Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul bertentang mata dengannya. Haji Ipin diserang sakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tetapi mulutnya bagai dipasung.
Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat; Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil.
Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Zikir, tasbih dan tahmid menjadi senjata menentang syaitan laknatullah.
Dalam debar dan gementar, mereka bergelut kerana sebuah dendam. Siapa yang menang dan siapa yang kalah? KEBENARAN adalah jawapannya.
Shamsudin dan Ariffin berasal dari Tanah Melayu berkawan rapat semasa berada di Sumatera Barat untuk belajar agama dengan Kiai Mahadi (keturunan Wali Songo). Selepas itu mereka berpisah dan Ariffin kembali ke kampungnya, Longkai. Shamsudin pula selepas menamatkan ilmu persilatannya dia kembali ke Batu Pahat.
Tetapi kampung Longkai yang aman selama ni tiba-tiba dilanda geruh kebetulan selepas Penghulu Longkai mendapat menantu lelaki iaitu Sahak dari kampung sebelah.Banyak benda-benda mistik berlaku. Hj. Ipin (Ariffin) sedar ada yang tidak senang dengan pembelajaran agama darinya di kampung tersebut.Tetapi dia tidak mahu menuduh sesiapa. Sehinggalah Hj. Ipin sendiri mengalami sakit yang teruk. Ulat-ulat halus keluar apabila dia batuk, keluar dari lubang kecil diperutnya dan juga matanya.
Hj. Ipin teringatkan sahabat lamanya Kiai Shamsudin, dia tahu sahabatnya itu dapat membantunya. Dengan kuasa Allah SWT, Kiai Shamsudin mendapat firasat, Hj Ipin berada dalam keadaan genting dan perlukan bantuannya. Kiai Shamsudin menghantar anak muridnya iaitu Hambali yang paling dipercayai dan berilmu untuk membantu sahabatnya.
Selepas itu berlakulah pertempuran antara yang hak dan batil. adakah Hj. Ipin dapat diselamatkan? dan betulkah semua geruh yang berlaku angkara Sahak menantu Penghulu Longkai? rasanya akan ada Runcing 2 selepas kehilangan Sahak pada endingnya.
Pada saya novel ini bukan hanya tema mistik semata-mata, antara yang lain:
- Tiada kuasa yang lebih besar selain kuasa Allah SWT.semua yang berlaku adalah atas kehendakNya.Laknatlah pada mereka yang menyekutukan Allah.
- Kagum pada pelajar agama yang sentiasa berpuasa sunat, melakukan solat-solat sunat dan menjaga nafsu mereka pada benda duniawi.
- Keperibadian sebagai wanita muslimah, contohnya pada Seri Bakawali dan Mas Merah. Walau hanya pada pandangan mata tetapi tidak berani menyampaikan hasrat di hati kepada si pemuda idaman.
- Paling menarik bila diceritakan pengalaman Shamsudin dan seterusnya anak murid sendiri yang bersuluk seorang diri di gunung selama 7 hari. kehadiran jin yang menyerupai Ular,Lipan, Harimau,wanita dan orang tua bagi menggagalkan ujian ini.
Longkai sebuah penempatan yang aman menjadi huru hara angkara permainan ilmu hitam. Haji Ipin seorang guru madrasah di situ di uji dengan penyakit yang amat dahsyat.
Pace penceritaannya agak laju namun perincian dalam penceritaan agak teliti. Perincian yang teliti membuatkan SH berasa seolah-olah tengah mengalami atau melihat perkara tersebut sendiri. Beberapa muka surat pertama sudah memberikan gambaran tentang perincian dalam naskah ini.
Ilmu hitam dan sihir diceritakan dengan sangat baik hingga SH merasakan penulis berjaya membuat kajian mendalam dalam proses penulisan cerita ini. Terasa kekejaman dan tiadanya belas kasihan dalam menundukkan musuh dengan ilmu hitam.
