Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Perindu

Rate this book
Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan. Kelahiran ditemukan dengan kematian. Melepaskan tidak pernah mudah. Kenangan sentiasa melukakan. Begitulah fitrah manusiawi, diasuh dengan tawa dan air mata. Tetapi kita sentiasa lupa,betapa dalam setiap ingatan—lembut atau keras—ia sentiasa dilimpahi cinta dan kasih sayang.

69 pages, Paperback

First published June 1, 2024

1 person is currently reading

About the author

Rafi Harumin

12 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
1 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
March 5, 2025
Membaca puisi ini setelah pemergian Aki bulkan Disember lalu, jauh lebih menyentuh kalbu.
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
July 31, 2025
Oh, mungkin sajak-sajaknya bukan selera saya.

Atau, ya, memang sajak dalam Bukan Perindu ini bukan selera saya.

Keindahan bahasanya ada, tapi kedalaman idea dan emosinya non. Seolah tak ada apa yang ditenung oleh penulis ini, membuatkan keseluruhan manuskrip bosan. Apatah lagi sajak-sajaknya yang meleret indah, tapi tidak tawarkan apa-apa yang menarik untuk dilanjutkan dalam perbincangan.

2 bintang untuk usaha mengindahkan puisi.
Profile Image for Amar Jue.
23 reviews
January 7, 2026
Resensi buku #3

Tajuk: Bukan Perindu
Penulis: Rafi Harumin
Ilustrasi kulit: M Shafiq
Ilustrasi dalam: Ckeen Yasin
Penerbit: Kata-Pilar Books
Ketebalan: 69 muka surat
Harga : RM25.00

Alhamdulillah. Akhirnya perjalanan panjang yang dimulai sebelum PBAKL sampai juga ke garisan penamat.

Sebelum kuulas puisi, mari ulas kulitnya kerana warna-warna terang itulah yang paling awal meloncat-loncat lalu ditangkap mata. Lukisan unik umpama berterbangan dari kanvas "Spirited Away" Hayao Miyazaki. Tahniah kepada M Shafiq! Akan kucarimu untuk kulit bukuku nanti.
Sejujurnya aku belum pernah menjejakkan kaki ke bumi 'Negeri di bawah Bayu' ini. Kalau ada pun, sekadar transit 2 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Sibu. Jadi, imej-imej negeri Sabah yang bermain di kotak mindaku selama 40 tahun kehidupan adalah dari kisah-kisah aneh tetapi lucu oleh Mad Sabah dan pemuda pemudi menyanyi dan menari dalam klip video Original Sabahan. Jadi selama ini kukira orang Sabah itu nombor satu mereka itu lucu. Nombor dua mereka suka menyanyi dan menari, sambil memakai baju tradisional Sabah.

Ah, betapa naifnya aku.

Kenaifan itu telah dipecahkan oleh 52 puisi yang datang bertalu-talu dalam 69 ketukan halaman bukan perindu.

Kali pertama membaca naskhah ini, aku berlagak macam juri sayembara, "Ah, latarnya saja sudah sedih, buat apa ditambah-tambah lagi dengan melodramatik ? Lewah ini!"

"Aku belum puas derhaka lagi"

Lalu kututup buku putih ini dan berdiam dia di bucu meja, entah untuk berapa lama. Jauh di dasar hati sebenarnya kutahu, aku, yang masih punya kedua orang tua, masih belum bersedia untuk berdepan kenyataan, yang satu hari nanti, waktu yang saban hari bermain kejar-kejar dengan orang tuaku, akan tangkap juga mereka.

Usianya tidak jauh beza dariku. Jadi seharusnya, kami berkongsi nostalgia tentang TV, Game Boy, PlayStation, Pokémon. Tapi dia tidak memilih nostalgia itu. Suaranya lebih dekat dengan alam. Dia banyak berbicara tentang angin, embun, pasir, bukit, dan awan. Mungkin Keningau masih dara — belum disentuh kemajuan — dan nostalgia sebegitu paling luhur dalam laman ingatannya.
Seperti Pak Djoko Damono, suara Rafi senyap, tetapi membekas paling dalam. Sebab itulah aku lelah membaca 69 lembarannya. Ia seolah-olah berbicara denganku, tentang kisah-kisah tabu yang kulempar jauh-jauh, kutangguh lama-lama, enggan dibaca. Ia bukanlah pisau tajam yang melukakan, tetapi tukul tumpul yang dihentak bertalu-talu; tidak ada luka, tetapi lebamnya membekas.

Akhir kalam, terima kasih Rafi kerana membawaku terbang jauh menikmati keindahan bayu Keningau. Dan terima kasih abang kerana mengingatkanku, yang kehilangan itu, pasti datang.

rating: 4/5

Addendum

Tahniah! Ilustrasi dalam sebegitu layak tampil dalam Siri Bercakap dengan Jin.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.