Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi'i

Rate this book
Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi'i adalah kisah jerih perih seorang imam mazhab fiqah agung. Muhammad bin Idris asy-Syafi'i, berkelana menjejak ilmu. Riwayat ini berkisar tentang seorang insan agung yang sanggup berpisah meninggalkan ibudanya beribu batu merantau dari satu negeri demi menggeratak ilmu, tentang seorang balu yang berkorban apa saja menanggung perit perpisahan demi melihat puteranya bergemelapan di persada ilmu, dan tentang mahaguru-mahaguru yang menyambut seorang penuntut ilmu dengan tangan terbuka. Di dalam buku kecil ini tergambar kemuliaan, kemurahan hati, daya tahan diri, pengorbanan, qanaah, sikap waspada akan godaan dunia, kecintaan serta penghormatan yang teramat tinggi terhadap Rasul junjungan, dan yang paling penting tawakal serta kepercayaan bulat-bulat mereka kepada Allah yang bitara.

Pengembaraan Imam Asy-Syafi'i ini secara tidak langsung akan menyakinkan para penuntut dan penyebar ilmu agama yang ikhlas di jalan Allah, bahawa mereka tiada akan pernah dibiarkan keseorangan. Benar sungguh sabda Rasul junjungan: "Barangsiapa yang menempah suatu jalan untuk menuntut ilmu, akan Allah mudahkan jalannya ke syurga."

73 pages, Paperback

First published January 1, 2015

20 people are currently reading
127 people want to read

About the author

Islahee Muhammad Yousuf

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
68 (66%)
4 stars
27 (26%)
3 stars
6 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for anis.
72 reviews
January 3, 2025
Mengisahkan perjalanan Imam Asy-Syafi’i pergi mengembara untuk menuntut ilmu dengan para alim ulama pada zaman itu.

3 takeaways yang aku dapat:

1. Kisah Imam Syafi’i ini betul2 menunjukkan yang Allah akan bantu mereka yang menuntut ilmu di jalan-Nya. Seperti sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, akan Allah mudahkan jalannya ke syurga.” Sepertimana kisah Imam Asy-Syafi’i yang pada mulanya pergi hanya dengan berbekalkan doa ibunya, Allah hadirkan insan2 yang pemurah dengan harta mereka untuk membantu pengembaraan Imam Asy-Syafi’i.

2. Sikap waspada akan godaan dunia.
Setiap insan dalam kisah Imam Asy-Syafie, langsung tiada sedikit cinta terhadap kemewahan dan keagungan dunia. Tak ada rasa sayang langsung terhadap duit dan harta. Mereka meletakkan keyakinan dan kepercayaan bulat-bulat kepada Allah, Ar-Razzaq Yang Maha Memberi.

3. Adab dan Hormat.
Aku perasan dua perkara ini amat ditekankan sepanjang kisahnya dalam buku ini. Dari sekecil-kecil perkara seperti adab semasa makan dan melayan tetamu sehingga perkara yang serius seperti adab menuntut ilmu. Ditekankan juga bagaimana hormatnya seorang penuntut ilmu kepada gurunya, dengan cara mereka menghadiahkan harta dan memberi layanan yang sangat baik kepada guru mereka.

Recommended untuk mereka yang nak bacaan ringkas tapi berilmiah. Buat aku yang pertama kali baca buku biografi Islam, buku nipis ini memberi semangat untuk aku baca lagi kisah riwayat Islam. Next book inshaAllah: Alfu Sanatin oleh Ibnu Rijal.
Profile Image for Haikal Iqbal.
25 reviews
February 18, 2025
Brief biography of Imam Al-Shafi'i, narrated from the Imam's point of view. When I say brief, it is really brief—and of course, it is worth reading.
Profile Image for books.bintulu.
262 reviews7 followers
February 3, 2023
February 2023: Imam Al-Shafi'i: In Quest of Knowledge

This little book tells a fraction of Imam Al-Shafi'i's journey to gain knowledge. Born in 150/767 in Gaza, Palestine and then moved to Makkah when he was 2 years old.

