Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti itu — sebuah permainan AR yang menghubungkan dunia maya dengan dunia sebenar. Masing-masing giat bertanding sesama sendiri demi mendapatkan ranking tertinggi, kecuali Ashraf Anwar.
Selaku seorang pemain e-Sports, bagi Ashraf, dunia AR yang terlalu sempurna itu amat mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila muncul satu artikel tentang kematian pelajar yang menimbulkan keresahan orang ramai. Pihak yang bertanggungjawab pantas bertindak memadam artikel itu dan memberi jaminan bahawa permainan AR mereka masih selamat.
Namun, itu tetap tidak meyakinkan Ashraf.
Tidak mahu nyawa menjadi galang ganti untuk keseronokan duniawi, dia memulakan siasatan. Mahu mencari cela dalam dunia maya yang dikhabarkan sempurna!
Aku sebenarnya meletakkan high expectation terhadap buku ni. Aku dah budget yang aku perlu baca over the weekend, dalam suasana tanpa gangguan. Tup, dalam masa 6 jam aku dah habiskan dan ia tidak mengewakan.
Takhta Mayaloka adalah sci-fi (game-fi to be precise) lain daripada lain yang pernah aku baca. Pasal Paksi Mayaloka melawan Siluman Antaboga, game AR yang diinnovasikan oleh Universiti VerseMedia. Ashraf, seorang gamer AR waswas dengan worldbuilding AR yang terlalu perfect. Selepas dia baca dalam satu forum mengenai kematian seorang student yang dikaitkan dengan game ni yang kemudiannya di-delete almost serta - merta, naratif novel ini bermula mengisahkan bagaimana Ashraf merungkai misteri dunia AR ini.
Para gamers boleh relate dan masuk dalam worldbuilding novel ni dengan senang, tapi awas kepada non gamer, kau akan terjebak sekali sebab penulisan Lynne surprisingly sharp, detail, dan dia berjaya humanise techlonology, kau akan terpaut dan terjerat dengan pantas.
Dalam progress membaca novel ni, aku timbul rasa waswas juga, adakah Lynne seorang gamer tegar? Dia ada buat reference terhadap game yang dia pernah main ke? Game ape yang duk main? Sesibur? Senapang jurik? Beberapa kali juga aku hey Siri supaya kotak imaginasi aku boleh melakar image jargon - jargon ni. Tapi jangan risau, gaya bahasa dan dialog dia still sangat laymen dan conversational, tak awkward dan keseluruhan plotnya agak fast pace dan berkembang cantik menuju klimaks. Ala, macam kau main game, ada boss fight, ada final boss fight, ada bugs, ade timeout, ade cool down time, siap kene refresh bagai. Technical terms dalam novel ini dijelaskan dengan baik dan tak memeningkan kepala. Pengalaman pembacaan kau umpama menelusuri sebuah game scene dan kau adalah salah seorang pemainnya. Tak sangka Lynne sangat mahir menzahirkan worldbuilding sedemikian dengan penulisan.
Aku sangat suka friendship value, emosi dan konflik yang digarapkan dalam novel ni, menjadikan Takhta Mayaloka is not just a plain Tech or Game material book. Setiap watak yang muncul dalam novel ini ada peranan dan character yang jelas, biasalah game kan, makanan budak lelaki, so emosi dorang direct, straight to the point dan solution oriented. Plot-twist dia sebenarnya ada bau bau hint yang kau dah boleh jangka, tapi still… And aku nak mention this to the ladies sebab aku rasa guys hardly read, kau akan marah dan sedih at certain point, selain rasa cemas & menyampah. Ok enough.
Novel saifai thriller yang mesti dimiliki sama ada dalam kalangan peminat genrenya atau yang mahu mencuba kelainan dalam pembacaan. Istilah gaming tidak terlalu sulit untuk difahami, boleh kata sesiapa sahaja yang bukan gamers boleh faham mudah akan plot cerita ini. Konflik disusun atur, dari level biasa kepada level luar biasa. Banyak menampilkan babak persahabatan antara dua orang lelaki walaupun ada masa pembaca yang merupakan seorang lelaki ini merasakan dialog mereka terasa amat feminin. Namun itu tidak menjejaskan cerita yang sememangnya amat menarik ini. Bayangkan, dunia teknologi yang kiat pesat, permainan atas talian wujud di dunia nyata sehingga ada yang terkorban nyawa. Berbaloi dengan pembacaan, tahniah kepada penulis atas penerbitan novel sulung bersama Karangkraf ini.
oh wow…. been so long since the last time i truly enjoyed a book. takhta mayaloka is everything i wish to see in a sci-fi book.
kalau hidup ni tak payah tidur dan buat benda lain, saya NAK habiskan buku ni dalam one-sitting. buku yang fast-paced dan tak banyak unnecessary filler scenes. Lynne sangat berbakat dalam menyusun plot points, mencipta build-up dalam cerita; saya rasa berdebar dan tertunggu-tunggu, tak sabar nak selak muka surat sebelah.
takhta mayaloka menceritakan tentang pelajar Universiti VerseMedia—yang maju dengan teknologi—yang perlu bermain game AR Paksi Mayaloka bagi menaikkan ranking mereka. the author saw a potential in the concept and she executed it perfectly. antara details yang saya suka dalam penciptaan Paksi Mayaloka: - naming restriction; username pemain perlu mengikut initial masing masing. it’s so fun guessing the players behind the username! - perlawanan boss fight: senjata yang digunakan dan keunikan feature “boss” yang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing masing, untuk para pemain figure it out. - mini game; permainan side-quest untuk menambah mata, yang juga diceritakan dengan jelas dalam cerita ni. details macam ni yang menambah minat pembaca.
selalunya, saya susah untuk faham gambaran babak yang penulis ceritakan. tapi lain bagi Takhta Mayaloka, penulis berjaya menggambarkan setiap babak dengan JELAS.
buku ni sarat dengan adegan perlawanan yang gempak dan bijak, bukan sekadar perlawanan yang terlalu mudah bagi watak-watak utama. setiap ending bagi fight scene mempunyai foundation dan reasoning yang kukuh. tak ada tertanya tanya “tapi bukan ke..” “macam tak makes sense je” “for what reason?”, but only “OHHHH ye la kan betul jugak” “YES i know right!!!!”.
penulisan Lynne juga sangat smooth, gaya bahasa yang tak kaku dan setiap babak dan ayat berkait dengan flow yang cantik.
