Jump to ratings and reviews
Rate this book

Inferno Bodyguard #1

Inferno Bodyguard

Rate this book
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang.

Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun.

Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid.

“Jangan pandang rendah kat aku.” – Hana Mikayla

Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka.

Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah?

“Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri.” - RAYYAN RAZIEN

Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja?

Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka?

Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi!

“Selagi bukan ajal, aku takkan mati.”

454 pages, Paperback

First published May 1, 2024

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Angel_K20

12 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (38%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
3 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
June 12, 2024
Apa ni 😭 ending tergantung. Cepat sambung… nak tau sape si keparat FATHER tu. Dah la salah org aku teka yg jadi si Father tu 🤣
Profile Image for Yus.Ra .
10 reviews
December 28, 2025
untuk cerita dia, best weh🤭
but part yg bagi mood aku hilang masa part Rayyan confess...I mean....saya rasa boleh panjang lagi kut slow burn dia, so masa skip part tu, x feel yg part aksi kat akhir2 cerita...but that just my perspective...
overall, can't wait to read the next book babyyyyyy!!!
1 review
June 20, 2024
Dah habiss baca.. bestnyaa👍👍👍 salah 1 buku yg I x boring baca sbb best dng aksi. Olahan ayt pon santai n kemas❤️
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.