Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pada Masa Yang Terhenti

Rate this book
“Macam mana aku nak hidup tanpa abah?”

“Aku pun takut, Malik. Tetapi sementara ada masa, kita hargai dia boleh?”

***

Malik terdesak — kerana dia tahu, waktu abah semakin singkat. Dia kasihan melihat ibu yang lelah bekerja dan menjaga abah. Walau sebanyak mana pun Malik cuba meringankan derita mereka, masih tidak cukup. Jarum masa tetap berdetik.  

Tertekan dengan hidup, Malik mula meluahkan isi hatinya ke dalam surat yang dimulai dengan: 

“Ke hadapan malaikat maut ….”

Surat yang hanyalah suatu luahan, namun tanpa disangka-sangka, mendapat balasan daripada seorang gadis bernama Kuntum.

“Kuntum, siapa ni? Ada orang main-mainkan aku ke? ”

“Malik, Tuhan hadirkan aku supaya kau terus kuat.” 

Apabila Malik mula menerima realiti hidupnya, kesihatan abah tiba-tiba merosot mendadak. Kesabaran Malik hancur berkecai. Dia akhirnya terjerumus ke dalam gaung yang gelap dan dalam. Dalam situasi getir ini, adakah Malik perlu terus menongkah arus takdir — atau melepaskan demi menghargai yang masih ada? 

Pada saat ini, adakah surat Kuntum mampu menyelamatkannya?

280 pages, Paperback

First published August 1, 2021

41 people are currently reading
455 people want to read

About the author

Osman Deen

13 books108 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
230 (45%)
4 stars
198 (39%)
3 stars
70 (13%)
2 stars
7 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 121 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews319 followers
September 24, 2025
Aku kenal penulisan Osman Deen melalui Laga Pujangga. First impression aku terhadap penulis ini - penguasaan prosa kata dan budaya bahasa Melayu yang hebat dan idea yang fresh - menyertai mainstream tetapi tidak cliche di kalangan penulis muda Malaysia. Kelebihan ini menghadiahkan karya yang menarik dengan mempertembungankan nilai dan mengintegrasikan seni kesusasteraan klasik dan moden.

Pada Masa Yang Terhenti adalah sebuah naskah yang mengangkat tema utama mental health, friendship dan family value.

Aku suka bagaimana Osman menzahirkan emosi yang kompleks antara Malik, ibu dan ayahnya, Kuntum dan Orked dengan bahasa yang simple, tidak berlebihan dan simbolik. Banyak babak yang dihidupkan terasa begitu nyata menerusi tulisan Osman. Agak impactful sehingga tak senang duduk aku dibuatkan terumanya scene selepas Malik menghantar mesej kepada Orked di hospital, kemudian dia tutup handphone-nya dan babak tepi pantai. Sebak jugalah mengenangkan conversation aku dan ayah aku sebelum dia meninggal. Pesanannya yang bernuansa sama itu segar dalam otak ingatan.

Novel ini mengisahkan Malik dan Kuntum, terutus hubungan walaupun berbeza garis masa melalui surat yang diselit di celah sebuah buku, Aku Dan Masa Yang Terhenti tulisan Nur Alias. Dari segi idea, time traveller bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia antara naskah yang jauh lebih realistik dan relatable. Malik tidak menggunakan buku ini untuk merubah sejarah 13 Mei, ia dihadkan untuk menyelesaikan pergolakan jiwa dan konflik dua individu semata. Yang ini bagi aku membenarkan misteri bagaimana ia berlaku tidak dijelaskan oleh Osman dalam buku ini. Sebab bukan semua yang terjadi ada jawapannya pun.

Apa yang menimpa Malik sebenarnya bukan sesuatu yang direka semata - mata apabila seseorang tu ada mental disorder. Cuma, agak cincai sangat kalau masalah yang begitu berat itu boleh diselesaikan dengan cinta, tanpa ubat dan konsultansi doktor. Suara itu wujud, dan subconscious-nya memang di-control oleh suara itu. Pada tahap kronik, ia boleh menyebabkan kecelaruan pilihan dan mangsa boleh buat kesilapan besar yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Pengalaman pembacaan aku lancar, adakalanya ombak kuat menghentak emosi, adakalanya tenang dibuai angin sepoi bahasa. Plot yang disusun rapi membuatkan aku hooked dari awal sehingga ke hujung cerita. Namun, yang sedikit mengecewakannya adalah - ending buku ni dihabiskan hanya dengan garapan emosi, bukan dengan solusi.

Cadangan aku adalah, pace perkara - perkara penting yang hendak dilerai dilambatkan dengan lebih perincian dan peristiwa 13 Mei itu mungkin boleh dihurai dengan lebih teliti sedikit (terutama dari POV Kuntum) supaya pembaca muda tahu apa sebenarnya yang berlaku, ini peristiwa penting dalam sejarah Malaysia, alang - alang memeluk perkaram, biar sampai ke pangkal lengan. After-all, it was an emotional masterpiece. I enjoyed the whole reading experience.

P/S: Aku nak bagi credit sikit kepada uncle Ravi dan Krish sebab menjadi medium stress relief yang berkesan dalam novel ni. Tak ada siapa buat lagi kan?

Secara peribadinya, ini adalah novel terbitan Iman Publication yang harus diberi perhatian luas sebab kematangan novel dari segi penulisan, tema dan keberkesanan penyampaian.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Introvert Insane.
537 reviews7 followers
August 9, 2024
I BROKE MY ONLY RULE ABOUT IMAN PUBLICATION

My last Iman books were absolute disaster reads (Dear God, Rough Diamond) and the two reasons I picked this up were 1) I thought that maybe Iman's Malay releases might be good, 2) Osman Deen's The Undead City from Bookiut was excellent so I have high hopes for his Malay works.

Thank God I was right.

A story about a boy, struggling to take care of his ailing father and is seriously considering (taking matters in his own hands iykyk) . This story deals with grief, depression, euthanasia, loss, love and ofc TIME TRAVEL and its paradox.

See, Iman? When your author is good, you have good quality, good editing, nuanced representations of real world issues in your narrative, you have a good one here.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
November 26, 2024
My thoughts?

1. Ini ialah buku ke-3 yang buat aku melalak sampai semput dan sesak nafas sepanjang aku jadi book reader. Sedihnya ya Allah, memang menusuk ke dalam hati. Sebab aku boleh relate dengan buku ni. Memang aku terkesan sangat sampai tak boleh bawak bincang.

2. Aku pernah rasa kehilangan ayah. Sama macam Malik. Sebab kanser. Cuma bezanya aku tak sempat jaga ayah lama. Ayah aku pergi sebelum sempat aku nak berbakti. Tapi sumpah dari tahun 2007 sampai sekarang aku masih menanggung rindu. Hati aku ni sampai bila2 akan tetap ada lompong yang tak akan dapat di isi.

3. Aku tak pernah ada suara2 jahat dalam kepala macam Malik. To end his father's suffering. Tapi sepanjang ayah aku sakit tiap2 hari aku mintak Tuhan cabut nyawa aku dan bagi dekat ayah. Tiap2 hari aku buat deal dengan Tuhan suruh gantikan nyawa aku dengan ayah. Bagi ayah aku sihat semula. Aku rela pergi asalkan ayah aku sihat semula. Tapi Tuhan tak makbulkan doa aku.

4. Cerita ni ada time travel. Cumanya bukan orang yang travel tapi surat. Time machine pulak memang rare gila, buku bertajuk Pada Masa Yang Terhenti. Aku suka kisah Malik yang tulis surat untuk Izrail dan selit celah buku tu. Then surat tu end up sampai kepada Kuntum, di celah buku yang sama but in a different timeline.

Malik - 2019
Kuntum - 1969

5. In conclusion, I really love this book. I I think I'm going to read this book whenever I miss my dad. Or whatever I need a good cry. But then thank you author, for writing this book.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
June 12, 2024
Genre: Slice Of Life & Fantasi Ringan (Time Travel)
TW‼️ : Cobaan Membunuh, Kecelaruan Perasaan & Fikiran

Sinopsis Ringkas: Malik melihat ibunya struggle mencari rezeki demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tambahan pula, ayahnya bukan dalam kondisi yang baik. Penyakit kronik yang dialami ayah Malik membuatkan Malik rasa ada baiknya dia bertindak untuk melakukan perkara 'tersebut' demi mempercepatkan proses ayahnya itu. Tapi antara sanggup dengan tidak saja.

"Malik, Tuhan hadirkan aku supaya kau terus kuat"

Jadi, sepanjang dia bergelut dengan emosi dalaman dia. Dia menulis surat untuk Malaikat Izrail. Dan kemudian diselitkan dalam buku.
Tanpa sedar, surat yang diselitkan Malik itu sampai ke tangan seseorang (Kuntum) di dimensi yang lain (tahun 1969). Apa yang akan terjadi seterusnya?.

Ini pendapat peribadi saya 🙋🏻‍♀️🧏🏻‍♀️

Ya, Malik lelah. Tapi apa pilihan yang dia ada selain dari kena teruskan juga kehidupannya itu dan bergelut dengan perasaan berkecamuk.

Kalau tengok semula apa yang saya tabbing untuk buku ini. Saya boleh cakap hampir kesemuanya mengenai situasi/ momen menjaga pesakit kanser.

Relateable dengan diri sendiri sebab saya pernah ada pengalaman menjaga arwah mak saya yang juga menghidap penyakit kanser. Banyak persamaan antara Malik - ayahnya dengan saya - arwah mak saya. Cuma tidak la sama dengan monolog dalaman yang ada pada Malik. Jauh sama sekali. Sebab saya masih sentiasa meletakkan harapan untuk melihat arwah mak saya kembali sihat seperti sedia kala walaupun sudah banyak benda kenyataan yang dah terhidang depan mata saya. Yang pernah menghadapi mungkin akan terkesan sedikit sebanyak dengan cerita ini.

Ada elemen fantasi ringan yang diselitkan penulis. 👆🏻 Just imagine kau boleh berinteraksi dengan seseorang di dimensi lain dengan hanya menulis surat dan selitkan dalam buku. Ini machiam memang bikin meremang satu badan hshs. Tapi disebabkan kiriman surat balasan dari Kuntum lah yang membuatkan Malik dapat sisa berfikir secara rasional. Cuma itulah, siapa yang boleh kawal apa yang Malik rasa selain diri dia sendiri. Kan? . Dan dalam masa yang sama. Malik juga secara tidak lansung turut membantu Kuntum yang ketika itu dalam situasi tegang yang mungkin boleh menyebabkan kejadian berdarah secara besar-besaran berlaku. Dia macam faham tak win win situation dalam cerita Malik - Kuntum ni.

POV Kuntum comel. And bahasa yang Kuntum guna tu kalau baca kuat-kuat memang rasa macam orang dolu dolu.

Ada few things yang predictable and ada watak yang boleh ditebak sejak awal kemunculan dia. Tapi saya masih boleh cakap buku ini sebenarnya dapat memberi sesuatu buat pembaca. Satu percubaan yang baik dari penulis.