ada sesetengah buku yang ada potential tapi penulis terlalu suapkan info kepada pembaca. tapi penulis Takhta Mayaloka tahu apa yang perlu di-reveal, apa yang perlu diberi “hint”, apa yang tak perlu diberitahu—semua ni membuatkan Paksi Mayaloka as a whole, a well-written book. impak yang penulis nak sampaikan kepada pembaca, 100% received.
saya suka juga how the friendship aspect is not forced in this book, Lynne berjaya bawa tema ni dengan natural.
in a nutshell, buku ni dah berjaya bawa saya meneroka Paksi Mayaloka dan saya more than 100% invested in and enjoyed the book. buku yang amazingly well-written, i can feel the blood, sweat, and tears poured by the author for this book. a must-read for everyone, walaupun bukan pembaca fantasi/sci-fi, dan ESPECIALLY buat mereka yang suka Ready Player One.
terima kasih Lynne atas pemberian naskhah ni! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Sebagai seorang yang selalu online malam-malam main Destiny 2, buku ini sangat dekat dengan jiwa. Bila baca 5 bab awal sebelum buku ni keluar secara rasmi pun aku dah excited.
Masa baca buku ni banyak juga aku buka google image. Sesibur. Siluman. Senapang Jurik. Yelah, biasanya istilah ni dalam bahasa inggeris. Haa! Siapa kata fiksyen tak de bagi input tu? Boleh tambah kosa kata juga tau.
CAMEO
Ohoi tak sah lah kalau K-Lit tak ada cameo. Pada awal ada disebut, tapi aku macam, "Eh, takkan tu je?!". Pastu, dia keluar lagi. Aku dah fan-boying meggeletis kejap masa cameo tu keluar. Bukan sekadar cameo biasa-biasa tapi bagi impak juga lah pada jalan cerita tu.
Aku memang suka setiap boss fight yang ada dalam cerita ni. Aku boleh bayang macam mana setiap aksi tu berlaku. Ada cooldown timer. Ada refresh time. Ada skill. Ada bug. Ada error. Ada patch. Seriusly dia macam tipikal game yang biasa kita main. the Final Boss Fight, EPIC GILA!! Yang tu buat aku penat gila baca macam kita pula duk main game tu. INTENSE WEH!
PLOT TWIST!! 🤯🤯🤯
Pada yang non-gamer, buku ni mesra non-gamer je. Tak main game pun boleh faham plot cerita. Jangan risau.
Terbaik lah Lynne. Pandai main emosi. Time scene marah, mmg marah. Time sedih, mmg sedih. You have craete a villain yang aku menyampah lah bila baca. Aku dah tahu dah siapa yang kena bakar kalau dia buat Bakarakter ni.
Susah nak percaya ini novel debut sebab ditulis dengan serba-serbi kemas, tersusun dan teliti dari segi plot, karakter dan gaya bahasa. Bacaan yang sangat sesuai terutamanya kepada peminat Sword Art Online, terutamanya movie Ordinal Scale.
Aku sendiri sampai sengaja lengahkan bacaan sebab tak sampai hati nak cepat-cepat habiskan baca sebab pengalaman bacaan TM mencetus rasa ketagih.
Cerita tentang Ashraf yang mendalami sisi gelap teknologi permainan AR Paksi Mayaloka yang popular di universitinya. Sepanjang perjalanan membongkar rahsia itu, Ashraf berdepan dengan trauma dan juga kematian yang melibatkan beberapa watak penting dalam cerita ini, dan insiden itu dipergunakan untuk mencapai matlamat antagonis dengan cara yang keji. Aku tak jangka sekeji itu, dan sangat puas hati Lynne buat keputusan begitu!
Secara peribadi, aku kira ada beberapa bahagian yang boleh dikemaskan dan dipanjangkan lagi, seperti pada bahagian prolog dan juga beberapa bab terakhir, yang mana aku harapkan pengakhiran watak yang lebih menyeluruh. Namun disebabkan kekangan muka surat, aku faham.
Jadi, tahniah, Lynne!
4.5 bintang dari aku.
Terima kasih kerana tulis stail novel yang aku sentiasa tercari-cari dalam arena buku tempatan. Bolehlah buat pelepas rasa kecewa selepas asyik baca cerita bertema AR/VR yang kurang memuaskan, baik dari dalam ataupun luar negara.
Aku akan cuba racunkan novel ini kepada anak-anak murid aku, muahahahaha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pelancaran permainan AR di Universiti VerseMedia ternyata mendapat sambutan hangat daripada penuntut di situ kecuali Ashrap Anwar. Dia mempunyai kecurigaan terhadap kesempurnaan AR di dalam permainan tersebut.
Naskah ni memang menarik dan pace penceritaan agak laju. SH pun memang tak boleh nak menghentikan pembacaan apabila sudah bermula. Setiap babak ada penariknya dan sentiasa buat SH nak tahu apa lagi akan jadi seterusnya.
Seronok betul penuntut di universiti tersebut. Main permainan AR. Dapat markah yang kemudiannya dapat ditukar kepada bentuk makanan. Dan SH rasa makanan sememangnya memberi nilai tambah untuk permainan tersebut. Siapa yang tak seronok dapat makanan secara percuma kan.
Teknologi sememangnya mampu memberikan manfaat kepada penggunanya andai dalam kuantiti yang betul. Namun andai terlalu obses dan bergantung harap padanya tidak mustahil ia boleh bertukar menjadi pemusnah kepada penggunanya.
SH geram sebab Ashraf seorang sahaja yang seolah-olah mempunyai pemikiran dan pendapat sendiri tentang permainan dan teknologi AR tu. Yang lain tenggelam di balik keseronokan bermain.
Selesai Takhta Mayaloka. Fuh, antara wishlist buku yang nak beli waktu PBAKL tapi tak terbeli. Arawn, Floyd, Soloz, Diana, Prof.Kamal, Kaz, Helios dan banyak lagi. Untuk beginner dan bukan gamer yang tak rasi dengan istilah teknologi dengan game, memang rasa macam apadia ni tapi lama lama okey ja sebab tak rasa yang tak faham tu ganggu untuk kita paham the whole story. Keciwa sikit dengan ending tu since I was expecting for moree, tapi macam gitu ja dia habis. Nak ada sambungan kot lepasni. Asyraf nak pilih Diana ke Syifa? Apa Redza tu nak offer dekat Asyraf? Prof.Kamal, habis macamtu ja? I have so much more questions tapi oklah kena berdamai dengan takdir setiap sorang dalam novel tu. Tahniah penulis, looking forward untuk baca lagi another masterpiece from u 💝
Plot cerita berkembang dengan menarik, tak cliche dan tak melewah. Setiap perincian scene ditulis dengan baik dan teliti, terutamanya scene action in game. Games rules yang ringkas dan mudah difahami, jangan risau! Tak main game pun boleh faham.