Ada ilmu baru yang SH dapat melalui naskah ini. Mengenai tawas. Rupanya orang dahulu membersihkan air perigi agar tiada penyakit menggunakan tawas. Ada banyak lagi kegunaan tawas tapi inilah salah satu yang SH dapat dari pembacaan SH untuk naskah ini.
Watak-watak dalam naskah ini digambarkan dengan sangat baik. Hingga SH menyampah dengan Penghulu Longkai. Rasa kagum dengan kekuatan jiwa Haji Ipin. Rasa bangga dengan anak muda bernama Hambali. Semua perasaan bercampur baur membaca naskah ini.
Walaupun sarat dengan ilmu hitam dan sihir namun naskah ini juga penuh dengan pengajaran dan pedoman yang boleh kita ambil kira. Ada ilmu dan panduan yang boleh digunapakai.
Hj. Ipin dan Kiai Shamsudin sama-sama berguru dengan Kiai Mahadi sekitar tahun 20an di Tanah Jawa dan menjadi rapat memandangkan masing-masih berasal dari Tanah Melayu. Terpisah kerana tuntutan dalam mencari ilmu untuk menyebarkannya di tanah tumpah air mereka.
Hj. Ipin menyambung madrasah atoknya dan terus mengajar ilmu agama di kampungnya Longkai, Sepang. Manakala Kiai Shamsudin membuka madrasah di Batu Pahat kampungnya.
Sesuatu berlaku di Kampung Longkai yang akhirnya Hj. Ipin diserang penyakit misteri. Kiai Shamsudin yang berada di Batu Pahat mendapat firasat yang sahabat seperguruannya itu sedang diuji permainan sihir dan memerlukan pertolongannya.
Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa terjadi. Mistik ditentang dengan mistik. Zikir tasbih dan tahmid senjata utama.
Hebat kisah ini. Setiap bab saling berkaitan dan mudah difahami walaupun berselang dengan kisah lama. Sukar rasanya untuk berhenti membacanya.
Pengulangan pesanan-pesanan dan ingatan Kiai Mahadi secara tak langsung termunasabah diri. Mengingati diri ini bahawa segala yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. Takutlah pada Allah bukan pada makhluknya. Yakinlah dengan Allah kerana Allah Maha Berkuasa.
Mistik. Sifatnya persis angin. Wujudnya ada, dapat dirasa, tidak bisa dilihat, dapat dibukti, tidak bisa disentuh.
Perjalanan cerita dan pengakhirannya agak memuaskan hati. Puas membacanya. Tahniah kepada penulis.
Sumpah best novel runcing ini.dipenuhi dengan pengajaran,bukan setakat novel seram.bsru je abis baca walaupun amik masa 2 minggu untuk dihabiskan sebab kena reading slump.bacaan seterusnya podcast, novel penulis naim tamdjis.
RUNCING ( ISBN 978 983 124 921-5 Zharulnizam Z.A 2014 Alaf 21 RM21.00 519 m/s
Kisah mistik, tentang kejahatan manusia yang mendampingi iblis laknatullah. penyerahan kepada Yang Satu iaitu ALLAH SWT. Jalan cerita di bahagiakan kepada dua zaman. Kisah pada tahun 1920-an dan 1960-an. Latar tempat di Tanah Jawa dan juga di Tanah Melayu selepas merdeka. Kisah yang menarik buat hati terus melekat untuk mengetahui kesudahan cerita. Tidak sabar untuk menghabiskannya sehingga ke ayat terakhir.
Banyak kisah tauladan yang baik. Boleh dikutip dari bab ke bab. Tertarik watak Haji Ipin, Kiai Mahadi dan Kiai Samsudin. Taat dan patuh serta tunduk hanya kepada ALLAHSWT. Kepercayaan dan keyakinan kepada Yang Satu begitu teliti penceritaannya. Bagaikan terasa keagungan Tuhan Yang Satu. Menyentuh hati bagaimana nilai persahabatan antara Kiai Samsudin dan Haji Ipin yang begitu erat.