* Bab gaya bahasa penulis. Saya rasa boleh nampak perbezaan antara gaya bahasa zaman kini & dulu.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
September 17, 2024
It is a bit hard to finish this book because I do relate to the author. Abah aku sakit cancer, and I was with him from the start of admission, until the end. Tapi abah’s journey has a very very fast timeline, dalam masa 2 bulan je from admitted to him passing away. Cancer sucks man. Seriously. I remember crying in my car because I was soo tired, driving back and forth, being the strong one with my mom, to handling abah’s funeral. It was brutal.

Bergenang air mata masa baca abah dia maafkan Malik. Sebak sebab I wish abah is here. Walaupun dah 5 tahun, it still hurts.

Oh I do not recommend this book to those who have lost somebody. Maybe after 7,8 years kot..
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
August 14, 2021
Review ni akan ada spoiler, so teruskanlah baca kalau mahu.

Macam aku pernah cakap sebelum ni, Osman memang tak disangkal lagi seorang penulis yang berbakat. Jalan cerita dan gaya bahasanya kemas dan lancar. Itu tak termasuk lagi dengan ideanya yang selalu di luar kotak (aku suka sangat baca thread idea/prompt cerita yang dia buat dekat Twitter).

Buku ni, aku boleh kata puaslah bila baca. Ia penuh dengan emosi, dan untuk aku yang baru kehilangan nenek, apabila membaca ini memang betul buat aku rasa tersentuh. Idea dua orang yang berlainan zaman berhubung, bukanlah satu idea yang baharu, tetapi Osman berjaya tampilkan idea ini dengan satu nafas baharu - berhubung melalui surat yang terselit dalam buku. Epilognya pun aku suka betul, sebab aku nak tahu dan baca kisah Kuntum dan Malik bertemu. Harapnya adalah buku itu nanti ya heheh

Kalau boleh aku katakan, buku ini ada vibe A Monster Calls dengan Tuesdays with Morries. Jadi kalau korang suka baca dua buku ni, aku pasti korang akan suka buku SUA.

Untuk penambahbaikan, aku rasa buku ini terlalu pendek. Ia sebenarnya boleh dipanjangkan lagi. Osman boleh bermain dengan isu perkauman dengan lebih detail, dan isu ruang dan masa pun sepatutnya boleh dibincangkan dengan lebih dalam lagi. Bab kematian ayahnya diceritakan sekali lalu, jadi emosi waktu itu kurang sampai. Walaupun buku ni pendek, watak utamanya aku rasa lengkap dan nampak perbezaan suaranya. Jadi untuk itu aku tabik dekat Osman.

Oh, ada banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam buku ini. Jadi untuk cetakan kedua nanti, harap pihak editorial go through baliklah manuskrip ni dan betulkan semuanya.

Apapun, tahniah dan terima kasih pada Osman atas naskhah ini. Aku memang akan beli setiap karya Osman di masa akan datang sebab aku nak tahu cerita apa lagi yang dia mahu bawa.
Profile Image for Osman Deen.
Author 13 books108 followers
Read
August 14, 2024
Assalamualaikum dan hai!

Terima kasih buat semua yang telah (dan bakal) membaca Pada Masa Yang Terhenti (lebih lagi untuk yang dah baca juga Surat Untuk Azazil). Saya amat hargai masa yang dilaburkan untuk menelusuri kisah Malik (dan maaf jika menangis hehe).

Sedikit penjelasan jika ada yang keliru mengapa ada ulasan menggunakan tajuk Surat Untuk Azazil:

Naskhah ini pernah diterbitkan bersama penerbitan Whitecoat pada tahun 2021. Malangnya, banjir pada hujung tahun 2021 memusnahkan stok SUA di gudang penerbit. Maka tahun lepas, hak SUA dikembalikan kepada saya.

Setelah hak naskhah kembali kepada saya, suntingan semula dilakukan dengan niat untuk dilahirkan semua sebagai karya swaterbit. Namun, Tuhan juga punya perancangan dan alhamdulillah dilamar untuk diterbitkan bersama penerbitan IMAN.

Tulang cerita masih sama; tentang gelora Malik dengan jiwanya dan usaha Kuntum untuk membantunya merentasi ruang dan masa.

Berbanding SUA, mungkin ada penambahan dalam 40% di dalam PMYT. Ada perubahan suara watak juga (Kuntum terutamanya).

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan karya saya. Andai kata ada sebarang kesilapan di dalam naskhah ini, bolehlah layangkan aduan di media sosial saya.

Terima kasih, sampai berjumpa di karya seterusnya!

ps: SUA dah memang out of stock terus, jadi agak susah nak cari melainkan ada terselit dekat mana-mana kedai atau di carousel (kalau ada).
Profile Image for addreads.
278 reviews25 followers
December 11, 2024
Storyline menarik sangat. Apa ad boleh cakap. Sangat menyentuh hati dan perasaan. I'm crying.. idk.. sometimes ad rasa, ad menangis sebab teringat arwah ayah.. but sometimes kinda faham apa yang Malik rasa...

Deep inside, Ad kinda jealous dengan Malik. Sekurang-kurangnya dia dapat peluang untuk jaga, ada bersama dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang jadi kat ayah dia.

So far best. Deep kedalam. Best
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
December 17, 2021
Cerita yang lain dari biasa.
Ada kelainan. Berisi surat-surat antara Malik, Azazil dan Kuntum.
Ada nasihat dan pengajaran yang dititipkan.

