Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalam yang Dinanti

Rate this book
Kegagalan hidup yang datang dari segenap sudut telah merubah seorang lelaki. Cinta dan kerjaya yang hancur dalam sekelip mata menjadikan dia mudah mengalah dengan takdir.

Dalam dia merangka mencari cahaya, datang gadis itu menawar diri untuk memulihkan kembali semangat hidup yang terkubur.

Sehebat mana pun Haziq cuba menolak keikhlasan hati Haura, semakin Haura tabah berjuang untuk seorang lelaki yang tidak punya apa-apa sepertinya.

“Aku serba salah... aku risau kau takut kalau dengar apa yang aku nak cakap. Aku yakin kau akan anggap aku jahat...” – Amirul Haziq

“Just tell me everything... jangan takut...”- Haura Syafirah

Saat semua orang menuding salah padanya, hanya Haura yang setia membela. Namun, di hati Naura, tiada siapa tahu… bahawa rahsia yang tersimpan lama tidak akan kekal selamanya. Ini mungkin kifarah atas dosa-dosa lalunya terhadap Haziq.

“Bunuh saya sekarang! Bunuhlah sepuas hati! Tikam saya sebanyak mana! Jika itu yang boleh memadamkan segala dendam di hati…” – Haura Syafirah

Apa lagi ikhtiar yang mampu Haura lakukan selepas kisah silam 11 tahun yang lalu menjadi perisai kesumat kepada lelaki itu.

“Kenapa hidup ini tidak pernah adil untuk manusia seperti aku?” - Amirul Haziq

Adakah manusia sepertinya akan kekal sebagai watak antagonis di mata dunia sementelah jiwanya cukup terseksa tidak menginginkan ini semua terjadi?

Bagaimana mungkin melepaskannya, sedangkan menggenggamnya saja tidak pernah?

Ternyata jatuh cinta sendirian itu menyakitkan. Berharap sang pujaan hati mencintai kembali adalah kalam yang dinanti. Menyerah jalan satu-satunya? Atau penghujungnya…

“Tolong, aku merayu, benarkan aku jumpa dia… buat kali terakhir…”

598 pages, Paperback

First published May 1, 2024

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Embun Mawar

7 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (26%)
4 stars
5 (21%)
3 stars
9 (39%)
2 stars
3 (13%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
November 12, 2025
2.8/5

sigh.. tak tau la tapi rasa macam baru lepas layan sinetron mix hindustan beratus eps ya ampun stress namamposnya la baca😭

too much sinetron plot and storyline. basically cerita ni pasal haziq yang tak boleh move on dari ex wife pastu duk jadi gila talak kat iris. pastu lagi stres bila semua watak dalam ni jadi bodo sebab memasing punya konflik sebab cinta dan dendam. iris takleh move on dengan fateh then haziq ceraikan iris. dah cerai, jadi gila talak takleh move on pulak. haura tetap la tunggu haziq macam orang bodoh even dah kawen pun, kena layan macam sampah. tambah pulak si danial takleh move haura kawen dengan haziq. apa benda siot memasing duk tergila kat bini orang

watak haziq yang menghidap skizofrenia— okay, faham penyakit keturunan. oh, tambah pulak dia ni amnesia. *sigh* tapi watak red flag dia sumpah buat aku baran. disebabkan dia sakit mental, so dia boleh dimaafkan jadi bodoh ke bila dalam keadaan waras? sampai habis cerita aku tapaham dengan haura yang masih stay dengan haziq. sampai kena naik tangan pun, still bela nak mati kat laki dia. alasan duk kesian sebab sakit, bukan salah haziq sepenuhnya and tambah pulak sebab backstory diorang yang jadi sebab kenapa haura backup laki dia sampai ke ending. haku steghes sebab terlau sinetron ceritanya🙂 kalau dah tau sakit, pergi la buat rawatan awal? duk la ikut kepala haziq tanak jumpa doktor. wth sumpah tak suka langsung ngan watak haziq sebab childish namampos . tak tau nak kesian ke apa kat haura ni sebab kadang bodo dia tu tak bertempat jugak

