Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Puaka Sekolah: Bilik Rawatan

Rate this book
“Kenapa dengan bilik rawatan tu?” Alia bertanya.

“Kau budak baru memang tak tahu tentang bilik rawatan di bangunan belakang sana,” sela Lina bersahaja.

Alia tersengih sarkastik. “Memang aku budak baru dan tak faham dengan selok-belok sekolah ni. Jadi… apa cerita?” ujarnya dengan nada bosan.

Seperti ada yang lucu, Lina menyengih. “‘Dia’, yang setiap student di sini tak nak jumpa. Sebab ‘dia’lah, ada student yang mati di bilik rawatan di bangunan G,” sambung Lina perlahan dan tenang. “‘Dia’ memang tinggal di situ.”

Mendengar kata-kata itu, Alia bertambah keliru. “Ada pembunuhan ke di sekolah ni?” Apa pun keadaannya, dia harus tahu hujung pangkal akan topik perbualan mereka malam ini. Alia tidak mahu ketinggalan.

“Tak boleh nak kata pembunuhan, tapi lebih kepada jadi korban.” Lina menggeleng.

“Apa cerita sebenarnya ni? Takkan puaka boleh bunuh orang. Macam tak logik.” Alia menjuihkan bibirnya. Mati-mati dia tidak percaya dengan cerita itu. Seumur hidupnya tidak pernah dia mendengar ada manusia mati dicekik hantu. Kalau terkena serangan jantung akibat terkejut terserempak dengan hantu, itu boleh diterima akal lagi.

* * * * *

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

112 pages, Paperback

First published May 3, 2024

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Zaifu Zaman Ahmad

47 books34 followers
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (30%)
4 stars
7 (53%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for addreads.
295 reviews25 followers
September 27, 2024
Buku ni mengandungi 3 cerita ringkas..

1. 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐇𝐞𝐥𝐞𝐧 (🫣🫣🫣/5)

Cerita yang pertama ni, tak tipu Ad geram tau dengan watak Alia ni. Cakap besar sangat haaa mendapa sekali. Tapi apa kisah Suster Helen ni? Tertanya jugak Ad..

2. 𝐏𝐮𝐚𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐆𝐢𝐠𝐢 (🫣🫣🫣🫣/5)

Tajuk kecil dia macam tak seram. Tapi cerita ni? Seram. Yes, seram. Ad terkejut bila plot twist dia.. rupanya yang dorang kacau tu.. wow

3. 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚 (🫣🫣🫣🫣🫣/5)

Ingat share cerita je.. tak sangka.. rupanya semua saling berkait.. sangat.. sangat.. tak dijangka langsung jalan cerita tu.. best sangat.. meremang.. sangat meremang last pages tu..

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Best! Best! Best! Tak silap lah terhasut dengan Ninish ni😌 untuk buku ni keseluruhan bagi Ad seram. Part plot twist dia tak expect lahhh.. geramnya.. the best feeling ever is bila korang baca langsung tak baca sinopsis, tak check page tinggal berapa & tak sedar dah habis. Otak memang tertinggal kejap 🧠

Ad looking forward nak baca sebab excited part plot twist tauu. Best gila. Kalau cakap pasal imagination haih memang tiba2 Ad tengok keliling 😂 ishhh tak baik buat orang meremang.

Siapa berani? Bacalah. Baru boleh tau berani ke tak 🤪 Jangan serik Ad asyik review siri ni tau.

Selamat membaca + meremang 🙂‍↕️
Profile Image for khu.
29 reviews
February 6, 2026
Suster Helen — 🌟🌟🌟.5
Puaka Pemburu Gigi — 🌟🌟🌟.5
Darah Tiga Dara — 🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Lil red reading book.
173 reviews
February 17, 2026
A simple book yang mengandungi 3 short story seram dan bersangkut paut dengan satu bilik iaitu bilik rawatan.

BEST 👍🏻
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.