Terms yang digunakan juga bersesuaian dan diaplikasikan dalam plot dengan baik. Character development dan dialog antara character natural dan bersesuaian. Love part humour yang terselit-selit di sana sini. Ending tidak memuaskan hati, mungkin akan ada Takhta Mayaloka 2???
A fast-paced and page-turner kind of novel, tak sempat nak rasa bosan pun. Give it a try!
Lepas habis baca buku ni aku penat. Rasa macam aku yang masuk dalam game dan lawan Siluman Antaboga. Fight scene dalam buku ni sangat senang untuk faham, sangat sharp. Author explain satu persatu. Aku tak main game dan aku rasa nak main Paksi Mayaloka. Dan friendship dinamik dalam buku ni buat aku rasa nak ada friendship yg sama. Dialog pula santai dan bersahaja. Tak canggung. Dialog lelaki nampak lelaki, dialog perempuan nampak perempuan. Dialog yang selalu diguna pakai dalam conversation seharian jadi senang untuk pembaca relate dan faham. The plot twist, chef’s kiss. 🤌🏻🤌🏻
Untuk kesan lebih dramatik, digalakkan membaca buku ini sebelum tidur. Mimpi-mimpimu akan membawamu beradu tenaga dengan Sesibur Senja, Kaz, Helios atau Arawn.
Aku bukan gamer dan aku sifar pengetahuan fasal gaming. Tapi naskhah ini sangat menghiburkan. Ia bukan sekadar tentang AR atau AI. Walaupun teknologi manusia semakin maju, sikap manusia tidak pernah berubah sejak zaman-berzaman. Ketamakan, dendam, gila kuasa, persahabatan dijahit elok bersama-sama dunia teknologi dalam buku ini. Menjadikan ia sebuah naskhah fiksyen sains yang manusiawi.
Sebagai seorang yang kurang menggemari cerita aksi dan berlawan, sesuatu yang mengejutkan apabila aku enjoy membaca babak-babak perlawanan (yang agak banyak) dalam cerita ini. Ia bukan sekadar perencah cerita tetapi menggerakkan plot cerita. Sehinggakan aku sampai termimpi-mimpi berlawan dengan watak-watak dalam cerita ini.
Tak silap aku, ini novel debut penulis dan sebagai sebuah novel pertama, ia sebuah karya yang sangat memuaskan. Baik dari segi plot cerita mahupun susunan gaya bahasanya yang sedap.
Buku ini memberi jalan cerita yang sangat lain daripada yang lain Jalan cerita menarik! Sebagai pembaca susah untuk kita menduga apakah plot plot yang mendatang, senang cerita, bila start baca susah nak berhenti
Apa yang lebih menarik, penulis pandai bermain dengan emosi pembaca, kalau babak komedi, pembaca memang akan ketawa sama, kalau babak marah, sampai berkerut-kerut kening pembaca dan kalau babak sedih, pembaca boleh menangis
4.5 ⭐ Sesungguhnya saya rasa saya tak akan enjoy this book sebab buku ni sci-fi tapi disebabkan oleh review kawan² buku, jadi nak cuba lah. The idea is very interesting. The AR thing like the pokemon go game so I can bayangkan how's the mechanism in this book. My problem when reading sci-fi is I can't imagine the technology, or something with science so it's kinda hard for me to read through it. Buku sci-fi yang saya baca in malay setakat ni karya Syafiq Aizat je which is trilogram punya series. Honestly I really enjoyed this book and the plot is very interesting 😆. But the ending tho.... Macam tergantung sikit la.
Permainan AR Paksi Mayaloka dilancarkan di Universiti VerseMedia membuatkan ramai pelajar teruja untuk mencuba permainan baru tersebut. Yela dah la free je. Kalau menang dalam setiap game siap dpt point lagi dan boleh tebus dengan ganjaran. Kalau aku pon nak. Tapi Asyraf watak utama cerita ni tak tertarik dengan game tu. Kawan baik Asyraf iaitu Fikri yg bersungguh-sungguh main game tu. Adalah beberapa kali Asyraf main jugak sebab kena paksa dengan Fikri. Haha.
Lepas tu plot jadi semakin menarik bila ada seorang pelajar meninggal. Adakah sebab main game tersebut? Asyraf memang dari awal tak sedap hati pasal game tu. Berkali-kali Asyraf nasihatkan Fikri supaya jangan main game tu. Tapi Fikri kan dia degil. Sampai akhirnya tak dapat diselamatkan lagi. Memang aku tak sangka juga pengakhiran Fikri jadi mcm tu.
Plot jadi lagi menarik bila Asyraf sendiri menyertai Paksi Mayaloka. Well tentula sebab dia nak tahu kebenaran pasal game tu dan membela kematian kawan baiknya. Ingatkan watak Fikri sampai setakat tu je tapi ada lagi rupanya. Well ini adalah kejutan yg tak disangka.
Walaupun banyak watak dalam cerita ni tapi ok je tak pening sangat. Setiap watak ada peranan masing-masing. Aku suka masa kawan-kawan Asyraf berganding bahu menyiasat pasal paksi mayaloka tu. Inilah gunanya brotherhood kan.
Setiap scene digarap dengan baik. Yg selalu aku tunggu adalah masa masa diorang lawan Boss tu. Strategi dalam perlawanan memang smooth habis. Sambil baca tu aku boleh bayangkan. Mcm tengok movie. Haha. Memang best.
Aku taknak review panjang tapi cerita memang menarik. Kalau siapa yg pernah tengok movie Ready Player One atau 3 Body Problem sure boleh layan novel ni.
Ending dia aku puas hati. Yg penting penjahat dlm citer ni dpt hukuman yg sepaturnya. Aku rasa kalau penulis nak sambung cerita pon boleh kan. Mungkin kalau Asyraf nak buat paksi mayaloki tu versi dia sendiri ke. Janji tak guna mod player kill okay 😁🤭
Saya mula membaca karya ini pada jam 7.30 malam tadi. Fikir saya baca separuh dahulu dan sambung lagi esoknya. Eh, rupanya alur cerita terlalu menarik sehingga saya tidak boleh tutup buku ini untuk sambung esok. Akhirnya, 11.45 malam cerita ini selesai dihadam.
