Setelah dipecat daripada jawatan pengurus projek, Izzat pulang ke kampung dan menjadi pekebun pisang. Namun begitu, kisah lalu tidak berhenti menghantuinya.
Safa, setiausaha Datuk Kamal dan sahabatnya, Yusnizal datang mencari ke kampung. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Seorang ingin mengungkap kebenaran dan seorang mahu mengambus segala kebatilan.
Lari daripada politik pejabat yang memualkan, Izzat tetap tidak menemui ketenangan yang dicari. Politik kebun pisang juga kejam dan sama menyakitkan sehingga menyebabkan Izzat sedar dia perlu bangkit untuk melawan!
Bacaan yang lancar dan penceritaan yang straight forward. Senang hati rasa membacanya, tak perlu sakit kepala haha.
Bangkit menceritakan mengenai kisah Izzat yang berdedikasi tetapi ditikam belakang oleh rakannya sendiri. Kecewa, Izzat pulang ke kampung dan mengusahakan kebun ayahnya dengan tanaman pisang.
Terdapat dua cerita yang berjalan serentak. Kisah siasatan Datuk Kamal melalui Safa tentang kes kegagalan projek Kementerian Pertanian dan juga kepayahan yang perlu dihadap oleh pekebun kecil untuk memajukan perniagaan. Baik di bidang korporat mahupun pertanian, tetap ada manusia-manusia yang iri hati dan mahu menjatuhkan orang lain dengan cara yang salah.
Saya mengenali penulis melalui titipan pengalamannya yang lucu bersama anak didik di kelas agama. Rupanya Ustazah Suri berkelulusan IT dan pernah berkecimpung dalam bidang itu. Seperti yang dinyatakan di belakang buku, ilham kisah ini adalah pengalaman sendiri dan juga cerita orang sekeliling. Dahsyat juga ya politik pejabat syarikat IT ni.
Buku ini datang dengan free gift yang comel. Sebatang highlighter kuning dan sign tags berwarna-warni. Tak sangka juga dapat walaupun order online saja.
Semoga penulis dikurniakan ilham untuk menghasilkan karya-karya seterusnya.
Plot sangat teratur, tak pening nak baca sangat straight forward je ceritanya.
Kisah Izzat yang bawa rajuknya selepas kena sabotaj dekat tempat kerja, balik ke kampung dan usahakan kebun pisang.
Dunia korporat ni tak indah mana pun, aku suka novel ni ketengahkan politik yang berlalu dalam dunia korporat.
Ayah aku pun ada kebun so memang tahu sangat struggle nak usahakan kebun macam mana. Apa yang Izzat experienced, orang pedajal kebun dia, aku dah tengok bende tu jadi kat kebun ayah aku🥲 sebab tu agaknya rasa cerita ni dekat sangat dengan aku 🥹🫶🏻
Yang paling penting Izzat dengan Safa. OMGEEE😭❤️🩹 part dorang ciput je, tapi maniss sangat ya kenapa comel sangat?!!!🥰 gewamm!! nak picit je rasa 2 ketul ni😍🤏🏻
"Dalam dunia ini memang ada orang yang bersifat hasad dengki. Apabila kita bangkit dan melawan, bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang jahat. Kita hanya mempertahankan hak kita."
PADU BETUL BUKU INI!! Bangkit menceritakan kisah Izzat, seorang programmer yang sangat berdedikasi dan jujur dengan kerjanya, tetapi akhirnya dibuang kerja kerana ditikam belakang oleh orang-orang yang dia percaya. Izzat pulang ke kampung dan memulakan kerjaya sebagai petani pisang. Namun, orang-orang di syarikat lamanya mula menyiasat akan kebobrokan yang berlaku atas pemecatannya yang tidak adil, maka disitu kisah Izzat, Safa, Yusnizal, Datuk Kamal dan yang lain-lainnya bermula.
Aku sangat syorkan untuk baca buku ini. Disamping sentiasa rasa mengidam nak makan kerepek pisang, jalan ceritanya juga sangat straight to the point. Tiada berkias-kias dengan ayat yang susah difahami. Penulis juga sangat arif dalam programming. Macam-macam ilmu tentang programming, pisang, kerepek pisang dan lain-lain lagi boleh dapat dengan baca buku ni.
Penulis juga pandai bermain dengan watak-watak dalam buku ini. Terasa panas hati dengan Feliza, Yusnizal dan Vivi dengan perangai-perangai buruk mereka. Itu juga salah satu sebab aku tak boleh berhenti baca buku ni. Sebab nak tahu pengakhiran bagi orang-orang yang zalim dan suka menganiaya orang lain macam mereka.
Akhir kata, bacalah buku ini. Memang menarik!
PS: Aku betul-betul kena cari kerepek pisang. Mengidam teruk sangat sebab baca buku ni haha. Kerepek pisang tanduk yang bergula memang favorite aku hehe.
Novel-novel K-Lit sememangnya berada dalam kelas mereka tersendiri dan termasuk juga lah novel ini. Kulit muka buku yang diletak sangat bersesuaian dengan konteks cerita. Tajuknya ‘Bangkit’ menceritakan tentang perjuangan dalam mempertahankan hak.
Mengisahkan tentang watak utama, Izzat, seorang pemuda berdedikasi dalam kerjaya, telah diberhentikan dengan notis 24 jam secara serta merta atas sebab disabotaj orang yang suka melihat kejatuhan orang lain. Izzat membawa hati yang duka pulang ke kampung dan mengusahakan tanaman pisang. Safa, seorang gadis manis, setiausaha kepada timbalan pengarah syarikat telah ditugaskan untuk menyiasat perkara sebenar. Konflik demi konflik berjaya dirungkai misterinya dan saya tak sabar nak baca helaian seterusnya untuk mengetahui siapakah dalang sebenar.
