“Terima kasih kerana menyertai Permainan Penyamar. Dan tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi posisi terpenting dalam permainan ini, iaitu Penyamar."
10 pemain.
Satu penyamar.
Satu pemenang.
RICO diburu lintah darat gara-gara Saiful. Dia harus bertanggungjawab ke atas hutang-hutang yang bukan miliknya.
MARIA memerlukan wang untuk menyelamatkan adiknya daripada penyakit yang membawa maut. Pembedahan segera perlu dilakukan.
ABEL dituduh sebagai 'scammer' paling besar di Kuala Lumpur. Dia diburu oleh ramai orang yang mahu menuntut kerugian.
JULIE berada dalam bahaya kerana hubungan sulitnya diketahui orang. Namun Julie memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan kecantikannya.
ARSYAD terdesak untuk menyelamatkan anaknya yang dituduh membunuh kawan sendiri. Dia memerlukan sejumlah wang yang besar untuk main kotor.
Atas desakan kehidupan, mereka menyertai Permainan Penyamar bersama lima orang pemain lain untuk memenangi hadiah berjumlah satu juta ringgit. Dibawa ke sebuah sekolah sebagai lokasi permainan, mereka perlu menghabiskan misi sebelum masa yang diberikan tamat. Namun, tanpa disangka, tapak sekolah itu menjadi tempat pertumpahan darah. Terdapat seorang Penyamar yang berpura-pura dalam kalangan mereka. Penyamar yang akan membunuh semua pemain untuk memenangi wang itu.
Manakala para Pemain pula perlu meneka identiti Penyamar untuk menyelamatkan diri.
Namun, siapa yang boleh dipercayai? Siapakah Penyamar dalam kalangan mereka?
Penulisan sangat simple sehingga terasa agak bosan. Saya juga perasan sangat banyak typo. Personaliti karakter dan cara mereka bercakap juga tidak konsisten. Saya tidak dapat mengagak mereka orang yang bagaimana sebenarnya. Selain itu, hampir keseluruhan idea permainan diambil dari permainan digital 'among us' membuatkan novel ini hilang keasliannya. Syukurlah beberapa plot twist berjaya buat saya habiskan buku ni. Semoga dapat diperbaiki lagi di novel-novel seterusnya.
Masa PKP dulu, selalu sangat main game Among Us, main game Werewolf. Mafia. Cerita dalam buku ni lebih kurang macam game tu. Kalau berdasarkan siri, dia lebih, macam reality siri The Traitor. Tapi nak lebih ekstreme lagi, macam Squid Game lah.
Baca buku ni buat kita sama-sama nak meneka. Siapa penyamar yang sebenarnya. Aku cuba teka. SEMUA SALAH! Menyimpang jauh lautan artik sana! Kah kah kah!!
Apa yang aku suka dalam buku ni adalah pembahagian bab tu. Setiap bab tu POV setiap peserta. Tak adalah jadi macam cliche kalau POV sorang je kan. Memang sah-sah tahu tahu siapa yang akan menang. Gaya penceritaan tu nampak lah memang penulis ni memang biasa tulis cerita macam ni. So, ada buat lah selidik selidik sikit. Lah! Memang betul, buku-buku nya memang lebih kurang macam ni. Murder Mystery.
Okay. Part yang tak best. PETA! Why peta tu macam tu. Aku punya lah kelepet bahagian tgh tu nak tgk lokasi yg kat bahagian tgh tu. Tak mesra pembaca peta tu. Aku kelepet nasib baik tak patah riuk tulang buku. Tu buku dah floppy dah tu.
Another thing, for me, awal-awal back story setiap peserta tu macam melewah-lewah. Aku tahu, dia macam nak bagitahu kenapa setiap orang nak masuk pertandingan tu. Tapi, macam ending setiap backstory tu dah rasa macam repititive. Mungkin, back story tu boleh buat macam flashback semasa permainan tu berlangsung. Tapi rasa overwhelmed dan repititive sangat kot.
Ending dia tu. Aku somehow puas hati lah tekaan aku tak betul. Sebab tak jadi nampak obvious sangat dia lah penyamar tu. Actually sampai ending pun aku pun rasa tertipu. Yang ending, aku boleh salute. 🫡
Teka-Teki: Permainan Penyamar merupakan sebuah buku yang boleh dikatakan fast-paced, walaupun pada mulanya ceritanya agak perlahan, tetapi jalan ceritanya mula menjadi intense apabila tiba di pertengahan pembacaan. Apa yang saya suka berkenaan buku ini adalah mesejnya yang menceritakan tentang manusia yang akan membuat apa-apa sahaja ketika berada dalam kesempitan. Plot yang agak boleh diagak, tetapi debaran itu masih terasa untuk mengetahui siapakah penyamar yang sebenarnya. Satu perkara buruk yang saya perasaan mengenai buku ini adalah typonya yang agak ketara dan sentiasa berulang. Kesimpulannya, saya sarankan buku ini untuk dibaca oleh golongan remaja dan dewasa serta kepada sesiapa sahaja yang ingin cuba membaca buat pertama kali. Sekian sahaja ulasan saya mengenai buku ini.
This is my first time reading books written by Zura Anwar. Sejujurnya, saya agak struggle untuk habiskan this book walaupun dia tak sampai 300 pages. Jalan cerita dia slow pada awalnya and only pick up the pace bila ada <130 pages left. Mungkin sebab characters terlalu ramai jadi 50% of the books dihabiskan untuk cerita their background.
