“Wahai Ungkar… sesembahan kami. Tempat taat dan setia kami, telah pulang darah yang engkau hajatkan sekian lama.” 1942, tragedi yang sudah dilupus sejarah menjadi satu kesumat berdarah hingga tiada yang tersisa. Masa berlalu… Adeline mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Tanpa dia sedar, keputusannya menjejak tempat itu telah menjerat nyawanya dan menghidupkan dendam yang sudah ditenggelam waktu. Setelah Adeline hilang dari tapak perkhemahan, sahabat baiknya Hawa dan Ustaz Junaidi berusaha menjejak Adeline namun gagal. Suasana semakin tegang apabila seorang gadis bernama Midah pula hilang. Ke mana Adeline? Di mana Midah? “Mereka tak nampak kita? Kita tak nampak mereka?” – Adeline “Kecuali kalau ada sesiapa yang pandai memecahkan tembok yang memisahkan dua alam. Baru mereka nampak kita.” – Midah Mereka terperangkap di dalam telaga yang mengorbankan ramai nyawa. Apabila bulan mengambang, satu per satu misteri 1942 menjadi santapan mata Adeline. Apakah sejarah yang disembunyikan oleh nenek moyang Adeline? Mampukah Adeline dan Midah keluar dari perangkap Ungkar hidup-hidup? Lupuskah janji di sebalik purnama yang menunggu mangsa? Cerita sebenarnya tersembunyi di sebalik hutan yang tumbuh liar. Hanya satu jalan untuk kembali sama ada bernyawa atau menjadi habuan kematiaan “Mereka akan terseksa sehingga menjadi makanan suku-sakat Ungkar yang kelaparan.”
Seriouslah! Kalau Kak Maria Kajiwa buat cerita seram dengan setting zaman pemerintahan British dan watak juga dari kalangan orang Inggeris, memang best! Novel Bramfield House tu pun best sangat! Dan kali ini, Pengabdi Telaga Ungkar tidak mengecewakan. Sama best macam Bramfield House.
Karakter-karakter dalam novel Kak Maria ni memang *chef kiss*. Semuanya hidup! Hatta orang kampung yang jadi watak sampingan pun nampak fungsi masing-masing di dalam cerita. Tidaklah jadi filler atau pak pacak semata-mata kerana cerita juga bergerak bersama-sama mereka. Watak utamanya, Adeline ni sangat bagus. Tapi menjengkelkan! Sama menjengkelkan dengan watak Mimi dalam novel Kak Maria Janji Julia tu. Hahahahaha. Eeeee geram je dengan dia ni! Dah la degil! Kesian kat kawan baik dia Hawa. Tak pasal-pasal kena cari dia yang hilang tiba-tiba. Lepas tu nak menjawab pulak dengan keluarga Adeline sebab musabab mereka langgar janji dan berbohong. Pendek kata, memang meluap-luap kegeraman ni masa baca ulah si Adeline. Yihhhhhh! Rasa nak masuk dalam buku, nak bebel je kat dia ni. Huhuhuhu.
Watak Hawa pun saya suka sangat. Walaupun dia nampak penakut, tapi pada saya dialah yang kuat semangat. Sanggup dia meredah hutan demi mencari Adeline. Sanggup juga dia mengadap kemungkinan bakal dimarahi orang tua Adeline yang dibohongi teman baiknya sendiri itu. Kesian jugak dengan Hawa ni. Tak bersalah tapi terpaksa dilibatkan dengan pengalaman ngeri.
Watak lelaki bendera hijau Ustaz Junaidi pun *chef kiss*. Suka watak dia yang tenang dan bersahaja. Walaupun diasak oleh Adeline dengan karenah dingin, dia tetap cool. Dan bukan seorang yang sembarangan rupa-rupanya ya? Tak kosong orangnya, dari sudut ilmu dunia dan ilmu agama. Memang fuhhhhh! Ciri-ciri lelaki idaman Ustaz Junaidi ni. Sesuai dengan Hawa. (eh?)
