Nombor 111. Bilik hostel yang paling digeruni oleh pelajar. Entah kenapa bilik itu jadi bilik terakhir Uja sebelum melangkah pergi untuk bercuti semester. Banyak kisah buruk yang terjadi hingga Uja terpaksa merantau ke negeri orang untuk mengetahui kisahnya. Namun, segalanya dapat tentangan daripada otang-orang tak dikenali.
"Mas mau ke rumah biru? Jangan pergi! Mas ke sana pasti mas mati!"
Berkisahkan tentang Uja dan Ad yang pergi ke rumah Mubin masa cuti semester.
Mubin ajak ke rumah dia dan Uja tertarik dengan hanya melihat gambar rumah biru cantik yang Mubin send di whatsapp. Maka bermulalaj perjalanan dan gangguan Uja dan Ad.
Mimpi dalam mimpi, serangan melalui makanan, jelmaan dan kelibat menakutkan dan perangai Mubin yang aneh. Semuanya menggoncang emosi Ad dan Uja.
Seram dan dapat rasakan apa yang Uja rasa setiap kali benda tu datang nak kacau dia. Tapi mungkin baca waktu siang jadi tak ada la sampai merinding bulu roma. Ada selitan ilmu juga.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan Ghaib, aku lebih suka ghaib.
Pada pendapat saya, buku ni lebih seram berbanding buku Syaitan yang diterbitkan oleh Fixi.
Buku ni dia sama seperti buku-buku Uja yang lain, sangatlah straightforward dan mudah faham. Bahkan, jalan cerita yang kemas membuatkan saya snagat tertarik dengan cerita ini sehinggakan saya hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk membaca buku ini.
Walaubagaimanapun, ada beberapa scene yang sukar untuk saya tafsirkan sehingga saya perlu membaca lebih daripada 2 kali untuk fahamkan apa yang cuba disampaikan, tetapi tidak lah terlalu banyak scenes yang sukar difahami. Overall buku ini sangat bagus untuk pembaca-pembaca yang suka akan buku seram. Keep it up Uja Hamza, you did very well