He began his journey by travelling to Madinah and studied under Imam Malik, then to Kufa, Baghdad before returning to Makkah to see his mother.

Such a short story but left me in awe especially at how the people treat the scholars at that time. The Imam's mother, who was his support remind him not to be clouded by wealth, instead to treasure the knowledge.

Such a heartwarming story, I read this in public and few times had to pause to hold my tears.
Profile Image for Najwa in her debut era.
167 reviews17 followers
January 13, 2025
I thank Allah for giving me the opportunity of reading this book, nampak buku ini di pesta buku tahun lepas merupakan rezeki untuk saya.

Lepas baca buku ini, saya tahu saya perlu dekatkan diri lagi dengan sejarah dan sirah orang-orang alim terdahulu. Tujuannya untuk kita tahu, dan pupuk diri jadi manusia yang baik di atas muka bumi ini. Tak sangka baca buku perjalanan seorang imam mazhab fiqh mampu berikan tarbiah dalam diri.

Melihat dan membaca buku ini, menyedarkan diri saya bahawa betapa tingginya adab orang yang soleh dan bijak. Sepertimana hati tersentuh membaca kisah Imam Asy-Safi'i, yang saya harapkan cumalah kebaikan Tuhan untuk saya kekalkan dan didik diri untuk jadi seorang Muslim yang soleh.

Saya suka penulisan ini sebab ringkas dalam nipisnya setiap muka, banyak watak utama juga disebutkan dalam kisah perjalanan Imam Asy-Syafi'i dalam menuntut ilmu. Sikap Imam Asy-Syafi'i juga patut diteladani oleh kita semua.

Dan saya berikan pujian kepada penulis buku ini, Islahee Muhammad Yousuf. Beliau bersikap jujur dalam menterjemah buku ini, beliau sedari awal sudah beritahu buku ini penulisannya mungkin tidak tepat maka dia sangat perlukan teguran jika ada yang beliau silap.

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua, dan temukan kita dalam keadaan yang Allah cintai.

Sesungguhnya ikatan ilmulah yang paling kukuh mengikat antara penuntutnya.
Profile Image for Faris Faisal.
6 reviews1 follower
September 22, 2024
Sinopsis ringkas: Perjalanan Imam Asy Syafi'i dalam menuntut ilmu dengan berkelana mencari ilmuan² daripada kampung halamannya (Mekah) mencari Imam Malik di Madinah, ke Kufah bagi mendalami ilmu hadis daripada anak murid Imam Abu Hanifah, singgah ke Baghdad bertemu Khalifah Harun Ar-Rasyid dan bertemu semula Imam Malik di Madinah bagi mengubat kerinduan terhadap tuan gurunya.

Key takeaways: Banyak adab²/akhlak yang kita boleh ambil ikhtibar pabila kita menelusuri perjalanan Imam Asy Syafi'i dalam menuntut ilmu.

Nota tambahan:
1. Laras bahasa yang mudah dan buku ini sangat sesuai bagi pemula kepada sesiapa yang ingin mengenali Imam Asy Syafi'i.
2. Mengikut penterjemah asal buku ini (Muhammad Asad), beliau telah membuat saringan terhadap buku ini dengan beberapa buah buku yang panjang mengenai imam 4 mazhab fiqh dan terdapat beberapa fakta di dalam buku ini yang dipertikaikan.
Profile Image for Alyya Najihah.
16 reviews
November 11, 2024
Sebuah buku yang ringkas tetapi padat dengan peringatan & pengajaran khususnya buat para penuntut ilmu. Kegigihan serta kesabaran Imam Syafie dalam pengembaraan beliau merantau demi mencari ilmu & belajar dari ulama-ulama yang agung wajar dijadikan contoh. Selain itu, ketegasan beliau mempertahankan kebenaran dengan menegur kesalahan yang beliau lihat tanpa gentar mengemukakan hujah yang benar walaupun berdepan dengan orang yang lebih berkuasa atau orang yang mudah melenting & sukar menerima teguran patut menjadi ikutan buat kita umat Islam seluruhnya.