Politik tempat kerja, tak kira dalam dunia korporat atau pun di industri kecil seperti pertanian kecil-kecilan, semestinya ada. Kisah yang diceritakan dalam novel ini saya dapat bayangkan ada terjadi dalam dunia sebenar. Menarik bagi saya sebab tak pernah lagi saya baca novel seumpama ini. Sangat direkomen pada pembaca yang inginkan kelainan. Pengolahan cerita dari segi teknikal seperti perkara yang berkaitan programming dan pengurusan pejabat juga amat detail. Saya puas hati sangat bila hukuman setimpal dikenakan pada watak-watak yang sepatunya tu, pada pengakhiran cerita. Secara keseluruhan, saya sangat enjoy membaca novel ni. 4.5 bintang !
Saya suka buku ni. Cerita, penceritaan, semua kena dengan selera. Saya rasa Bangkit salah satu novel yang kita boleh syorkan buat mereka yang kata, semua novel Melayu sama.
Dunia IT, walaupun pembaca tak ada asas tapi masih boleh faham. Drama dan politik pejabat, menarik. Unsur cinta ada, tapi tipis. Olahannya juga matang. Elemen pemerkasaan wanita, juga ada. Humornya tidak terasa dipaksa-paksa. Dan saya suka unsur masyarakat Jawa yang penulis selitkan. Rasa dekat dan mesra.
Saya pasti akan menanti buku seterusnya daripada penulis.
Menghabiskan bacaan dengan perasaan puas hati! Aku suka, suka, suka novel kerjaya begini. Bukan sekadar berkisah tentang kerjaya pengaturcara IT dan pekebun pisang tapi disulam dengan sikap-sikap manusia yang pelbagai. Jikalau mahu kisah drama pejabat sampailah drama kebun, inilah novelnya.
Penulis boleh menulis latar kerjaya paling moden atau paling berteknologi tinggi, tapi yang menjadikan cerita itu bernyawa ialah sisi-sisi manusia yang ada pada watak-wataknya. Sisi manusia yang tak sempurna. Ia menjadikan cerita itu tidak kaku kerana pada akhirnya kita menulis untuk dibaca manusia juga.
Sebenarnya watak yang paling aku suka ialah watak Yusnizal. Yusnizal ialah watak yang kau boleh maki dan kasihan pada masa yang sama. Babak-babak paling comel tentulah babak antara Safa dan Izzat. Tak berlebih-lebih. Secukup rasa.
Selain Takhta Mayaloka dan Kifayah, ini satu lagi terbitan K-Lit kegemaranku.
Buku ini bukan buku cinta! Alert bukan buku cinta! Tapi dia tentang bangkit dari kejatuhan. Siapa dalam dunia korporat suka buku ni sebab again and again dia remind kita the most important thing in work place is to COVER YOUR ASS. Semua mesti ada email, documentation dan bukti. Nak gaduh boleh…bukti mana. Lol.
Character building menarik. Character introduction yang natural, kena dengan tempat nya. Jalan cerita tak serabut, ikut flow yang bagus.
PUAS! Iya, saya mendapat kepuasan setelah membaca naskhah setebal 385 halaman ini. Setiap watak yang ada, diperincikan dengan begitu baik oleh penulis. Dari sebesar besar watak hero sehinggalah sekecil kecil watak sampingan.
Berkisar tentang Izzat yang diberhentikan kerja kerana sabotaj daripada pihak musuh di tempat kerja. Fikirnya, segalanya telah selesai. Namun, kisah semalam kembali dibuka. Menjadikan dia kini seperti orang buruan. Satu demi satu musuh yang lama kembali mengacau hidupnya. Apakah Izzat benar benar akan mendapat keamanan dalam hidupnya?
Suka saya dengan dialog yang digunakan watak watak yang ada. Kelihatan realisitik. Suka saya bila melihat adegan konfrontasi antara watak antagonis di dalam buku ini. Tambahan pula, suka saya dengan balasan yang diterima setiap watak jahat yang ada. Tiada yang terkecuali. Itu sebab saya berpuas hati dengan karya ini.
Untuk penulis, semoga mampu menghasilkan karya seperti ini pada masa mendatang. Tahniah buat penulis.
Izzat seorang pengurus projek diberhentikan serta merta atas tuduhan yang bukan salahnya. Setelah berhenti dia mula terlibat dalam dunia penanaman pisang. Namun kini dia mula didatangi oleh insan-insan daripada tempat kerja lamanya. Masing-masing dengan agenda tersendiri.
Sebuah naskah yang pace penceritaannya agak laju namun sangat tersusun. Rasa licin je pembacaan tu. Seronok membaca terasa dari awal pembacaan hingga ke mukasurat yang terakhir.
SH suka dengan sikap Izzat yang mengambil langkah berhati-hati. Sebab manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kena tengok dan perhatikan dahulu. Kemudian baru buat keputusan yang sewajarnya.
Membaca naskah ni terus rasa teringin nak makan kerepek pisang. Macam sedap je kerepek Wak Tonah ni. Terliur pula. Dengan kopi kampung pula tu. Berkeroncong terus perut yang penuh ni.
Angkara dengki dan iri hati macam-macam boleh terjadi. Bila hati dah hitam halal haram dah tak dipedulikan. Apatah lagi jika melibatkan wang ringgit. Masing-masing jadi gelap mata. Tak dapat cara nyata, ilmu hitam turut dijadikan sandaran bagi mereka untuk memenuhi hasrat di hati.
'Beauty privilege' ni sememangnya nyata. Walaupun tak semua yang cantik kelakuannya sama tapi ramai yang suka menggunakan kecantikan mereka untuk kesenangan duniawi.
LOVE LOVE THE PLOT!!! very interesting!!! cuma main character mcm bukan main character i feel like others character are the main one….but overall i love how fast-paced and how everything was described in this book!! enjoyed it and the last scene got me blushing SO HARD I WISH THERES MORE ROMANCE
Judul: Bangkit Penulis: Suri Mawarne Penilaian: ⭐⭐⭐⭐🌟(5/5)
Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan buku ni..Patutlah ada orang boleh habis baca dalam sehari. Buku sangat2 bermotivasi..
Petikan pilihan aku yang betul-betul jadi punca kepada keseluruhan cerita: > "Semuanya salah kau!... Kenapa kau yang dapat pujian? Kenapa bukan aku? AKU juga layak dipuji! Aku juga layak dipilih… Aku juga layak bahagia!!"
Watak paling aku suka? Ravi. Walaupun kita fokus pada Izzat, Ravi antara watak yang betul-betul buat aku rasa terkesan. Orang tak tahu apa-apa, tiba-tiba ganti tempat orang lain, kena potong gaji… nasib baik ada bukti. Aku pernah rasa macam tu — disuruh mula balik dari kosong. Sakitnya masih terasa.- scene dia buat aku teringat..
Babak paling aku ingat sampai sekarang: Feliza pura-pura dikejar Yusrizal & jatuh tangga. Serius kelakar! Bukan Yusrizal je rasa nak tengok je — aku pun sama! “Bodoh betul…” Kaki bersemin percuma!
Apa yang aku paling respect — penulisan dia sangat kemas dan tersusun. Bahagian IT dijelaskan dengan baik, tak nampak dibuat-buat walaupun aku bukan dari bidang tu. Kagum dengan research penulis.
Kesimpulannya, buku ni lebih daripada kisah cemburu. Ia tentang kebangkitan selepas dijatuhkan oleh orang yang paling kita percaya. Dan plot "tikam belakang" tu — bukan je berlaku dalam dunia profesional, tapi juga di kampung.
Highly recommended untuk yang suka fiksyen realistik dengan emosi dan mesej kuat.
Semalaman menelaah naskah ini. Bersambung pula selepas Subuh tadi. Naskah yang sukar untuk diletakkan. Penuh dengan kejutan pada setiap helaian.
Memaparkan kisah - kisah semasa yang berhubungan dengan isu - isu di perusahaan / pejabat serta perniagaan. Macam menonton drama!
Naskah ini boleh dilabel sebagai ‘straight to the point’. Tidak sukar mengikuti penceritaan yang diketengahkan. Olahan bahasa yang ringkas, tidak berbelit, tidak sukar difahami dengan penggunaan dialog-dialog perbualan yang ringkas dan padat menyebabkan naskah ini “sedap” dibaca.
Ada banyak watak yang diketengahkan. Namun semua watak tidak terkecuali serta mempunyai peranan tersendiri.
NOTA:
Sebagai bekas pelajar IT, saya mengakui naskah ini amat mudah diikuti memandangkan telah terbiasa dengan terma - terma yang digunakan.
Namun untuk pembaca yang tidak mempunyai latar belakang IT sekalipun, naskah ini jua mudah difahami memandangkan penulis juga memberikan perincian secara tidak langsung melalui olahan ayat yang mudah.
”Dalam dunia ini memang ada orang yang bersifat hasad dengki. Apabila kita bangkit dan melawan, bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang jahat. Kita hanya pertahankan hak kita.”
Politik kerja. Politik bidang IT. Politik kebun pisang.
Terjalin kemas kisah Izzat, seorang senior programmer dalam syarikat Manggis yang dibuang kerja kerana perbuatan khianat rakan sekerja, lalu kembali ke kampung mengusahakan kebun pisang milik ayahnya. Kemudian, datangnya Safa dan Yusnizal dari syarikat Manggis dengan dua matlamat berbeza.
Penceritaan alam pekerjaan digambarkan dengan begitu mendalam dan teliti. Pembaca dibawa untuk mengetahui tentang perjalanan projek dalam syarikat Manggis, lantas memahami konflik yang timbul dalam novel Bangkit ini.
Permulaan cerita yang benar-benar memancing pembaca. Peristiwa demi peristiwa, imbas kembali mahupun masa kini, akhirnya membawa kepada peleraian kisah yang begitu menarik. Pendedahan khianat serta akibat perbuatan masing-masing menjanjikan sebuah kisah penuh pengajaran tentang politik alam pekerjaan yang mungkin dihadapi seseorang.
Sebuah bacaan yang membuka mata tentang politik alam pekerjaan, sungguh mengesankan.
Saya suka baca buku yang jalan cerita dia pantas, tak meleweh dan Bangkit ni memberi saya plot sebegitu.
Cerita tentang Izzat, salah satu pengurus projek syarikat Manggis yang teraniaya, lalu membawa diri ke kampung halaman di Banting setelah diberi notis pemberhentian kerja selama 24 jam tanpa bela diri. Di Banting, Izzat mengusahakan kebun pisang dibantu oleh 2 orang pekerja.
Kehadiran Safa, setiausaha Datuk Kamal bertemu Izzat untuk menyiasat tentang kes projek Izzat yang diluputkan tanpa penyiasatan yang rapi menjadi pembuka cerita betapa dahsyatnya skandal yang berlaku di dalam syarikat Manggis.