Lebih menarik jika pengarang menulis cerita dan surat Kuntum dengan gaya tulisan pada zamannya.
Profile Image for Farah Insyirah.
7 reviews1 follower
June 2, 2024
I randomly bought this book at day 1 of pbakl because the author was there. THIS IS MY FIRST BOOK from OSMAN DEEN and not gonna lie how I bawled my eyes out while reading this book ! will check out another works by him !! HOPE U CAN WRITE MORE ^^
Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
August 9, 2024
"Terima kasih mendengar luahan aku di kala semuanya gila." - Malik

Kisah tentang Malik, seorang remaja lelaki yang tangguh belajar buat sementara waktu, untuk jaga Abah. (Abah adalah ayah kepada Malik). Rutin harian menjaga orang sakit yang sama, buatkan Malik mula rasa nak menulis surat pada Malaikat maut. Malaikat Izrail.

Tujuan Malik tulis surat pada Malaikat maut adalah untuk meluahkan segala isi hatinya, kepenatan, kekecewaan, kesedihan dan niatnya. Tapi Malik tak sangka yang surat dia tu dibalas oleh seorang gadis bernama Kuntum. And Kuntum pulak bukanlah dari zaman Malik, tapi dari zaman atau tahun yang berbeza (time-travel concept). Cara surat² dibalas dan dihantar pun quite interesting untuk fiction book, surat tu dihantar dan diterima melalui buku. Yes, I don't lie. Melalui buku. Ibarat macam kau nak hantar surat kau selit kat buku, and kau terima surat balas pun dari buku yang sama. Dan buku pun tajuknya: Pada masa yang terhenti. Nice, concept penceritaan buku ni sangat baik pada pendapat aku.

Jalan cerita dirancakkan lagi dengan Malik yang dah penat, sampai dia rasa dia boleh cabut nyawa ayah dia sendiri. Fikirnya dia nak menghentikan kepenatan abah, dirinya sendiri, ibu dan Orkid. Tapi dari sini la bermulanya Malik belajar menghargai. Orang² yang dipilih Allah untuk jaga orang tua yang sakit, korang memang tengah cipta ladang pahala. And korang kena baca buku ni, sebab korang memang anak yang hebat. Aku tau jaga orang tua sakit sangat lah tak mudah. Ianya ada cabaran dan dugaan. Syurga kan bukan mudah, untuk dapat ganjaran Syurga dari Allah, mana mungkin kita sangka jalannya mudah kan. Aku sering dengar anak² yang menelefon siaran radio mengadu ("saya tak taulah sekarang ni saya tengah kumpul pahala, atau lagi banyak dosa menjaga ibu bapa saya").

Dan penjelasan/ceramah dari Ustaz², seperti Ust Izzhar Nazri sangatlah membekas di jiwa, tentang besarnya pahala menjaga ibu bapa. Sebab bukan semua anak Allah pilih dan izin untuk jaga ibu bapa.

Korang dialog kat bawah ni serius sedih:

"Susah kan jaga abah?" - Abah

"Malik pun manusia, Malik tak boleh hadap semua ni sendiri. Berpautlah kepada orang lain, kalau tak mampu." - Abah

"Boleh ke kita nak hidup tanpa abah?" - Ibu

Kau bayangkan seorang ayah yang tahu anak dia dah penat and nak cabut nyawa dia, tapi si ayah tetap memilih untuk faham kepenatan menjaganya yang dulunya kuat membanting tulang untuk keluarga, kini tak lagi berdaya untuk menguruskan diri.

I would say buku ni bawak banyak pengajaran. Aku just nak petik balik ayat Abah Malik:

"Berpautlah kepada orang lain..kalau tak mampu".
Profile Image for Shu Granger.
34 reviews4 followers
July 21, 2024
If you love time travel, classic+modern.. then this book is absolutely recommended for you!!! :3
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
July 25, 2024
Mereka yang pernah jaga ahli keluarga sakit teruk pasti boleh faham perasaan watak utama novel ni, Malik.

Mereka yang berperwatakan ceria dan suka mengusik pasti boleh nampak pantulan diri sendiri pada Kuntum, watak utama kedua.

Saya tak ada sebarang rungutan tentang laras bahasa dalam novel ni, sama ada tentang ayat naratif, atau dialog, dsb. Bahasa dalam novel ni okey, dan tak ada yang terasa canggung menurut selera saya.

Salah satu aspek yang menarik tentang plot novel ini ialah teknik plot berstruktur bundar (circular plot) yang digunakan. Sekurang-kurangnya, itulah yang saya rasa lepas habis baca dan lepas termenung panjang tentang aspek rentasan masa dalam cerita ni. Seolah-olah cerita ni berpusar dalam lingkaran sebuah bulatan.

Selain itu, saya juga suka kontra antara perwatakan Malik dan Kuntum. Khususnya, perwatakan masing-masing yang tertonjol dalam surat-surat karangan mereka. Malik yang dimamah rasa dan ujian hidup, manakala Kuntum pula seorang yang optimistik, positif dan mempunyai empati yang tinggi.

Isu-isu dan persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam novel ini juga sangat menggamit emosi dan sisi empati saya. Contohnya, cabaran menjaga ahli keluarga yang sakit (yang paling dekat dengan hati dan pengalaman hidup saya) dan keturunan campuran yang tersepit antara sengketa dua bangsa.

Keseluruhannya, cerita yang sangat menarik dan buat saya jadi teringin nak baca karya-karya penulis yang lain.

Cuma ada tiga benda yang sedikit mengganggu pembacaan saya:

1- Ada tempat pekarangan dieja dengan betul, dan kemudian ada yang dieja ‘perkarangan’, dna kemudian ada yang dieja betul semula.

