Jump to ratings and reviews
Rate this book

Milik Aku: Iskandar

Rate this book
Ketika Tuhan mengirimkan seseorang untuk menyelamatkan hidupmu, dia tidak akan berbicara pada ragamu, dia akan berkata pada hatimu.

Zaheen Iskandar, lelaki yang punya segala-galanya. Dia bagaikan burung yang terbang bebas di langit biru, menggapai segala kemahuannya. Meskipun begitu, baginya kebahagiaan bukanlah di saat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas.

“Tak ada manusia atau satu perkara pun yang wujud dalam dunia ni, tak berguna. Sampaikan debu pun berguna untuk bertayamum bila air tak ada.” – Zaheen Iskandar

Arreya Marissa, gadis polos yang bersih hatinya. Impian hidupnya hanyalah untuk membahagiakan Puan Arisah. Dia nampak biasa, namun terselit sayap yang cacat membuat dia terpaksa menjadi luar biasa.

“Rey percayakan dia orang, ma. Kenapa dia orang buat Rey macam ni?” – Arreya Marissa

Takdir yang diatur oleh Sang Pencipta ibarat untaian benang sutera yang dirajut dengan penuh kehalusan. Setiap jalan yang ditempuhi adalah bahagian daripada rancangan-Nya yang sempurna.

Disulami asmara yang indah, diiringi duka yang lara. Kedua-duanya silih berganti. Hubungan yang didasari aturan keluarga mendapat tentangan dalam diam yang cuba memisahkan kebahagiaan yang baru dikecapi. Isu sekufu dijadikan permainan.

Mampukah akhirnya nanti mereka setaraf? Masih adakah luka yang mendalam menjadi halangan antara Arreya dan Zaheen?

“Andai kata nanti kalau abang jumpa perempuan lain yang...” – Arreya Marissa

“Siapa kata kita akan berpisah?” – Zaheen Iskandar

Rasa yang sama dengan orang yang sama. Dalam perjalanan mencari cinta, seperti sebuah kisah yang tak pernah selesai, terdapat duri menghiris ke dalam jiwa seakan-akan pedang yang menusuk hingga ke dasar hati kerana…

“Dendam… perkara yang mampu menghancurkan diri apabila tiba masanya nanti.”

452 pages, Paperback

First published April 1, 2024

5 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Asyraaf Hazen

3 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (43%)
4 stars
21 (30%)
3 stars
14 (20%)
2 stars
4 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,096 reviews205 followers
September 13, 2024
Siapakah penulis ini? F curious betul. Gigih F add kt instagram. Nak tahu lagi karya dia yang lain.

Uols.. it's like comfort book to me.. setiap bacaan ada doa.. Allah!! suka F

Cara susunan ayat yang sangatlah indah.. aura automatic positive bila baca karya Hazen

Both watak sangatlah baik terutama hero.. male lead Allah baiknya dia.. tenang giler baca.. orang tua² cakap sejuk perut baca buku ini

Dari rasa nak prasangka terhadap sesuatu watak automatic cancel la.. sampai F cakap kat kawan "buku ini sopan weii.. maksud F watak lelaki ini sopan giler.. baik pulak tu.. memang A"

F pernah terjumpa in real scene dalam buku ini.. heroin langgar belakang kereta hero tapi hero relax je siap beri duit untuk baiki kereta heroin. Seriously mulianya hati seorang lelaki seperti ini.. sentiasa positif, relax je.. Allah sejuknya hati F.. tersenyum² baca

Diaorang dijodohkan.. tapi mak Heen tak suka.. dia rasa tak sekufu. Yelah heroin setakat stpm.. heroin rasa rendah diri. hero lak doctor.. handsome kaya

"Sebab saya rasa saya perempuan biasa² aje.."

"Saya pun lelaki biasa² juga,"

"Jangan suka sangat memandang rendah pada diri sendiri. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kalau awak rasa awak ada banyak kekurangan, saya pun ada. Mungkin lebih banyak daripada awak."