Penulis juga mencipta watak Kiai Samsudin dengan begitu baik sekali. Membuktikan hati yang suci mampu menjadikan seorang manusia itu cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi, itulah yang berlaku kepada Kiai Samsudin, anak muda biasa sebelum ini hanya menjadi kelasi kapal. Begitu juga watak Haji Ariffin atau Haji Ipin yang begitu taat dan sujud serta bergantung hanya kepada ALLAH Yang Esa.
Kisah mistik di gambarkan dengan jelas dan terang. Bagaikan dapat membayangkan kepada mangsa yang ditimpa penyakit buatan orang itu. Bagaimana Tok Batin Uda menggunakan ilmu mistiknya untuk menyakitkan Haji Ipin sehingga menemui ajal.
Kekuatan ayat-ayat Al-Quran dibuktikan dengan bersahaja dan terkesan di hati, betapa mukjizat al-Quran tiada bandingannya. Hanya kalimah ALLAH mampu menundukkan ilmu hitam. Kesopanan dan kemuliaan seorang perempuan Islam dan Melayu juga dipaparkan dengan baik dan jujur seperti harapan seorang ayah agar anak-anak gadis di luar sana mampu seperti Melur, Seri Bakawali dan Mas Merah.
Sengaja tidak mengulas tentang cerita novel ini. Dapatkan karya ini. Kisah lain dari yang lain. Tidak akan kecewa memilikinya. Banyak nilai-nilai murni serta keyakinan kepada ALLAH dipaparkan dalam karya ini. Tahniah penulis seperti yang pernah dikatakan oleh Ketua Editor kami. Kak Saadiah bahawa bakal penulis Thriller/ Mistik no 1 Negara, mampu duduk sebaris dengan penulis thriller no 1 negara Ramli Awang Murshid .
Tamat sudah pengembaraanku bersama novel garapan penulis ini,
novel yang banyak memberi pengajaran, nasihat dan membuatkan saya tersentuh ketika membacanya. terdapat huraian yang jelas berkenaan bab-bab agama yang boleh kita pelajari untuk menambah ilmu. plot plot yang disusun kemas dan konflik yang tercetus dari ilham penulis membuatkan saya tak berhenti membaca hingga ke akhir buku ini. Kisah kisah mistik yang memang terkenal dikalangan orang melayu dijadikan sandaran oleh penulis untuk menyampaikan ilmunya.
Kisah mistik yang memakai khadam.. Sihir yang jahat dengan bantuan syaitan.. Memang memberikan pengajaran kepada kita pembaca supaya meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.. #runcing #zharulnizamza #alaf21 #seram #misteri #melayu #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani
Novel: Runcing oleh Zharulnizam Z.A Runcing ialah sebuah novel seram mistik yang membawa vibe kampung Melayu lama yang penuh unsur sihir, gangguan ghaib dan perjuangan antara cahaya dan gelap. Dari awal lagi, pembaca dihumbankan ke dalam suasana tegang apabila Kampung Longkai mula dilanda kejadian pelik dan misteri. Ada rasa “sesuatu” yang berkeliaran. Ada geruh yang makin lama makin menjadi-jadi.
Watak Hambali antara yang paling menonjol. Anak didik kepada Kiai Shamsudin ini dihantar ke kampung untuk “memutihkan yang hitam”, dan sejak kemunculannya, naratif mula bergerak dengan lebih padat. Hambali bukan wira klise; dia berdepan rasa takut, ragu dan beban amanah. Namun keberanian yang lahir daripada ilmu dan zikir menjadikan perjuangannya terasa realistik dan dekat.
Antagonis dalam cerita ini bukan sekadar makhluk atau “kuasa jahat”, tetapi juga sisa dendam, amalan sesat dan manusia yang memilih jalan gelap. Unsur mistik yang digunakan terasa sangat tempatan, khadam, susuk, ilmu hitam — dan ia digabungkan pula dengan elemen Islamik seperti zikir, tahmid dan tasbih sebagai senjata. Pendekatan ini memberi rasa seimbang: seramnya dapat, mesejnya pun sampai.