Kita dihidangkan dengan kisah tikam belakang, sabotaj, kaki ampu, kaki sondol dan mistik pun ada juga yaaa. Tapi tak berlaku dalam syarikat Manggis la, dia jadi dekat kebun pisang Izzat. Hahaha
Tema dia kalau ikutkan biasa je, boleh jumpa dekat novel lain juga bila bab2 company besar sabotaj keja orang sana sini. Tapi cara Mawarne kembangkan plot tu buat saya tak senang duduk ye nak habiskan buku ni. Geram gila dengan watak2 antagonis macam Vivi, Yusnizal & Puan Feliza. Dan saya tak terkejut pun dengan watak Feliza tu. Dia wujud je dalam masyarakat. Paling bahaya sebab dia pandai tutup kesalahan dia dengan watak beragama. Suci kononnya. Gituhhh.
Kisah cinta pulak tak terlalu diberatkan dalam novel ni. Sekadar penambah rasa dalam cerita. dan pickup line yang dilontarkan oleh Izzat secara bersahaja tu tak membuatkan saya rasa cringe. 🤣
Yang kurang bestnya part Izzat disabotaj tu ditulis berulang kali. Mungkin diperlukan untuk menguatkan jalan cerita tapi bila baca banyak kali rasa macam ermm, nak yang lain boleh? Mungkin boleh selitkan fakta-fakta lain yg macam buat kita rasa weyy seriusla Izzat tak share kat orang lain. Orang kata last bullet la. Especially masa meeting tatatertib dengan Datuk Kamal untuk projek dengan Kementerian Pertanian. Semua tu kita dah baca dalam bab2 sebelum tu.Tentang Raof, tentang Ravi. Mungkin kalau nk cerita, cerita habis masa dekat meeting tu tak perlu dikongsi dalam bab2 sebelumnya. Untuk saya lah.
Tapi bagi saya, menyatukan IT dan pertanian dalam satu plot cerita yg mendebarkan, sejujurnya saya teruja baca novel ni sampai habis.
Semoga terus sukses cik penulis! Saya tunggu buah tangan cik Mawarne seterusnya 😆
This entire review has been hidden because of spoilers.
🍌Bukan senang nak senang. Itulah dia kehidupan seorang insan bernama 𝑰𝒛𝒛𝒂𝒕. Pakar dalam bidang IT dan menjadi senior programmer Syarikat Manggis tidak juga menjamin kehidupan yang tenang tanpa sebarang hasad dengki orang.
🍌Nak dijadikan cerita dia dikhianat dan diberhentikan kerja dengan notis 24 jam. Hati siapa je en tak sakit bila segala penat lelah berhempas pulas menjayakan projek besar syarikat yang makan masa berbulan tapi akhirnya corrupt begitu sahaja. Tambah pulak kena berhenti kerja haih sedeyhhh (voice edna😂).
🍌Jadi, Bangkit akan membawa korang in details kisah Izzat dan juga pekerja² di Syarikat Manggis. Adakah mereka berterusan dikaburi dengan pihak yang kejam atau mereka mengambil jalan untuk selidik kes ini?
🩵 PERSONAL REVIEW 🩵
Sbb apa aq letak ayat Wak Sharip kat ats sekali? Bukan sbb boleh tapi sbb karakter dia ni aq suka ye. Diam tapi berisi (yang baik).
Penulisan memang sesuai diterbitkan under K-Lit sebab setiap bahasa yang disampaikan oleh penulis sgt tiptop!👌
Jalan cerita yang disusun sgtlah teratur & bila masa terbongkar rahsia semua tu perghh tu paling aq suka🤩
Sikap bersahaja Izzat ngorat Safa pun eceyh kemain eh dia😂 Mat romeo gak si Izzat ni.
Tapi, bijaknya Izzat dalam mengatur strategi tu lagi aq suka! Lebih² lagi cara dia simpan back up semua kerja yang dia dah buat tu sangatlah membantu dia nanti.
Banyak jugak ilmu dalam bidang IT aq dpt dari sini🤭
Overall suka sangat baca novel dari K-LIT. First time baca dari K-LIT dan yup totally recommended 🤗
Sebuah kisah yang cukup rempah dan memang refleks dengan kehidupan seorang yang bekerja pejabat. Memandangkan tugas sendiri adalah terlibat dengan projek, novel Bangkit ini seperti melihat diri sendiri dan rakan sekerja dalam dunia realiti.
Ceritanya fast pace. Idea cerita yang baru dan segar. Lawak yang sampai. Flirting yang buatkan pembaca blushing.
Dan yang menakjubkan, sebagai seorang yang sebelum ini tidak boleh membaca dalam kereta bergerak, saya dapat habiskan bacaan ketika dalam kereta menuju ke kampung. Sebab apa? Ceritanya terlalu hooked.
Tahniah kepada penulis! Saya nantikan karya akan datang.
Semudah itu tajuknya. Bertepatan dengan isi cerita.
Bercerita akan ketidakadilan dalam sebuahb organisasi. Ketamakan, iri hati dan kekuatan untuk bangkit menjadi intipati novel karya Suri Mawarne.
Izzat, anak muda yang ditindas tanpa pembelaan yang sewajarnya. Pulang ke kampung, dengan ralat di hati. Namun, anak muda berjiwa waja ini tidak pernah hanyut dalam kekecewaan. Bangkit memajukan perusahaan pertanian pisang. Dibantu rakan-rakan sekampung.
Kembali mrmbawa harapan baru, tanpa sedar sifat iri manusia itu ada di mana-mana sahaja. Baik ketika berhadapan, tersorok pisau yang tajam di belakang tangan. Itulah keadaan yang dihadapi Izzat, sewaktu pohon pisang mula menampakkan hasil. Anak muda ini panjang akalnya. Tidak mahu berputus silaturrahim, tindakan bijak dan halus digunapakai bagi memberi sedar si pelaku. Warga tua, yang sentiasa menindas penduduk kampung.
