbalahan sesama umat islam sehingga menyebab perpecahan umat islam sehingga ke era zaman kemodenan kerajaan khilafah Uthmaniyyah
Buku yang hebat, ceritanya meluncur laju, bagai membaca novel thriller. Saya membaca dengan penuh rasa cemas, marah, bimbang, hairan, terkejut, tak percaya, sedih dan kecewa.
Buku ini merakamkan seribu tahun sejarah dunia Islam dengan cara yang sangat mudah untuk difahami.
Penulis mengambil tahun Sayidin Uthman dibunuh sebagai permulaan buku. Tanpa menafikan zaman kegemilangan Nabi dan dua khalifah sebelumnya, perselisihan besar antara umat Islam bermula dengan peristiwa pembunuhan Sayidina Uthma Affan.
Buku ini diakhiri pula dengan berakhirnya Khilaff Uthmaniyah apabila Sultan Hamid II diturunkan dari takhta.
Sejarah kerajaan Islam dan juga sejarah ulama dan pemikir besar Islam diletakkan dalam garis masanya. Baru kita lebih faham mengapa sesetengah ulama dahulu mengambil pendapat yang seakan pelik tetapi sebenarnya sesuai dengan keadaan semasa itu.
Peristiwa yang berlaku sepanjang sejarah umat Islam banyak mengajar kita untuk mengenal watak-watak yang ada di sekeliling kita sekarang. Watak dan perangai yang sama wujud di setiap zaman.
Jatuhnya kerajaan yang kuat kerana adanya watak-watak yang menyebarkan fitnah, cepat dan membenarkan diri dihasut, percaya dengan janji dan kata manis orang tanpa berfikir panjang. Sikap lebih percayakan musuh berbanding saudar sendiri, hasad dan buruk sangka membawa malapetaka kepada umat.
Sejarah akan berulang. Sangatlah malang jika kita tidak mahu mengambil iktibar dan pelajaran.
Buku ini antara buku terbaik sejarah dunia Islam yang pernah saya baca. Sama baik dan menarik seperti buku Sejarah Dunia Islam karya Buya Hamka.
Saya syorkan buku ini dibaca semua dan buku ini akan kekal menjadi buku yang jadi koleksi yang saya hargai.
Pembaca dibawa menelusuri sejarah Islam secara tersusun mengikut tahun. Tempoh seribu tahun bermula dari Madinah ke Kufah, Baghdad, Andalusia, Mesir dan Uthmaniyyah.
Banyak hal yang dipaparkan membuka mata dan minda untuk memahami lebih dalam mengenai sejarah tamadun Islam. Antara hal yang membuatkan saya lebih faham, tentang kewujudan beberapa tamadun dalam tempoh masa yang sama, namun terdapat perbezaan dari segi penguasaan wilayah.
Penyampaian yang jelas dengan peta, jadual dan infografik yang menarik dan membantu memurnikan pemahaman saya dalam buku ini. Isi sejarah yang sangat menyegarkan, menginsafkan serta mengobarkan semangat untuk berusaha menjadi umat Islam yang lebih baik.
Alfu Sanatin - sebuah naskhah sejarah seribu tahun umat Islam yang wajar dimiliki dan dibaca untuk umat memahami dengan mudah dan jelas mengenainya.
Naskhah ini berkenaan dengan garis masa sejarah seribu tahun umat Islam dari Khalifah Uthman sehinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah.
Sebelum ini, pembacaan sejarah saya terpisah-pisah atau tidak menyeluruh dan sukar untuk menghubungkait antara tamadun, kerajaan dan tokoh-tokoh tetapi tidak lagi dengan susunan serta huraian peristiwa sejarah dalam buku ini.
Buku ini sangat menarik dan memberikan kepuasan membaca kepada saya kerana:
1) Laras bahasa yang digunakan oleh penulis sangat mudah untuk difahami
2) Gaya penulisan yang tidak meleret-leret dan penuh dengan informasi
3) Olahan dibuat secara teratur tanpa bercampur-campur antara masa, tempat, tokoh dan peristiwa
4) Peta ringkasan garis masa seribu tahun sejarah umat Islam turut disertakan sekali.
Alfu sanatin atau maksudnya seribu tahun merupakan sebuah karya sejarah Islam yang memfokuskan pada rentetan peristiwa yang bermula dari kewafatan Sayidina Uthman dan berakhir ketika kejatuhan sistem kekhilafan di Uthmaniyah. Sejarah telah mencatatkan era-era kegemilangan umat Islam pada zaman Khilafah Abbasiyah dan terus menguasai bidang ilmu, politik serta ketenteraan buat beratus tahun lamanya.
Fasa kemunduran umat Islam mencapai titik terendahnya apabila sistem kekhalifahan di Turki Uthmaniyah runtuh dan diganti dengan sistem-sistem perundangan Barat. Sehingga ke hari ini, sudah genap seratus tahun umat Islam tidak mempunyai khalifah sejak kali pertama Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah.
Namun, apa yang paling saya sukai tentang karya ini adalah Ustaz Ibnu Rijal bukan sahaja menulis rentetan sejarah dari sudut politik dan pemerintahan (seperti kebanyakan buku sejarah yang lain) tetapi juga dari sudut persebaran ilmu dari Haramain ke negeri-negeri Islam yang lain. Setelah membaca buku ini baru saya tahu bahawa Imam al-Nawawi, Imam al-Zahabi dan Ibnu Kathir lahir pasca kemusnahan kota Baghdad oleh tentera Mongol. Pembakaran Baitul Hikmah, perpustakaan agung yang menempatkan pelbagai rujukan ilmu, membuatkan mereka berusaha untuk mendalami ilmu dan membukukan kepakaran ilmu masing-masing agar ia tidak terus hilang dari muka bumi.