Apa yang boleh saya katakan, penulis memiliki idea yang luar biasa. Dari permulaan cerita sehingga ke penamat, setiap babak ditulis dengan begitu teliti. Sehingga kita seperti turut bersama sama bermain permainan maya bersama Ashraf dan sahabatnya.
Cerita ini tidak berfokus kepada e-Sport semata-mata, namun terisi dengan nilai nilai yang kalau diteliti, sangat memberi impak positif pada para pembaca. Semangat setia kawan, antara yang boleh dijadikan nilai utama. Di samping itu, terselit juga bahagian Daftar Istilah, bagi memudahkan pembaca memahami perkataan-perkataan IT yang digunakan dalam buku ini.
Tahniah buat penulis atas kelahiran karya ini. Semoga mampu menghasilkan karya yang memberi dampak baik pada pembaca di masa depan. Untuk yang mencari naskah lokal yang tidak berpaksi pada cinta semata-mata, buku Takhta Mayaloka ini boleh dijadikan koleksi anda.
- penceritaan jelas dan lancar membuatkan kita seronok membacanya. Mudah untuk divisualkan dalam kepala. Mungkin juga sebab pernah tonton Ready Player One. - watak dan perwatakan yang berwarna-warni. Meskipun watak ramai, saya boleh bezakan melalui dialog dan cara mereka bereaksi. Penulis berjaya menguasai bab ini dengan baik. - membawa tema persahabatan yang mampu menyentuh pelbagai emosi. Babak 'selamat tinggal' itu sederhana tetapi berjaya membuatkan saya sedih. - CAMEO!
Pernah baca sikit novel ni versi Wattpad kerana tertarik dengan cover. Sebab tu masuk wishlist bila dapat tahu ia dibukukan. Sayang tak dapat jumpa penulisnya di PBAKL lepas. Tak dapat penanda buku pedang :( Haha
Novel ini masuk carta novel saifai Bahasa Melayu kegemaran saya selain Opera Angkasa
Semoga penulis diberi ilham yang lebih baik untuk karya-karya yang akan datang.
Antara perkara yang saya akan perhatikan sebelum mula membaca bahan bacaan adalah berapa total muka surat yang perlu dibaca haha. Buku ini ada total 417 m/s, agak tebal untuk saya. Tapi tak apalah, saya cuba sahaja dulu. Boleh teruskan atau tidak, lain cerita.
Pada awal bacaan, buku ni berjaya mencuri perhatian saya di mana AR (augmented reality) digunakan untuk menyampaikan kuliah di sebuah universiti. Saya memang suka apa-apa scene ataupun cerita berlatar belakangkan pendidikan. Watak utama iaitu Ashraf Anwar merupakan seorang pemain e-Sports yang mempunyai skill hebat dan terkenal pada beberapa tahun sebelum itu. Ada satu peristiwa hitam yang membuatkan Ashraf tidak mahu terlibat dengan apa-apa permainan digital lagi.
Sebuah permainan yang menggunakan AR iaitu ‘Paksi Mayaloka’ telah diperkenalkan secara meluas kepada para pelajar Universiti VerseMedia (universiti Ashraf belajar). Semua pelajar begitu teruja untuk bermain permainan yang direka oleh Prof Kamal, iaitu pensyarah mereka, kecuali soerang, Ashraf. Saya dapat bayangkan situasi dalam buku ni seperti filem ‘Ready Player One’. Semua orang pun begitu asyik bermain permainan dalam dunia AR dan perlu memakai gear di kepala untuk berada di dalam sistem.
Hari demi hari, terdapat beberapa insiden yang melibatkan keselamatan malah nyawa para pemain. Tetapi, pasukan pengurusan Paksi Mayaloka tetap berkeras mengatakan permainan itu selamat dan tidak membahayakan. Ashraf tidak berpuas hati dan telah berusaha sedaya upaya untuk membongkarkan rahsia permainan tersebut.
Banyak scene menarik yang perlu saya bayangkan dalam kepala misalnya scene pemain berlawan dengan raksasa. Terdapat banyak terma yang berkisarkan dunia teknologi dan gaming, menunjukkan penulis yang berilmu pengetahuan dalam mengetengahkan konsep cerita sebegini. Saya juga sukakan konflik yang berlaku dalam cerita bila mana persahabatan Ashraf dengan beberapa watak diuji dengan pelbagai cara. Tema persahabatan yang paling banyak sekali disentuh. Buku ni sesuai dibaca jika awak nak sesuatu yang berlainan dan juga pada sesiapa yang sukakan konsep teknologi dan sci-fi.
Pelajar-pelajar di Universiti Verse Media, teruja dengan permainan AR yang menghubungkan dunia maya dan sebenar. Namun, Ashraf Anwar, seorang pemain e-Sports, agak curiga terhadap permainan yang tampak terlalu sempurna. Ashraf memulakan siasatan untuk mencari kelemahan dalam dunia maya yang kononnya sempurna itu, berjayakah dia?🕵️
⚔️𝓾𝓵𝓪𝓼𝓪𝓷⚔️
🔍Sebagai peminat buku genre thriller saya suka buku ni! jalan cerita lain dari yang lain tak cliche, menarik dan membuatkan susah nak berhenti baca.
🔍Penggunaaan istilah gaming dalam ni sangat mudah difahami dan dijelaskan dengan sangat tersusun. Peraturan permainan yang ringkas & scene lawan sangat details & realistik ! Kita boleh imagine ye aksi lawan dalam boss fight tu😼. Untuk yang tak main game pun senang faham.
🔍 Perasaan masa baca sangat bercampur aduk ye. Penulis pandai main dengan emosi sedih, kelakar dan rasa nak marah! ✨. Kita suka hubungan friendship dalam ni sangat mengambil berat & supportive. And lastly lurveeee lah the plot twist 💥
Terima kasih kepada @karangkaraf memberi peluang untuk membaca naskah yang hebat ini! ✨ Kepada penulis teruskan menulis menghasilkan karya yang keboom seperti ini 🫡
"Jika kau kejar satu ilusi, selamanya kau akan berlari."
Mantap! Sebuah kisah yang penuh aksi yang mendebarkan. Dalam dunia Paksi Mayaloka, setiap daripada pemain boleh berlawan dengan raksasa-raksasa buas dan ganas. Bukan tu aje, mereka boleh duel sesama pemain. Siapa kalah, dia akan naik level. Tapi yang mengejutkan, ada sistem Killer Mode! Pada awalnya, Ashraf tak berniat untuk jadi pemain. Tapi setelah kematian rakan baiknya, dia tekad untuk tumpaskan pencipta game alam maya ini. Selagi Prof Kamal tak dikalahkan, sistem akan terus ditakluk dengan kekejaman! Dengan bantuan rakan-rakan Ashraf Anwar, dapatkah dia tewaskan kezaliman Prof Kamal? Hanya kemunculan Arawn saja yang dapat menakluki dunia Mayaloka. Siapa Arawn? Jomlah, sertai pengembaraan Ashraf dan rakan-rakan di dalam buku berjudul 'Takhta Mayaloka'.
Buku yang sangat menarik untuk dibaca. Sangat sesuai untuk para remaja. Padat dengan aksi yang mendebarkan. Naskhah ini diolah dengan kemas dan susun jalan cerita yang mudah difahami. Permainan emosi setiap watak tu menjadikan jalan cerita buku ini semakin menarik untuk dibaca. Kudos penulis dan editor buku ini! You both did so well!
Saya terbayangkan Kdrama 'Memories of Alhambra' sepanjang tempoh bacaan buku 'Takhta Mayaloka' ini. Ditambah pula dengan sistem AI yang diwujudkan dalam Paksi Mayaloka, menambahkan lagi keterujaan saya untuk meneruskan bacaan buku ini sehingga penamat. Trust me, its worth to read and explore this sci-fi world! Tapi bila part kawan baik Ashraf tu mati, saya pun turut sama rasa sedih tu! 😭
I love Ashraf Anwar as the main character. I think he’s my fav of all K-Lit leads ive read so far and i love them all (ive read 5/9). i love his vulnerability when he talks about feeling guilty, I love that he highly values all his friends (im gonna cry again 😢) i love that he cares.
I throughly enjoyed this book. I love Fikri and his passion. I love Diana for being such a good and supportive friend.
My least like character (after Prof Kamal) would be Syifaa. Her selfishness annoyed me at times but i totally understand her role in the progression of the plot. But still 😤
I cried my eyes out during the duel scene (you know which one) because at some point in the book Fikri became our friend too.
Thank you, author for writing such a heartfelt story. Boleh rasa the camaraderie and the brotherhood tu. This is my first Malay sci-fi and i love it.
Semua orang pergi baca buku ni sekarang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
" Bagi saya, ketidaksempurnaan pada dunia ni, ada keindahannya tersendiri. Ada nilai dalam dunia yang masih punya cela " -Ashraf, m/s 134
Kali pertama bagi saya untuk baca buku bertemakan sci-fi, fantasi ni. Selalu tengok filem/drama je. Teruja jugak lah sepanjang pembacaan. Sebagai seorang yang bukan pemain permainan digital, penulis menerangkan jalan cerita dengan baik; tentang permainan Augmented Reality (AR) yang menghubungkan secara maya dan realiti.
Watak yang diketengahkan agak 'villain' dan tak sangka sejahat itu. Kesempurnaan yang cuba dicapai melalui teknologi digital maya, telah disalahgunakan dan banyak mengorbankan nyawa. Sedih, kecewa, geram semua ada.
Cumanya, pengakhiran cerita agak tergantung. Mungkin saya sendiri mengharapkan lebih daripada Ashraf & kawan2 nya yang akan menguruskan Paksi Mayaloka bersama Syifaa/ Diana. Tapi, itu cuma ekspektasi saya sahaja😂
Ini adalah percubaan kedua aku membaca novel berkonsepkan sci-fi dan hasilnya tidak mengecewakan. Pertama sekali, aku bukan seorang gamer dan sangat jarang bermain game malah game dalam handphone pun kadang-kala install-uninstall. Tapi jalan cerita dalam novel ni yang bertemakan game AR buatkan aku sendiri terasa ingin turut serta bermain dalam permainan tersebut. Ilusi ciptaan yang nampak sangat realistik memang menarik dan dalam masa yang sama terasa agak menakutkan. Terma-terma berkaitan game yang digunakan dapat difahami dengan mudah sekalipun pembaca bukan dari kalangan gamer. Gaya bahasa yang straight forward, jalan cerita yang tersusun dan fast pace membantu melajukan bacaan. Senang cakap, bila dah start baca terus tenggelam dalam Dunia Paksi Mayaloka.
Cerita bermula dengan pelancaran game AR Paksi Mayaloka dan mendapat sambutan yang cukup hebat daripada kalangan student Universiti VerseMedia termasuklah Fikri. Hanya Ashraf yang nampak kurang berminat dengan game tersebut walaupun dia sendiri adalah seorang pemain professional e-sport. Namun ada sesekali Ashraf join bermain bila dipujuk oleh Syifa dan Fikri. Ada part kelakar bila Fikri kenakan Ashraf dalam satu game yang memerlukan mereka buat tarian pelik di tengah kawasan rekreasi yang ramai orang lalu-lalang. Hilang terus macho Ashraf. 😂
However this game is too good to be true. Kecurigaan Ashraf bermula apabila kecoh tentang satu berita kematian seorang pelajar yang dikaitkan dengan Paksi Mayaloka namun berita tersebut tiba-tiba lenyap daripada portal. Ashraf yang sangat risau tentang keselamatan Fikri cuba menghalang kawannya itu daripada meneruskan permainan tersebut namun kedegilan Fikri akhirnya memakan diri. Disebabkan hal yang terjadi, Ashraf bertekad untuk membongkar rahsia sebenar Paksi Mayaloka yang kelihatan indah dari luaran namun mempunyai rahsia gelap yang tersimpan rapi. Niat Ashraf mendapat tentangan hebat daripada seorang lagi kawan baiknya iaitu Syifa. Sebenarnya Syifa mempunyai sebab yang kukuh untuk menghalang Ashraf malah dia turut menyembunyikan satu rahsia besar mengenai penglibatan dia dalam Paksi Mayaloka. Kecurigaan Ashraf terhadap Syifa semakin dalam kerana Syifa beria-ia mempertahankan pencipta Paksi Mayaloka iaitu Prof Kamal yang pernah menjadi role model Ashraf. Kehilangan seorang demi seorang pemain penguji mula membuka mata Syifa untuk mencari kebenaran namun ianya sudah terlambat. Hampir ke penghujung cerita ada sedikit plot twist yang tak disangka kerana berjaya membuatkan tekaan aku salah haha. Apapun akibat yang diterima oleh Prof Kamal sangat memuaskan hati. Serve him right!