Ini lah salah satu petikan yang buat F rasa alalalalal asallah comel sangat Heen

F suka kalau penulis letak "young lady" instead of my lady.. sebab sebutan tu ala² "yang" @ sayang di telinga F.. korang nampak je hero macam sejukbeku tapi dia jenis lelaki @ suami actions speak louder than words

Try la baca buku penulis ini. F rasa happy F jumpa buku yang best after few books yang rating 1-3stars 🫣

Ps : F dah baca ebook Bidadari Iskandar.. in my opinion i like the ending kat ebook. It was so beautiful dan heart wrenching. Adakah publisher suruh tukar the ending? F agree tak semua suka sad ending but ending untuk karya ini sangat cantik flow dia.
Profile Image for N.A.N.A.
216 reviews5 followers
June 20, 2024
Ceritanya hanya biasa2 saja. Light reading 😍👍🏻
Profile Image for Siti Sarah.
237 reviews
July 2, 2024
Penulisan yg santai2 dan cerita pon tidak berat sangat. Cuma watak Zaheen is too sweet felt like I have an ache tooth. Hahahah….
Profile Image for Lady R.
11 reviews
October 20, 2024
Saya suka buku ni sbb penggunaan bahasa yang sgt menenangkan. Rasa smooth bila baca, sambil membayangkan ML yg sgt green.
Cuma, jalan cerita agak mendatar dan plain. Beberapa kali cuba untuk habiskan pembacaan, tp masih gagal. Mungkin genre ni bukan untuk saya. Tp sesuai untuk mereka yg sukakan light reading.
Profile Image for Nurmarsya Humaira.
1 review
August 16, 2025
Assalamualaikum, ini kali pertama saya menulis review, selalunya tolong baca review je, tapi kali ni saya betul2 minat nak tulis review tentang novel ni hehe.

First and foremost, novel ni memang menarik, setiap kali saya baca, ada saja yang buat saya rasa happy. Senang cerita, novel ini sangat sesuai untuk pembaca yang tak gemarkan konflik yang terlalu berat macam saya. Novel ini masih ada konfliknya yang tersendiri tapi tak terlalu complicated. Saya suka dengan gaya penulisan penulis yang santai, tapi masih menunjukkan penulis betul2 Berusaha dalam menghasilkan novel ni. Yang paling penting, penulis betul2 berjaya buat saya jatuh cinta dengan hero novel ini iaitu Zaheen Iskandar!

Zaheen Iskandar, bagi saya merupakan hero yang paling green flag bukan, tapi green forest dalam banyak2 novel yang saya pernah baca sebelum ni! Dia seorang penyabar, baik hati dan sangat manis bergula yeee. Next, saya pon terjatuh cinta dengan sikap heroinnya juga iaitu Arreya. Seorang yang lemah lembut, tinggi adabnya serta seorang yang penyabar. Novel ni betul2 membuktikan bahawa sikap kita mencerminkan pasangan kita adalah benar! Zaheen dan Arreya kedua-duanya sangat sepadan, baik, penyabar dan lain2 lagi la!

Bukan itu sahaja, saya suka bila penulis banyak menyelitkan tentang doa-doa dan tentang sedikit ilmu agama di dalam novel ni, banyak ilmu saya dapat ketika baca novel ni, means ada pengajaran yang bermakna boleh diterima oleh pembaca. Novel ni buat saya rasa nak jadi lebih baik macam perwatakan Arreya, walaupun dihina dan di maki oleh orang sekeliling dia tetap sabar dan tak membalas. Suka dengan kata2 Arreya pada adik dia lepas marah kat orang yang hina kakak dia.

Rose: Akak tak marah ke?
Arreya: Ada. Cuma akak tukar kepada kesedihan. Kemarahan itu adalah satu musibah. Amarah itu disebabkan kita tak dapat nak Kawal hawa nafsu kita. Hawa nafsu tu liar tau. Andai kita layan, itu akan memudaratkan kita nanti.

Dari sini kita boleh nampak perwatakan Arreya yang sangat tinggi kesabaran nya.