Saya fikir buku ini terlalu ringkas tetapi dapat dijadikan wadah permulaan untuk menyelami karya Imam As-Syafie dan riwayat hidup beliau pada masa hadapan.
39 reviews3 followers
December 6, 2025
Sebuah buku ringkas mengenai perjalanan ilmu Imam Syafi'i. Sangat ringkas. Dan tiada perincian terlalu mendalam seperti buku biografi yang lain.

tetapi, buku ni menceritakan the other side yang jarang diceritakan di buku lain.

Bagaimana bermula umur 14 tahun, Imam Syafi'i merayu hari hari kepada Ibu nya supaya memberi izin kepada dia untuk mengembara mencari ilmu. Setiap kali imam Syafi'i memujuk rayu ibunya, ibunya hanya akan berdiam.

Namun diam nya ibu bukan kerana tidak rela mengizinkan. Diam nya ibu kerana gusar memikirkan yang ibunya tiada bekal apa yang boleh dikirim sepanjang perjalanan.
Diam nya ibu kerana bersyukur yang doa doa nya di sepertiga malam bakal terealisasi.

Daripada Makkah ke Madinah, Daripada madinah ke Kufah. Daripada Kufah ke Baghdad dan banyak tempat yang tidak disebut satu persatu di buku ini.

Dan akhirnya buku ini berakhir di pertemuan semula bersama ibunya yang solehah. imam Syafi'i membawa banyak harta yang diberi oleh gurunya. Namun, ibunya tidak gembira dgn harta itu malah disedekahkan seluruh harta yang dibawa tanpa ada tinggal apa pun,sama seperti mana keadaan imam Syafi'i meniggalkan rumah.

Benarlah kata orang orang terdahulu, "semakin lari dengan dunia, semakin dunia mengejar mereka, sehingga dunia jatuh hina di telapak kaki mereka"
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 14, 2016
Inspiring read. Too bad it's a bit too short for my liking.
Profile Image for Abim.
27 reviews1 follower
June 24, 2025
"Mengejar ilmu adalah lebih mulia berbanding harta".

Itu apa pemahaman aku hasil pembacaan buku ini. Ada perkara lain yang penting boleh diketengahkan dengan menelusuri kisah Imam Syafi'e ketika awal-awal mahu menuntut ilmu dan berhijrah ke Madinah, baginda terserempak dengan angkatan kafilah di sebuah kawasan. Setelah mendengar hasrat baginda yang mahu menuntut ilmu, tindakan yang kafilah tadi tunjukkan pada baginda seolah-olah mengambarkan kesungguhan mahu membantunya.

Mereka memberi makan, minum malah unta supaya hasrat baginda untuk menuntut ilmu di Madinah tercapai. Kalau kita amati, ini adalah satu kemuliaan bagi seseorang yang memudahkan mana-mana individu yang mahu menuntut ilmu dan menganggap bahawa ini adalah satu ibadah. Maka, dalam negara di mana Perdana Menterinya orang Islam dan begitu juga dengan Menteri Pendidikan, memberikan pendidikan percuma dan berkualiti harus menjadi satu kewajiban.

Ya, aku berpegang bahawa kerajaan punyai kuasa untuk mengubahnya tetapi kita sekarang tidak boleh nak harapkan mereka selagi mana pemikiran rakyat tidak diubah terlebih dahulu. Seperti juga apa yang diperkatakan oleh Plato dalam karyanya Republik bahawa demokrasi adalah ruang untuk mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin kalau rakyatnya tidak berpengetahuan. Orang bodoh akan memilih satu lagi orang bodoh sebagai pemimpin mereka. Semudah itu formulanya.

