Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Mistik: Hati

Rate this book
MENUNGGU SIANG - MARIA KAJIWA
"Tapi, macam mana saya nak cari satu lagi nyawa budak?" - ZAKARIA
Korban yang seterusnya adalah dalam kalangan anak-anak pelanggannya. Apabila ada budak kecil dalam lingkungan umur dua tahun di kedai itu, dadanya berdebar-debar.
"Kamu jangan takut, dia datang nak tolong kamu. Nak buat kamu kaya..."

STAIRCASE 7 - LLAMAKYO
"Awak takkan percaya apa yang saya lalui di perpustakaan tadi. Dia buat tarian ulik mayang, lepas tu tiba-tiba dia mengilai. Lampu berkedip, pintu tertutup sendiri. Saya dah seram sejuk masa tu." - ADIRA
Ada satu kisah beberapa dekad yang lalu, seorang pelajar ditemui mati di blok B atau lebih tepat, di Staircase 7. Punca kematian dirahsiakan. Kes ditutup begitu sahaja.
"Kita kena cari di setiap sudut. Tapi hati-hati, 'dia' sedang memerhati."

PULANG DEMI AKU - HANNAH SERRES
"Apa sebenarnya maksud kamu benda jahat? Hantukah? Makhluk jahatkah?" - ARMIN
Anehnya rasa. Selama ini, dia tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Adakah semua itu rekaan mindanya semata-mata? Adakah dia sudah
bertukar gila?
"Kembalikan semula apa yang pernah menjadi milikku..."

Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK?

Paperback

First published May 1, 2024

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

59 books110 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (45%)
4 stars
2 (18%)
3 stars
2 (18%)
2 stars
2 (18%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 12, 2024
Cerita pertama memang best.. Pengakhiran dia tu sangat mengejutkan.. Memang terbaik..
Cerita ketiga pun sama.. Mantap.. Memang tak disangka langsung penamatnya..
Cuma cerita kedua je agak mengelirukan..
Profile Image for Eizalicious Noir .
28 reviews
December 5, 2025
❤️ KEMBARA MISTIK HATI 📚 FAJAR PAKEER

🌄 MENUNGGU SIANG — Maria Kajiwa

Termenung kejap bila sampai ke helaian TAMAT.
Dalam kepala, “Eh… ini ke rupa ending dia??”
Ada hint, tapi bukan langsung yang saya bayangkan. Memang di luar jangkaan.

Sharif mengajak Harraz & Fateh ke majlis kahwin sahabat lama mereka, Badli. Perjalanan okey… sampai masuk satu simpang pelik yang tak berpenghujung. Jalan makin tak rata, kiri kanan hutan, sunyi, kereta rosak, liputan takde.

Mereka pilih jalan kaki, yakin rumah Badli tak jauh.
Lega bila jumpa rumah dan tuan rumah ramah menyambut mereka. Siap dipelawa bermalam sebab dah gelap.

Tapi…
Bahaya sebenarnya di luar atau di dalam rumah itu?
Mampukah mereka menunggu hingga siang?

🪜 STAIRCASE 7 — LLAMAKYO

Adira dihantar ke sebuah sekolah yang arwah neneknya (arwah ibu kepada ayah Adira) dah pesan berkali-kali: jangan masuk sekolah itu. Tapi ayah tetap masukkan — dan dari situlah semuanya bermula.

Adira makin tertanya-tanya tentang misteri “Staircase Seven” di blok B. Bila dia kongsi dengan Tania & Wada, dua orang tu makin pelik: senyum sinis, pandang lain macam, seolah-olah mereka tahu sesuatu yang Adira tak tahu.

Siapa sebenarnya mentor & roommate Adira?
Apa rahsia tangga itu?
Dan siapakah yang sudah lama menunggunya?

👣 PULANG DEMI AKU — Hannah Serres

Awal-awal janggal sikit dengan nama watak & lokasi luar negara, tapi bila dah mula — serius best.

Armin stres dengan bossnya di tempat kerja. Di rumah pula ayahnya berharap Armin pergi jumpa ibunya, bukan memaksa — cuma pinta seorang ayah. Walaupun berat hati, Armin ikut juga.

Sampai di rumah ibunya, suasana rasa pelik dan menyeramkan. Dia dilayan baik… tapi bapa saudaranya tak suka kedatangan dia, sepupu pula asyik suruh dia balik sebelum terlambat. Gangguan demi gangguan mula berlaku.

Akhirnya Armin tak tahan dan nak pulang.
Tapi bila dia pulang…
dia pulang bukan sebagai dirinya lagi.

Ada rahsia kelam yang terikat dengan rumah itu.
Dan ada sebab kenapa Armin berubah selepas bertemu ibunya.

✨ Rekomen dari saya
– Kisah pertama : Memang padu. Ending dia buat saya terdiam — puas hati bila tahu punca sebenar.
– Kisah kedua : Okey dan intriguing. Ada sikit bahagian buat keliru, tapi tak nampak pun macam hasil penulis baru.
– Kisah ketiga : Best! Jalan cerita sedap, cuma bila nama luar negara tu terasa janggal sebab dah biasa baca watak Melayu.

#KembaraMistikHati #FajarPakeer #MariaKajiwa #Llamakyo #HannahSerres #EizaliciousNoir
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
July 23, 2024
To be honest, sy akhirkan sekali cerita kak Maria Kajiwa. Orang kata save the best for last and yes, luckily sy memang baca last cerita beliau dan ternyata cerita Menunggu Siang lah penyelamat minat saya untuk meneruskan pembacaan. Sy cuba juga membaca cerita Staircase 7 smp lembar ke 3 and that's it. Cerita Pulang Demi Aku selembar pun tak habis. No heart feeling ya guys untuk penulis baru. Cerita kalian sukar untuk menembusi jiwa sy. 5 bintang untuk cerita Menunggu Siang. Kisah dan plot ya gbtak disangka sangka. Lagi 2 tu tingkatkan usaha anda.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.