Safa, gadis kecil molek yang merupakan 'mastermind' di dalam novel ini. Jenuh usaha merungkai simpulan, pelbagai manusia ditemui namun buntu. Izzat, 'si pelaku' turut tidak memberi kerjasama di permulaan cerita. Pertemuan di Banting, tanah kelahiran pemuda itu tidak sedikit pun melembutkan hatinya.
Julia, Ravi, Rauf, Vivi, Datuk Kamal, Yusnizal..siapakah mereka? Apa kaitan mereka di dalam kegagalan Projek Kementerian Pertanian? Siapakah dalangnya? Apakah keperluan untuk mengusir Izzat dari Manggis?
Terma-terma IT digunapakai di dalam novel ini. Jangan khuatir, penulis turut menyertakan maknanya.. dalam cara yang tidak membosankan.
Ada terselit momen cute/manis di antara Izzat dan Safa. Bunga-bunga cinta yang terbit, diolah dengan molek. Tidak perlu dibobokkan dengan scene² asmara yang tidak elok pada pembacaan remaja (maaf, saya sangat beremosi #bacabaran dengan lambakan novel-novel yang tidak ada tapisan dari sudut scene di bilik tidur, pelukxx, cumbuxx).
Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, buku ini sesuai untuk pembacaan semua lapisan masyarakat. Inilah sebenarnya kehidupan yang kita lalui. Hasad saat melihat orang lain dianugerahkan sedikit kelebihan, dendam tatkala cinta ditolak mentah-mentah, mengeksploitasi kecantikan untuk mendapatkan kemewahan dengan cara yang singkat, rasuah di dalam dunia korporat, kepercayaan yang hilang dek ketidaksetiaan.
Bangkit, saat kau jatuh! Itulah kemenangan yang enak dinikmati.
Novel ni adalah antara novel yang jalan ceritanya akan selalu lekat dalam minda Nani. Bab pertama novel ni sudah dicampakkan konflik untuk para pembaca perah otak. Penulis tak bagi ruang untuk pembaca merasa bosan. Setiap bab ada issue berbangkit yang penulis utarakan sama ada penulis akan masukkan konflik atau menerangkan motif konflik tersebut. Penulis pandai menyusun plot hingga tak ada ruang untuk pembaca merasa bosan.
Ini drama melayu versi Intelektual. Setiap situasi dalam bidang IT yang ditulis mudah difahami dan buat pembaca lebih faham situasi yang sedang berlaku. Sebagai seorang yang pernah berada dalam bidang It juga, saya boleh kata kebanyakan babak-babak yang menggambarkan keadaan dalam syarikat it yang ditulis dalam novel ini tepat. Penulis menulis tentang bidang It dalam novel ini mengikut pengalaman sendiri.
Tidak hanya bergantung pada tema percintaan sahaja tetapi lebih banyak memfokuskan konflik yang dibangkitkan. Tetapi ini mungkin satu pendapat yang bersifat berat sebelah kerana Nani pernah terlibat dalam bidang IT. Jadi sangat mudah untuk Nani faham terma dan frasa yang diungkapkan dalam novel ini. Setiap pembacaan Nani mengimbau kembali zaman belajar dan bekerja dalam bidang IT. Teruja betul dapat tahu ada novel sebegini di pasaran.
Adegan romantik antara safa dan Izzat sangat comel. Adegan romantik yang tak keterlaluan buat novel ni sesuai untuk semua peringkat umur. Saya tersenyum-senyum sendiri bila baca novel ni. Comel betul interaksi antara safa dan Izzat. Seorang suka mengusik dan seorang menyambut usikan tu.
Novel ini sangat berbaloi untuk anda baca. Plot yang sangat cantik dan Watak-watak yang berperwatakan menarik. Dari orang asing yang tersangkut dalam satu masalah yang sama menjadi sekutu. Nani jatuh cinta dengan watak Izzat dan safa. Such cute couple.
Saya suka buku-buku yang saya pilih dua bulan kebelakangan ini kerana semuanya mempunyai tema tersendiri dan kepelbagaian plot. Begitu juga dengan buku ini.
Kisahnya mudah, tentang khianat dunia korporat dan juga khianat dunia kebun.
Cerita terus dimulakan dengan insiden yang berlaku. Izzat tidak berdaya untuk melawan pada hari dia diberhentikan kerja, lalu membawa diri ke kampung dan memulakan perniagaan kerepek pisang. Safa, atas arahan Datuk, berusaha memujuk Izzat dan bersama-sama melengkapkan “puzzle” khianat tersebut bersama beberapa watak lain.
Di sini, kita dapat melihat bagaimana ketamakan terhadap kuasa mampu membutakan hati, bukan sahaja di dunia korporat tetapi juga di dunia kebun. Ada sahaja hati yang dengki. Impaknya pula bukan kecil: terus “blacklist” dari industri IT atau perniagaan lingkup. Tiada lagi beza halal atau haram, rasuah atau sihir, asalkan matlamat tercapai.
Banyak yang saya pelajari tentang dunia IT secara asas, seperti bagaimana sesuatu projek dihasilkan, bagaimana pekerja sanggup tidak pulang ke rumah demi mengejar “deadline”, dan bagaimana beberapa modul digabungkan menjadi satu projek lengkap yang dibiayai dana besar. Ia sukar, tetapi tidak mustahil akan ada pihak yang gelap mata. Saya juga belajar tentang peranan jabatan latihan dan pemasaran, bagaimana kedua-duanya boleh bekerja dengan jujur atau sebaliknya. Tidak ketinggalan, sedikit ilmu tentang pembuatan kerepek pisang. Saya memang suka ilmu tidak langsung seperti ini.
