“Kaduk, main jelangkung tu apa?” tanya Je’am. “Kira macam main spirit-spirit tapi tak pakai duit syiling.” “Habis tu pakai apa? Pakai kad kredit?”
Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Dato' Bentara, Kijem, Begok, Ijan, Kaduk, dan Je’am terpaksa curi-curi bermalam di asrama semasa cuti sekolah. Pada malam itu, Ijan secara tidak sengaja termasukkan kakinya ke dalam besen yang menjadi bekas mereka merendam mi segera dan menyebabkan mi segera itu menjadi berpuaka. Kerana tercabar dan mahu membuktikan mereka bukan pengecut, Begok, Kaduk, dan Ji'em bermain jelangkung di tangga asrama, sementara Kijem dan Ijan melompat pagar asrama untuk ke kedai mencari makanan.
Kaduk, yang menjadi penyeru kepada jelangkung merupakan orang pertama menjadi mangsa. Je'am ternampak dia dilapah hidup-hidup oleh satu lembaga. Dan di dinding asrama, ada lembaga lain yang mengerikan sedang merayap-rayap, mengetuk-ngetuk dinding. Mereka tidak lagi selamat tinggal di asrama itu. Persoalannya, mampukah mereka menyelamatkan diri? Atau kisah mereka akan menjadi urban legend yang akan diceritakan dalam tahun-tahun mendatang?
Kijem, Begok, Ijan, Kaduk, dan Je’am, pelajar Sekolah Menengah Dato' Bentara, terpaksa bermalam di asrama sekolah atas sebab2 tertentu. Dek kerana lapar, Kijem dan Ijan terpaksa curi2 keluar melalui pintu belakang untuk membeli makanan. Sementara yang lain, ketika ditinggalkan bermain permainan jelangkung. Namun, kejadian pelik mula berlaku. Je'am ternampak dia dilapah hidup-hidup oleh Pak Osman. Kemunculan Cikgu Solihin yang berperangai pelik dan makhluk2 yang tidak diketahui identitinya menambahkan kekacauan yang melanda. Sementara itu, Kijem dan Ijan terserempak dengan Najwa yang dalam keadaan lemah di dalam belukar. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Sebenarnya, ni bukan kisah hantu tapi lebih kepada makhluk yang tidak diketahui asal usulnya, yang berkaitan dengan kehilangan pelajar di sebuah sekolah. Saya secara peribadi, mula2 agak berat untuk membeli naskhah ini kerana beranggapan ia sekadar kisah2 biasa seram remaja. Namun, dek kerana review yang baik dan rating yang tinggi, saya terbeli juga. Nyata, tidak mengecewakan.
Olahan penulis begitu baik, malah mood seram yang dibawakkan (lebih kepada cemas) begitu membekas di hati pembaca, memang berdebar menantikan pengakhiran mereka! Mungkin kerana naskhah ini nipis saja, so teras pergerakkan plot agak pantas dan tidak meleret seperti sesetengah novel seram lain, penuh dengan sub plot yang tidak penting. Ini menjadikan kesam berdebar, seram dan misteri berjaya dikekalkan sepanjang pembacaan.
walaupun sedikit sebanyak makhluk yang dipaparkan mengingatkan tentang makhluk pembunuh dalam The Descent, tapi tetap ada perbezaan dari segi rupa dan cara pembunuhan. Malah, tujuan nya pun berbeza.
Pendek kata, saya berpuas hati dengan naskhah kali ini, satu idea yang fresh dan segar dari penulis. Dan, kepadatan naskhah ini dengan jumlah muka surat yang terbatas, menjadikan ia lebih bermakna.
saspen! nak kata hantu sangat tu takla, tapi pergerakan cerita yang cantik buat pembaca sama rasa cuak, jahat ke, baik? turut bersama dengan watak rasa keliru dengan penyamaran makhluk bertentankel.
bukan kisah seram asrama yang biasa. kisah jelangkung pun jarang singgah di pengetahuan. sebab buku ni nipis, sangat padan dengan kisah satu malam yang habis mengejut sebegitu. cuma mungkin nak kata mi segera tu punca, macam tak sesuai sangat. kijem, begok, ijan, kaduk dan je'am terperangkat dengan makhluk misteri dan najwa muncul kemudian. dapatkah mereka melepaskan diri? siapa yang jadi mangsa dan siapa yang menyamar? tuan penulis Khairul Nizam Anarkis, kalau part melapah kulit tu perincikan lagi, rasa lagi ngeri kot.. hehe.. anyway, best story..
