Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hidup Penuh Erti: Cerita Dari Hati

Rate this book
Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

Semoga cerita-cerita hidup kita nanti, kala ditayangkan di akhirat kelak, merupakan cerita-cerita yang indah, dan menjadi punca untuk Dia merahmati kita, seterusnya memberikan kita tempat di syurga-Nya. Semoga Allah s.w.t. meredhai kita semua. Insya Allah.

254 pages, Paperback

First published January 1, 2014

16 people are currently reading
117 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (30%)
4 stars
55 (50%)
3 stars
19 (17%)
2 stars
3 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
August 13, 2014
Alhamdulillah, selesai membaca kafya terbaru Hilal Asyraf bersama Aiman Azlan, seorang vlogger juga merupakan kawan sekolah pembaca di Mrsm Langkawi dahulu.
Rata-rata penulisan Hilal Asyraf tak lekang daripada realiti keadaan semasa sesuai untuk mereka yang berusia linkungan 20-an. Isu yang diutarakan sangat tepat dengan jiwa remaja yang meningkat dewasa.Malahan, penulisannya sentiasa menjadi penarik untuk pembaca menghabiskan topik-topik yang ada dalam Hidup Penuh Erti.Tak dinafikan semakin hebat dan mantap pengisiannya.

Walaupun Aiman Azlan merupakan kawan sekolah pembaca,namun pembaca tidak pernah membaca blognya.Namun, pada pendapata peribadi pembaca, perlu lebih banyak peningkatan dari segi corak penulisan, bahasa dan ayat penghubung untuk setiap perenggan.Adakalanya pembaca terpaksa mengulang 2-3 kali untuk memahami apa yang cuba disampaikan.Malahan, topik2 yang disediakan lebih banyak dalam bentuk peribadi.Namun, itu bukan menjadi sesuatu isu.Selain itu, isu-isu yang diketengahkan agak lapuk bagi pembaca seperti isu tudung.

Secara keseluruhannya, pembaca berjaya menghabiskan buku ini walaupun sibuk bekerja.Alhamdulillah.Satu peningkatan dan perubahan fasa baru buat pembaca.
Profile Image for Syarifahsahri.
3 reviews2 followers
June 3, 2014
Alhamdulillah, sebuah lagi karya menarik gabungan tulisan anak muda, iaitu saudara Hilal Asyraf dan saudara Aiman Azlan. Sebuah buku yang menarik, berupaya memotivasikan diri ini untuk tidak sekadar menjadi Islam atas nama sahaja. Diri ini sangat bersyukur kerana ditakdirkan untuk membaca buku ini sementara masih bergelar mahasiswi. It acts as a wake up call for me where I used to think that a student should only study for good grades. Namun, penulisan saudara Aiman Azlan sepertinya perlu diperbaiki lagi dengan menambahkan isi-isi terhadap argument yang diutarakan. Ini kerana, bahagian penulisan saudara Aiman sepertinya hanya berasaskan pandangan peribadi beliau, dan pengalaman beliau semata. Sekiranya dapat ditambah lagi isi, fakta ataupun pengalaman orang lain mungkin mampu meningkatkan lagi mutu penulisan beliau. However, another good piece from Malaysian youth. We need more youths like them. And i am inspired to be one of them. In shaa allah.
Profile Image for Farid Majid.
6 reviews3 followers
August 24, 2015
Alhamdulillah.

Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya baca buku-buku non-fiksyen dan buku motivasi. Mungkin sebab sudah kering dengan motivasi hati, maka hati saya pun tertarik untuk membeli naskhah ini. Kulit buku pun sejuk mata memandang.

Buku ini mengkompilasikan kisah-kisah inspirasi garapan dua orang pemuda yang tidak asing lagi iaitu Tuan Hilal Asyraf dan Tuan Aiman Azlan. Cerita-cerita yang disampaikan sangat mudah difahami, simple dan memukau rasa. Sungguh memotivasikan. Selain mendapat tarbiyah langsung, ada juga kisah pengalaman mereka hidup di IPT.

Alhamdulillah. Pengisian yang sungguh mengagumkan dan mematangkan jiwa.

Sesuai dibaca oleh kita semua yang sentiasa dahagakan motivasi hati. :)
Profile Image for Solleh Daim.
3 reviews3 followers
February 13, 2021
Buku yg banyak memberi aku inspirasi. Banyak benda bernilai dalam buku ni lagi-lagi untuk golongan muda mudi.
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
June 3, 2014
cerita dari hati & pengalaman.
pertama kali membaca penulisan Aiman Azlan.

baru tahu kewujudan beliau..ehee..menarik penulisannya..
pencetus .

dan byk disertakan rujukan untuk yang suka menelaah..
Profile Image for IzzyBreazy.
38 reviews4 followers
July 5, 2015
Penulisan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan sangat santai dan pada masa yang sama berupaya menyentapkan jiwa. Recommended untuk jiwa2 muda di luar sana.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.