Semua watak digambarkan dengan baik. Masing-masing punya karakter tersendiri — ada yang “supportive”, ada yang “selfish”, “emotional”, dan “anxious”. Watak-watak antagonis pula sentiasa makan sesama sendiri, berpaling tadah demi menyelamatkan diri. Memang rasa sakit hati membaca bahagian itu. Tidak lupa juga tentang ‘beauty privilege’ yang sememangnya wujud. Watak yang paling kasihan, adalah Ravi. Memang malang!
Plot ceritanya lancar dan realistik, olahannya matang serta tidak serabut. Elemen pemerkasaan wanita juga diselitkan dengan baik. Humornya pula semula jadi, tidak terasa dipaksa. Balasan yang diterima watak-watak jahat semuanya munasabah, tiada yang terkecuali.
Paling penting, ia kisah tentang kebangkitan selepas dijatuhkan oleh orang yang kita anggap sahabat dan percaya.
Wow! Itu kesimpulan saya lepas selesai baca novel Bangkit ini. Tajuk biasa biasa saja. Yang menangkap mata saya untuk membeli dan membaca novel ini ialah gambar orang buka laptop dalam kebun pisang.
Font tulisan Bangkit itu juga mempengaruhi saya untuk mendapatkan buku ini. Seperti ceritanya ada unsur unsur alam ghaib dalam dunia teknologi. Tu, yang saya beli juga novel ini. Selepas membacanya, WOW! Lagi sekali.
Dah macam drama Korea dah rentak ceritanya. Laju, mendebarkan, lucu, manis, bermaklumat dan seram pun ya juga.
Entah kenapa, dalam banyak banyak watak di dalam novel ini, saya suka betul dengan watak Datuk Kamal. Bila watak berpangkat ini, tak selalu ada tapi watak beliau saya sangat ternanti nanti.
Selain itu, banyak rupanya tempat boleh disinggah di Banting. Dah pernah sampai Banting, dah pernah search tempat menarik di Banting, tetapi, bila membaca novel ini, rasa nak pergi Banting lagi sekali. Perkongsian tempat oleh orang Banting sendiri rasa teruja nak pergi untuk menyinggah semua tempat yang disebut sebut itu.
Konflik dalam novel ini mendebarkan. Debar nak tahu bagaimana segala bukti yang menjatuhkan si hero dicari dan dibentangkan. Plot twist yang kita macam boleh agak tapi tak juga dan tak sangka.
Tolong lah novel ini diangkat ke layar perak. Moga dipanjangkan rezeki semua yang terlibat dalam novel ini menjadikannya telemovie atau drama.
Ada anak anak yang membaca novel? Saya syorkan untuk mereka yang sekolah menengah ke atas membacanya. Bangkit? Wow! Terima kasih penulis atas penghasilan novel ini.
Cerita politik pejabat, asam garam , putar belit, talam bermuka-muka. Berlatar belakangkan industri IT. Izzat dahulunya seorang pengurus projek, bertukar kerjaya menjadi seorang pengusaha kebun pisang.
Ingatkan, dah jadi pekebun hidup lebih mudah. Namun, hasad dengki manusia ada di mana-mana. Tak boleh tengok orang lain lebih berjaya.
Apakah Izzat akan bangkit semula? Pertembungan antara manggis dan pisang, yang mana akan menang.
Secara keseluruhan, cerita ini mempunyai tema yang biasa tapi ditulis dengan cara berbeza. Sebagai pembaca, aku tidaklah mencari cerita-cerita yang diluar kebiasaan, cerita pasal kebun pisang ni menarik juga.
Cerita ini turut memberi pendedahan kepada skop tugas seorang pengurus projek dalam bidang IT dan seorang pekebun pisang. Izzat menggunakan pengalamannya dalam bidang IT untuk merangka secara tersusun projek kebun pisangnya.
Dan ya...aku tergoda dengan kerepek pisang yang mak Izzat buat. Mana nak cari tak tau 😁.
Cumanya, aku rasa sedikit kekurangan dari segi emosi kecewa, maksudnya Izzat kan diberhentikan 24 jam kerana projeknya gagal (disabotaj), tapi aku tak menemui emosi yang kuat tentang kekecewaan itu. Atau pun Izzat memang seorang yang cepat move on?
Lagi satu perkara, bila mereka (bekas pekerja Manggis) berkerjasama untuk membangunkan satu aplikasi baru, aku tidak jumpa kekuatan dalam hubungan mereka hingga boleh bersetuju untuk bergabung dan buat company start-up.
Kesimpulannya, cerita ini memang tak rugi dibaca. Kisah orang-orang biasa yang ditulis dengan cara dan pendekatan yang berbeza.
Naskhah lokal ini berjaya membuktikan kelayakannya mendapat tempat dalam 50 Best Malaysian Titles for International Right 2025. Penulis berjaya membuatkan saya tenggelam dalam dunia IT dan industri pekebun kecil. Aduh, terliur mengenangkan keenakan kerepek pisang si Izzat!
Berbaloi sangat baca karya ini:
1. Jalan cerita yang kemas dan menyentuh emosi - Pada awalnya saya menyangka watak Julia merupakan wanita yang licik dan bermuka-muka tetapi sepanjang pembacaan Julia sangat cekap menjalankan amanah sebagai setiausaha dan tahu membawa diri apabila berdepan dengan orang-orang besar.