masih tak faham kenapa plot KYD ni masih nak kena berkait dengan iris dan fateh. sebelum ni pernah baca SAM and lepas iris bercerai dengan haziq rasanya dah takde konflik dengan diorang tapi kali ni agak berserabut la ek kenapa main conflict kena berkait dengan iris dan fateh lagi. let them be happy jela duh. so sepanjang baca cerita ni jadi turn off sebab konflik benda sama je. pastu semua watak nampak tak matang sebab memasing berdendam sebab cinta lama pastu bergaduh macam budak budak. dari aku duk fangirling kat fateh dulu pun terus nampak tak cerdik dah dalam KYD ni

tapi salute kat penulis sebab buat watak haziq ni tak sempurna betul. lepas apa yang dia buat kat iris dan fateh, dia dapat hukuman setimpal walaupun tak ke tali gantung. tentang penyakit skizofrenia pun dikembangkan secara details, nampak la penulis bebetul kaji dan potray watak mental haziq yang agak realistik

writing penulis ni memang sedap baca tapi turn off gak la sebab dialog antara watak tu sangatlah baku. dah rasa macam tengah interview kerja lol. terlalu dramatik pun yee haihh very sinetron la ya Allah i kenott😭 aku rasa buku ni kalau nak adaptasi jadi drama pun aku setuju sebab very tipikal malay drama pukul 7 punya cerita ahahahhahh

tak tahu tang mana yang rasa cerita ni pain sangat sebab watak watak dalam buku ni terlalu dramatik so angst tu tak berapa nak sampai. tapi ada la rasa kesian jugak dekat haura sebab dia yang paling setia dan tersakiti. salute la seh sebab sanggup bertahan ngan tok laki gila😔 kalau irl rasanya tak wujud la kut hahah

to publisher; dah tahu cerita berat camni letak la trigger warning adoyaii.. typos pun cam biasa masih tak improve
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews196 followers
April 12, 2025
Kasihannya pada Haziq. Emosi F baca tentang mental illness ni. Patut Haura tu yang jadi gila sebab dia ditinggalkan terkapai².

Karya ni ada scene flashback... mujur penulis ada tulis - imbas kembali. If not, korang akan blur.

F ingat Haura ni mangsa tapi bila baca kisah diaorang ni Haziq ni mangsa sampai hilang ingatan dan jadi mental.

Sebab tu Haura stayed dengan dia... sebab Haziq la penyelamat Haura bila Haura lost.

Dan F rasa maybe Haziq sakit sebab Iris sendiri. Ya, F tak berapa suka cara Haziq dapatkan Iris. But perlu ke Iris dok teringat kat Fateh masa jadi isteri Haziq.

Berat cerita ni. F lak rasa semput. Mujurlah baik² endingnya.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
July 4, 2024
Hubungan2 dalam cerita ni semua bersimpang siur. Pening makkkk. Apakahhh
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
October 7, 2024
Wow cerita yg sgt berat. Berkisah tentang haziq yg menghidap schizophrenia dan Haura sgt la sayang kat haziq dan setia gila. Jalan cerita ok. Cantik. Aku suka sbb pain. Sedih 😭 tapi happy ending. Banyak kali gak la aku nangis tapi ada yg mengganggu pembacaan aku. Errgh ayat tu ya Allah berterabur gila. Sedikit sebanyak mengganggu tapi pandang sebelah mata ja.

Jalan cerita 🌟 🌟 🌟🌟
Bahasa, tatabahasa 🌟🌟🌟
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
August 18, 2024
Haih, lelah. Might be because I don't really prefer buku yang ada conflict mental illness. Banyak nya nak cakap.

Haziq pro's : setia, bertanggungjawab, rajin. Con's; inherit mental illness of schizophrenia. Not only that, dia ada multiple mental illness which are depression and amnesia (temporarily). For me apa yang terjadi antara dia dan Haura betul-betul takdir. He got amnesia and depression due to his biggest concerns on Haura. Haura at that time struggled for her life. Disebabkan cinta mati, Haziq collapse and tersedar with no memory of Haura. Dengan bantuan parents, Haura dan Haziq di ikat tali pertunangan selama 2 tahun. Walaupun time tu Haziq tak ada secebis ingatan pun tentang Haura, sedangkan ada sebab kenapa Haura masih setia dengan Haziq through out that 2 years.