Maka, di sarankan agar pergilah menuntut ilmu supaya diperoleh kesedaran dalam diri. Tahu apa yang perlu diperjuangkan dan tidak termakan dengan dakyah retorik. Tamat kolej bukan bererti tamat belajar. Menuntut ilmu itu bersifat sepanjang hayat.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
40 reviews
July 30, 2024
Aku sudah membaca beberapa buah buku tentang perjalanan hidup Imam Ash-Syafie Rahimahullah, tetapi buku ini berbeza sekali walaupun saiznya kecil hanya 72 muka surat tetapi isinya sangat padat. Ada bahagian-bahagian yang mampu membuatkan hati tersentuh dan air mata berlinangan kerana sebak dan terharu. Khususnya tentang hubungan murid dan guru, dan hubungan ibu dan anak. Begitu juga tentang keterkaitan hati dengan dunia yang hampir tiada langsung bagi mereka yang hidup di zaman ini.
Profile Image for Muhammad Rushdi.
13 reviews13 followers
October 25, 2015
Tidak melampau rasanya jika aku beri 5 bintang pada buku ini. Buku ini ringkas dan nipis, tapi sudah cukup membuka minat kepada orang yang masih baru untuk mengenal dengan lebih mendalam siapakah dia imam-imam mazhab kita
Profile Image for Faizan Fayaz.
24 reviews2 followers
February 15, 2023
"All humans are dead except those who have knowledge; and all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds; and those who do good deeds are deceived, except those who are sincere; and those who are sincere are always in a state of worry." ~ Al-Shafi‘i
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
November 2, 2025
Rihlah Ilmu ini membawa pembaca menelusuri perjalanan Imam asy-Syafi'i mencari ilmu dari Mekah ke Madinah, kemudian ke Kufah dan seterusnya Baghdad sebelum kembali semula ke tanah airnya Mekah.

Di kota Rasulullah SAW, beliau berguru dengan Imam Malik dan di Kufah, beliau berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah, Imam Muhammad al-Hasan al-Syaibani. Sementara itu di Baghdad beliau mendapat penghormatan Khalifah Harun ar-Rasyid, dan selama tiga tahun di sana, beliau menerima tawaran menjadi amil di Najran setelah didesak oleh sultan berkali-kali.

Suasana keilmuan Islam amat utuh sekali pada zaman Imam asy-Syafi'i. Ilmuwan amat dimuliakan dan harta tidak ada nilainya di sisi pencinta ilmu, selain sebagai sarana dakwah dan alat mendekatkan diri kepada Allah. Ke mana-mana sahaja Imam asy-Syafi'i berkelana mencari ilmu, hartalah yang mencarinya seperti janji Allah bagi orang-orang yang ikhlas.

Penghormatan kepada ahli ilmu juga amat jelas melalui sambutan yang diberikan terhadap mereka, bukan sahaja melalui pemberian harta malahan juga tempat berteduh dan layanan yang istimewa.