2- Penggunaan “aku” yang tiba-tiba dalam naratif Kuntum, dan ini berlaku hanya sekali (m/s 89).

3- Ejaan yang betul ialah “minimum”, bukan “minima” (m.s 163).
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 15, 2024
40/2024

-Pada Masa Yang Terhenti
-Osman Deen

Kali ini buku ini dibeli semasa PBAKL atas faktor muka hadapannya yang redup mata memandang. Haha. Ini pertama kali saya membaca naskhah tulisan Osman Deen. Penulis muda saya kira jika dilihat pada wajahnya yang muncul di media sosial. Namun, semuda usianya, jalan cerita bagi saya bagai ditulis seorang penulis senior.

Bahasa yang digunakan tersusun indah. Walaupun saya tidak tahu bagaimanakah susun kata orang pada sekitar tahun 1969, namun usaha penulis menggunakan lenggok bahasa dahulu wajar diberikan pujian. Plot cerita juga saya kira lain daripada kebiasaan kerana penulis menggunakan tema 'time traveller' atau perjalanan masa. Tapi.. ceritanya mudah faham walaupun berselang seli antara tahun Malik dan Kuntum.

Tahniah Osman Deen untuk penghasilan karya ini. Walaupun kita sering melihat sisi sakit pada seorang pesakit, jarang sekali kita lihat sisi sakit bagi seorang penjaga yang menjaga orang sakit. Dan penulis berjaya melakarkan ia dengan baik. Sebuah karya air mata yang patut ada dalam senarai pembaca yang mencari buku yang bermain dengan jiwa.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
October 18, 2024
Mengisahkan tentang Malik yang menjaga ayahnya yang sakit sampaikan Malik terpaksa menangguhkan semester di universiti. Sampai satu tahap Malik ingin mencabut nyawa ayah dia sendiri.

Malik ni seorang yang tak open dengan ibunya jadi luahan hati Malik ditulis sebagai surat yang dia selitkan dalam sebuah novel tapi surat ni sampai kepada Kuntum yang berada pada 51 tahun yang lepas. Jadi Malik banyak meluahkan dan Kuntum ni banyak nasihat kepada Malik walaupun mereka tak bersua muka dan hidup di zaman yang berbeza.

Sorry kalau review aku ni tak convincing sangat sebab aku taknak spoil berlebihan. Bagi aku semua orang perlu baca buku ni at least sekali dalam hidup. Buku ni bukan lah buku yang mempunyai storyline or plot yang buatkan kau rasa tak sabar nak tahu apa akan jadi seterusnya (bagi aku la) tapi aku sangat suka akan penggunaan bahasa dan juga kata kata motivasi yang ditulis oleh author ni.

Overall 3.80 🌟
Profile Image for Mohd Ashmunir.
169 reviews3 followers
September 8, 2024
Take a lot Of time to finished it. But Its all happen for a reason… nak kata tebal x jugak… tp emosi yg dibawak tue membuatkan sya ambik masa nk habiskan… sbb menghayati stp patah perkataannya… mendalami jiwa seorg Malik dan Kuntum… serta emosi mereka…

Ada bhgian buat kta ketawa tp most Of the time byk menangis ya… Smmgnya x mudah nk menjaga insan yg tgah terlantar sakit… Its involved your time,money,energy, mental, and so on. Jd jiwa Malik nie mmg kta faham sgt especially yg berada di tmpt yg sama dgn Malik…

Watak lain yg menarik ialah Orkid… Cucu si Kuntum… for me dialah yg byk mengindahkan lagi kisah nie… last but not least… GO GRAB THIS WONDERFUL BOOK! Biar kta sama2 berendam air mata… and for sure akan cari lagi karya lain En Osman Deen kta nie..
Profile Image for Idamandarin Azhar.
49 reviews5 followers
June 19, 2024
Beli masa PBAKL bulan lepas, sekarang baru ada masa nak baca. Siapa yang pernah baca atau tonton "The Time Traveller's Wife", "Curious Case of Benjamin Button", "A Wrinkle in Time" dan semestinya "Interstellar", boleh rasa persamaan naratif. Disclaimer: Maafkan penulisan rojak saya terlebih dahulu.

Kuntum dan Malik terpisah dengan garis masa (tahun 1969 dan 2019) dan ruang. Mereka berkomunikasi dengan mengutus surat melalui buku dan membantu antara satu sama lain. Bukan cerita cinta, so dia best.

"When you love someone so much, you just want them to go peacefully. You want to end the suffering" That's the best way I would put the whole narrative about this book.

Relationship: Very Platonic
Issue: 9/10 (Being a caretaker is no easy feat, so this issue is very triggering)
General Feeling: Worth to read!

Nak komen sket:
- Saya mula kenal narratif cerita peralihan masa melalui cerita panjang Doraemon, penulis ni menggunakan formula yang lebih kurang sama, agak "fresh" dalam dunia novel Melayu.

- Masa first tengok "Interstellar" dulu, rasa best gila bila dapat tahu org Barat juga punya pengetahuan tentang ilmu lipat bumi. Because I honestly feel like that idea is authentically Malay. Dalam filem Interstellar, Murphy Cooper dapat mesej dari rak buku. Sama jugak dalam buku ni, guna rak buku. Saya ada rasa sikit terganggu sebab "Interstellar" was so good, and I know brilliant minds think alike, but why do you have to use rak buku jugak? Can't you just choose some other secret way to send a message? Belakang frame gambar ke? Selit celah tangga? Kat pokok (orang Barat suka guna idea ni jugak), anything but not rak buku please. Kalau penulis kata Xpernah tengok cerita Interstellar saya akan jadi lebih marah barangkali. Ahahahaha... Saya assume writer ni banyak guna elemen whimsical filem Korea.

- As much as I love books, I feel like it is VERY RARE for us to own books back in the days. Knowledge is expensive! Setahu saya la kan, Dato' Lat yang pandai (at least to me) tu pun Xada buku yang banyak walaupun dia sangat suka membaca. Dalam dokumentasi visual beliau, Xada rak buku. Orang kaya je mampu beli buku zaman dulu. Jadi saya rasa Xcocok dengan cerita ni.

-Walaupun ada beberapa loopholes dalam naratif ni, saya rasa boleh dimaafkan sebab jalan cerita dia best. Berbanding novel2 Iman yang lain, watak Malik dalam ni sangat manusia. There's a huge line between toxic traits and weaknesses. Toxic trait is when you are affecting other human being whereas weakness is acknowledging it and try to be better. Kita manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan. Tak semua penulis dapat faham perkara ni.

- Novel Iman yang lain semua asyik guna perkataan rimas, nak mengamuk merajuk tak tentu hala, acah2 emo, terpaling introvert, tapi novel ni isu dia sgt berbeza. Novel ini punya positive energy sama seperti novel Rumah Tak Mesti Bahagia, Siapa Sangka Terjatuh Cinta, dan Terima Kasih Luka. So far, empat buku ni je yang best dalam bacaan saya. Aiman, if you are reading this, I'm rooting for you!

- Saya nak bagi 5 bintang, tapi nama protagonist dia Kuntum. Oh kenapa Kuntum, patut ejalah Kuntom. Aaaaaa!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for NaniM.
57 reviews24 followers
July 19, 2024
lalu di tik tok aku seorang lelaki berbangsa cina mereview buku ini, dan beliau katakan ia sebuah buku yang sangat bagus. maka aku pun tertarik dan berminat untuk membaca dan terus pesan di shoppee.

secara ringkas, ini adalah bacaan santai. tulisan besar dan besar jaraknya juga membantu untuk membaca dengan cepat.

dari segi jalan cerita dia ada potensi, tapi sayang tak digilap. bagi aku terlalu ringkas, dan terlalu banyak lompong. lagi2 apabila menulis kisah yang bermain dengan masa ni, kena ada sedikit ketelitian untuk membuatkan pembaca merasa ada logik dan bersimpati dengan watak cerita.

aku mengharapkan surat balas membalas itu lebih banyak dan lebih panjang hubungan perkenalan antara kuntum dan malik. kalau setiap watak utama diceritakan dengan lebih terperinci mungkin aku lebih mudah menghayati dan memahami gelodak rasa mereka.

tambahan pulak dengan konsep masa yang berulang tapi tiada permulaan, tiada penghujung. masa mula2 aku baca, aku ingatkan dalam dunia kuntum, malik berjaya melakukan apa yang dia rancang, dan dia menyesal. maka dia meminta bantuan kuntum untuk menghentikan dia (pandai2 aku je).

surat balas malik pula lebih kepada surat yang kuntum berikan kepada orkid dan malik copy paste je. balas surat pun dia meniru aiissshh (gurau je). tapi agak tak logik dekat situ. dan boleh pulak dia terus bagitahu kuntum nanti ada cucu nama orkid. so practically, malik yang namakan orkid hmmm macam mana kalau cucu kuntum tu ramai? kena bagi nama orkid 1, orkid 2 ke? pendapat aku malik daripada masa depan tak patut berikan terlalu banyak maklumat pada kuntum.

kesimpulannya ini adalah bacaan santai yang sesuai untuk direkomendasi pada remaja2.

kalau ada yang membaca review ini sampai habis, boleh cadangkan juga novel melayu apa lagi yang sesuai untuk aku cuba baca?

aku ada baca RAM, menarik juga tapi tak berapa gemar genre thriller dan fantasi. buku hilal asyraf "hero" juga tak kena sangat dengan aku.

aku baca 3 buku teme "kapal terakhir di dunia": permulaan buku sangat perlahan, tapi makin menarik bila sampai ke buku 3. sayangnya buku ini tiada sambungan. jika ada sambungan aku kira ia sebuah naskah yang menarik. tapi bila terhenti pada buku 3......agak merosakkan mood.

apa lagi novel yang menarik untuk dicuba?

p/s: novel english yang saya selalu baca ulang2 adalah ''To Kill A Mockingbird' dan penulis kegemaran saya adalah Haruki Murakami dan Khaled Hosseini (just to paint you what type of stories might interest me)

terima kasih kalau ada yang sudi rekomen buku.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
August 24, 2021
Sinopsis: Surat Untuk Azazil mengisahkan tentang Malik dan Kuntum yang berhubung melalui surat-surat yang ditulis merentasi jurang masa. Malik dalam keadaan kebuntuan dan putus asa kerana kesakitan ayahnya dan Kuntum yang mahu membantu Malik mencari ketenangan.

Apa yang aku suka:
1. Gaya bahasa santai dan ringkas membuatkan novel ni mudah dihadam dan difahami.
2. Idea yang di luar kotak sangat menarik dan lain dari yang lain.
3. Emosi yang cuba diketengahkan berjaya membuat aku rasa apa yang Malik rasa. Aku boleh berempati dengan Malik melalui surat-surat yang dia tulis.
4. Walaupun sepanjang buku ada pertukaran POV antara Kuntum dan Malik, pembaca senang untuk membezakan 'suara' antara kedua-dua watak tersebut.
5. Pengakhiran terbuka yang memberi ruang kepada pembaca untuk membayangkan pengakhiran sendiri dengan kemunculan Azazil. Adakah kita boleh mengharapkan untuk sekuel?