Ending macam agak rushing and saya macam "Ehhhh?" sebab character yang tak menyerlah sangat adalah penyamarnya.
Buku ni macam ada kesinambungan sebab the ending is setting up the premise untuk the next book.
Adalah juga a few typo errors and a few grammar mistakes for the english sentences, which i think boleh dibetulkan for the next printing.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Itu perasaan aku masa aku mula-mula baca novel Teka-Teki: Permainan Penyamar oleh Zura Anwar. Death games dan yang sewaktu dengannya selalu buat aku teruja nak baca. Aku obses!
Bagi aku, novel ni sarat dengan watak. Aku mengharapkan dengan adanya 10 pemain, akan ada variasi yang membuatkan plot lebih dinamik. Sayangnya, aku rasa seperti banyak pengulangan di awal buku. Sampai satu tahap, aku dah boleh jangka corak babak-babak seterusnya, sehinggalah masuk bahagian adegan-adegan permainan.
Konsep yang digunakan agak menarik bagi pembaca yang minat genre macam ni. Tapiii, dah ada banyak cerita macam ni. Kalau tak buku, ada movie, kalau tak movie, ade TV series.
Aku mengharapkan novel ni membawa satu kelainan ataupun menghidangkan watak-watak yang menarik. Agak kecewa bila kebanyakan watak terasa agak biasa. Ada juga yang aku rasa agak "annoying". Sepanjang pembacaan aku, sukar untuk aku lahirkan rasa intrig untuk turut meneka dan aku kurang berminat untuk tahu penghujungnya.
Macam cerita squid game tapi version buku. 10 pemain, 1 penyamar, satu pemenang.
Permainan disaksikan golongan kaya yang sukakan darah dan pertumpahan darah berlaku. Permainan bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Semua pemain dan penyamar di asingkan mengikut warna dan nombor pada belakang baju. Semua kesepuluh pemain diberi alat komunikasi untuk berhubung. Selain ditugaskan untuk mencari jawapan pada kod kata yang telah diberi pada kad emas yang setiap pemain terima, mereka juga diberi masa selama 10 minit untuk meneka siapakah penyamar.
Jika salah teka, maka yang dituduh sebagai penyamar tersebut akan mati, dibunuh cip yang dipasang pada tengkuk setiap 10 pemain.
Ok la awal², penulis menceritakan mengapa 10 pemain ni nak menyertai Permainan penyamar ni. " Manusia sanggup berbunuhan bila terdesak."
Aku suka jugak POV setiap pemain. So nampak pelbagai sisi dari situ. Ending, plot twist yang tak boleh di jangka. Overall ok
Squid game sebab pengasas game tu recruit pemain ada masalah kewangan—desperate for money.
Among Us sebab tulah game dia. Semua player kena cari kod masing sementara Penyamar dia pura² cari kod tapi sebenarnya dia kena bunuh player. Tapi kalau player jumpa mayat, diorang boleh report and adakan satu perbincangan untuk mengenal pasti siapakah possible suspek.
Very unique plotline. Penulisan Zura Anwar tidak pernah mengecewakan. Saya tidak berhenti baca buku ni. Lambat habis pun sebab sibuk dengan assignment.
Thriller dan suspen dia memang on top. Sampai saya pun dok tak dapat nak teka siapa Penyamar tu. Bila dah tau, barulah rasa cam wahhhh dia punya plan tu memang psiko ah saya boleh cakap.
Korang kena cuba baca buku ni. Cuma peta tu susah sikit nak tgk bahagian tengah tu, sebab saya tak berani nak patahkan spine tu. Almaklumlah buku pinjam library 🥹🥲
Jalan cerita dimulakan dengan backstory 5 orang pemain yang akan terlibat dengan permainan penyamar ini. Tentang keadaan mereka yang terdesak kerana masalah kewangan. Mereka diikuti oleh seorang lelaki yang memakai topeng masquerade yang kemudiannya mereka mendapat email jemputan untuk menyertai permainan penyamar. Konsep permainan ini seperti series Neftlix 'Squid Game' di mana penyamar yang dikehendaki untuk membunuh pemain lain yang sebanyyak 9 orang untuk mendapatkan RM 10 juta di akhir permainan. Terdepat plot twist dan agenda-agenda pembunuhan dalam novel ini. Novel ini juga diceritakan daripada pov 5 orang pemain tersebut.
My first time reading book written by Zura Anwar. I could say, it feels like 'Squid Game' malay ver. The beginning is so slow but in the middle suddenly become fast-paced. Which is okay la for me. Just a little bit drag on characters background story. Trust me, when I said I read & watch too much thriller, I already can predict the story line & the plot 😌 It's kinda expected but still worth the anticipation to know who the imposter. Anyway, good story, good writing even though it's little bit boring. Yaa, that's it.
Buku ni bagus dah cuma macam plot holes sikit-sikit. Macam mana nak cakap eh. Tak tahulah.
I like plot twist buku ni. I thought Arsyad or Rico yang Penyamar rupanya..... Hahahah korang bacalah kalau nak tau. Overall okay cuma tambah baik lagi plot dengan cara penulisan.
Saya bagi 4.2. Love you Kak Zura 💕💕💕
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulisan yang mudah difahami dan bersahaja. Agak sukar utk teka apa yg akan berlaku. Tidak membosankan. Ada banyak typo yg berulang. Tapi tak mengganggu makna ayat seluruhnya. Akhir skali mmg kekal teka tekinya.