Pada pendapat saya, buku ini sarat dengan maklumat dan fakta sejarah yang diselaraskan mengikut garis masa masing-masing. Namun, disebabkan buku ini hanya 292 muka surat, maka banyak peristiwa sejarah yang terpaksa disingkatkan dan memerlukan pembacaan lain jika ingin mendalami satu peristiwa khusus. Tetapi buat mereka yang inginkan bacaan yang lebih ringan dan mahu berjinak-jinak dalam sejarah umat Islam, buku ini sangat sesuai dan bermanfaat.
Saya agak kerap juga menonton video Ustaz Ibnu Rijal di Youtube—sama ada kuliah (ceramah) beliau yang dimuat naik atau video-video pendek beliau di ML Studios. Kecerdasan dan hafalan beliau sangat mengagumkan saya, bertambah-tambah pula kepetahan dan kefasihan beliau dalam menerangkan satu-satu perkara. Justeru, apabila mendengar sahaja khabar bahawa beliau bakal menerbitkan sebuah buku, saya dengar sabar menunggu dan segera mendapatkannya apabila ia sudah berada di pasaran. Namun, dek kerana kekangan masa, buku ini dibiarkan tidak berselak selama beberapa bulan lamanya (barangkali setahun?). Sehinggalah baru-baru ini, apabila saya menghadiri Festival Turath Islami Selangor 2025, sahabat-sahabat saya berbincang perihal sejarah Islam dan memetik buku Alfu Sanatin ini. Barulah kemudiannya, buku ini diambil dari rak dan mulai dibaca.
Pertama kali… pertama kali saya membaca buku sejarah Islam yang begitu padat dan ringkas—buat seorang pembaca yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang ini. Padat; buku ini menghimpunkan segala peristiwa besar, tokoh agung dan pemikiran berpengaruh yang wujud sepanjang seribu tahun dalam lipatan sejarah Islam, dan ringkas kerana pokok perbincangan hanya berkisarkan perkara-perkara yang penting sahaja, tanpa menyentuh hal-hal yang lebih rumit dan halus. Padat dan ringkas ini ialah sifat penulisan yang sangat baik, terutamanya untuk penulisan dalam bidang sejarah—sekiranya ia bertujuan untuk memperkenalkan atau memberi gambaran kasar berkenaan satu-satu perkara. Diakui bahawa, sekiranya pembaca telah melazimi buku sejarah yang bersifat ilmiah (sarat dengan nota kaki, rujukan dan semak silang fakta), maka buku ini bukanlah pilihan yang terbaik. Namun, sekiranya pembaca ialah orang awam yang sekadar ingin mengetahui perihal sejarah Islam secara dasar atau permukaan sahaja, inilah buku yang paling terbaik setakat ini.
Penulisan sejarah Islam oleh tuan penulis dalam buku ini bersifat linear, yakni disusun berdasarkan garis masa yang lurus. Penulisan sedemikian memudahkan pembaca untuk memahami sejarah dengan lebih terangkum, walaupun tidak mendalam kefahamannya. Pensejarahan episodik ini, ditentang oleh sebahagian sarjana kerana mereka berpendapat bahawa ia akan mewujudkan kefahaman yang bercerai-berai (fragmented) berkenaan sejarah dan menyingkirkan unsur-unsur yang penting dalam usaha untuk memahaminya. Saya menyokong pendapat ini, namun haruslah ia difahami juga berdasarkan sasaran pembaca. Sekiranya pembaca ialah kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah, pensejarahan bersifat linear lebih mudah dicerna oleh mereka. Baik, tinggalkan dahulu pertelagahan “mod penyusunan/pembacaan” sejarah ini.
Ada satu perkara yang saya paling gemar dalam buku ini: bahasa yang mudah difahami dan jelas. Tiada berbelit-belit, tiada dipanjang-panjangkan satu ayat hingga sukar difahami, namun tiada pula begitu bermudah-mudahan hingga merancukan bahasa. Mungkin kerana saya telah mengenali tuan penulis melalui video-video, maka saya dapati ada kesejajaran antara bahasa penulisan dan bahasa perbualan beliau. Sebagaimana bahasa perbualan mudah difahami, maka begitu jualah bahasa penulisannya.
Selain itu, gambar rajah dalam bentuk jadual juga disertakan dalam buku ini, misalnya tarikh pemerintahan Daulah Umaiyyah, garis masa imam mazhab yang empat dan kawasan mereka bermastautin, senarai ahli hadis dari kurun pertama hingga kurun ke-10 Hijrah dan kawasan mereka dan banyak lagi. Peta-peta yang menunjukkan wilayah kekuasaan satu-satu pemerintahan juga disertakan bersama. Buku ini tidak kontang dengan gambar-gambar untuk rujukan dan kemudahan pembaca, dan tidak pula sarat dengan rajah-rajah yang tidak penting. Tuan penulis tahu, bahagian manakah yang memerlukan rajah dan sebaliknya. Seolah-olah beliau berupaya meletakkan kefahamannya sejajar dengan pembaca.
Bukan itu sahaja, penulis tidak sekadar merakam dan menempelkan semula sejarah, sebaliknya turut mengemukakan pandangan beliau—membuat perkaitan, menyatakan alasan dan merangkumkan kesimpulan. Secara peribadi juga, saya merasakan bahawa beliau telah berlaku adil dalam pandangan beliau. Beliau tidak menghujat Ibn Taimiyyah dan Muhammad Ibn Wahab, seperti yang dilakukan oleh sebahagian kelompok. Tidak juga terlalu menggagungkan pemerintahan Islam, bahkan turut menyatakan kritikan beliau. Tidak mencela para sahabat seperi kelompok yang kononnya “menyatakan” sejarah. Ujar tuan penulis berkenaan perkara ini, “bandingkanlah dengan siapa pun yang datang kemudian, para sahabat Nabi lebih mulia. Itulah pegangan kita.” (h. 40). Meletakkan tokoh pada tempat yang selayaknya, seperti Mustafa Kamal Ataturk yang menjadi nasionalis agung Türkiye. Beliau yakni tuan penulis berusaha (bahkan berjaya pada pendapat saya) menulis sejarah dengan nilai yang subjektif, namun adil.
Perihal sejarah Islam: bermula dengan pembunuhan Sayidina Uthman bin Affan رضى الله عنه pada tahun 35 Hijrah, tarikh ini menjadi titik penting dalam sejarah Islam (menurut penulis) kerana bermulanya pintu fitnah terbuka. Setiap peristiwa disusun dengan begitu baik: Saidina Ali رضى الله عنه mengambil alih pemerintahan, Perang Jamal (Sayidina Ali رضى الله عنه dan Sayyidatina Aisyah رضى الله عنها ), Perang Jamal (dengan kem Muawiyah), kemudian tertubuhnya Daulah Umaiyyah, peristiwa Karbala, kemunculan kelompok Khawarij, Mukhtazilah, Syiah dan lain-lain, Khalifah Umar bin Ab Aziz, gabenor gila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, ahlu Hadith dan ahlu Ra’yi, Imam as-Syafie sang mujaddid, mehnah iaitu campur-aduk agama, logik dan falsafah hingga memunculkan Qadariah, Jabariah, Murjiah dan lain-lain, penyusunan as-Syairah, kemajuan Baghdad, perpecahan dalaman disebabkan keluasan pemerintahan, Syiah Fatimiyyah di Mesir, kelahiran al-Hujjatul Islam Imam al-Ghazali رَحْمَةُ الله عليه dan lain-lain… akan panjang pula senarainya nanti. Saya sekadar menyebutkan beberapa peristiwa yang dianggap penting oleh saya.
Dituntaskan berkenaan buku ini, ia sebuah buku yang sangat baik dalam memerihalkan sejarah Islam. Sebuah buku yang seharusnya berada di dalam setiap rumah orang Islam untuk menumbuhkan kefahaman yang dasar terhadap sejarah diri sendiri (Islam). Semoga dengan kefahaman yang lurus, benar dan tepat terhadap sejarah diri sendiri, akan menjadikan generasi seterusnya lebih berhati-hati dalam mengorak langkah ke hadapan kerana telah mengambil ibrah daripada belakang (perkara yang telah berlaku).
Prolly this is my best read this year 🙌 Buku ni berjaya membuatkanku berair mata tiga kali, melopong, berkerut, stres, marah, sayu dan facepalm… Selama ni memang banyak baca buku sirah dan tamadun (SEBAB KITA MINAT!) tapi tak berapa jumpa buku yang flow nya smooth like butter. Kalau ada yang nak baca buku sirah khilafah dari zaman ar-Rasyidin sampai Uthmaniyyah tapi nak yang komprehensif dan nampak jelas timeline dan connection, then this is for you.
Dimulakan dengan pembunuhan Khalifah Uthman AS, ditutup dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dan takde lagi dah khalifah di muka bumi :( Emo betul baca! Ish geram dan sedih. Sepanjang baca ni menggelupur nak annotate tapi takleh, buku orang 🤣 Thanks Suha bagi pinjam 🤍 So catat dalam buku nota je tapi tak semua sebab buanyakkk fakta best, tak larat.
Alfu Sanatin karya Ibnu Rijal merupakan sebuah karya yang luar biasa dalam menggabungkan fakta sejarah dengan naratif yang menarik. Buku ini mengisahkan perjalanan panjang sejarah Islam selama lebih seribu tahun, dari era Khalifah Uthman bin Affan hingga kepada kemunculan dan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.
Penulis dengan cemerlang menyusun sejarah dalam bentuk garis masa yang mudah difahami, menjadikan pembaca dapat mengikuti kronologi peristiwa dengan jelas. Bermula dengan cabaran yang dihadapi oleh Khalifah Uthman sebagai pemimpin ketiga umat Islam, buku ini membawa pembaca melalui pelbagai zaman—era pemerintahan Dinasti Umayyah, Abbasiyah, sehingga ke gemilangnya pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.
Ibnu Rijal bukan sahaja menekankan fakta-fakta sejarah, tetapi juga membincangkan implikasi sosial, politik, dan keagamaan yang berlaku sepanjang tempoh ini. Penulis bijak menghubungkan kisah-kisah tersebut dengan mesej yang relevan kepada masyarakat moden, seperti pentingnya perpaduan umat, keadilan, dan integriti dalam kepimpinan.