Apa yang boleh ditambahbaik:
1. Aku harap kisah dan hubungan antara Malik dan Kuntum dapat lebih digarap.
2. Kuntum sepatutnya berasal dari tahun 1960-an tapi bahasa yang digunakan seakan-akan bahasa moden masa kini. Agak kurang realistik.
3. Pengakhiran cerita seakan-akan terlalu gopoh dan tiba-tiba. Mungkin novel perlu dipanjangkan lagi untuk penceritaan yang lebih mendalam.
4. Ada beberapa kesalahan ayat dan tatabahasa.

Secara keseluruhan, aku cukup seronok membaca novel Surat Untuk Azazil. Perasaan Malik yang bergolak cukup dirasai melalui tulisan-tulisan nya. Antara moral yang aku rasa cukup kuat mahu disampaikan penulis adalah, bila datangnya sakit, ujian itu bukan lah kepada pesakit nya saja. Namun, ia juga satu ujian terhadap orang sekeliling. Sejauh mana dapat mereka bersabar?

Walaupun aku rasa masih ada ramuan yang tak cukup, tapi bagi aku, dengan idea yang menarik dan bait-bait kata yang boleh memberi impak kepada pembaca, novel ni ada potensi untuk pergi lebih jauh.

Aku rekomen.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
October 22, 2025
Malik sedang dalam pergolakan emosi kerana kepenatan menjaga ayahnya yang sedang sakit. Hinggakan pelbagai perkara buruk timbul di fikirannya. Dek kerana itu juga dia menulis sepucuk surat buat Malaikat Maut. Namun tanpa disangka suratnya sampai kepada Kuntum yang hidup di zaman yang berbeza.

Membaca pertanyaan Malik tentang potongan rambut abahnya membuatkan SH teringat juga pernah memotong pendek rambut ibu SH yang baru pulang dari hospital. Panas katanya. Namun tangan SH sudah tentu tiada seninya. Agaknya begitu jugalah keadaan rambut abah Malik dipotong sang anak.

Sebenarnya ada banyak lagi yang Malik perkara yang Malik rasa turut dirasai oleh mereka yang pernah menjaga orang tua mereka yang sedang sakit. Mungkin yang berbeza hanya cara kawalan dan pelepasannya sahaja. Jaga orang sakit ini sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Penatnya bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi juga mental dan emosi.

SH suka dengan cara penulis mengekalkan ejaan lama dalam surat yang ditulis oleh Kuntum. Dan ini sangat wajar kerana mereka hidup dalam latar masa yang berbeza. SH memang seronok membaca penulisan yang mengambil kira latar masa watak untuk gaya pertuturan, penulisan, pembawakan diri dan sebagainya.

SH yakin ramai yang bakal 'banjir' semasa membaca naskah ini. Apatah lagi jika mereka pernah atau sedang berdepan dengan situasi yang sama. Cuma SH doakan mereka yang sedang dalam keadaan ini dikurniakan dengan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya.

Kasih seorang ayah sememangnya jarang ditunjukkan dalam bentuk kata-kata. Mereka biasanya lebih selesa mencurahkannya dalam bentuk perbuatan. Tersentuh hati SH bila abah Malik masih mampu tersenyum dengan perbuatan Malik. Malah mampu bertindak seolah-olah dia tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh Malik.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
January 10, 2025
Pace cerita perlahan. Sangat-sangat perlahan dan terlalu melankolik. Novel ini bukan untuk saya. 100 muka surat pertama pun duk ulang benda sama iaitu, "sudah masa untuk abah pergi," "sudah masa aku jemput Izrail ke rumah," "sudah masa untuk aku ulangi perbuatan Qabil". Dia nak cakap yang Malik berniat nak tamatkan riwayat dan kesengsaraan ayah dia ja. Tapi makan sampai 100 muka surat dengan ayat berbunga-bunga.

Kisahnya pula tidak buat saya teruja untuk ke muka surat seterusnya. Tiada adegan dramatik. Ia juga tidak menyedihkan saya. Tak tahu kenapa - mungkin sebab terganggu dengan monolog yang berbunga-bunga sedangkan boleh straight to the point sahaja. Kemudian, percubaan untuk memasukkan tragedi 13 Mei itu macam... tiberrr sangat. Selesai membaca novel ini, saya tidak rasa apa-apa. Hanya satu fikiran sahaja yang ada iaitu, "Mahalnya cerita begini untuk diletak pada harga RM30."

Dari sudut positif, saya suka Bahasa Melayu dengan ejaan lama yang digunakan. Selain itu, saya lebih suka latar tempat-masa Kuntum. Pace lebih laju berbanding latar tempat-masa Malik.
Profile Image for Haziq Zahar.
3 reviews
June 5, 2024
Bagaimana kalau surat kepada malaikat maut diterima oleh seorang perempuan dari masa lalu?

Satu novel fantasi ringan dengan pembawaan emosi yang berat. Kisah Malik yang hampir putus asa dengan bebanan tanggungjawabnya, dan Kuntum yang hidup pada zaman kemuncak pergolakan politik Malaysia.

Walaupun dipisah oleh zaman, hubungan mereka tersimpul melalui surat dan harapan.