Midah pun saya suka sangat. Polos orangnya. Saya pernah jumpa orang macam ni secara nyata. Walaupun mulutnya cakap lepas tapi dia tak tahu pun apa yang dia cakap tu ada impak kepada orang lain sebab dia cakap dari hati yang jujur. Teringin nak tahu backstory Midah ni. Mesti ada sesuatu pasal dia. Next story perhaps, Kak Maria? *wink wink*
Okay, bercakap soal antagonist, Nek Muang dan Ungkar tu memang sangat-sangatlah dibenci. Yessssss! Penulis berjaya membuatkan saya benci benar dengan dua watak jahat ni sampai berapi-api saya membacanya. Lebih-lebih lagi Nak Muang tu. Ya Allah, geramnya dengan jahat dia mengajak orang sesat macam dia sampai sanggup membunuh demi memuaskan jin yang dia sembah. Apa lagi la si Ungkar tu. Bila dah disembah memang melangit tinggi la egonya.
Sebenarnya, watak-watak yang menjadi favourite saya bukanlah watak Hawa atau Ustaz Junaidi. Tapi watak-watak di zaman silam buku ni. Watak Avelyn, Mak Munah, Azizah, Langkas dan Jariah pada saya adalah warna-warni yang paling menyerlah dalam novel ni. Suka sangat pada dinamik watak mereka. Lebih-lebih lagi Langkas dan Jariah. Even Avelyn pun dinamik ceritanya padu. Saya simpati dengan apa yang menimpa dia. Mujur dia kuat dan tetap mempertahankan anaknya. Yang lain tu tak nak cerita. Kang spoiler pulak. Huhuhuhu. Tapi tetap best pada saya.
Rating memang solid 5. Novel Kak Maria Kajiwa memang tak pernah mengecewakan. Selalu best. Selalu menepati citarasa. Tak sabar nak tunggu buah tangan beliau yang seterusnya.
Setiap peristiwa yang berlaku tu pasti ada sebabnya.. Keinginan mencari tahu, telah menemukan Adeline dan Hawa dengan Junaidi.. Keinginan Adeline juga akhirnya membongkar rahsia di dalam hutan.. Ada perkara yang haris diselesaikan Junaidi di situ..
Genre : ajaran sesat, seram, misteri, sejarah berkenaan orang Inggeris
Alhamdulillah habis, cerita buku ni sangat best eventhough cover dia cam ermmm masa nak beli tu fikir 2 3 kali jugalah sebab cover dia tu cam buat kita rasa yang buku mungkin tak best.
Nasib baiklah best haha "don't judge a book by its cover" gitu🥹
First time baca buku Maria Kajiwa, rasanya saya suka dengan cara penulisan dia ni.
Buku ni berkisahkan pasal gadis degil nama Adeline pergi berkhemah dekat sebelah Pantai Ivory dengan niat untuk mengusya sekolah lama tanah milik moyangnya. Last2 kena sorok ngan jin. Jadi sekarang member dia ngan Junaidi yang dekat situ kena cari Adeline yang terperangkap ngan Midah, warga penduduk Kampung Dusun yang ada mental disability dan warga di situ menyembah syaitan di dalam telaga yang bernama Ungkar.
Sangat berpuas hati ngan plot dan ending buku ni. Well written. Semestinya akan cuba usya buku Maria Kajiwa yang lain hehe.
Masih wujudkah golongan yang tidak beragama? Atau golongan Animisma? Apa tu animisma? Mereka yang mempercayai bahawa semua makhluk yang ada di bumi ni mempunyai semangat yang perlu dihormati dan disembah supaya tak mendatangkan keburukan. Mereka juga percaya kepada semangat baik yg boleh membantu dan semangat jahat yg boleh mendatangkan musibah .
Adeline dan Hawa mengambil keputusan untuk bercamping di Melaka. Dan semuanya dirancang oleh Adeline. Hawa hanya mengikut. Tanpa sedar, Adeline ada misi untuk kesana. Dan pilihannya disebuah tempat yg digelar Pantai Ivory. Tempat yang belum viral. Namun mereka tak tau bahawa kawasan tersebut mempunyai sejarah hitam yg bersangkut paut dengan keturunan Adeline .