- Tidak dinafikan penulis berjaya menimbulkan rasa geram terhadap watak-watak seperti Vivi sebagai pelakor, Puan Feliza yang gila kuasa, Datuk Asyrar ada skandal, Yusnizal si pendendam, serta Wak Meri yang penuh hasad.
2. Unsur kecindan yang in-trend - Saya tidak menyangka penulis turut menyelitakan babak lawak seperti "pinjam 100, nur nilam sari" dan lawak tentang ilmu ungu yang bagi saya amatlah kreatif dan luar kotak.
- Babak anak Yusnizal meminta barang sekolah melewati jam 11 malam. Itulah realiti yang sering berlaku terhadap ibu bapa. Hahah
3. Terhibur pick up line Izzat - Saya juga tersengih sewaktu membaca usikan Izzat terhadap Safa, setiausaha Datuk Kamal yang ingin membantu Izzat membersihkan namanya. Perbualan pesanan ringkas yang santai tapi terselit pick up line seperti rancangan pelan rumah tangga, usikan ayah mertua membuat saya turut merona merah hahahah.
Kisah tentang Izzat, seorang pengurus projek dalam sebuah syarikat IT yang telah dikhianati oleh rakan sekerja sehingga menyebabkan dia dikenakan tindakan tatatertib dan diberi notis berhenti 24 jam.
Kemudian, dia bawa diri pulang kampung dengan menjadi seorang petani yang menanam pisang. Dia bukan jadi petani yang biasa biasa, dia gunakan kemahiran IT dan pengalaman bekerja dalam syarikat lama untuk bisnes dia.
Suka dengan watak Izzat sebab dia: 1) Tenang (walaupun ujian besar yang menimpa dia, kena buang kerja, dia relaks je tanam pisang. Orang dekat ofis lama dia yang serabut selalu cari dia dekat kampung). 2) Random dan sangat berkeyakinan diri ya (selalu puji diri sendiri tall, dark and handsome).
Latar tempat pulak adalah sekitar KL dan Banting. Teruja juga baca sebab first time orang tulis novel latar tempat dekat Banting, Pantai Morib, kedai kerepek dll. Semua tempat dalam novel aku selalu pergi terutamanya kedai kerepek. Jadi, aku memang boleh bayang setiap penceritaan dia.
Romance yang tipis-tipis antara Izzat dan Safa yang menyedapkan lagi novel ni. Sampai ke sudah ya Izzat cuba nak ngorat Safa, walaupun Safa blushing sikit tapi Safa tetap cool dan profesional.
Secara keseluruhannya, sangat recommended. Rasa semangat pulak nak pergi kerja esok hahaha. Satu hal, aku bersyukur kawan sekerja aku tak toxic macam dalam novel ni.
Buku ni mengisahkan hal-hal sepak terajang politik pejabat, dunia IT dan kebun pisang.
aku ingatkan drama healing macam home cha cha cha sebab izzat pilih untuk duduk kampung dari bekerja dekat bandar. tapi tidak, rupanya banyak scene khianat di pejabat dan kebun pisang 🤣 banyak juga info pasal pisang dan banting. tak sangka banting ada tempat menarik. betul ke ada krepek pisang sedap disana, kak suri pls JAWAB SAYA CRAVING TAHU
buku ni dah boleh buat adaptasi drama. Rasa macam tengok drama bila baca sebab transition dari scene pejabat ke kebun pisang tu smooth je walaupun scene tu pendek. tak rasa kosong. ada juga unsur humour. saya terhibur dengan datuk kamal asyik sebut tadika.. tension sangat tu 😂 dan walaupun romance 10% je saya dah tersengih sengih yIHHHhH kemain kau eh ijat.
cuma yang saya tak suka adalah cerita pasal izzat disabotaj ni repetitive sangat. tapi faham juga sebab semua orang asyik cari izzat so dia cerita lah banyak kali masalah dia tu hahaha. Selepas itu, penggunaan kata ganti nama diri dalam dialog “saya,kau” rasa kekok bila baca. kalau boleh pakai “aku,kau” barulah rasa orang tu tengah marah. lepastu puan lily tu apa cerrrr
Terima Kasih Suri Mawarne seronok saya membacanya. Looking forward on your next project ❤️
Betullah orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak masuk olimpik jua; pandai lagi kuda bermain snooker. (huh?!)
Buku ni memang banyak info pasal pisang. Selingan selingan info-info pengetahuan am tu, subtle je masuk ke dalam plot cerita. Memang penuh dengan informasi. Info pasal tempat menarik di Banting. Kopi Kantung!! Kopi tu memang wujud ke? Aih! Sedap pula baca Safa minum kopi tu.
Perubahan scene-scene politik pejabat ke kebun pisang tu mmg nice. Transition ke setiap scene pun nice gila. Tak rasa kekok. Flow cantik je. Walaupun scene tu pendek. Dia macam tengok drama kat tv tau feel dia.
CAMEO
Elok je cameo tu masuk dalam cerita ni masa orang tengah serius bincang pasal kampung tu. Cameo tu memang perangai dalam buku sebelum ni memang bawa ke buku ni ya. Memang tetap menjalankan aktiviti yang sama dalam buku asalnya. Hahaha! Aku terhibur!
Perbualan antara Safa dan Izzat memang menghiburkan aku. Izzat ni random, Safa ni pula halah-halah-halah inesen sungguh!! Time dia nak protect kerepek pisang dari Julia tu. Hahaha!! Tak senang duduk dibuatnya.
Watak Antagonis. Hah! Tunggang la agama tu. Tunggang. Tunggang sampai ke neraka. Haih! Geram aku!
Izzat, bekas pengurus projek IT, tiba-tiba dipecat dalam tempoh 24 jam. Terpaksa pulang ke kampung, dia cuba membina hidup baru sebagai pekebun pisang. Namun, sejarah silamnya tidak semudah itu untuk ditinggalkan.