Bonda Imam asy-Syafi'i tidak wajar dikecualikan daripada catatan, kerana sesungguhnya peranan bondanya amat besar dalam pendidikan anaknya. Oleh doa-doanya yang tulus, anaknya diangkat Allah menjadi permata umat dan imam mazhab.
Profile Image for Han.
34 reviews
April 2, 2025
I absolutely love this book and keep it close to my heart. I learned so much from this book, even being a book of just under 100 pages. It makes me not take for granted with all the knowledge that I get in my daily life. In order to gain knowledge, you should have a great attitude and to do it with full of respect. This book somehow ignited my eager to search for new knowledge! Will definitely continue to read more from this author.
Profile Image for Khatijah Salleh.
6 reviews
December 1, 2025
Perjuangan dan kesungguhan Imam Asy-Syafi'i dalam mencari ilmu sangat memberikan motivasi dan tauladan. Kita boleh ambil ibrah (pengajaran) bagaimana seorang yang serba kekurangan dari segi harta tetapi kesungguhannya mencari ilmu dengan mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain Allah akan bantu dari sisi yang tidak disangka-sangka.
Profile Image for Rima Muhammad.
4 reviews
October 14, 2025
Rihlah Ilmu Imam asy-Syafi’i adalah buku yang baik sebagai pengenalan dan inspirasi. Ia bukan kerja ilmiah berat, tapi sangat sesuai untuk membangkitkan semangat dan memberi teladan melalui kisah nyata kehidupan Imam Syafi’i.
Profile Image for Hila.
2 reviews
October 26, 2025
Mengikuti perjalanan Imam Syafie mencari ilmu. Bukan sahaja tentang pencarian ilmu tetapi tentang adab sebagai tetamu, dengan tetamu, dengan guru dan juga dengan ibu.
Dapat dilihat didikan ibu Imam Syafie yang menjadikan Imam Syafie seorang yang tegas dan berpendirian serta beradab.
3 reviews
October 19, 2025
Kisah perjalanan imam Asy-Syafi’i dalam mencari ilmu. Menuntut ilmu Dari imam2 terkemuka dalam sejarah Islam. Mudah untuk dibaca dan tidak terlalu berat bagi yang baru berjinak2 untuk membaca
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
January 17, 2025
Buku ini karya terjemahan, yang asalnya berjudul, “راہ حق کے دو مسافر” (Rah-e-Haq Kay Do Musafir). Pengarangnya, Islahee Muhammad Yousuf ialah seorang ulama India. Beliau pernah menuntut di Mazahirul Uloom Saharanpur, madrasah beraliran Deobandi. Sekadar tambahan, antara madrasah lain di India yang sebaris namanya ialah Darul Uloom di Deoband dan Darul Uloom Nadwatul Ulama di Lucknow.

Buku yang saya sedang baca ini (terbitan Biblio Press) sebenarnya ialah terjemahan ke atas terjemahan. Buku yang pertama (asal) berbahasa Urdu, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (tajuknya ialah Imam Al-Shafi’i In Quest Of Knowledge , ada diterbitkan oleh Islamic Book Trust). Barulah seterusnya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Pada hemat saya, tidak berapa molek untuk melakukan terjemahan daripada terjemahan. Sebaik-baiknya perlulah ia diterjemahkan daripada kitab/buku yang asal. Dikhuatiri akan berlaku banyak kerancuan dan makna sebenar yang penulis asal ingin sampaikan pula menyeleweng. Namun, pandangan saya terhadap buku ini, ia diterjemahkan dengan begitu baik. Tahniah buat penterjemah!

Ringkas sahaja bukunya, namun saya kira, ia berjaya memerihalkan, sekali gus merakamkan dengan begitu baik sekali rehlah (perjalanan) Imam asy-Syafie رَحْمَةُ الله عليه dalam menuntut ilmu. Setiap peristiwa disusun mengikut garis masa, maka ia memudahkan pembaca untuk memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Imam Agung ini.

Turut diselitkan nota kaki dan riwayat hidup di belakang buku. Ia sangat membantu para pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam, apa yang penulis asal ingin sampaikan.

Membaca keteguhan dan kesungguhan Imam asy-Syafie dalam menuntut ilmu, dalam keadaan yang serba-serbi daif, benar-benar menampar diri ini. Teringat saya pada satu kalam, “ulama salaf dan kemiskinan itu bersahabat baik”. Namun, lihatlah! Dalam kemiskinan inilah, manusia-manusia yang cahayanya ilmu terpancar menerangi hampir seluruh ufuk bumi dilahirkan.