Cerita bermula pd tahun 1933, pabila Abigail diberi tanah untuk membina sebuah sekolah. Tanpa dia sangka, kawasan tersebut merupakan dalam kawasan Ungkar. Nek Muang. Wanita tua yg menjadi ketua kpd ajaran yg menyembah jin penunggu hutan yg hidup dlm sebuah telaga yg digelar Ungkar. Ungkar bukan sebarangan jin. Dia yg selalu dahagakan korban. Perjanjian dibuat antara Nek Muang dan Abigail. Abigail dibenarkan untuk membina sekolah dgn syarat, harus hantar korban .
Adeline kembali ke tempat yg tidak sepatutnya. Ia menghidupkan perjanjian lama antara Ungkar dan Abigail. Maka, Adeline perlu menjadi korban buat santapan Ungkar. Agaknya bagaimana Adeline nak melepaskan diri daripada menjadi korban? Sedangkan dia sendiri yang menyerah diri. Nak menyesal tiada guna .
Misteri kehilangan Adeline telah membuka ruang pihak luar mengetahui kewujudan puak yang menyembah jin. Segala misteri terungkai. Perjanjian terhapus. Keluarga kembali bersatu. Dan yang paling penting, tersebarnya agama Islam dalam puak tersebut .
Setiap tahun aku menunggu naskah daripada kak Maria Kajiwa. Genre seram memang tidak asing dengan namanya. Korang yang nak sangat mendalami genre seram ni, aku rekomenkan korang baca naskah kak Maria Kajiwa. Jalan cerita yang tersusun rapi. Penulisan yang mudah difahami. Mudah kita sebagai pembaca untuk faham novel tu tentang apa .
Agaknya tahun ni, kak MK nak lahirkan novel berkisarkan apa agaknya ya? Aku sentiasa menanti
Saya suka cerita ni sebab mudah dibaca dan tak menyesakkan kepala untuk berfikir tentang plot twist. Cerita lancar dan senang difahami. Tak perlukan segala kejutan dan saspen pun dah cukup memberi impak seram.
Di awal cerita, kita akan dibawa pada zaman sebelum merdeka. Punca dimana perjanjian dibuat dgn Ungkar tanpa sengaja. Terpisah mereka dgn asal usul sehingga menjadi manusia berakhlak dan beragama.
Kemudian, kita dibawa pula dgn ‘ekspedisi’ Adeline yg terpaksa melalui perkara menakutkan. Dia yg tak dapat keluar dari perangkap jin banyak mengalami hal2 yg mengerikan dan menjijikkan.
Saya sendiri seperti boleh rasa,bau dan lihat apa yg penulis gambarkan. Hutan yg sangat kotor tak mampu dibayang akal. Fikirlah berapa lama Ungkar menguasai tempat tu dgn membunuh banyak nyawa.
Peringatan yg cukup besar untuk kita. Jangan pernah menduakan tuhan, sesungguhnya tuhan itu satu, hanya Allah yg layak disembah. Sekian dulu ulasan pendek dari saya.
Kalau bab seram atau mistik, penulis ini antara yang akan grab tanpa fikir panjang. And why not kalau nak mulakan review dengan statement ‘Tak pernah mengecewakan’
Bila bahagian dalam telaga tu rasa macam dengan kita sekali tahan nafas. Aish ke bau dan suasana ni keluar dari buku. Senang cerita bayangan tu sampai hatta kau baca waktu siang sekali pun. Cuma bayangan ni kelakar sikit, part nak bayang Ungkar ni sebab bayangan yang keluar sepertu Hinosuke dalam Demon Slayer. Dengan kepala b**i, lari kejar orang >_< Asal scene Ungkar keluar.. Maka keluarla character tu dalam minda.
