Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Puaka Sekolah: Hostel

Rate this book
“Tangga itu diperbuat daripada tulang manusia yang lahir pada 29 Februari dan akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali tadi. Dengan tangga itu, dia boleh turun ke alam kematian dan mendapatkan anaknya serta kembali semula ke alam nyata,” cerita Hakimi.

29 Februari adalah tarikh penting buat Fahmi kerana itu adalah tarikh hari lahirnya. Fahmi berpindah ke sekolah baru dan menginap di asrama. Namun, dia mendapat cerita yang kurang enak daripada seniornya, Ikhwan yang mengatakan terdapat sumpahan di sekolah tersebut. Pada setiap tahun lompat, akan muncul roh seorang wanita yang akan menculik pelajar yang lahir pada tarikh 29 Februari untuk dijadikan korban bagi mendapatkan semula anaknya yang telah mati di bangunan asrama lama berhampiran.

Fahmi tidak mempercayai cerita itu sehinggalah dia dikatakan sering bercakap seorang diri oleh para senior dan rakan-rakannya. Mereka mengatakan wanita tukang cuci asrama yang selalu berbual dengannya itu tidak wujud! Ikhwan khuatir roh wanita yang suka menculik pelajar yang lahir pada 29 Februari telah menanda Fahmi untuk dijadikan korban seterusnya. Apakah benar apa yang dikatakan Ikhwan? Dapatkah Fahmi melepaskan diri daripada roh wanita itu?

* * *

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

136 pages, Paperback

First published February 13, 2024

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (47%)
4 stars
7 (33%)
3 stars
4 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
July 9, 2025
Fahmi merupakan pelajar baru di asrama itu. Dari awal lagi, dia nampak lebih tertarik dengan bangunan asrama lama yang bertentangan dengan asramanya kini. Pelajar dilarang sama sekali untuk jejakkan kaki ke situ atas faktor keselamatan. Bertambah membuak-buak perasaan Fahmi ingin meneroka bila Fahmi acapkali melihat sesuatu di bangunan asrama lama itu pada waktu malam. Apa tindakan Fahmi selanjutnya?

Kemudian, pada masa yang sama. Berlaku banyak kes kecurian di asrama. Yang pastinya si pelaku bukan calang-calang. Sebab barang yang dicuri tidak dijumpai & si pelaku tak terkantoi. Siapakah dalangnya?

📌 "Pihak sekolah tidak sepatutnya benarkan kau sekolah disini"
"Kau tak tahu sekolah ini ada sumpahan yang dirahsiakan." - Ikhwan

Sumpahan buat sesiapa yang lahir pada 29 Februari. Adakah 'dia' yang akan jadi mangsa seterusnya? Bagaimana cara untuk hapuskan sumpahan tersebut?

Semua tanda soal ini kalian akan dapat jawapan dengan cara kena beli & baca buku Puaka Hostel ni. Kita taknak kasi spoiler.

Wow. Memang tak expect cerita ni akan turn out jadi lain dari apa yang kita fikirkan. Biasalah fikiran straight kita ni memang kalau baca memang tak dapat nak fikir jauh macam penulis fikir.

Terbahagi pada 2 bahagian iaitu masa kini & lampau.
Masalahnya apa? Masalahnya penulis tahu macam mana nak seimbangkan kedua-dua timeline. ☝🏻 Kita boleh nampak jalan cerita semakin lama semakin intense. Persoalan yang ada pasti ada JAWAPAN. Penulis tak tinggalkan pembaca yang innocent macam saya ni terpinga-pinga. Hshs

• Fast Paced ✔️
• Page Turner ✔️
• Brilliant Idea ✔️
• Enjoyable ✔️

Kita rasa for those yang nak baca cerita seram tapi takut. Buku ni sesuai untuk kalian sebab tak seram. Tapi dia penuh dengan kejutan. Macam pusing sana pusing sini. Eh?. How come tak sama dengan apa yang kita predict.

🏷 Cumanya, kalau la dapat baca POV Fahmi masa 'kejadian itu' mesti lagi umph. Kita tak boleh brain actually. Sebab itulah orang kata kan. Buat apa-apa kena fikir panjang. #ikareviewbuku
Profile Image for meenie.
339 reviews2 followers
November 23, 2025
lama gak eh hantu simpan dendam. member dah habis sekolah sampai ada anak bini baru nak datang balik tuntut balik dendam ko. hebat impressive.

anyways saya dah jadi fans no satu author ni. semua cerita dia legit seram. suspense. funny. bila baca dialogues antara budak sekolah tu memang terasa macam time zaman sekolah. korang tahu lah yang macam bodoh bodoh kita cakap dulu dengan kawan. rindu ah sekolah huhu

highly recommend!!
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
June 13, 2024
Bukunya nipis. Tapi padat dengan kisahnya yang bagi saya agak berkualiti. Plot twist pun best dan rasa sangat kesian tak terbayang kesengsaraan yang dihadapi.
Profile Image for lysareading.
310 reviews43 followers
December 24, 2024
Hellooo apa best sangat Hostel ni 😫🙌🏼

‼️Tolong jgn baca sinopsis bila nak beli buku ni. Korang beli je sebab I rasa sinopsis belakang buku dah cukup kasi gambaran‼️

I mungkin kedengaran bias sebab ini penulis kegemaran I tetapi, Hostel ini bukan tipikal kisah seram sekolah ye. Bukan jenis nampak hantu bertenggek dekat loker asrama ataupun bunyi org mandi dkt bilik (padahal tiada siapa dalam tu 👻). Bukan bukan bukan!