Okayla itu je la dari saya, sorry banyak pulak yang di tulis, sebenarnya banyak lagi nak kata tapi setakat sini saje la. Apa pun saya beri novel ni 4 bintang dan 1 bintang untuk penulis atas Usaha penulis! (^o^)🍰
21 reviews
January 28, 2026
⭐⭐⭐⭐✨ (4.5/5)
A heartwarming and emotional journey of love and growth ❤️

My first book by Asyraaf Hazen, and oh my heart 😭💖 It’s not a heavy story, but it’s full of emotions that truly touched me. The novel beautifully captures the journey of love between the main characters — showing how fate brings two souls together and how love grows through kindness, faith, and understanding.

Zaheen Iskandar (ML) — the man you are! Calm, soft-spoken, kind-hearted, protective, and inspiring — another ultimate green flag I’ve fallen for 💕. Arreya Marissa (FL) is gentle, sweet, and soft-spoken too. From low self-esteem to becoming a stronger woman, her growth truly touched me. Even when people looked down on her, she found strength through Zaheen’s love and support.

This book made me cry and broke my heart seeing what Arreya went through 💔, but it also healed me through the love and comfort Zaheen gave her. Their chemistry is soft yet powerful, and their journey together felt so real and beautiful.

I smiled, blushed, and even screamed at the cute scenes 😭💞. Even the smallest conversations between them made my heart flutter. It’s a beautiful, emotional story about love, growth, and faith — one that quietly stays with you long after the last page. 🌸
Profile Image for Noor Hidayah.
74 reviews6 followers
August 20, 2024
Aku stop pembacaan di muka surat 347/452
Serius, aku tak tau cerita ni nak kemana sebenarnya, selain daripada percintaan yang cringe zaheen dan arreya.. cerita dia mendatar je kot.

Aku ingat mak saudara Arreya, puan fazliana akan jadi punca konflik dalam hidup Arreya, rupanya tempelan. Pastu baca lagi, ingat mak mertua dan adik ipar Arreya akan jadi punca pergolakkan, rupanya dah diselesaikan lepas 2, 3 bab..

So, buku ni anti-konflik. Xyah cari la konflik tu. Memang khas untuk mendelulukan diri je. 🤭
Tajuk buku Iskandar, tapi dalam FL panggil ML Zaheen(?).
Yang Arreya kerja dia asyik nak eksiden je. Sabor jela.. 😂
Profile Image for NAyla.
35 reviews1 follower
September 22, 2024
Seperti biasa hero hazen greenflag. Ada byk gila scene jibrail and sumpah rindu :) byk ayat” menusuk kalbu
Profile Image for shvtaaa.
25 reviews1 follower
July 10, 2025
conflict dia light je, suka ml & fl dua ii aura green flag. masa baca ni terbayang teme as ml tu sbb vibe ii penulis rahsia gitu
Profile Image for chernation.
27 reviews
August 16, 2024
cerita ni bagi aku, santai dan... plain? sesuai untuk para remaja yang suka delulu la kot. sebab hero soft spoken, too good to be true, sempurna serba serbi, banyak quotes keluar dari mulut dia haha. heroin pulak jenis polos, dari keluarga biasa biasa, tapi yg geramnya berapa kali tah asyik nak langgar kereta orang je hish.

bolehlah. stress free. konflik hado non hado je. tak ada wow factor sangat.

kalau bukan sebab penulisan yang kemas dan mudah dibaca, mungkin aku rate rendah lagi sebab sangatlah mendatar ceritanya.
Profile Image for arin.
8 reviews
Read
January 18, 2026
This story okey je, light reading and almost tk ada konflik. Kot? sbb i xbca smpai habis. Cerita ni bergula dri awak smpai akhir and i love when this author always use ayat-ayat yang elok.

The spoil is fl mmg asyik accident ke? Ambil lesen ke tak. Manjang ii accident ja kerja aduhai..

Okey la siapa yg nk baca santai ii blh pilih buku ni. For me, tnis not my genre sbb i mmg suka romance tapi ini terlalu bergula untuk diriku…
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.