I was hoping the end of Nek Muang lagi tragik and lagi teruk la. Sebab dia dah ada ‘kerajaan’ kot haa bertahun kau berkuasa tapi boleh faham why ending empire Nek Muang macam tu. Nak tahu kena baca sendiri
Karakter Adam sebagai pewaris Abigail pun tak banyak diketengahkan which makes me wonder, adakah Ungkar suka perempuan more as makanan dari lelaki.Adakah Ungkar ni Jin Jantan yang suka ambil manusia perempuan sebagai trofi dia. Aish jangan over thinking…
Overall best. Penulis tak pernah mengecewakan. Dalam sarat dengan ilmu sarat dengan pengajaran.
Kisah sebuah kampung yang memuja dan menyembah mahluk yang bernama Ungkar demi kesejahteraan dan perlindungan kampung mereka.
Adeline dan Hawa pergi berkhemah di tempat yang dicadangkan oleh Adeline sendiri. Hawa bersetuju walaupun pada mulanya agak keberatan dan dia tidak mengetahui rancangan sebenar Adeline untuk pergi berkhemah di tempat tersebut.
Walaupun novel ni setting zaman moden, tapi aku suka watak-watak masa zaman dahulu kala masa flashback. Bila baca tu boleh bayang Avelyn dengan Mak Munah, Azizah, Langkas, Jariah sama-sama dorang uruskan sekolah.
First time baca buku dari penulis ni dan best. Boleh lagi baca buku yang lain nanti
Sebuah cerita mistik yang bukan saja seram, malah ngeri, mengesankan dan menginsafkan.
MK adalah ratu penulisan fiksyen seram bagi aku, beliau juga mahir menzahirkan plot menyelang-selikan zaman dan waktu. Kemas tersusun, pace laju seperti air, dan paling penting tak mengelirukan.
Kesalahan ejaan di beberapa tempat, namun boleh dimaafkan dan tak cukup kuat untuk mengurangkan rating aku.
Padu gila cerita ni. Tak payah bebel tentang macam mana kak @novelismariakajiwa pandai membawa semua pembaca masuk ke dalam setiap cerita yang dia tulis. Sbb tu mmg dah terbukti daripada dulu.
Yang penting sakit dada aku macam aku yang terkurung dalam lohong tekaga ungkar tu. Aku suka Midahhhh! Dalam banyak banyak watak aku suka Midah!
Done in one day… kisah yg menarik mengenai animismelahhh yg bleh dikatakan… dan bgmna rapuhnya manusia menyerahkan kepercayaan kpd yg x sepatutnya… love how close the friendship between Adeline n Hawa… love how developed the character of Junaidi dlm nie… overall garapan Puan Maria nie x prnh mengecewakan…
Solid 5 star. Paling hidup and penyeri cerita ni time flashback dia zaman dahulu. Karekter mcm Langkas on top . Memang fast paced. Agree dengan nukilan yang ditulis Novelis Tey Marzuki.
Pelik dengan komen goodreads ni, cakap fans, takkan la fans buat account baru semata nak rate spesifik sesebuah buku itu rendah. Akaun baru hanya untuk buku tu? Fans ke hater tu yang memakai topeng? 🤣🤣🤣
Sangat-sangat best. Semua watak menarik, dan throwback ke zaman British sgt smooth. Gaya penceritaan yg baik dan menginsafkan. Semua plot sangat jelas dan memuaskan hati. Saya dah jadi peminat baru Maria Kajiwa!
As usual tak pernah mengecewakan. Semakin dibaca semakin terasa thrilled and excited. Alhamdulillah dah lama selesai cuma lupa nak update. 10/10 kepada naskah Pengabdi Telaga Ungkar. Semoga akan ada yang lebih mencabar minda pada novel² lain masa akan datang.
aku fans maria kajiwa yg ada hampir semua buku dia. Cuma tak tahu kenapa karya kali ni aku rasa agak bosan. Mungkin sebab tema yg diangkat agak klise and predictable? apa pun tahniah... masih sebuah novel yang aku boleh baca sampai habis