Saya juga sebak pada bahagian awal buku, berkenaan ibu Imam asy-Syafie. Sudah beberapa kali saya membaca kisah yang sama, walau dinukilkan daripada orang yang berbeza, namun tidak pernah ia gagal membuat diri ini sebak. Agungnya imam pendiri mazhab ini, lahir daripada keyakinan iman seorang ibu yang begitu tinggi kepada Tuhannya, Allah ﷻ.

Buku ini harus dibaca oleh semua penuntut ilmu. Andai berasa lelah, rehatlah sebentar dan selaklah semula buku ini. Moga semangat kita yang sirna, muncul semula.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
January 28, 2025

Buku ini adalah bacaan wajib bagi mereka yang mencari inspirasi dalam perjuangan ilmu dan keikhlasan.


Sudut Pandang 1: Jalan Ilmu, Jalan ke Syurga
Buku Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi’i membawa pembaca menyelami kehidupan seorang ulama besar yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Ia bukan sekadar catatan biografi, tetapi satu perjalanan penuh hikmah tentang pengorbanan, ketabahan, dan keikhlasan di jalan Allah.

Kisah seorang ibu tunggal yang melepaskan anaknya pergi mencari ilmu menggambarkan betapa besar peranan seorang ibu dalam mencorakkan masa depan anak. Perjalanan Imam Asy-Syafi’i, yang berkelana dari satu negeri ke negeri lain demi ilmu, memberikan teladan bahawa usaha tanpa henti adalah kunci kejayaan. Dalam setiap langkahnya, tawakal kepada Allah menjadi pegangan, dan kemurahan hati guru-guru yang ditemuinya memperlihatkan betapa ilmu adalah anugerah yang harus dikongsi.

Buku ini menyerlahkan bahawa kesabaran dan keikhlasan adalah sifat utama seorang pencinta ilmu. Setiap cabaran yang dihadapi Imam Asy-Syafi’i tidak mematahkan semangatnya, malah mendekatkan dirinya kepada Allah. Bacaan ini mengajak pembaca merenung, sejauh mana kita bersedia berkorban untuk menuntut ilmu dan sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat ilmu yang dimiliki.

Sudut Pandang 2: Ilmu Itu Pengembaraan, Tawakal Itu Bekalan
Dalam buku Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi’i, pembaca dibawa menyaksikan perjalanan hidup seorang tokoh agung yang penuh dengan pengajaran. Buku ini mengangkat tema besar tentang pengorbanan, usaha yang tiada henti, dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam mencari ilmu.

Penulis merakamkan keperitan hidup seorang pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya demi menuntut ilmu, dengan restu dan doa seorang ibu yang reda demi masa depan anaknya. Pengembaraan Imam Asy-Syafi’i dari satu tempat ke tempat lain menunjukkan bahawa ilmu tidak datang kepada kita tanpa usaha dan pengorbanan.

Selain itu, buku ini turut menonjolkan nilai-nilai mulia seperti penghormatan kepada guru, sifat qanaah, dan keikhlasan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap halaman dipenuhi dengan kisah-kisah yang bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga memberi inspirasi kepada pembaca untuk mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan.

Buku ini adalah bacaan yang sangat relevan bagi sesiapa yang ingin memahami erti sebenar perjuangan ilmu, dan ia mengingatkan kita bahawa dalam mencari ilmu, kita tidak pernah keseorangan – Allah sentiasa bersama mereka yang ikhlas di jalannya.
Profile Image for Hasliza Rajab.
182 reviews8 followers
January 12, 2025
"Ilmu bukanlah apa yang dihafaz semata-mata, sebaliknya ilmu adalah apa yang memberi manfaat".

Buku kecil ini mengisahkan tentang perjalanan seorang ulama' dan ilmuwan Islam yang kaya dengan ilmu dan adab. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan sederhana di Gaza, Palestin, tidak menghalang beliau untuk mengembara demi ilmu yang ingin beliau pelajari. Sumbangannya yang besar dalam bidang fiqh dan usul fiqh menyebabkan salah satu mazhab utama umat Islam disandarkan kepada beliau.