Bahasa penulis pula agak puitis dan berlapis, sesuai dengan genre mistik. Ada bahagian yang bergerak perlahan, tetapi ia membantu membina suasana. Bagi pembaca yang suka cerita berbau kampung, ada sentuhan budaya dan konflik batin, novel ini memang kena dengan selera. Secara keseluruhan, Runcing ialah sebuah seram Islamik yang mendebarkan, sarat aura gelap tetapi tetap berpaksikan nilai. Sesuai untuk pembaca yang mencari kisah seram dengan plot yang kemas, watak yang hidup, dan dunia mistik yang terasa dekat dan “kenal”. #novelseram #bukuprima #karangkraf #bookreviewmalaysia
Novel ini mengisahkan sebuah keluarga yang memperoleh kuasa melalui jalan yang salah. Disebabkan tindakan itu, sesiapa sahaja yang cuba mengganggu kawasan mereka akan berdepan dengan tentera-tentera setan yang dihantar untuk melindungi kepentingan keluarga tersebut. Ada penduduk kampung yang terpedaya, namun jalan kebenaran sentiasa ada walaupun penuh dengan cabaran yang mampu menjatuhkan sesiapa sahaja yang lalai.
Di sebalik kejahatan itu, muncul seorang pemuda yang berusaha menentang dan mematahkan serangan gelap tersebut. Mampukah dia melawan kekuatan pewarisan setan dalam keluarga itu?
Tema utama cerita ini ialah pewarisan ilmu hitam dalam keluarga, yang digunakan demi kuasa dan kekayaan. Ia turut menonjolkan sikap seorang ayah yang tamak, sehingga memilih jodoh anak berdasarkan harta, dan bukan kerana menjaga agama.
Bahagian penutup meninggalkan tanda tanya dengan kehilangan misteri seorang watak. Secara keseluruhan, cerita ini menekankan pembersihan amalan kurafat serta perjuangan menegakkan kebenaran.
Plot awal agak perlahan, namun mula memuncak apabila pemuda penyelamat muncul. Saat itu, ketegangan semakin terasa, disulami dengan kesedihan—terutama ketika menyaksikan kematian tragis seorang insan yang banyak melakukan kebaikan.
Tiada sebab untuk tak bagi 5⭐️ untuk buku ni. Dia tetap bagi impak yang sama macam Kak Ain baca pertama kali way back to 2017. Cuma kali ni baca cepat sebab kita dah tahu jalan cerita, just nak refresh sebelum baca Runcing II. Buku ni buat Kak Ain rasa rendah diri, hebatnya ilmu agama & perjalanan mengenal Allah swt untuk Ariffin & Shamsudin. . Kedua, penceritaan penulis sangat detailed, terasa macam kita pulak yang duduk zaman 60an tu. Naik basikal, motor & kereta tu benda mewah, tokey cina saja yang pakai, kalau sakit, hospital terdekat hanya HKL, makan ubi kayu rebus, nasi goreng, hirup kopi panas. Nyaman rasa. . Buku ni tiada plot twist. Awal lagi kita dah tahu siapa antagonis, siapa protagonis. Cerita ni agak slow untuk sesetengah pembaca, tapi untuk Kak Ain, I truly enjoy reading this. . Highly recommended 🖤🩷
Best dan sangat berinformasi!! Penulis berjaya menyusun jalan cerita agar mudah difahami oleh pembaca. Ceritanya juga tidak memerlukan pembaca berteka teki sepanjang pembacaan. Soelah penulis lebih menekan aspek dakwah/islamik dalam cerita ini.
Berlatarbelakangkan tahun 1960an, cerita memang relate dengan keadaan pada zaman itu. Terasa sakit hati dengan sifat menyukat harta Penghulu Longkai tu. Akhirnya salah jalan.