Gaya penulisan Ibnu Rijal yang penuh informasi tetapi tidak membosankan menjadikan buku ini sesuai untuk pembaca dari pelbagai latar belakang, sama ada mereka yang baru mendalami sejarah Islam mahupun pembaca berpengalaman. Penulis juga menyertakan analisis kritis terhadap peristiwa tertentu, memberi ruang kepada pembaca untuk merenung dan memahami hikmah di sebalik sejarah.
Namun, buku ini mungkin terasa agak padat dengan maklumat, terutama bagi pembaca yang kurang biasa dengan istilah atau nama-nama tokoh sejarah. Walaupun begitu, penulis membantu dengan memberikan konteks dan penjelasan yang memadai.
Secara keseluruhannya, Alfu Sanatin: Garis Masa Dari Khalifah Uthman ke Khilafah Uthmaniyyah adalah sebuah karya penting bagi mereka yang ingin memahami perkembangan tamadun Islam secara menyeluruh. Ia bukan sekadar sebuah buku sejarah, tetapi juga sebuah peringatan tentang keagungan Islam yang perlu dipelajari dan diambil iktibar.
Pertama kali saya baca buku mengenai sejarah dan saya dapat membacanya dengan tekun daripada perkataan pertama hingga ke perkataan terakhir tanpa skip. Ya, ianya adalah sejarah Islam. Bermula selepas kewafatan Nabi SAW sehingga ke insan terakhir yang memegang tampuk kepimpinan khilafah. Kebiasaannya, selepas membaca buku sejarah, kepala akan rasa berat dan sarat dengan fakta. Namun, Alfu Sanatin ini tidak begitu.
Kita akan dibawa untuk mengetahui dan memahami susur galur peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam, kebangkitan, kekalahan, pengkhianatan, pembunuhan, keagungan ilmu Islam, kekuatan ulama silam. Semuanya digarap dengan baik melalui satu garis masa yang teratur dan tersusun. Tidak mampu untuk saya ungkapkan dalam satu posting review yang pendek, namun penulis telah berjaya merangkumkannya dalam sebuah buku.
"Segala kejadian dan kemusnahan yang menimpa umat Islam ini bukanlah kerana kita telah ditinggalkan Tuhan, sebaliknya kita yang telah meninggalkan-Nya!"
Benar. Perselisihan dan peperangan yang terjadi pada zaman selepas kewafatan Nabi SAW sangat menguji keimanan ummah pada waktu itu. Dan rentetan daripada setiap peristiwa telah memberi kesan yang besar kepada tamadun Islam sehingga ke hari ini. Melalui buku ini juga, kita akan dibawa ke garis masa di mana Islam mula tersebar keluar daripada tanah Arab dan muncullah ilmuwan daripada pelbagai bangsa. Islam mencapai zaman kemuncaknya buat beberapa ketika. Hadis Nabi SAW ditunaikan dan dibenarkan oleh Sultan al-Fatih dengan membebaskan al-Aqsa. Sehinggalah ke detik terakhir khilafah dengan pengisyitiharan daripada Ataturk "Khilafah telah mati". Jantung saya berhenti seketika, untuk menyelami perasaan ini dan ianya sakit untuk ditelan.
Namun, sejarah telah mencatatkan bahawa ianya telah berakhir!
Pelbagai emosi telah diadun dalam sebuah buku ini, gembira dan duka, bangga dan kecewa. Semuanya dapat dirasai sepanjang pembacaan. Terima kasih untuk naskhah hebat ini!
Berkali-kali bergenang dan mengalir air mata. Kita dulu pernah hebat. Kita pernah menjadi role model barat. Kita pernah jadi antara kuasa terbesar dunia. Terbayang kerajaan di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih. Sebaik2 pemimpin dengan sebaik2 tentera.
Tapi ketika mana kita mula meninggalkan ajaran Islam, itulah saat kejatuhan kita.
Sedih baca di saat khazanah-khazanah Islam musnah di tangan Mongol di saat jatuhnya Kota Bahgdad. Sayu hati bila teringat apa yang terjadi selepas kejatuhan Granada. Paling sedih di saat Uthmaniyah sedikit demi sedikit melemah hingga akhirnya lenyap terus dari muka bumi. Empayar kita yang gah hancur dan sejak itu tiada lagi khilafah yang bangkit.
Dan sedih mengenangkan negara2 Uthmaniyah yg sampai sekarang hilang identiti Islamnya. Lagi sedih memikirkan di serata dunia banyaknya negara Islam yang dijajah dan ditindas sedangkan kerajaan Islam yg lain cuma mampu memerhati. Memikirkan Palestin yang sampai sekarang belum dapat kita tuntut kembali. Umat islam ramai lemas dalam 'hidangan' barat.
Bak kata penulis, Islam akan menang. Itu janji. Namun ketika Islam mengangkat kepala, adakah kita ketika itu berada di atas podium atau sudah lari meninggalkan stadium?
Istimewanya buku ini kita juga dapat tahu sebab-sebab kemunculan pemikiran-pemikiran yg hakikatnya ada yg masih wujud sampai sekarang dan apa peranan-peranan nama2 besar seperti Imam Malik, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi dan lain2.
Kesimpulannya, buku ni sangat bagus untuk pemula, untuk mendapat gambaran secara ringkas jatuh bangun kerajaan-kerajaan Islam serta peristiwa-peristiwa dan tokoh-tokoh penting sepanjang zaman itu. Selepas tu, boleh lah baca buku-buku lain untuk tahu lebih terperinci. Mustahil lah kan untuk memuatkan 1000 tahun dalam naskah setebal 290 ms jika diceritakan secara detail dalam ni.