Buku ini mengangkat tema utamanya iaitu pengembaraan mencari dan menuntut ilmu yang tidak pernah kenal lelah. Ketika beliau masih remaja, beliau memohon kepada ibundanya untuk keluar daripada tanah Palestin dan hasratnya untuk menuntut ilmu dengan Imam Malik. Kita al-Muwatta' karangan Imam Malik telah beliua hafal ketika berusia 10 tahun.

Ketinggian ilmu yang beliau miliki tidak menjadi alasan untuk beliau meninggi diri. Suatu peristiwa di mana beliau menegur seorang lelaki yang melakukan kesalahan dalam solatnya, dan beliau menegurnya dengan cara yang baik dan berhemah. Hal ini menunjukkan ketiggian budi dan adab yang beliau miliki.

Apa yang boleh kita pelajari daripada naskhah ringkas ini ialah bagaimana ulama' dan ilmuwan dahulu kala bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan kebaikan untuk kemaslahatan ummah. Walaupun ketinggian ilmu yang mereka miliki mendapat penghormatan daripada para pelajar dan pengikutnya, ianya tidak menjadikan mereka bongkak dan sombong dengan ketinggian ilmu yang mereka miliki. Malahan sikap rendah diri yang ada pada diri membolehkan mereka bertasamuh dan berlapang dada sekiranya terjadi perselisihan pendapat dan percanggahan dalam hujah.

Dan seharusnya kita sebagai Muslim, mencontohi sikap ilmuwan dan para ulama' yang sentiasa 'haus' dengan ilmu, meneladani semangat mereka dan sentiasa menerapkan adab yang mulia dalam segenap aspek kehidupan.
28 reviews
January 28, 2025
Buku ini sarat dengan ibrah tersendiri. Buku ini membuka mata kepada saya mengenai 2 perkara.

1. Besarnya pengorbanan Imam Asy-Syafi'i menuntut ilmu hingga sanggup berkelana ke bumi Madinah, Iran dan sekitarnya. Betapa kuat usaha yang diletakkan beliau bagi mengangkat martabat ilmu hingga sanggup mengembara bagi berguru dengan beberapa murabbi. Tanpa liputan media sosial dan kecanggihan teknologi pada waktu itu, beliau terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran. Namun, beliau begitu teguh mencari suluhan lampu kebenaran. Barangkali itulah yang menjadi faktor niat individu itu terjaga dan Allah memberkati usaha beliau hingga memudahkan perjalanan beliau mencari ilmu kebenaran.


2. Betapa seorang wanita perlu menjadi seseorang yang berilmu. Ibu Imam Asy-Syafi'i memainkan peranan yg besar untuk merestui Imam Asy-Syafi'i berkelana menuntut ilmu. Dengan suluhan ilmu yang benar beliau sanggup berkorban untuk menginfakkan satu-satunya anak di jalan Allah. Selaku seorang wanita, saya berusaha untuk melihat diri sendiri dalam kisah Imam Asy-Syafi'i. Semoga jika suatu hari nanti diri ini diberikan rezeki dan dikurniakan seorang anak lelaki boleh mencontohi semangat ibu Imam Asy-Syafi'i untuk menginfakkan anak tersayang pada jalan Allah juga.

Jazakallahukhayra, terima kasih encik Tunang hadiahkan buku ni!
Profile Image for Bidasari.
321 reviews
January 4, 2025
Kisah ringkas perjalanan Muhammad bin Idris asy-Syafi'i atau lebih dikenali sebagai Imam Syafi'i.
Salah seorang daripada empat imam agung mazhab fiqh Islam, Imam Syafi'i mengasaskan Mazhab Syafi'i.
Beliau merupakan tokoh ulama fiqah, Usul al-fiqh dan hadis.