Aku suka persahabatan Ashraf dengan kawan-kawannya terutama geng gaming dia yang ternyata banyak membantu Ashraf dalam membongkar misteri Paksi Mayaloka malah sanggup bersusah-payah untuk hack sistem game tersebut. Selain itu, watak yang paling aku suka ialah Diana. For me she is so coolio especially bila dia memanah tepat boss Siluman Antaboga. She is a strong woman dan banyak membantu Fikri dan Ashraf dalam menumpaskan musuh semasa game boss fight. Lagipun Diana juga yang membantu hubungan dua sahabat berbaik semula setelah bergaduh tentang permainan ini kerana Fikri tetap dengan pendirian dia yang Paksi Mayaloka tidak berbahaya. Harap Ashraf pilih Diana ya cik penulis. 🙈
Akhir sekali apa yang boleh aku katakan buku ini adalah page turner. Jalan cerita membuatkan kita membayangkan seolah-olah sedang bermain game, kemudian disajikan pula mengenai misteri kematian pelajar, seterusnya semangat untuk membongkar kebenaran dan melawan kapitalis yang jahat. Setiap emosi digaul dengan baik sehingga kita dapat merasa marah, sedih dan kelakar bersama-sama dengan watak tersebut. Untuk yang ingin mencuba, highly recommended!
"Illusi itu mungkin akan mempengaruhi cara kita melihat realiti, tetapi sebenarnya ia tetap tak boleh mengubah asas realiti itu sendiri. No matter how tempting the illusion is, it's all temporary."- Ashraf
"We're enhancing life through technology, not degrading it," - Profesor Kamal
"Jadi, apa yang berlaku, bukan salah kau."-Fikri
Okay, kejap. Kena tarik nafas dulu sebab wow. That was a really really good read. It's illegal how underrated this book is!
Buku ni mengisahkan tentang Ashraf, seorang pelajar di Universiti VerseMedia yang sedang bergelut dengan insiden lalu yang hampir meragut nyawa rakan serta dirinya. Tidak seperti pelajar lain Ashraf tidak berapa minat dengan permainan AR (augmented reality) yang dilancarkan di universitinya. Sehinggalah, permainan itu meragut nyawa salah seorang rakan baiknya. Demi memuntut keadilan atas kematian sahabatnya, Ashraf nekad mencari kelemahan permainan itu, meskipun nyawa menjadi taruhan.
Puas! Tamat sahaja helaian yang terakhir, memang terasa puas sangat. Daripada awal sampai akhir, tak ada satu saat pun yang membosankan. Ianya ditulis dengan sangat baik! Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan aksi. Watak-watak yang dekat di hati serta babak-babak yang boleh membuat pembaca mengigit jari.
Pertama sekali, buku ni boleh dikategorikan dalam genre shounen. Ingatkan buku ni hanyalah sekadar tentang gaming yang biasa-biasa, tak sangka pula cerita dia macam ala-ala Sword Art Online. Dengan setting yang futuristik; ada robot, headgear, window status etc. Pendek kata, apa yang ada dalam SAO, ada dalam buku ni. Jadi kalau rasa otak tak boleh bayangkan macam mana rupanya, boleh rujuk pada anime tersebut.
Permainan Paksi Mayaloka ni pun lebih kurang SAO. Cuma kalau SAO dia melibatkan minda bawah sedar, tetapi Paksi Mayaloka ni memerlukan kita bermain secara fizikal. Macam VR. Tapi ini bahagian yang saya keliru juga. Maksudnya pada mata orang yang tiada ADria, pemain-pemain ni macam pukul-pukul angin je lah kan? Macam kelakar pulak.
Seterusnya, gaya penceritaan dan penulisan buku ni membuatkan emosi pembaca turun naik. Kita sama-sama rasa gembira, sedih, dan geram seperti watak-watak dalam buku ni. Babak kematian Fikri adalah yang paling memilukan. Tak sangka Fikri betul-betul mati. Ingatkan masuk hospital je. Lepas tu kematian Kaz, Helios😢 Suka bagaimana penulis membina hubungan Ashraf dan Fikri dengan menunjukkan betapa akrabnya mereka berdua sampai Ashraf tidak keruan bila Fikri mati. Saat-saat akhir Ashraf dengan Fikri AI tu..sedih betul😭A very heartbreaking but beautiful scene. Sy juga kagum dengan cara penulis menyampaikan babak-babak aksi. Jelas, teliti dan sangat memgasyikkan. Rasa macam boleh 'nampak' aksi-aksi yang ditulis. One of my most favourite points in this book. The action scenes are just chef's kiss👌😘
Tapi jujurnya explanation tentang data, kod dan benda-benda siber ni memang buat saya pening kepala. Baca banyak kali juga tapi masih tak faham. Kita ni agak buta IT. Terma-terma gaming tu boleh lah faham sikit-sikit sebab biasa juga tengok anime gaming tapi bila dia translate kepada Bahasa Melayu, pelik lah jugak.
Beralih kepada watak pula. Memang suka betul dengan watak-watak buku ni. Setiap watak mempunyai peranan serta signifikan sendiri dalam perkembangan cerita. Firstly, Ashraf memang Kirito vibes habis. Ahsraf mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dan tidak mudah membuat keputusan terburu-buru. Setiap tindakannya akan dilakukan setelah berfikir panjang. Dalam situasi yang menggeramkan pun Ashraf masih lagi boleh berfikiran waras dan bersikap tenang.
Profesor Kamal pula, memang dah agak dia akan jadi villain dalam cerita ni. Berdasarkan pengalaman bertahun-tahun sebagai seorang otaku, orang-orang macam Prof. Kamal ni biasanya akan jadi villain😂 The classic orang yang dikagumi turns out to be a mad villain. Pertukaran watak Prof. Kamal dari figura yang dihormati Ashraf kepada seseorang yang sanggup membunuh demi kepentingan diri adalah sangat lancar.