Sejarah akan berulang. Sangat rugi jika kita buta sejarah dan tak meneladani kesilapan-kesilapan orang yang terdahulu.
Sejujurnya, saya jenis yang selalu baca buku bukan fiksyen secara tebuk-tebuk. Jarang-jarang saya habis baca dari halaman awal sampai akhir, kecuali manuskrip-manuskrip yang dikaji, disunting ataupun diterjemah.
Selebihnya, saya selesa membaca mengikut topik pilihan. Ada masanya, buku dibeli hanya kerana saya mahu membaca mana-mana topik dalam sesebuah buku.
Namun, lain pula rasanya dengan buku sejarah yang satu ini, Alfu Sanatin: Garis Masa dari Khalifah Uthman ke Khilafah Uthmaniyyah. Bahasanya santai dan kisah-kisahnya disusun mengikut kronologi. Mudah untuk faham.
Seronok menghadam setiap satu topik yang ada, dan saya selesai membacanya dalam masa kurang daripada lima hari. Ada banyak jadual dan gambar yang membantu pemahaman. Saya suka bahagian ini.
Lagi pula, setiap bab sudah dibahagikan mengikut tahun hijrah. Sebagai contoh, bab 1 dikhususkan untuk peristiwa pada tahun 35H sehingga 40H; waktu permulaan zaman fitnah yang akhirnya mengorbankan seorang khalifah berhati mulia bernama Sayidina Uthman bin Affan. Seterusnya, disambung pula dengan siri demi siri peristiwa yang begitu menyedihkan akibat pergolakan politik yang dahsyat. Ah, saya menangis sewaktu membaca bab ini.
Bagi yang mahu membandingkan tahun Hijrah-Masihi, jadual berkenaan sudah disediakan selepas bahagian Kandungan. Selepas itu, ada pula rajah garis masa peristiwa sejarah Islam yang boleh dirujuk sebelum dan sepanjang pembacaan.
Buat Tuan Ibnu Rijal, terima kasih kerana menulis buku ini. Sangat menghargainya. Ini buku kegemaran saya untuk 2024!
Macam familiar nama Ibnu Rijal ni tapi tak pasti di mana.
SAYA SUKA SANGAT-SANGAT !
Saya enjoy dari awal sehingga tamatnya kisah perjalanan 1000 tahun empayar islam yang hebat ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada penulis kerana berjaya menambat hati saya dengan penulisan anda. Saya suka pendekatan yang diambil penulis untuk menulis sejarah yang panjang ini mengikut garis masa. Baru saya sedar titik-titik sejarah yang penting ini mengikut kesinambungan dengan jelas. Saya menunggu kesinambungan buku kedua, mohon cepat-cepat disiapkan ya.
Awalnya saya mungkin agak skeptikal memikirkan bagaimana penulis ingin memuatkan sejarah yang panjang ini dalam satu naskhah yang saya kira tidaklah terlalu tebal. Tetapi selepas saya membacanya dalam satu jangka masa yang singkat, saya mendapati penulis lebih mengfokuskan kepada point-point yang utama. Penulis cuba meringkaskan seringkasnya yang boleh supaya pembaca tak mudah bosan. Penulis nak grab pembaca punya attention supaya stay seated till the end. Buku ni boleh membuatkan orang yang tak minat sejarah jadi nak tau tentang sejarah islam.
Saya tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata tetapi terlalu banyak manfaat dan emosi ketika saya membaca buku ini. Saya harap lebih ramai yang membaca, lebih ramai yang berminat dengan sejarah untuk mengambil hikmah dan iktibar daripada figura-figura pemimpin yang hebat ini. Sama-sama kita berdoa menjadi salah seorang umat yang membawa panji islam bersama Imam Mahdi di masa akan datang.
Setelah mengarang 14 buah buku yang rata-ratanya mendapat penilaian yang baik di Goodreads.com, Ibnu Rijal bukan saja tergolong sebagai pengarang yang prolifik, malah bijak menyusun prosanya.
Alfu Sanatin berjaya menggaris masa sejarah Islam yang panjang, sejak fitnah pembunuhan Khalifah Uthman, hingga berakhir dengan kejatuhan naungan umat, Khilafah Uthmaniyyah dalam susunan yang baik dan mudah difahami.
Seribu tahun fakta sejarah ditafsirkan dengan gaya kontemporari yang segar, menyaksikan roda peradaban berputar pantas melalui kegemilangan zaman Umaiyah, Abbasiyah, Andalusia dan kerajaan lain seperti Fatimiyyah, Mughal dan banyak lagi. Pengarang juga mengupas tentang detik-detik penting dan gelap sejarah umat, serta ilmuwan yang muncul pada setiap zaman.
Walaupun adakalanya pembacaan sedikit terganggu oleh penerapan istilah moden atas situasi berkurun dulu, yang kurang tepat, namun bukan mudah untuk memadatkan seribu tahun dengan seimbang dan perlu pula menjaga naratif agar menghiburkan. Maka ini mewajarkan pujian yang tinggi.
Berselang-seli dengan gambar bersejarah yang berwarna, buku ini patut ada di setiap rumah sebagai pencetus pembacaan sejarah Islam, terutama untuk generasi baharu.