A bit marah jugak dengan Haziq kat sini, punyalah lama bertunang katanya perkahwinan tanpa cinta ni tak elok so they made a deal if one of them met the one they love, tali pertunangan putus. So terputus la tali pertunangan apabila Haziq decided to marry Iris, which he believed he loves her. Tapi perkahwinan cuma bertahan selama 2 tahun sebab tiada cinta Iris terhadap Haziq. After divorced, Haziq accident and lumpuh. Haura dan Haziq pun berkahwin. Haziq layan Haura teruk sebab dia dipaksa berkahwin and still in his trauma from first marriage. From here la si Haziq ni makin teruk. Dengan rasa tak puas hati, dendam, dia berhalusinasi untuk membunuh dua orang iaitu Haura dan Iris. Bermula lah kisah sebenar-benarnya di mana Haziq membalas dendam atas penderitaan dia kepada Iris dan Fateh; kisah Haura mengejar dan menolong Haziq untuk recover.

All in all, Haura adalah mangsa. Walaupun Haziq amnesia sebabkan Haura, tapi Haura tak pernah paksa Haziq to stay by her side. He willingly to do. Lelah baca every plot bila Haziq start berdendam. Sebab the plot keep on repeated. Haziq meracau, jumpa doktor, meracau balik sampai la Haziq ni nekad. Rasanya 5-6 times jugak. Yang penting dah la taknak dengar cakap orang lepastu keras kepala ego ayy geram betul.

On side note, I don't know why but I hate Iris and Fateh so much in this book!! Lepas fikir balik, memang betul Haziq guna cara kotor untuk dapatkan Iris dari Fateh, but man, Fateh is not that good too to the point Iris nak banding-bandingkan husband and ex-husband dia. She the one that decided to marry with Haziq because of her ego taknak getback dengan Fateh (her ex husband) lepastu dengan Haziq nak agung-agungkan si Fateh. Fateh pun perangai tak semenggah, tak nampak educated doctor with multiple certificates, suka merendah dan menghina orang OKU. Faham dia marah but that doesn't enable him to memperlekehkan dan menghina orang. Sick and twisted. I rasa marah and meluat gila dengan diorang berdua. Yang penting si Iris and Fateh ni ego dia dari diorang kecik sampai tua bangka tak menurun. Lepastu affected orang sekeliling. Damn! I rasa Haziq jadi lagi teruk sebabkan diorang berdua. Overall baca lah, best je cuma pain menggigil rasa nak masuk dalam buku tu tampar sorang-sorang.

Haura is the strongest. Been there and waited walaupun dia tak tahu ada hope ke tak. Love hug to Haura and Danial <3
2 reviews
November 20, 2024
coming from pembaca setia EB !! overall okay, maybe some grammar mistakes but tkpe kita pandang sebelah mata je hihi. jalan cerita tu masih relevant but im not really satisfied with it. it feels like the same thing is going on over and over again 😓 i get that its for the plots since Haziq had amnesia and ended up forgetting Haura and some other parts of his past. tapi kekadang tu kita sendiri rasa macam penat sebab plot dia ada yang lebih kurang je 😭
i loved her previous novel (SAM) so i decided to read this one too in hope that it would be as touching as SAM. surprisingly, this novel wasnt as good as SAM (personal opinion) however kalau you memang rasa nak baca buku ni then go ahead, but for me personally i memang tak berapa enjoy this one 😊despite that im still looking forward to her latest/coming soon novels. will keep supporting 🫶
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for hana..
47 reviews
July 23, 2024
tak pernah tak sedih ya penulisan embun mawar 🥹

it’s quite an eye opening reminder to appreciate and understand others as well, because just like us, everyone struggle differently in their own way. just try to be kind with each of us including ourselves.

dengan izin Allah, setiap dari kita layak untuk bahagia :)

boleh baiki lagi dari segi penyemakan penulisan sebab banyak juga kesalahan; pengulangan ayat, typo dan sebagainya.

terima kasih, embun mawar. selamat dan semoga terus berkarya 🥀💪🏻
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
October 14, 2024
cerita ni baca dekat wattpad je dulu gigih tunggu author update next bab demi bab.. betapa sedihnya jadi haura... baca dekat wattpad pon nenagis... mmg rasa nak peluk je haura tu sebab dapat haziq yang menggong.. siapa suka baca cerita yg pain dan nak bagi biji mata bersih sesuai la baca novel ni...tak sangka dah jadi novel.. nampak sangat dah lama x g kedai buku beli novel... huhuhu tahniah author moga idea semakin tercurah curah ye..Don't Give Up
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.