Diceritakan juga beberapa perkara tentang Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali.
Amalan yang sama bagi keempat-empat ulama ini:
✅Solat malam setiap hari
✅Khatam Quran setiap hari

Imam Syafi'i merupakan anak murid Imam Malik dan beberapa tokoh ulama lain.
Beliau merantau seantero bumi Arab (Madinah, Baghdad, Kaherah, etc) bagi menimba ilmu meninggalkan ibunya yang telah berusia.

Buku ini untuk orang yang menghampiri separuh abad macam den ni terpempan sebab tidak terjangkau keperibadian mulia dan ilmu ulama terdahulu.
Imam Syafi'i:
✅dilahirkan di Gaza, Palestin
✅hafaz Quran pada umur 7 tahun
✅hafal kitab al-Muwatta' (karya Imam Malik) pada umur 10 tahun
✅keluarkan fatwa pertama pada umur 15 tahun
✅pengarang ar-Risalah
✅tulis 113 karya
✅bahagikan malam kepada 3 bahagian - 1/3 menulis, 1/3 untuk solat dan 1/3 untuk tidur
✅khatam Quran setiap hari
✅khatam Quran 2 kali sehari di bulan Ramadhan
✅hampir semua imam dalam bidang hadis bermazhab Syafi'i (Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, etc).
✅meninggal dunia pada 53 tahun.
This entire review has been hidden because of spoilers.
7 reviews
November 13, 2024
What a good book, Sangatlah menyedarkan aku yang umur lebih kurang beliau

Kisah tentang perjalanan imam syafie meninggalkan ibudia solely untuk menuntut ilmu. Perkara yang aku nak highlight dari buku kecil ni.

1. Prinsip
You must always remember the reason you start. Dan reason you start mestilah untuk perakara yang besar. Contohnya, if u nak belajar luar negara, jangan sekadar untuk dapat sijil semata, sebab if you mati otw nak habis belajar, sia2 belajar u. Belajar untuk cari redhanya, belajar untuk mengeluarkan diri dan masyarakatislam dari kekafiran. Dengan prinsip yang bukan suam-suam kuku, insyaallah kita akan fir, dengan apa yang kita buat. Imam Syafie tak tergoda sikit pun dengan harta2 yang singgah dalam perjalanan dia dalam menuntut ilmu. Hebat sungguh.

2. Peranan Ibu
Hadis nabi, anak2 adalah kain putih maka ibubapa lah yang mencorakkannya.Faktor kehebatan imam syafie adalah dengan adanya ibu yang hebat. Makannya,untuk hebatkan anak2 bangsa kita, bermula dari rumah.

3. Faith
His trust in Allah, aku tatau nak ulas macammana sebab powerful sangat.

Makanya kalau imam syafie boleh kenapa tidak kita.
Profile Image for Zunaid Hassan.
43 reviews24 followers
August 19, 2016
Short and to the point story of Imam Shafii. The autobiography starts with him leaving his home and mother in search of knowledge and ends with him returning with his goals attained. One can't help but be in awe at the extraordinary character and etiquettes of the scholars of Islam. Among them, prominently featured is Imam Malik of Madina. This book is good for anyone interested in a basic understanding of the scholars of the past and their undying love of the Prophet and his sunnah.
Profile Image for Khairul Hezry.
748 reviews141 followers
June 24, 2024
Biografi nipis mengenai Muhammad bin Idris as-Syafi'i (Imam Syafi'i). Kandungannya menarik terutama bagi saya yang belum pernah membaca biografi-biografi empat mazhab agung dalam Islam. Namun, oleh kerana ia nipis mungkin banyak lagi kisah hidup Imam Syafi'i yang tidak diceritakan. Mungkin kena baca biografi As-Syafi'i yang dikarang oleh Abdul Latip Talib pula.
Profile Image for Nisa.
32 reviews2 followers
August 29, 2016
Very easy and light reading, especially for beginners or bad history-readers like me. Beautiful journey of Imam Shafii's quest of knowledge and very motivational. And makes you want to know more, search more, read more.
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.