Habis dua jam je baca. Boleh dikatakan, I kipas susah mati penulis ni tetapi untuk siri puaka Asrama ni 50-50 walaupun idea cerita unik! Penulis ni mmg biasanya tak akan lari daripada plot twistnya.
Mengisahkan tentang lima orang sahabat; Kijem, Begok, Ijan, Kaduk, dan Je’am yang terpaksa curi-curi bermalam di asrama semasa cuti sekolah. Malam itu, mereka diburu oleh sekumpulan makhluk aneh yang boleh menyerupai manusia. Mampukah mereka keluar dari asrama itu untuk menyelamatkan diri?
Sebuah novelet seram dengan jalan cerita yang menarik dan suspen. Gaya penulisan dan penceritaan penulis juga santai. Sesuai dibaca di waktu lapang kerana ianya tidaklah tebal mana.
Dalam tiga siri Puaka Penerbit X ni, Puaka Asrama lah yang setakat ni bagi aku superb lah. Mungkin sebab penulisnya seorang je dan si Khairul Nizam Khairani plak tu. Aku memang suka ngan penulisan dia lepas aku baca Siri Anarkis... Siri Kudeta dan lain2 cerpen dia. Untuk Puaka Asrama ni, ideanya fresh, kisahnya lain daripada yang lain dan memang membuatkan pembaca teruja. Gaya penulisan dan penceritaan juga kemas. Memang terbaik rating aku bagi untuk karya ni. Dan aku suka sebab ada wataknya yang kebetulan menggunakan nama samaran yg sama dengan aku. Dari sekolah menengah sampai dah tua ni masih melekat nama tu. Hahaha... apa2 pun semoga ada kesinambungan cerita ni. Ada hint tu macam nak sambung. Kesimpulannya, diharapkan si penulis akan buat sekuel kepada cerita makluk pelik misteri yang menyerang sekumpulan pelajar asrama ni. Prekuel pun molek juga. Kalau boleh nak tahu cerita yang detail tentang asal-usul makhluk tu. Hahaha!!! Kipidap!!
best cerita ni... storyline dia memang terbaik konflik buildup tu tak habis-habis sampai. part Najwa bercerita tu paling konflik. boleh pulak jadi macam tu. nasib baik member dah prepare for the worst
Bismillah. Mengenali karya2 bro ini melalui genre action packed..tk sangka genre sebegini pun beliau berbakat! Alhamdulilah bro. Mmg baik karya seram ni! Keep it up! 😊
Kalau siri X-Files, novelet ini bolehlah dikategorikan sebagai episod "Monster-of-the-Week". Tiada yang supernatural sangat, cuma ada gangguan daripada entiti luar duga. Blurb buku sangat misleading, terutama pasal mi maggi tu. Nickname 5 sahabat itu sangat 90-an bunyinya, amat bertepatan dan mungkin sengaja direka agak serupa (Kijem, Je'am, Ijan) kerana nanti amat penting dengan jalan cerita novel ini.
Sebuah kisah yang mendebarkan.. Sekolah terbakar.. Makhluk pelik menyerang.. beberapa orang pelajar yang terperangkap.. Seorang terpaksa berpatah balik ke asrama, yang selebihnya pula berada di asrama kerana latihan bola.. Malangnya semua telah dirancang.. Malam yang sangat panjang..
Best memang best. Tapi dalam sinopsis ada sebut pasal jelangkung. Jadi, ingat gangguan dan kejadian yang berlaku tu ada kaitan dengan jelangkung. Rupa-rupanya semua yang jadi disebabkan makhluk lain yang tiada kaitan langsung dengan jelangkung.
Jujur, ini antara buku paling cepat aku habiskan baca, sebab berjaya buatkan aku nak tahu apa jadi..apa jadi. Berdebar weyh. Jalan cerita yang tersusun. Best. Serious best!
Aku tak nampak kelemahan pada buku ni. Aku suka gaya bahasanya. Mudah difahami. Pengakhirannya membuat aku fikir; Ada sambungan ke? Kalau tak ada, silalah sambung 😁