Namun seperti kata Adler, buku sejarah ialah pentafsiran fakta sejarah oleh pengarang, maka pembaca tidak harus terhenti pada sebuah karya untuk mempelajari sejarah yang paling sahih.
Sebetulnya saya nak bagi 4.5 star. Kerana ada satu shj kekurangan buku ini iaitu footnote rujukan history atau hadis athar dr sahabah.
Selainnya, sebuah buku asas history Islam yg sangat bagus dan perlu rakyat Muslim baca. Saya pernah ke course Islamic Civilization sebelum ni yang membincangkan sejarah Islam yang sangat detail. Sejarah Islam ni terlalu panjang, course 2 hari pun tak cukup malah buku Alfu Sanatin ni pun masih nipis lagi dan byk skip dalam menelusuri sejarah Islam. Antara fakta menarik tetapi sedih yang boleh saya selitkan, sewaktu Mongol menakluk banyak wilayah Islam, betapa bengis dan kejamnya mereka sehinggakan waktu itu rakyat sangkakan yajuj majuj sudah keluar.
Namun, fakta yang terpaling penting dalam sejarah Islam sudah ada dan harus kita ketahui. Dengan belajar sejarah Islam, barulah kita dapat faham perjalanan Islam ke tahap sekarang. Dan faham bagaimana mulanya pemikiran² Islam dari dulu dan yang telah wujud sekarang. Seterusnya, dengan knowledge of the Islamic Civilization lah kita belajar bagaimana sesebuah keruntuhan empayar berlaku dan bagaimana musuh² Islam ni sentiasa tidak berperikemanusiaan terhadap Islam.
Truly, Muslims are civilized people because of Islam. Kalau bukan Islam, manusia hanya mengikut hawa nafsu semata².
A must-read for all Muslims. Learn and take lessons for our future.
Buku ni basically bercerita tentang apa yang terjadi pada umat Islam bermula daripada meninggalnya khalifah ke 3 iaitu Saidina Uthman Affan sehinggalah lenyapnya sistem khalifah di muka bumi ni (iaitu selepas berakhirnya sistem Khilafah Uthmaniyyah di Turki). Kita akan dipertemukan dengan pelbagai turun naik kerajaan-kerajaan dan empayar yang berbeza, cerita dan nasib rakyat sepanjang tempoh itu, peperangan yang dicatat dalam sejarah dunia dan banyak lagi.
Sebenarnya, memang sangat-sangat tak sangka boleh habis baca buku ni. Apatah lagi buku ni saya berjaya habiskan dalam tempoh kurang 24 jam tau! Bukan cepat-cepat nak habis sebab bosan tapi sebab pandainya penulis menulis karya yang berfakta dan bersejarah macam buku ni dengan gaya yang sangat santai dan enjoyable. Ayat dia gunakan pun mudah sangat nak faham.
Pada saya, untuk buku yang berbentuk fakta seperti buku ini memang memerlukan kepada pendekatan yang lebih santai dan bahasa yang mesra dengan orang awam (jika orang awam adalah sasarannya). Kekuatan buku ini pada saya terletak pada gaya penulisan yang berbentuk storytelling dan juga susunan ringkas yang digunakan. Ditambah pula dengan bantuan ilustrasi dan beberapa gambar, semua ni memang sangat membantu untuk pembaca dapat ‘melihat’ kisah sejarah ini dengan lebih jelas.
Buku ni memang nampak tebal tapi jumlah muka suratnya tak sampai pun 300 muka. Perhaps, kalau di bahagian cover buku boleh gambarkan yang buku ni seakan novel (tapi membawa tema sejarah), mungkin lebih ramai anak muda yang akan berminat untuk membaca? Sebab lebih ramai yang akan pilih untuk baca novel berbanding anything related to sejarah kan.. Tapi pendapat saya lah, they will most likely gonna read this book if the cover design could reflect the ‘novel’ part (maybe some wording or things like that, don’t get me wrong the existing cover is already interesting).
Kalau korang memang peminat buku sejarah, ini satu lagi buku yang semestinya korang tak boleh missed. Kalau korang dah baca buku Sejarah Umat Islam (SUI) karya Hamka, tak keterlaluan kalau saya katakan buku Alfu Sanatin ni sebagai versi ringkas buku tersebut. It doesn’t capture all of what’s inside SUI but a good entrance to that topic. Definitely, satu buku yang sangat berbaloi untuk dibaca dan diulang baca!
Buku sejarah yang terbaik bagi saya. Banyak pengajaran yang saya peroleh dari buku ini. Penulisan yang menarik seolah-olah sedang bercerita membuatkan saya rasa susah nak berhenti membaca dan tak sabar nak tau apa terjadi selepasnya. Jarang sekali saya berjaya habiskan buku sejarah dalam masa yang singkat. Selalunya memang DNF sebab otak tepu. Berbeza pula dengan buku ini. Rasa sayang nak habiskan tapi nak tau juga pengakhirannya. Jika diikutkan, 290 m/s tidak cukup untuk sebuah buku yamg menulis tentang sejarah. Masih banyak yang ingin saya ketahui tapi buku ini berjaya ditulis dengan ringkas dan mudah faham. Kita akan diterangkan bagaimana khalifah itu naik dan jatuh, perkaitan antara dinasti dan kaum, serta maklumat tanbahan. Di sini dapat dilihat sejarah itu memang berulang. Gunting dalam lipatan itu wujud. Dan semakin berkembangnya ilmu, semakin manusia meninggalkan TuhanNya. Kenyataan yang pahit untuk ditelan.