Bagi saya buku ini disusun dengan baik, dan mudah untuk difahami walaupun diselit elemen fantasi pengembaraan masa. Buku ini membawa perasaan yang berat lagi-lagi jika pembaca pernah berada dalam situasi watak utama, Malik.
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 12 books120 followers
August 19, 2021
Akan lagi best kalau dipanjangkan lagi dari sudut Kuntum dan Azazil. I want more!!
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
June 30, 2024
so beautifully written. aku menangis tersedu sedan baca tapi hairannya selepas itu hati aku rasa lebih ringan. terima kasih osman deen untuk buku ni.
Profile Image for Oteh.
29 reviews1 follower
September 28, 2021
Buku ni mengisahkan Malik yang terpaksa menangguhkan semester pengajiannya kerena dia terpaksa menjaga ayahnya, pesakit kanser yang terlantar. Dalam masa yang sama dia mula rasa takut kerana tidak tahu bila ayahnya akan kembali ke pangkuan-Nya. Dia penat bersabar, penat menahan rasa sedih kerana tidak sanggup melihat ibunya sedih dan penat terpaksa kerja untuk menanggung mereka bertiga.

Satu hari, Malik menulis surat untuk Azazil. Niatnya untuk meluah perasaan yang terbuku di hati. Dalam pada masa yang sama, dia nyatakan niatnya hendak membunuh ayahnya. Surat-surat yang ditulis Malik diselitkan ke dalam sebuah buku. Tanpa diduga, surat itu dihantar ke zaman dan ruang waktu yang berbeza (1969 & 2020). Surat itu diterima oleh seorang gadis bernama Kuntum.

Mereka berbalas surat dan sebenarnya Malik dan Kuntum saling "membantu" antara satu sama lain.

Baca SUA ni pukul 3 pagi buta , kembang-kembang nampak tulisan sebab menangis. 🥺🥲🤧
Profile Image for Raihanah Ariff.
14 reviews
September 10, 2024
“Kita berduka, tanda kita masih sayang dan ingat.”

“Tidak kira bakal mati dalam sepuluh hari atau tiga bulan, setiap orang berhak untuk hidup sebaiknya sehingga saat akhir.”

“Sejujurnya, hendak melepaskan memang sakit. Tetapi ingatlah, sakit itu tanda masih ada sayang yang tersisa.”

“Adakah di jurang dunia, menunggu masa dihumban ke dalam neraka? Atau mungkin di jurang ruang itu sendiri? Ditolak, terus hilang kewujudan diri ini. Tidak terseksa tetapi terhapus, menjadikan jiwa yang tidak bermakna ini terus mati.”

“Dia tahu, masih ada yang tersimpan kejap dalam hati. Masih tersisa kasih yang mahu diberi.”
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
December 12, 2021
menarik, idea cerita lain daripada lain. Namun kurang cukup dengan cerita Kuntum & Malik. Rasa terlalu cepat menemui penamat. Mungkin penulis bercadang untuk menulis sambungannya? who knows kann.. Tahniah buat penulis untuk novel ini, aku sangat suka gaya bahasa yg digunakan, banyak bait kata yang menarik & mampu buat aku sentap sebentar. Tahniah & teruskan berkarya 😊
60 reviews1 follower
August 19, 2024
Time travelling book. Quite okay la for me. It makes me wonder, kalau la kita yang berada di tempat ML, apakah kita akan bersedia dan melakukanya dengan hati terbuka tanpa sikit pon rasa sesal. I like the idea …
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
August 3, 2024
Pada Masa Yang Terhenti | Osmandeen

Cuba korang imagine, korang tulis surat untuk seseorang tiba-tiba yang balas surat tersebut ialah seseorang daripada dimensi yang berbeza. Wow, tak pernah terfikir dek akal. Itulah yang merungsingkan fikiran Malik.

Sejak bapanya dimasukkan ke hospital, sudah menjadi tanggungjawab Malik untuk menjaga bapanya. Namun, dia sudah penat untuk menghadapi semua itu seriap hari. Jiwanya kacau.

Malik takut untuk meluahkan perasaannya kepada orang lain. Jadi, dia luahkan segala perasaannya melalui surat yang ditulis kepada Izrail lalu menyelitnya didalam buku. Tanpa disangka, surat tersebut dibalas oleh Kuntum, seseorang yang berasal dari masa lampau, lebih kurang 60 tahun lalu.

Apakah yang bakal terjadi dengan Malik? Siapakah Kuntum bagi Malik?
___________________________

Pertama sekali, kita beli buku ni sebab tertarik dengan jalan ceritanya yang menyelitkan unsur "time travel" ini lain daripada yang lain. Sejak kita dapat tahu yang surat Malik ni dibalas oleh Kuntum, perasaan curious kita semakin membuak-buak nak tahu apa yang jadi. Ialah, diorang kan dari dua zaman yang berbeza.

Walaupun buku ni nipis, tapi bagi kita buku ni penuh dengan pelbagai emosi. Apatah lagi bila kita dapat melihat kedua POV daripada Malik dan Kuntum. Walaupun Malik ni cumalah stranger, namun Kuntum tetap mahu membantu Malik. Tidak lupa juga kepada Orkid, yang sering membantu Malik. (Tapi bagi kita scene Malik dengan Orkid tu sikit sangat la, rasa macam tak puas.😫)

Buku ini bagi kita, banyak mengajar kita untuk melepaskan. Andai jiwa kita bergelora, lepaskanlah. Jangan dipendam terlalu lama kerana pada akhirnya, kita yang akan terluka.

"𝐊𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐤𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐧."

Overall, kita suka buku ni. It's one of my fav read this year. Buku ni merupakan buku pertama karya penulis yang kita baca, & kita suka sangat dengan writing style dia. Segala emosi & perasan yang ditulis tu sangatlah memberi impak kepada kita. Sampaikan kita sendiri emotional masa baca surat² daripada Malik & Kuntum.

Totally recommended!
Personal rating: 4.9/5 ⭐
Displaying 1 - 30 of 121 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.