⚡️ Ada past & present timeline
⚡️ Ada twist disebalik twist yang lain
⚡️ Ada kaitan bangunan asrama lama & tarikh Februari (?)

Macam mana nak review tanpa spoil tetapi kebaboom ye? 😭

Kisah tentang Fahmi yang baru masuk asrama dan kedengaran khabar angin bahawa bangunan asrama lama yang bertentangan dgn blok mereka itu berhantu. Malam-malam pula, si Fahmi ni suka buka tingkap (I pun tak faham lah apahal kau buat mcm ni). Kadang-kadang, dia akan nampak bayang-bayang daripada tingkap blok asrama lama tu. Fahmi ni pun berani juga pergi sana nak tinjau kawasan aduh. I asyik rasa berdebar je bila baca.

Dalam masa yg sama, banyak kes kecurian berlaku. Senior-senior dia ada cakap yang sekolah mereka ni ada satu sumpahan.

Sumpahan apa? Sumpahan yang bagaimana? Haaa ini lah kena baca, geng 😂 Mula-mula I kasihan dgn Fahmi ni sebab terkena 'sesuatu' tetapi I rasa kena tipu lah masa nak ke hujung cerita. 'Apa dah jadi ni!?' — itu reaksi i masa habis baca 😵

Ternganga, otak kejung. I kena scam dgn karakter dan jalan cerita. Tak sangka pula lah cenggitu pengakhirannya dan twistnya!? Cerdik sungguhlah. Sejujurnya, seram tu rasa sedikit je 2/5 gitu. Idea disebaliknya tu I kasi 5/5. Mungkin orang mcm I tak terfikir sebegitu kot. Dan dapat juga gambaran bagaimana pergaulan pelajar-pelajar lelaki asrama dalam cerita ni.

Terima kasih @penerbitx untuk pemberian naskhah ini. Di sebalik keseraman, kita masih terhibur! #penerbitx #hostel #bukupts #bukulokal #klab2024 #siripuakasekolah #bukuhoror
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
September 9, 2024
FUH Habis baca dalam 3 jam! Saya boleh jamin yang buku ni mempunyai jalan cerita yang menarik!

Seram + sedih + puas hati masa baca buku ni.

Awal2 kita fikir buku ni pasal Fahmi menghadapi sumpahan asrama lama tu, tapi rupanya-rupanya...!

Memang puas hati giler dengan ending dia. Saya recommended buku ni untuk anyone yang tgh dalam fasa "reading slump" sekarang ni.

Tak tebal tapi cukup memuaskan isi ceritanya👏🏻👏🏻👏🏻
Profile Image for addreads.
289 reviews25 followers
September 27, 2024
🫣🫣🫣🫣/5

Fahmi pelajar baru kat hostel tu. Tak sangka itu menjadi hari yang paling gelap buat Fahmi..

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

🫨😶🫢😦🫥

Tu Ad punya muka sepanjang baca buku ni. Best sangat. Jalan cerita senang faham cuma kena lebih fokus sebab ada masa lepas & masa kini. Tapi tak ganggu bacaan korang, jangan risau.

Tahap seram dia weh seram dari awal pages sampai tengah. Tapi masuk je tengah sampai habis bukan seram dah tapi ternganga mulut, termenung.. sebab plot twist dia 🫢 Ad paling suka plot twist tu.. tak boleh agak langsung. Tamat je Ad terus tenung dinding, i already rant to Ninish 😶‍🌫️

Nasib Fahmi.. argh geram lah nak cakap! Sila focus on setiap bacaan ye, sebab habis je baca Ad terus dapat sambungkan tanda tanya semua. Dan tak sangka.. tak sangka.. TAK SANGKA LAH! (Masih terkejut dengan plot twist dia..)

Silalah baca. Personally, yes Ad suka sangat buku ni. Rating Ad hanyalah untuk tahap keseraman dia je tau. Untuk keseluruhan buku no need rate, sebeb Ad luahkan segala rasa melalui penulisan 🤪

Selamat membaca + meremang 👀
Profile Image for amireadbooks._.
58 reviews3 followers
January 17, 2026
Pufffff !

Mind blown betul ye. Climax dia *chef kiss* 👌​💋​
siapa sangka fenomena 'tahun lompat' yang seringkali dinanti dengan penuh keterujaan boleh jadi satu sumpahan yang mana kalau boleh minta dihapuskan je tarikh tu dari kalendar.

Dia macam setiap perjalanan cerita tu kamu dah boleh agak apa yang akan jadi apa semua, but still kau tetap ternanti-nanti how will the story take a turn. And how everytime dia buat kau "trust me, something's gonna happen," .

It does happen, but not the way you believe it to be.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
July 24, 2025
Gurauan yang akhirnya menyebabkan kematian.. Tak disangka bunuh diri tu rupanya ada kisah tersembunyi.. Memang lain macam alur ceritanya..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.