Tahniah buat penulis! Saya kagum dengan cara anda menerangkan setiap satu sejarah ini dalam 1 garis lurus.
Alhamdulillah bila baca buku, menaikkan semangat balik untuk membaca buku2 sejarah yang ada..
✅️ Penulisan penulis seperti summary buku sejarah Islam yang tebal2 dan besar2 tu👍👍👍🫡🧐
✅️ Ada banyak jadual dan gambar yang tak pernah dilihat supaya membantu memahami sejarah yang saling berkait.
✅️ Bermula dengan Khalifah Usthman dan berakhir dengan Sejarah Tamadun Uthmaniyah.
✅️ Antara pengajaran boleh diperolehi dari sejarah :
Pemilihan pemimpin dan pembantu harus diselia dengan betul. Manusia mudah jatuh kerana lemahnya keimanan dan nafsu keduniaan menguasai diri.
Dalam menguasai dan cuba memajukan or mengembangkan negara, jangan sehingga kita lupa tentang generasi pewaris yang akhirnya akan menganti posisi kita nanti. Pembinaan generasi juga penting jangan dipandang ringan.
Semua bermula dari diri kita sendiri, seterusnya memastikan keluarga dan masyarakat tidak dilupakan.
Selebihnya korang baca sendiri, lepas ni kena cari balik sambung TBR Buku2 Patriots..lama sangat tinggal ni😔😔
Jujur saya katakan, ini kali pertama saya baca buku sejarah yang sangat smooth dan lancar pembacaan nya. Sebab cara penulis bercerita tak membuatkan kita terbeban dengan fakta atau pun dengan ayat yang terlalu formal. Masya Allah, sangat kagum dengan kebolehan penulis mengolah fakta sejarah penting dalam dunia Islam dengan menjadi sebuah cerita yang menarik sekali.
Tajuknya Alfu Sanatin yang bermaksud ‘seribu tahun’ kronologi sejarah yang perlu kita sebagai umat Islam untuk belajar dan ambil tahu, tetapi penulis ada memberi pembaca cerita lebih dari 1000 tahun. Dari zaman Khalifah Uthman sehingggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Sejak saat itu, tiada lah pemerintahan berdasarkan Khalifah lagi. Umat Islam berpecah belah, sehinggalah sekarang. Sedih juga bila baca peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
Saya kesal juga sikap tak ambil tahu saya selama ni. Tetapi dengan berjaya habiskan pembacaan, banyak perkara yang telah saya belajar dan saya berazam untuk belajar dengan lebih banyak lagi selepas ini.
Sangat direkomen sebab senang sangat nak baca. Tidak complicated dan cara penyampaian seperti sembang-sembang dengan kawan je. Padanlah terjual dengan sangat laris ya buku ni. Buat sesiapa yang masih belum baca, please give it a try. Insya Allah masa awak akan terisi dengan bermanfaat.
Habis je baca buku Alfu Sanatin 1 ni, saya jadi lebih faham dengan garis masa sejarah Islam. Sejarah yang mempamerkan jatuh bangun kerajaan Islam, yang sebenarnya sangat gah dan hebat pada suatu masa dahulu.
Saya suka gaya penulisan penulis, kerana bahasa yang digunakan unpama berinteraksi secara dua hala melalui karya nya ini. Fakta sejarah yang dikupas menjadi menarik dan mudah difahami, walaupun info nya padat tapi tak terasa terlalu berat. Banyak persoalan yang diketengahkan buatkan kita berfikir, sambil memperoleh pengajaran yang baik untuk diteladani.
Saya juga suka dengan konsep garis masa yang sama tapi tetapan tempat yang berbeza, membuatkan kita yang baca jadi lebih faham dan jelas kenapa situasi sejarah atau sesebuah negara itu terjadi.
Ini ada lah bacaan kedua saya sebenarnya🤩 Sebab tak rasa macam baca buku sejarah pun, tapi rasa macam ada orang tengah sembang dengan kita tentang sejarah tapi dalam bentuk bacaan😊 Sangat recommended.
Seperti maksud tajuknya, Alfu Sanatin iaitu 'seribu tahun', buku ini membawa pembaca mengembara ke 'terowong masa' selama seribu tahun berkenaan sejarah dari zaman Khalifah Uthman sehinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah.
Anehnya sepanjang membaca buku ini, tidak terasa seperti membaca buku teks Sejarah, akan tetapi seolah-olah mendengar terus naratif sejarah itu sendiri daripada penulisnya. Peta garis masa turut disertakan bagi memudahkan rujukan.
Sesungguhnya buku ini sarat dengan kisah sejarah yang bukan sekadar bahan bacaan untuk sehari semalam jika benar-benar ingin menghadam.
Banyak nama-nama yang biasa atau pernah didengari, disusun dalam satu jalur masa membuatkan pengetahuan sejarah Islam sebelum-sebelum ini yang terpisah-pisah, jadi tersusun umpama 'puzzle' yang melengkapi.
Satu naskhah yang harus dibaca kerana ia mungkin memberi jawapan kepada soalan-soalan yang pernah berlegar di fikiran kita selama ini.
Saya kira penulis menulis buku ini dengan sangat baik. Bahagian awal lagi sudah rasa kesedihan dan syahdu dengan apa yang berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam.