Tersentuh hati dengan persahabatan Haji Arifin dan Kiai Shamsudin hinggakan saat penderitaan Haji Ipin, nama Sudin yang meniti dibibirnya bersama pengharapan kepada Allah.
Penceritaan tentang perjalanan menuntut ilmu Allah oleh Shamsudin dan Hambali juga ternyata banyak yang boleh kita ambil.
Tak sabar nak sambung dengan buku ke 2.
TAHNIAH PENULIS!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dalam Runcing 1 kita diterbangkan ke bumi Longkai. Di sana hidup masyarakatnya masih aman damai. Kecuali satu saja. Penghulunya pilih bulu! Angkuh dan bongkak itu salah satu sifatnya.
Tapi dia punya anak gadis yang mahsyur disebut-sebut bab rupa dan pekerti jelitanya. Dan berita itu sampai pula ke kampung sebelah.
Sahak, dia anak muda yang disuruh bapanya untuk ke bumi Longkai. Punya niat tertentu, jin dijadikan kawan sedangkan makhluk itu bukan teman.
Huru-hara bumi Longkai bila satu per satu kejadian misteri berlaku. Sehingga akhirnya membawa kepada kematian ulama di situ.
Runcing mempunyai beberapa makna dalam kamus dewan, tapi dalam konteks ni ia menjurus kepada keadaan sesuatu perkara yang menjadi genting, memuncak atau tegang.
Sebuah kisah teladan yang menarik untuk ditelusuri kerana banyak pengajaran dan ilmu yang boleh diceduk, walaupun bagi aku ceritanya lebih berunsurkan islamik berbanding unsur seram itu sendiri. Namun, cara pengolahan penulis tetap mempunyai pesona tersendiri, seperti mana keterampilan watak² utama yang penuh dengan aura.
Tolak 1 ⭐ atas sebab pengulangan ayat² yang berleluasa, yang sebelumnya sudah dimaklumi maknanya. Serta kesilapan nama² watak yang agak ketara pada penghujung cerita. In shaa Allah akan menyusul Runcing 2.
Setelah tertangguh membaca naskah ini kerana sibuk, akhirnya tamat sudah membacanya. Kisah yg unik dr penulis. Kadang2 kita juga perlu kisah seperti ini selepas byk sgt baca kisah sweet-mweet ni. Haha. Okey, novel ini bukan sekadar sebuah kisah fiksyen tapi novel ini punya isi yang begitu bermanfaat. Banyak pengajaran yg diperoleh lewat pembacaan kisah ini. Kagum dengan nilai persahabatan antara Kiai Samsudin dan Haji Ipin. Juga kemuliaan yg dimiliki oleh Hambali anak didik Kiai Samsudin. Bab2 hujung mmg suspen jugak membacanya. Secara keseluruhan, karya ini memang digalakkan dibaca oleh semua kerana ianya bukan naskah kosong. Cuma stress sebab kisah Sahak tergantung macam tu je! TAHNIAH buat ZHARULNIZAM Z.A. Menantikan karya anda seterusnya. Mungkin kisah Sahak.
Bahan bacaan yang menarik. Kisah mistik yang banyak memberi pengajaran, nasihat dan ingatan supaya sentiasa mencintai dan mentaati Allah. Semoga penulis berpeluang menghasilkan sambungan 'Runcing' mahupun karya barunya, InsyaAllah.
Tak puas hati bila watak jahat Sahak tidak diketahui nasibnya. Hanya menghilang begitu sahaja. Masih tidak menemui maksud Runcing. Apa-apapun novel ini tidak membosankan. Tahniah untuk penulis.
tak tau ape nak ulas .. yg penting , saya sangattt suka kan buku ni ... setiap mukasurat ada 'tarikan' sampai x sedar pon tetibe dah sampai penghujung cerita ... rugi siapa x baca ..