Tetapi, ada satu watak ni dari awal baca smpailah penghujungnya membuatkan saya geram iaitu watak Syifaa. Menjengkelkan ya dia ni😂 Pada awalnya, ingatkan ada sub-plot romance sebab penulis memberi petunjuk yang Ashraf ada hati dengan Syifaa. Nasib baik penulis tak pergi jauh dengan hubungan ni sebab saya memang tak suka! Syifaa ni pentingkan diri, tak boleh berfikir panjang, dan terlalu lemas dengan masalah diri. Dia yang menjauhkan diri dari Ashraf, dia pula yang bengang apabila Ashraf membawa haluannya sendiri. Berbanding dengan Syifaa, saya lebih suka watak Diana. Diana memang best girl lah! Dari awal sampai akhir Diana sentiasa ada dengan Ashraf, tidak perlu sebagai teman istimewa, cukup sebagai seorang sahabat. Diana akan menjadi orang pertama yang akan membantu Ashraf. Mungkin sy delulu tapi Ashraf macam dah ada suka-suka dekat Diana je🤭 Idk that's just how I see it.
Secara keseluruhan, sebuah buku yang konsisten dari awal hingga akhir. Saya enjoy setiap helaian yang saya baca. Ada buku buat kita mahu cepat habiskan tetapi buku ni buatkan saya sedih apabila smpai ke akhirnya. It's such a good book, I don't want it to end. Susahlah nak move on ke buku lain lepas ni. Cuma ending dia agak abrupt? It'll be good if the author can include an epilogue of some sort. Baru rasa ada proper closure.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku first from K-Lit (Karangkraf) yang aku baca. First thing first, kalau nak baca buku ni, for the best experience, kau adalah gamers, sebab buku nii cerita pasal Sci-Fic (game) and then ada selit bab-bab teknologi, kita salu dengar psl AI which is Artificial Intelligent, but this book bring me to the another one, Augmented Reality (AR), so buku nii mix kedua-duanya.
Aku bagi sikit psl buku ni, yg mana cerita dia pasal Ashraf Anwar, siswa kat Uni Versemedia dan kawan-kawan dia student situ juga, Syifaa, Fikri dan Diana. Apa yang aku rasa amazing dlm dunia fiksyen ni, kita boleh buat 1 uni based on Gaming and Technologies, yg mana ada sorang lecturer dorang ni nama dia Prof. Meer Kamal, aku panggil dia pentaksub kemajuan teknologi n inovasi yang sangat fanatik, cipta sebuah dunia game dalam bentuk AR yang diberi nama Paksi Mayaloka. Game ni based dia dekat Uni tu sendiri, dorang diberikanlah alat-alat yang akan memberikan pengalaman dan perasaan sebenar dalam dunia game.
Macam ditulis kat belakang buku, Ashraf nii dia memang pro player dalam game, dia rasa curiga macam mana dunia game boleh diterjemahkan ke alam realiti dengan sempurna. Kenapa ada artikel pasal kematian orang main Paksi Mayaloka ni? Haa yang tu para pemain game kena baca cerita ni. Aku spoil siket la, ada orang mati,betul laa tu😝.
For the story line, as orang yang main macam-macam game, MOBA, FPS, adventure style punya, aku boleh kasih ⭐️⭐️⭐️⭐️, boleh kata mindblowing jugak, dari sudut game tu sendiri lah. Cuma kalau laa ada ilustrasi kan,mesti lagi best😚, sebab sepanjang aku baca, aku berimaginasi gila-gila macam mana game ni dimainkan, suasana Uni tu sendiri, wuu mesti gempak kan.
Kalau moral dan lessons aku dapat dalam nii, aku belajar, dalam dunia ni takkan ada 1 kesempurnaan sebab yang sempurna tu cuma yang Maha Esa. Sungguh hebat pun teknologi, inovasi tu takkan mampu mengalahkan ciptaan Tuhan (Ehek, don jdi Ustaz).
"Ketidaksempurnaan pada dunia ni, ada keindahannya tersendiri. Ada nilai dalam dunia yang masih punya cela."
Takhta Mayaloka, sebuah novel bergenre fiksyen sains, mengisahkan usaha Ashraf Anwar dalam menghalang permainan realiti terimbuh Paksi Mayaloka itu daripada membawa bencana demi kesempurnaan yang ingin dikecapi. Walaupun usahanya hampir menemui jalan buntu, tetapi dia yakin bahawa kejahatan tidak akan menang serta dunia yang sempurna itu tidak semestinya indah.
Novel ini bertemakan kepercayaan yang melatari plot utama sekitar Ashraf, Syifaa, Diana dan Fikri. Hubungan mereka mula terancam berpunca daripada permainan yang perlahan-lahan meracuni sifat manusiawi pelajar Universiti VerseMedia. Sepanjang penceritaan, pembaca akan menerokai teknologi yang dibangunkan oleh Profesor Kamal bersama misinya yang umpama mempersoalkan takdir. Sebagai peminat fiksyen sains, elemen tersebut kurang menarik perhatian kerana ideanya yang pernah disentuh pada karya lain di luar sana. Walaupun begitu, penulis bijak menimbulkan konflik yang serius berpunca daripadanya menjadikan plot lebih menarik. Selain itu, terdapat banyak babak yang sarat aksi menjadikan aliran penceritaan bergerak pantas walaupun pada sepertiga awal cerita dirasakan agak mendatar. Klimaksnya pula mampu membuatkan perasaan pembaca bercampur akan taktik kotor yang digunakan Profesor Kamal menjadikan dirinya antara antagonis yang licik.
Secara kesimpulannya, novel ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba karya bergenre fiksyen sains. Sebagai karya debut, novel ini berjaya menggabungkan sains fiksyen dan drama lantas menjadikan karya ini sesuai untuk bacaan umum. Semoga novel ini mampu menjadi titik mula kepada pembaca tempatan untuk terus mencari bacaan bergenre ini yang ada di luar sana serta turut meraikannya kelak.
Best!! Cerita tak cliché, plot twist memang unexpected and even character development sangat smooth!
But I have a complaint about Syifa!
Dia bukan ke sepatutnya jadi FL? Tapi kenapa dia terlampau immature? First of all, I think dia tak sepatutnya lebih traumatize daripada Ashraf, sebab yang tikam pesalah tu Ashraf, bukan Syifa, dia just tebusan. Yes, trauma dia valid, tapi tu tak bermaksud dia kena berahsia daripada Ashraf supaya Ashraf tak risau, it's not even the right move to do so.