Di tengah-tengah agak padat sedikit dengan maklumat. Banyak pertembungan, kedatangan dll. Ambil masa untuk ulang baca supaya betul² nampak.
Menuju akhir, kembali dengan perasaan sedihnya. Dapat saya simpulkan, jatuh bangun Islam bukan sepenuhnya kerana krisis dalaman agama. Tetapi juga kerana campur tangan dari 'orang luar'. Tidak kurang juga dari orang Islam yang 'rosak'.
Lebihnya, pandangan penulis seimbang. Tidak nampak terlalu memburukkan, tidak juga terlalu mengangkat. Hakikatnya sebagaimana kita manusia, begitulah juga sesuatu sistem yang dikelola oleh manusia, ada sisi cerah dan gelapnya.
Definitely a rushed ending by Ustaz Ibnu Rijal, he spent a lot of time on Abbasid and Ottoman but very little on the parallel of Ottoman, Savafid and Mughal. I mean there are no mentions on Savafid at all. If ustaz can pace himself at the “late game” of these empires (and caliphate) while maintaining his elaborative parallels on Napoleon and Wahabism, this book deserved a 5. Unfortunately, nope.
Still, fantastic effort on Late Rashidun, Karbala, Abbasid, Andalusia, Ayyubid and Mamluk. Ustaz deserved a huge praise on his attempt for Alfu Sanatin.
Despite the 3 stars, I am looking forward for Alfu Sanatin 2.0. Good effort Ustaz Ibnu Rijal 👏👏
Aku suka buku ni sebab penulis dia bagi pro & cons bagi setiap watak.Jadinya,kalau anda fikirkan Muawiyah seorang yang jahat,anda harus fikirkan juga sumbangan beliau yang bukan calang² pada Islam.
Hajjaj bin Yusuf yang dah bunuh cucu Abu Bakar As Siddiq pun macam tu.Ye,dia adalah bapak segala durjana.Tapi dia juga lah yang mencadangkan penggunaan sistem baris dalam Al Quran.
Paling best bila penulis buat kesimpulan untuk sejarah Andalusia.Anda hanya perlu tahu tiga tokoh yang bernama Abdul Rahman untuk mengetahui kegemilangan Andalusia.Nice!
I love the way he writes. He narrates the history according to the timeline. I used to learned the history pieces by pieces. Through this book, he arranged the history by timeline to let us go through the saga. Not only that, he emphasizes the key persons, the factors and the challenges that lead towards every incident. He even connects the key points with the current era. It makes sense the common saying "history repeats itself". Kudos to the author. I can repeat this book many times without getting bored that's for sure.
Buku ini membuatkan kita seolah masuk ke dalam terowong masa terbang ke masa silam memerhatikan segala apa yang berlaku kepada umat ini. Kegemilangan, keagungan, kejatuhan, airmata dan darah yang mengalir muncul jelas terbentang dalam terowong masa ini. Sesekali tersenyum bangga, sesekali mengalir airmata dan banyaknya bermenung panjang. Terima kasih penulis yang membawa kami mengembara bersama, dengan bahasa yang mudah dan sedap dibaca tanpa sedar sudah berada di muka surat terakhir. Aduh sayu sekali.
Kholas.. seingat nya, dah lama Tak baca buku berkaitan sejarah Islam ni... Agak jelas susur galur mengikut kurun.. umayyah, abbasiyyah, uthmaniyyah.. imam mazhab lahir zaman Mana, imam hadis, kutub sittah zaman Mana, salahudin al ayyubi, sultan al Fateh zaman mana...kisah mongol..bagaimana sewaktu kejatuhan bangsa arab ,muncul banyak ahli hadis di india..dll..Bukan sekadar penceritaan.. terselit jugak dgn relaliti zaman skrg... Khawarij moden, muktazilah moden, bagaimana sikap ahli politik zaman dahulu yg sama macam zaman skrg.. dll.. buku yg must read dan must have.. 👍🏻
Rasanya buku dan penulis yang penting untuk alaf ini. Penulisan senada dengan pembawakan penulis semasa ceramah. Sekiranya pembaca sebelum ni hanya diceritakan kehebatan 4 khalifah islam selepas Rasulullah S.A.W, mungkin akan rasa berat pada awal buku. Walaubagaimanapun semua muslim perlu tahu kejadian yang memulakan fitnah dalam islam. Gaya penulisan sebenarnya santai, dan sentiasa tidak lupa untuk ingatkan pembaca supaya ambil tahu dan ambil pengajaran dari sejarah yang diceritakan supaya tidak ulangi kesilapan dan kelalaian umat dahulu.
Alfu Sanatin umpama membawa kita menaiki mesin masa menelusuri daripada bermulanya zaman fitnah di zaman Saidina Uthman RA ke kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah. Daripada permulaan yang sedih ke pengakhiran yang sangat menyedihkan.
Pengembaraan Alfu Sanatin bukan berhenti setelah tamatnya anda baca buku ini. Ia membawa ke pengembaraan yang lain.
Sememangnya sahabat dan ulama ramai mati di tangan umat sendiri. Allah sebaik pengadil nanti.
Mengalir air mata membaca pengakhiran hidup Imam Bukhari. Kejamnya su' dzon.
Hari ini pemimpin dan umat masih lagi menjunjung sekular. Ulama yang berjuang ingin mengembali syariah dan agama dipanggil sesat dan khawarij. Ironi bak kata penulis