Ketika dia cuba bangkit dari kejatuhan, muncul Safa, setiausaha Datuk Kamal, dan juga Yusnizal. Masing-masing membawa agenda sendiri, satu mahu membongkar kebenaran, satu lagi mahu menutup kebatilan. Dalam diam, skandal besar syarikat mula terbongkar, kehilangan pekerja berbakat, penggelapan dana, dan permainan licik orang berkepentingan.
Aku serius suka gila buku ni! Jalan cerita laju, smooth, dan penuh dengan elemen thriller korporat. Dari dunia IT ke politik kebun pisang, setiap aspek diceritakan dengan teliti. Paling menarik, novel ni membuktikan politik bukan hanya dalam pejabat, dalam kebun pisang pun ada drama!
Buku ni memang puas baca, tiada plot yang tergantung. Kalau kau suka kisah penuh inspirasi tentang kejatuhan, perjuangan, dan kebangkitan, ini buku untuk kau!
Another book from K-Lit yg lawa cover dan poskadnya!
My overall comment, best sgt!!!
Ini novel pertama yg aku baca, yg bukan thriller, bukan fantasi, bkn juga romance, tp berjaya buat aku suka sangat dgn buku ni sampai aku beria-ia promote dkt kakak aku!
Novel ni sgt bagus utk anak2 muda baca sbb menceritakn realiti di tempat kerja instead of office romance. Aku suka sbb dia ceritakn kerja2 teknikal Izzat sbg data engineer. Watak Izzat sgt cool dlm cerita ni, mcm mana dia x patah semangat dgn cabaran2 yg dia hadapi dlm kerjaya👍🏻
Konflik2 yg berlaku dlm cerita ni sgt engaging dan akn buatkn kau marathon nk habiskn buku ni dlm satu hr sbb nk tgk mcm mana konfliknya akn diselesaikan.
A bit downside dlm cerita ni adalah penggunaan bahasa baku dlm dialog perbualan yg buatkn ia nampak agak awkward dan lawak. Contohnya, Izzat yg gunakn saya-kau dlm komunikasi. And also, how he used 'saya' dan kata kerja dengan imbuhan penuh bila bermonolog dlm hati. Rasa pelik sgt bila baca!
But still, benda ni x menjejaskan keseronokan cerita ni!
Buku yang berkisahkan tentang Izzat yang telah dikhianati dalam diam oleh rakan sekerja sehingga dia dibuang kerja dan kembali ke kampung menguruskan kebun pisang. Rupa-rupanya dari kes ini terbongkar beberapa sisi gelap orang-orang yang dalam syarikat Manggis yang mempunyai agenda tersendiri demi kepuasan nafsu sendiri.
Jalan cerita menarik dan cerita mula berkembang dengan adanya konflik-konflik yang membuatkan hati ingin tahu apa yang akan jadi selepas itu. Watak Izzat yang agak kuat semangat menjadikan pembaca turut terkesan dengan aura positif yang ditonjolkan.
Contoh salah satu dialog Izzat yang bangkit dari kejatuhan.
"Nampaknya di mana pun aku berada, tetap akan wujud orang yang dengki dan iri dengan orang lain. Kalau aku terus diam dan tidak melawan, mungkin akan ada orang lain yang menjadi mangsa lagi."
Buku yang sesuai dibaca oleh semua supaya dapat memberi pengajaran untuk lebih beretika dan berintegriti dalam melakukan kerja kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Izzat, seorang pengurus projek yang diberhentikan serta-merta dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung, memulakan hidup baru dengan menjadi seorang pekebun pisang. Sangkanya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan politik di tempat kerja, namun tidak. Di kebun pisang pun ada politik yaa. Konflik bermula apabila Safa dan Yusnizal masing-masing berjumpa dengan Izzat di kampungnya dengan tujuan yang hanya mereka ketahui.
Konflik yang dibawakan oleh penulis dalam cerita ni tidaklah terlalu berat tapi mampu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pembaca, bagi saya la. Perasaan ingin tahu siapa dalang yang sebenarnya di sebalik kegagalan projek Kementerian Pertanian itu memang membuak-buak ya, sebab setiap watak yang wujud memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik.
"Dia ni ke punca?" "Eh tapi macam dia" dan berteka-teki lah sampai ke sudah 😆
Saya suka kesungguhan dan pendirian Datuk Kamal dalam mencari tahu punca projek tersebut gagal. Bayangkan kalau bos besar memang lepas tangan dalam perkara macam ni, tak mustahil sesebuah organisasi tu boleh "runtuh". Siasatan yang dilakukan oleh Safa membuahkan hasil yang sangat puas hati.
Bagi saya cerita ni santai dan tak terlalu draggy jadi tak bosan nak habiskan pembacaan. Recommended.
Novel Bangkit datang kepada saya dikala saya hampir kecewa dengan semua suggestions from booktok.
Thank you kepada account booktok siapa ntah yang suggested novel ni. You've got a taste.
Romance dia sedikit but it's very cute. Comellah ML dia punya perangai. Kuat menyakat (last-last). If you are the type of person yang nak romance as their main genre, lupakan.
Jalan cerita novel ini menarik and tersusun sangat kemas. Detail explanation bahagian IT tetapi mudah untuk difahami. Sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman IT seperti saya. Eceh.
Dia punya rasa betrayal yang ML rasa tu memang sampai. Macam saya pula kerja IT.
Seriously guys, please read this! Writer keep up. Please write more! And writer if you ada plan nak buat ML punya novel cinta, you got my full support 🤣.