And tak faham kenapa dia nak berahsia sangat sedangkan dia sebenarnya tak tahu pun PM tu berbahaya dan boleh meragut nyawa? So apa sebabnya dia sangat nak berahsia dengan Ashraf? Just semata dia nak baiki diri daripada trauma tiga tahun lepas? 🤨
Character dia sangat annoying imo, sebab even Ashraf dah bahayakan diri sendiri, pengorbanan dia sia2 je, last2 Syifa being so obvious she knew everything sampai Prof Kamal tangkap dia, and in the end, Syifa ni tak bantu apa2 pun except for the last duel.
Kerja dia menangis and rasa bersalah without no further action taken, she just make things worse. 😭
But apa-apa pun, kudos to author for this book, sebab storyline lain dari yang lain and plot, cara penulisan, etc semua memang gempak gila especially for a debut author. Just syifa tu je I tak suka haha 😆
This entire review has been hidden because of spoilers.
The plot twist dalam buku ni *chef kiss*. Best bila baca, tak ada part yang bosan langsung. Emosi yang cuba disampaikan oleh penulis pun dapat dirasai ye bila baca tu. Scene lawan pun sangat detail and mudah untuk imagine. Overall, I really enjoyed reading this book!
Kisah seorang pemain e-sports, Ashraf Anwar yang merupakan pelajar kepada Universiti VerseMedia merasa curiga pada permainan AR iaitu Paksi Mayaloka yang menghubungkan dunia maya dengan dunia sebenar. Pada mulanya Ashraf tidak berminat dengan dunia AR tetapi setelah berlakunya kejadian yang menimpa sahabatnya membuatkan Ashraf ingin siasat permainan AR ini yang kononnya dikatakan sempurna oleh Profesor Kamal.
Pada permulaanya lambat sikit nak hadam istilah permainan yang digunakan. Tetapi setelah menelusuri beberapa halaman baru perasan di halaman belakang ada daftar istilah mengenai permainan, sedikit bantuan dari adik dan Mr Google, barulah faham begini kejadiaannya. Sebabnya kita nak bayangkan rupa raksasa, alat senjata yang digunakan baru lah best nak baca. Istilah gaming pun tidaklah sulit sehingga sukar difahami oleh bukan gamers.
Buku ini kena dengan selera saya sebagai non gamers. Pengolahan cerita digarap dengan baik, tidak cliche dan meleret. Keseluruhan plot cerita laju sehingga menuju kemuncak memberikan keterujaan ketika membaca. Karakter Ashraf saya suka sebab dia berada dalam realiti. Dia tidak mudah goyah dengan teknologi AR-AI yang pada akhirnya telah meragut beberapa nyawa pelajar. Bagi saya setiap karakter dalam buku ini menggambarkan peranan masing-masing dengan jelas dan menjadikan setiap babak itu menarik.
Babak permainan dan perlawanan di Universiti Versemedia ni ditulis dengan terperinci buatkan saya rasa nak pakai ADria dan sertai sekali permainan dalam buku ini. Nak rasai sendiri dunia ilusi yang dicipta oleh Profesor Kamal walaupun hakikatnya ia tidak boleh mengubah asas realiti itu sendiri. Bila dah terlalu taksub dengan projek yang dibina, hilang segala kewarasan dan keperimanusian semata untuk jayakan projek Mayaloka.
”No matter how tempting the illusion is, it's all temporary. Kalau teknologi tu gagal berfungsi? Kita semua tetap akan berbalik pada realiti juga. Jadi, ilusi selamanya tak akan berjaya mengubah realiti." - Ashraf
Secara keseluruhan, Takhta Mayaloka adalah novel sci-fi yang sangat menarik untuk dibaca. Istilah gaming pun tidaklah sulit sehingga sukar difahami oleh bukan gamers.
saya masih tak percaya yang buku sehebat ini tak ramai yang hype? loikeee are you guys forreal????
buku bahasa melayu dan bergenre scifi; pada mulanya saya takut nak baca sebab buku ni tebal, 420 muka surat. genre scifi ni kadang-kala memerlukan waktu yang sangat panjang untuk saya habis baca dan hadam; dan saya tak suka.
tetapi untuk buku ni, SAYA SENGAJA BACA LAMBAT-LAMBAT SEBAB TAKNAK CERITANYA TAMAT. SAYA TAK PUAS BACA ‼️
Universiti VerseMedia merupakan universiti yang unik dan berbeza kerana para pelajar menggunakan inovasi AR dalam sesi pembelajaran mereka. Prof Kamal, pioneer dalam inovasi tersebut, memperkenalkan sebuah projek terbaharu yang bernama “Paksi Mayakola”, iaitu satu permainan AR yang membolehkan pelajar melawan raksasa, bermain pelbagai mini game atau bersaing antara satu sama lain untuk mengejar ranking dan mengumpul mata bagi menebus ganjaran seperti keperluan harian atau digunakan untuk menambahbaik keperluan in-game.
Ashraf, seorang e-sport streamer yang mempunyai kisah silam tersendiri mula curiga dengan permainan yang dilihat sangat sempurna dan mula menyiasat tentangnya, tambahan pula apabila rakannya sebiliknya nampak bersungguh benar bermain.
Sebuah buku yang fast-paced, tiada unnecessary fillers. Setiap details mengenai game dan worldbuilding tidak diterangkan dalam bentuk diskriptif yang membosankan. penulis sangat pandai mengolahnya dalam bentuk dialog antara karakter dan jalan ceritanya bergerak sangat smooth sehingga akhir. saya tak rasa seperti disuap-siap informasinya secara paksa. saya dapat lihat penulis sangat teliti menyusun plot dan setiap watak yang muncul dalam naskah ini sangat relevant dan bukan sekadar mengisi kekosongan sahaja.
approach kisah ini sangat menarik, tentang game dan fokus tentang garis antara dunia maya dengan dunia sebenar. fuh, sebagai peminat anime Sword Art Online, saya mudah membayangkan latar dunia ini. MetaGrip bertukar menjadi senjata dan boss fight memang buat adrenaline rush 📈 sangat seronok baca!
watak syifa yang menyakitkan hati dari awal hingga akhir buku membuatkan saya mencampak buku beberapa kali tetapi takpelah, saya faham je. btw, lurveeee watak diana! i love her so much ugh‼️saya memang suka bow user 🏹💗 so smart, badass and slayyy!
okay taknak cakap banyak, SEMORANG KENA BACA YA BUKU NI‼️ LEGIT BEST 😭☝🏻