Jump to ratings and reviews

Siri Puaka Sekolah: Padang

Sufi dan Nita terlanggar Maya yang terhenti tiba-tiba di tengah-tengah padang. Dalam sama-samar cahaya bulan, mereka ternampak barisan manusia sedang mengadakan latihan kawad.

“Fuh! Nasib baik budak-budak JPAM ada.” Maya menarik nafas lega.
“Ma… Maya. Itu… tu… bu… bukan budak-budak JPAM.” Tergagap-gagap Nita bersuara.
“Apa kau mengarut ni? Itukan kawan-kawan kawad kau. Marilah kita ke sana.” Maya tetap berdegil. Tanpa ragu-ragu dia melangkah ke arah barisan kawad yang tegak berdiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bahasa asing yang tidak dia fahami. Bukan itu sahaja, pakaian mereka jauh berbeza daripada uniform JPAM yang biasa dikenakan Nita. Mereka memakai uniform berwarna hijau muda, lusuh dan koyak-rabak. Uniform tentera Jepun Perang Dunia Kedua!

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Paperback

First published February 19, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Khairul Ahmad

6 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (25%)
4 stars
10 (62%)
3 stars
2 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for SS.
571 reviews10 followers
December 28, 2020
1. Gelanggang // Maszmira

Mengisahkan tentang Zarif sering tertanya-tanya dengan sikap tukang kebun sekolahnya iaitu Pak Janggut terhadap dirinya. Pak Janggut seolah olah membenci dia dan akan marah jika cucu Pak Janggut berkawan dengan dirinya. Dalam masa yang sama, Zarif keliru dengan kejadian mistik yang berlaku di sekolahnya ketika dia baru saja menyandang jawatan sebagai ketua persatuan silat & mimpi di dalam tidurnya.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Apa kaitan antara semua yang dihadapi oleh Zarif?


2. Tari // Khairul Ahmad

Mengisahkan tentang Ain yang kerap bersendirian di hujung padang. Perbuatan Ain itu menimbulkan perasaan kurang senang Pak Atan (tukang kebun sekolah). Ain sebenarnya merasa terhina dengan perbuatan rakan-rakan tariannya yang menyindirnya kayu kerana tidak reti menari. Tambahan lagi, mereka merakam dia menari kemudian masukkan ke laman sosial.

Entah bagaimana, ketika bersendirian itu. Ain telah berkenalan dengan seorang gadis cantik bernama Sari. Sari berjanji untuk mengajar Ain menari dan akan melindungi Ain dari rakan yang membulinya. Selepas itu, kehidupan Ain berubah 360 darjah. Sebab? Aha. Kena baca gais. Ini my fav 👌🏻

3. Korosu // Ruby Annas

Permulaan cerita yang sangat menyayat hati. Ini masa zaman tentera Jepun. Salmah yang menyaksikan keluarganya di bunuh oleh tentera Jepun. Bayangkan saja sudah sebak inikan pula menghadapinya.

Dan pada ketika ini, ianya mengisahkan tentang beberapa orang pelajar perempuan yang tinggal di asrama. Mereka curi-curi keluar hanya semata mata untuk membeli sesuatu. Namun, malang tidak berbau. Mereka terjumpa sekumpulan manusia yang berkawad di pandang sekolah ketika waktu malam. Aha. Mereka ingatkan budak budak JPAM. Rupanya? Maya, Sufi & Nita secara tiba tiba juga masuk ke alam lain & menyaksikan sendiri kejadian yang menimpa Salmah.
Profile Image for Far.Zana25.
144 reviews1 follower
February 6, 2024
📖 𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 ➙ 10/30 📖
〄 RATING • ⭐⭐⭐⭐️ ⭐️ | 5 〄

>> Ada 3 kisah dalam buku ni..

1. 𝗚𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚
> Menceritakan tentang harta keturunan 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒇 yang dijaga oleh penjaga (mahluk halus) cuba dirampas oleh 𝑷𝒂𝒌 𝑪𝒊𝒌 𝑲𝒂𝒛𝒂. Harta tersebut tertanam di bawah gelanggang sekolahnya. Tempat dimana Zarif selalu berlatih silat di sekolah. Namun, berlaku salah faham diantara Zarif & 𝑷𝒂𝒌 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒕 (atuk 𝑴𝒂𝒘𝒂𝒓) sehingga Pak Janggut dituduh menghantar sihir & sebagainya.

2. 𝗧𝗔𝗥𝗜
> 𝑨𝒊𝒏 suka menyendiri & selalu melepak dihujung sekolah. Tempat terpencil. Datang pula 𝑺𝒂𝒓𝒊 menawarkan diri kepada Ain untuk mengajarnya menari tanpa Ain sedari telah melakukan perjanjian yang membawa masalah. Ain bersetuju kerana keinginannya yang mendalam mahu menyertai pasukan tarian sekolah tanpa dia sangka bahawa Sari hanya mahu membalas dendam.

3. 𝗞𝗢𝗥𝗢𝗦𝗨
> Mimpi boleh membawa kepada 1 petanda. Itu tidak mustahil. Begitulah juga kepada 𝑴𝒂𝒚𝒂 yang bermimpikan 𝑺𝒂𝒍𝒎𝒂𝒉, iaitu mangsa pembunuhan kejam tentera Jepun. Kejadian menakutkan telah menimpa dirinya & kawan-kawannya sewaktu mereka fly dari sekolah. Penampakn tentera Jepun berkawad di padang sekolah & juga hantu menyeramkan di dalam semak samun.

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

Antara 3 cerita ni aku paling suka cerita ke-3 sebab sellau dengar cerita yang sebiji macam ni. Seram wooo.. Overall buku ni best dan semestinya menyeramkan 👻
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
March 6, 2021
Ketiga-tiga kisah berjaya disampai dengan cara tersendiri.. Walaupun ada cerita yang menggunakan premis buli namun olahan penulis tidak menampakkan cerita itu sebagai cliche.. Ada tauladan dalam setiap cerita..
Profile Image for AS Thoughts.
18 reviews
April 3, 2022
Personal thoughts : i like it ! For me, it wasnt too scary but the third story does make me a tab bit sad rather than scared. Its very light and the lesson behind every stories are valid.
Horror rating : 3/10
Profile Image for meenie.
459 reviews3 followers
February 23, 2026
cerita burger last sekali tu sumpah kelakar 😭😭😭 honestly perangai lelaki macam afiq tulah yang buatkan hidup dekat sekolah menarik. ha tulah fly lagi tak semena-mena terjumpa askar jepun tengah berkawad tgh malam. yg askar pun satu. kawad lah pepagi. mana ada malam. dasar takut panas. huh -
Profile Image for Nani Azam.
7 reviews1 follower
January 18, 2022
Baca saja².. Ok.. Seronok. Penulisan yang baik bagi seorang penulis muda..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews