Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kahwin dengan Saya

Rate this book
Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.

672 pages, Paperback

First published March 24, 2014

7 people are currently reading
143 people want to read

About the author

Aleya Aneesa

28 books83 followers
Marwati Wahab atau Aleya Aneesa merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 16 Mei 1980. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kemudian dia meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas menamatkan Pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik, Aleya bertugas di Jabatan Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tenggara.

Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebenarnya Aleya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis novel. Namun minatnya timbul bila cerpen pertamanya berjaya dimuatkan dalam majalah Media Hiburan pada tahun 1996 dan cerpen kedua dalam Majalah Remaja pada tahun 2002. Sejak itu minatnya semakin bernyala-nyala.

Bersama ALAF 21, Aleya telah menghasilkan tiga buah novel iaitu Semusim Rindu, Kasih Antara Kita dan juga Janjiku Bersamamu. Harapannya semoga novel ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa murni. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Demikian pandangannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (35%)
4 stars
59 (45%)
3 stars
21 (16%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
October 3, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM16.00. PM je...


Sebelum aku review yang indah-indah, aku nak buang pandang kepada yang menyakitkan mata dulu supaya yang tertinggal hanya yang manis2 sahaja.

i) Tajuknya? Langsung tidak menggambarkan inti pati cerita. Ulang cetak... Langsung Tiada.

ii) Blurb novel? Ada la sikit bayang-bayang. Nampak macam cerita picisan, romantik komedi, bacaan santai. Walakin, ceritanya jauh tersasar. Seperti menggambarkan cara2 membela kucing di rumah, padahal proposal asalnya adalah untuk membuka sebuah zoo (ohh, melampaunya analogiku). Ulang cetak... bayang2 saja (itupun x sampai 5%)

iii) Monolog dalaman antara dialog ke dialog.... Keupayaan penulis menyekat kreativiti dan ilham yang ada hampir-hampir menggejutkan Jin Emo-ku sewaktu membaca. Jika monolog dalaman ada kaitan dengan dialognya, itu masih boleh diterima (merujuk kepada watak Razita terutamanya). Ulang suara... penulis perlu tahu menggariskan sempadan perkembangan watak2 ciptaanya. Tak semua watak perlu diperincikan rasa dan jiwa mereka. Mungkin cukup untuk menebalkan helaian yang ada. Tapi di mana kewajarannya?

iv) Penceritaan agak meleret (penggunaan dialog terutamanya). Ada kala penulis terarah untuk memanjangkan dialog2 antara pelakunya biarpun ia tidak penting dan jika ditiadakan langsung tidak mengganggu jalan cerita.

DAN... yang indah?

i) Naskah inilah yang menjadi teman sepanjang food-hunting Sabtu kelmarin. Start dari Nasi campur pokok buluh > Cendol special Pantai Miami > Durian Balik Pulau > Laksa Janggus Kg Perlis > Pasembor Padang Brom > Tandoori Makbul.... ;p

ii) Ini novel ke-12 penulis, tapi pertama untukku... so buah tangan penulis senior tentulah seperti santan kelapa kan?

iii) Bab 69 - 80 naskah ini adalah KLIMAKS novel TERBAIK setakat ini...

iv) Ceritanya....

Sesuatu yang berbeza. Mungkin masih berpaksikan nikah-paksa-kahwin-rela, tapi cara penulis melakarkan penuh kesopanan dan kesusilaan. Pendek kata, ini bukan 13PG... ini dah ditarafkan sebagai U. Biarpun masih ada bunga2 fizikal romantik, tapi kain lapiknya berlapis-lapis. Romantik sipi2 inilah yang meng-goosebumps-kan pembaca. Tak perlu; I Love U, I Love U Too, I Love You More, I Love U Most.... :)

Perkembangan rasa pelaku2 utama dijaga sebaiknya. Jiwa Qara dilayarkan dengan teliti sekali. Kesedihannya ketika bergelar yatim piatu. Kepedihan hidupnya kerana dihina malah dicederakan oleh ibubapa BFFnya (Dhia) menyentuh sekali. Juga ketika remuk hatinya sewaktu ditinggalkan oleh Syahil semata-mata kerana harta. Luka hatinya apabila tidak diterima sebagai menantu oleh Hajah Yasirah yang termakan dengan fitnah keluarga Dhia. Namun paling meruntun jiwa adalah ketika Dhia yang sudah dianggap saudara sendiri sanggup berpaling tadah dan 'menikamnya'. Dan tentu sekali kata2 makian Haq yang salah anggap bahawa Qara berlaku curang dengan Syahil.

Begitu juga dengan Umair Haq. Kekalutannya untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa, menjeratnya dengan tanggungjawab yang pasti belum bersedia untuk dipikul. Desakan Hajah Yasirah untuk Haq beristeri semula menemukan dia dengan Qara. Mereka bersatu juga biarpun banyak halangan menimpa. Dan.. nakalnya si Haq untuk menawan hati si isteri...ya ampunnn... ;P

Biarpun, cerita ini agak serabut dengan lambakan2 pelaku2 sampingan, tapi tidak mengganggu jalan cerita kerana semuanya ada hubung-kait sendiri. Mungkin sedikit kesabaran diperlukan untuk 'menapis' cerita yang betul2 perlu diberi perhatian.

DAN.. kebolehan penulis untuk menyimpan rahsia status sebenar Irham Firdaus (anak angkat si Haq)... adalah sesuatu di luar jangka. Langsung tiada bebayang siapa si Irham sebenarnya hinggalah dimunculkan watak Syifa dan Fareez. Rahsia demi rahsia diselak helaian demi helaian menrasionalkan tindakan dan keputusan yang diambil Haq.... mungkin kerana itu naskah ini agak tebal.

Qara to Syahil; "Itu...hadiah untuk kau. Satu...kerana meninggalkan aku kerana harta. Dua, sebab kau buka jalan untuk Haq membongkar kebenaran dan kebenaran itu sangat menyakitkan. Hati aku....hancur! Aku bencikan kau, Syahil!....." m/s 557

Qara to Haq; "Kenapa tak percayakan Qara?"........"Kenapa pergunakan Qara?"..........."Kenapa hina Qara?"......."Kenapa tipu Qara?"...... "Kenapa biarkan Qara pergi?"..... m/s 599

Qara to Dhia; "Tapi, kau hancurkan hati aku"......."Sebelum aku kahwin dengan Haq, aku tak ada sesiapa, Dhia. Aku ada kau aje,"..... "Aku nak belajar ke luar negara kau tak kasi sebab kau tak nak aku tinggalkan kau. Bila aku tak jadi pergi, jadinya lain. Hati aku yang jadi taruhan kau."......"Nasib aku memang malang, kan?"..... m/s 622-623


Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
October 31, 2014
3.8 star

Graf mood mengetuk keyboard agak menaik sedikit.

Rasanya ada dua lagi bukan cik penulis yang diterbitkan sebelum naskhah ke-12 ni yang belum dikhatam. Masih terperuk di dalam lemari putih.

Kulit buku dengan tajuk yang amatlah kecil font untuk jodolnya tapi terlebih gedabak untuk nama penulisnya bagaikan salah satu cara pemasaran untuk memaklumkan penulis ini sudah hampir otai dalam bidang penulisan. Namun kadang kala KakChik rasa jodolnya macam tiada kaitan pula dengan jalan cerita melainkan cuma sepotong ayat itu yang dilafazkan oleh encik hero yang ganteng itu.

Qara - si anak yatim yang rupanya tersalah ukur baju di badan sendiri. Setelah 2 tahun menyulam cinta bersama Syahil, akhirnya dia jatuh terhempas selepas abang kawan baiknya, Dhia tega menolak jauh dirinya. Hanya kerana dia anak YATIM PIATU! Syahil yang senang hati menerima Elma kerana tidak mahu hidup susah dan jugak tidak mahu hilang harta. Diugut sedikit sahaja oleh orang tuanya yang bergelar Datuk + Datin itu.

Walaupun Qara cuba untuk bertahan namun bukan mudah untuk mengubat rasa kecewa di hati. Dalam masa yang singkat pelbagai dugaan yang datang. Dia terkejut kerana rumah pusaka tinggalan nenek hampir dilelong. Dia hampir putus asa. Hanya satu impiannya, pergi jauh dari semua perkara yang melukakan ini.

Namun, tiba-tiba kehadiran lelaki yang bernama Haq dan Ilham, anak kecil yang sudah buat dia jatuh hati. Kadang kala kasih sayang Allah itu tidak terjangka oleh fikiran kita. Walaupun Qara amatlah takut untuk menerima tapi kerana dia hanya mahu punya KELUARGA, mungkin itu jalan yang terbaik buatnya.

Haq - selepas 12 tahun di kota London, dia pulang membawa anak kecil. Perkara yang buat Hajah Yasirah hampir gila. Anak yang baik dan taat itu tega membelakangkan orang tua dalam membuat keputusan penting dalam hidup. Bermula saat itu Hajah Yasirah sentiasa sahaja mencari salah Haq & Ilham hanya untuk melampiaskan rasa sakit hatinya.

Haq yang sentiasa tenang dan hormat uminya. Padanya sayang umi tak akan pernah luntur walaupun pelbagai kata yang melukakan hati terluah dari umi sendiri. Keadaan Haq makin tertekan selepas Hajah Yasirah memberi sangat untuk mencari calon dalam masa 3 bulan untuk dijadikan ibu Ilham. Kehadiran Qara secara tidak langsung telah menjentik hatinya. Ilham dijadikan Ilham untuk melamar Qara, walaupun bermandi air tembikai tidak dia berputus asa.

Dalam tenang dan sabar, kadang kala ada juga sudut nakal Haq dalam usaha menambat hati isteri. Namun kadangkala sikap baran itu terluah juga tapi yang sedihnya dia khilaf dalam menilai hati isteri sendiri.

Datuk Kamil + Datin (tak ingat nama) - memang watak suami isteri yang jahat tak ingat akhirat. Biasanya hanya Datin yang ego mementingkan pangkat dan darjat tapi kali ini, Datuk Kamil itu pula yang nampak melebih-lebih. Tambah lagi permulaan bab-bab awal sudah dijamu dengan karektor tak semenggah ini.

Hajah Yasirah - Aduhhhhhhhhhhhhh, kalau dapat mak mentua kelaku begini, haruslah KakChik sumbat telinga dengan earphone sahaja. Dia bukan nampak kalau kita pakai tudung. Memang mak hajah ni tak padan dengan dah pernah naik haji tapi perangai dan kelaku memang ke lautttttttttttttt. Tahap sakit hati sungguh dengan dia. Kata-kata dia tak pernah lembut dengan Qara dan kelaku juga tak fikir langsung hati orang lain. Sampai suami dia sendiri pun dia main bangkang aje kalau dia tak suka. Nasib baik di akhirnya sudah berubah, kalau tak memang membara aje rasa hati KakChik.

Dhia - sahabat baik Qara yang sentiasa menyokong Qara walaupun sering dimomokkan dengan segala keburukan dan kejelikan oleh mama dan papanya. Dia banyak membantu Qara untuk terus berjuang selepas kematian neneknya. Kerana Dhia takut kehilangan Qara, Akif iaitu tunangan Dhia telah mencadangkan untuk menjodohkan Haq-Qara. Walaupun pada awalnya Dhia menegah, akhirnya dia turut bersetuju. Apatah lagi selepas bergelar isteri, Qara nampak lebih gembira walaupun kadang kala ada sahaja oleh Hajah Yasirah yang menyakitkan hati. Tapiiiiiiiiiiiiii, Dhia menjadi sahabat yang sangatlah mementingkan diri sendiri apabila dia sanggup menikam Qara dari belakang apabila Syahil jadi gila mahu kembali kepada Qara. Disebabkan tindakan tidak rasional Dhialah, Qara telah dilabel dengan kata-kata kesat oleh suami sendiri. Haq hilang rasa percaya kerana Dhia yang telah salah menilai.

Sama ada Qara hilang suami+anak susuan sebab fitnah kawan baik sendiri atau Haq hilang isteri+anak kerana ego seorang lelaki? Jawapannya ada dalam naskhah ini..:P

Komentar:

AA masih lagi menggunakan latar belakang kekeluargaan sebagai tulang belakang cerita ini. Kekuatan AA adalah bahasanya yang agak terjaga dan juga mudah untuk dihadam.

Walaupun begitu masih ada ruang lingkup yang sedikit mengecewakan KakChik terutamanya permulaan jalan cerita yang agak meleret-leret dan memang buat mata asyik nak tertutuk aje.

Kadang kala KakChik tersengih sendiri dengan telatah Haq dalam menangani konflik rumahtangga dengan Hajah Yasirah dan dalam masa yang sama untuk menjaga hati Qara.

Bila menjelma pula watak Lisa, tiba-tiba rasa pening. Sebab tiba-tiba muncul tanpa ada signal. Dan hilangnya watak Lisa juga seperti sekelip. Jadi impak tidak ada urmmmm.

Dan AA bagaikan memberi 'hukuman' yang lebih ringan untuk watak antagonis dalam kisah ini. Tiada titik noktah bagaimana Datuk+Datin+Syahil boleh insaf. Watak antagonis agak senang dikambus kesalahan mereka.


Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 26, 2014
26-06-2014

Yang saya suka tentang kisah ini:

1. Kisah kekeluargaan yang dipaparkan. Macam dah jadi trademark untuk penulis memasukkan unsur ini dalam setiap karyanya. :)

2. Qara Nisa (Qara) yang sangat lembut hatinya. Tak pernah berdendam walau sejahat dan seteruk mana layanan yang diterimanya. Baginya, kekurangan dirinya sebagai seorang anak yatim piatu membuatkan dia dibenci oleh kedua ibu bapa Dhia, kawan baiknya. (Macam kelakar bila fikir ada ibu bapa yang begini, memusuhi seorang anak kecil yang konon bawa pengaruh buruk kepada anaknya hanya kerana anak kecil itu seorang anak yatim piatu. Hmm, mungkin ada, cuma saya yang tak jumpa manusia spesies ni).

3. Persahabatan antara Qara dan Dhia yang kekal utuh semenjak sekolah rendah walau diancam dengan pelbagai ugutan daripada kedua ibu bapa Dhia.

4. Umair Haq (Haq) yang tak kisah jadi bapa tunggal hanya kerana tak mahu anak sekecil Irham Firdaus disia-siakan oleh seorang ibu yang tidak menghargai kehadiran seorang anak. Dia tak kisah dimarahi uminya asalkan si kecil Irham tidak dilukai.

5. Kisah ini memang libatkan watak yang ramai dalam penceritaannya tapi kita tak hilang fokus kerana setiap watak ada perkaitan antara satu sama lain.

Yang buat saya geram:

1. Syahil. Sungguh saya tak suka spesies lelaki sebegini. Tiada pendirian. Macam lalang. Sanggup ketepikan pendirian sendiri hanya kerana takut dengan ugutan keluarga yang kononnya tidak akan mewariskan harta sekiranya Syahil tetap bercadang untuk teruskan hubungan dengan Qara. Lelaki macam ni ke yang nak dijadikan calon suami? Hmmph!

2. Datuk Kamil dan Datin Jalilah. Memang padan sangatlah. Dua-dua materialistik. Atas alasan Qara tu anak yatim piatu, anak gadis itu dimusuhi dan dihalang daripada berkawan dengan dengan Dhia. Malah hubungan cinta Qara dan Syahil juga tidak direstui. Haish.

3. Hajah Yasirah yang mudah sangat termakan hasutan Datin Jalilah. Patutnya sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia boleh nilaikan sendiri sikap Qara sebagai menantu berdasarkan layanan Qara kepada Haq dan ahli keluarga yang lain. Ini siap boleh halau Qara keluar dari rumah pulak tu lepas dapat tahu kebenaran tentang Irham. *Geleng kepala*

4. Bila Dhia pun mula beri layanan ‘bahu sejuk’ gara-gara Qara tidak mahu ikut kehendaknya. Sungguhla pentingkan diri Dhia ni. Boleh pulak dia nak mintak Qara tinggalkan Haq dan kembali pada Syahil. Katanya Syahil perlukan Qara untuk memulihkan semangatnya selepas bercerai. Apakah???

5. Haq yang termakan kata-kata fitnah Syahil yang berniat untuk memisahkan Haq dan Qara. Sampai terkeluar kata-kata yang buat Qara terluka parah. Huwaaaa, kesian Qara tau! Mujur ada Maksu Razita. Kalau tidak Qara dah naik penerbangan tambang murah entah ke mana-mana agaknya. :P

Komen saya:
Sungguh pun kisah ni agak beremosi, saya sukakannya. Mungkin disebabkan perjalanan kisah yang agak pantas dan tak meleret-leret dengan hal yang tidak-tidak. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya ke-12 ini. Fuh, kena kira berapa banyak buku AA yang ada dalam rak buku saya ni untuk cukupkan koleksi. :D
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
July 13, 2014
novel Aleeya Aneesa mmg x lari dari kisah kekeluargaan..seronok bila membacanya..bg sy Qara ni sama mcm Nadra (Cintaku Bukan Murah) yg merupakan anak yatim piatu.. yg membezakannya Qara tiada siapa2 kecuali kwnnya Dhia.. Nadra ada abg yang akan pergi buat selamanya.. bagi Qara Haq dan Irham adalah keluarganya selepas bertahun2 hidup sbtg kara.. menitis jugak air mata masa Qara difitnah.. rasa cm sebijik pula cm nasib Nadra dlm CBM..

Nasib baik maksu Haq ada..yg melindungi Qara..salute betul..x sangka dlm wajah yg serius dan sinis..dia mempunyai hati yg baik..walaupun pada mulanya dia x memihak pada Qara..
Profile Image for Rouge.
27 reviews
March 31, 2014
2nd books yg saya baca under the same author.

Tajuk yg menarik. Smooth storylline dari mula till THE ENF. Up down cerita ni mmg buatkan reader like me tak sabar nak habiskan.

Superlove breastfeeding infos.... ramai yg tak tahu especially for those yg adopt child. Gandingan Haq and Qara yg sama2 explore new thing ni mmg amat2 menarik and kekentalan yg tahap maximum mmg amat perlu for both. Even in realuty world... unruk menjayakan 100% breastfeeding ni mmg support yg jitu amat perlu from ur spouse. Husband jangan lepas tangan in this area.

Your element of surprise mmg buatkan saya tertipu almost half of the story.

Love ur friends and family bonding yang mmg ditebarkan dr awal hingga akhir.

this the 3rd book yg saya baca yg menggunakan anak kecik as supporting character tp somehow i find it so smooth and this character tidak dipergnakan as "pemancing readers".... well done!

recommended for those yg yg beminat nak adopt and more info u all can dig info fr www.susuibu.com (sorry ya i tak dak share kat this company but do fnd it very useful source for us or contact any breastfeeding support nearby)
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 4, 2014
Alhamdulillah. Tamat sudah pembacaan saya pada karya Aleya Aneesa kali ini. Karya ke 12 melihatkan kematangan AA dalam menulis karya. Kagum dengan AA yg membawakan kelainan pada kisah kali ini. Kisah HAQARA yang benar-benar mencuit hati. Ditambahkan lagi jalan ceritanya yang lancar, memang membuatkan naskah setebal 672 halaman ini tidak mengambil masa yang lama untuk dihadam. Yang boleh disimpulkan daripada novel KDS? ini ialah tema persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang yang ditonjolkan benar-benar meresap ke jiwa. Ditambah lagi dengan info tentang susu ibu amat-amat menjadikan karya ini bukan saja kisah cinta biasa, tapi juga naskah yang penuh berinformatif. Dan, seperti biasa babak 'air mata' AA tidak pernah tak menjadi! Selamilah kisah HAQARA, pasti ada sesuatu yang terkesan di hati. Apa2 pun tetap menantikan karya seterusnya daripada Aleya Aneesa dan berdoa, moga AA merangkul anugerah GBK kelak!
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 12, 2014
~KDS?..ni, Nisa memang dah ikuti dalam Ilham grup…Mengisahkan Tentang Qara Nisa yang berkawan baik dengan Dhiya dan bercinta dengan abang Dhiya, Syahil..Tapi, kerana yatim piatu, Qara dibenci ibubapa Syahil yang gila harta..Jadi, Ibu bapa Syahil merancang memisahkan Qara dan Syahil..Kerana takut kehilangan harta, Syahil meninggalkan Qara dan mengahwini gadis pilihan ibubapanya…Umair Haq, abang kepada Akid, tunang Dhiya dipaksa ibunya untuk berkahwin..sekaligus mencari ibu tiri kepada anak Haq..Irham. Jika tidak, dia perlu mengahwini pilihan ibunya..Haq mencari calon yang menyayangi Irham bagai anak sendiri dan calon yang sesuai adalah Qara..Walaupun mendapat tentangan ibunya, Haq tetap mengahwini Qara…
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
May 28, 2014
Dah lama tak teruja nk baca buku Aleeya Aneesa... pasal cerita yg lepas2 mcm agak slow. dulu2 mmg saya gemar sgt dgn penulis ni. tapi lepas baca cintaku bukan murah, rasanya penulis ni dah kembalikan keterujaan saya untuk membaca karya beliau.
dan buku ini mmg best.. puas saya menangis dan tertawa... tahniah dear..
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
tamat sudah membaca novel ni. pendapat sy, novel ni memang best.kisah Haq dan Qara. novel ni banyak mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 6, 2014






Untuk pembaca novel yang tegar,

Nahhh ni review dari aku, novel terbaru dari penulis feveret,kak aleya aneesa! dah ada dekat bookstore hoi!

"tepuk tangan!"

Heaven gila bila dapat baca novel fizikal nih. Sebelum ni baca dekat entry blog je, lepas tu ada dekat portal ilham. So sekarang sudah boleh pegang secara realiti dan baca berulang kali! hahaha. lebih hebat rasanya bukan?

sebelum ni,duk balas komen dgn akak nak tunggu pbakl la apa la,sembang kencang.. tapi tahap kesabaran saya semakin nipis ibarat nipisnya kulit bawang.eh? haha takdek, ingat nak datang pbakl jumpa akak,dan boleh dapat signature sekali, pastu bergambo ke, tapi hari akak ada tu,saya ada hal yang lebih penting.huhu.insya-allah next time boleh jumpa kot.

disebabkan itu,saya dapatkan novel KDS di mph midvalley!

Tapi serius, dari mula sampai akhir, tak rasa nak jatuhkan novel dari tangan,dari pandangan mata. Rasa sayang kalau tak habiskan bacaan .nampak tak impak maksima kat situ?wahaha.

Penulisan akak memanglah tak mengecewakan saya,sebagai pembaca novel! dan saya rasa semua peminat novel akak akan setuju dengan saya.muahaha.

Bila saya baca prolog, saya dah jatuh suka dengan penulisan akak. yelah bicara antara adik beradik,Akid dan Haq, yang agak rapat sumpah awesome!Lepas itu , tentang haq yang ada anak tapi takde isteri buatkan saya tertanya-tanya,kira unsur suspen ke kak?hikss. Irham tu anak siapa?Anak angkat kah?Anak sendiri kematian isterikah?Anak sendiri tapi berceraikah?atau anak siapakah?

Perkenalan antara Haq dan Qara,yang merupakan watak utama itu memang cool gila la kan. Boleh pula Haq buat-buat tanya nama penuh Irham pada Qara,dan Qara macam malu gile kan lepas dia dapat tahu Haq itu bapa pada Irham?Hahaha.

lepas itu, just imagine ada ke mak macam hajah Yasirah?Sikit pon macam takdek perasaan kasihan pada Haq dan Irham,selalunya kalau seorang ibu tak banyak pun,mesti ada rasa kasihan,rasa sayang. Kalau ye pun marahkan Haq,pada-padalah kasihan tau pada Irham.Tapi itulah ceritanya kan, kalau lebih kurang sama je, dah tak best pulak ye dak?

Bab seterusnya!

Bab Haq dan Qara dah jadi partner,suami isteri walaupun hajah yasirah tak suka dengan Qara! Hebat betul penangan datin jalilah dengan datuk kamil! sampai hajah yasirah langsung tak nak buka hati kenal dengan menantu dia. Tapi saya suka cara haq yang bertegas nak kahwin, kalaupun cara haq macam sedikit mengugut, itu cara yang paling berhemah untuk emak-emak yang degil. ehh. yelah semua mak nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

part haq dan Qara sangat sweet. kiranya saya suka setiap perincian dari segi cerita dari segi dialog tentang diorang, pasal teknik penghasilan susu bagi emak angkat, pengetahuan baru untuk saya. i just love the way you write.terselit pengetahuan yang kadang-kadang kena baca buku ilmiah untuk dapatkannya! Walaupun tak secara meluas,,tapi cukup sekadar.. Ohhh ada rupanya.. dan the rest boleh gugel.hekhek.

scene, haq mainmainkan qara dengan katak mainan, lipas tipu, dan lain lain itu serius menjengkelkan.haha bukan takat pada qara tapi pada saya juga. annoying kot. macam tak boleh terima haq yang serius dan kononnya tak banyak cakap boleh berkelakuan macam itu.

Haq,suami yang baik. cuma tergelincir bila dia cemburukan syahil yang arghh rasa nak tendang je.haha. ada ke tinggalkan qara sebab harta.So baddd! kesian pada qara. thanks syahil sebab tinggalkan qara,so boleh lah haq dan qara bersama.hehe.

tapi tak adil bagi qara bila dia terpaksa terima 'ketidaksukaan' hajah yasirah.dah la sebelum kahwin datin jalilah dengan datuk kamil dah bencikan dia. Nasib ada irham dengan haq.

the rest, siapa-siapa yang belum beli lagi, boleh lah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda!
konfemmm tak menyesal tak rugi.Serius, happy ending! =D

Jujurlah, tiga kali saya baca, tiga kali juga saya menangis. Part yang air mata keluar macam hujan itu part qara kena halau, kena marah dengan haq,kena hina dnegan haq! Kenapa akak buat saya menangis?! kenapa?

Ouhhh..

back to the review... kisah haq dan qara ini,banyak benda yang kita boleh amik sebagaipengajaran. Hidup kita ni tak selamanya indah, hidup juga seprti roda, sekejap diatas sekejap dibawah!
Hmm, itu je lahh nak review pon,

Saya harap,akak terus sukses dalam bidang penulisan. Jangan pernah berhenti dari menghasilkan karya-karya yang beridentiti sendiri.haa giteww. Dan tahniah sebab KDS dapat sambutan hangat. Best of luck, may allah ease ur work!
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
April 3, 2014
Recommended to read this novel apa yg boleh saya katakan disini karya-karya penulis sebelum ini tak pernah mengecewakan saya termasuk la novel terbaru ni.
Watak Qara Nisa ni mmg sgt kesian smpi terfikir ade ke org lain pnyer nasib yg same spt Qara melalui mcm2 dugaan. Falling in love dgn watak Umair Haq penyayang, supportive dan penyabar. Paling menyakitkan hati watak datuk dan datin tu. Byk konflik yg blaku dlm novel ni tp tidak la tlalu berat. Byk pengajaran kite boleh dpt dari novel ni.
Tahniah buat penulis...
286 reviews52 followers
July 9, 2014
SYABAS pada sis aleya aneesa...pd sy ini lah karya 2014 yg terbaik....even CDI pun x mampu membtkn muka sy dibanjiri air mata selebat ini....walau pun sis aleya aneesa seolah2 hilang taring dlm karya2nya yg sblm ini, akan tetapi karya ke 12 ini tlh mengembalikn semula identiti sebenar dirinya....

Karya yg ckp terkesan di hati...kesedihan yg dirasakan bkn lah dipaksa tetapi terzahir dgn sendirinya...apb kita mampu meletakkn diri kita di dlm sesebuah karya itu pasti rasa itu akn ada kerana hasil drpd plot yg tersusun cantik dan olahan yg baik...

Bsr nya dugaan yg harus Qara lalui sejak dr kecil sehinggalah berumahtangga...bahagia yg dirasakan tidak mampu berkekalan apb ia diranapkn hanya krn rasa hasad, benci dan cempuru menguasai diri...sehinggakn tiada secebis rasa simpati insan disekeliling terhadap Qara....

mampukah Qara bertahan? atau akhirnya Qara pasrah akan takdir buat dirinya...masihkah ada bahagia buat dirinya atau adakah kalimah KAHWIN DENGAN SAYA itu merupakan penyesalan dan kesilapan terbsr dlm hidup Qara???

segalanya terjawab jika anda menyusuri kisah suka dan duka Qara dan umair haq
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
April 3, 2015
Aku suka Haq. Bukan watak lelaki tipikal yang aku selalu baca. Sifat pelindung dia buat dia jadi istimewa kat mata aku. Dan Qara. Meski hidup dia punyalah sadis, tapi dia kuat semangat.

Dan gabungan dua watak ini, memang memuaskan hati aku. Cuma watak mak Haq. Ya Allah. Dapat kat aku, memang kena tarbiyah. Tolonglah~~~~ Hati baik tapi senang dengar cakap orang? Phew!

4 bintang!
Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
April 14, 2014
Bestttttt!!!!! Tp satu je nak cakap klu aku mmg brape nak sabar lah mcm si Qara. Klu ku kene dah lame ku cantas kepala org yg mulut longkang!! Eh emosi hahahaha. Ok pegi beli. Kbye!
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
June 22, 2014
Letihnya menjadi seorang Qara.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
July 28, 2019
Qara, why Qara? Terlalu dramatik di saat m/s 500 ke atas. Mana pergi Qara yg tenang tu.
Haq pun.. mana pergi Haq yg selalu tenang dan jarang hilang pertimbangan tu. Geram ok!

Tapi yg paling geram.. seluruh keluarga Dhia la. Rasanya tak patut diaorg ni kenal Qara pun. Tak tau la kenapa Qara boleh sabar pula dengan keluarga Dhia, tapi boleh pula sentap dgn Haq.

Adoi.. maafkan pembaca yg emosi ni ya Cik penulis. 😁
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 15, 2014
Qara Nisa hidup sebagai anak yatim piatu dan dia cuma ada Dhia dan Akid sebagai kawan baiknya. Bila Syahil juga meninggalkannya kerana mahukan kemewahan, dia rasa sungguh keseorangan. Tapi jodohnya adalah dengan Umair Haq, seorang lelaki yang sudah ada anak yang bernama Irham. Selepas berkahwin, Qara rasa tiba-tiba hidupnya tidak lagi kesunyian. Dia ada suami, anak, adik-beradik dan ibu-bapa. Tetapi umi Haq terpengaruh dengan hasutan Datin Jalilah dan Datuk Kamil. Lalu hati Qara sentiasa disakiti. Rumahtangga Qara mula goyah akibat olah Dhia dan Syifa dan fitnah Syahil. Haq juga menyakitkan hati Qara kerana cemburu kepada Syahil. Akibatnya, mereka berdua terpisah dan mereka amat merana. Syifa menggunakan Irham untuk mengugut Haq supaya berkahwin dengannya. Tetapi Haq tetap bertahan. Lama dia cuba memujuk hati isterinya yang terluka. Syifa disedarkan akan kesalahan diri dan akhirnya dia menyerahkan Irham kepada Qara dan Haq. Qara dan Haq bahagia bersama Irham dan anak perempuan mereka.
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
October 25, 2014
Best....

About HAQ & QARA yg berkahwin kerana sebab2x tersendiri...

For Haq, mummy buat si Kecil Irham (anak syifa @ BFF in London aka perempuan yg pernah disukai) yg dijaga Macam anak sendiri & even his parents anggap the baby belong 2 Haq

For Qara, anak yatim yg ingin merasa hidup berkeluarga yg Ada emak, ayah & etc...setelah ditinggalkan kekasih @ syahil disebabkan harta

Mother in law yg kecewa bila anak yg disayangi plg ke Msia dgn membawa anak @ membelakangi keluarga Dlm issue perkahwinan & termakan hasutan biras (parents Dhia aka BFF Qara) yg mementingkan harta & pangkat sehingga sanggup melihat Haq & Qara bercerai.......

The best part when Qara questioning her mother in law kenapa membenci dirinya....

"Adakah jadi anak yatim itu satu hukuman di dunia ini, umi??"
"Dunia ini pula adakah hanya utk mereka yg Ada pangkat, darjat & harta kemewahan, umi"

The monologue Memang santap habis.....
Congrats cik writer.....;)))
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
October 5, 2014
novel ni best.. ade kisah kekeluargaan..persahabatan..dan percintaan..
haq dengan melamar qara nisa untuk menjaga irham firdaus..
sedih part nilai persahabatan qara dia dikhianati Dhia demi utk kembalikan qara kepada abangnya Syahil. mase kemuncak ni bengang dengan Haq sebab senang sangat percaya tipu helah syahil. ade ke patut x percaya isteri sendiri..
kesian qara dihalau pergi MIL yg sememangnya x suka kat dia...sanggup plak tu bersekongkol dgn ibu irham utk menyisir Qara.. haq pon bodoh x wat ape2. benci laki mcm ni...
ending nye nasib baik happy kan...
haq dan qara kembali bersama..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #51 - 2014

wah selesai. I think this writer suka buat cerita pasal kekeluargaan. But then again I might be wrong. Sebab the books i've read so far hanya 2 buah including this one. The first was cintaku bukan murah. Anyways, the story's not bad. Not too heavy, not too light -- kejujuran, kesetiaan & kegigihan. Very informative too
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 10, 2014
salam...

finally done..

KDS penuh dgn family n love konflik..
sedih menjadi seorg qara
terharu menjadi seorg haq

terlalu jauh konflik dorg some part menjadikn bila la nk hbs konflik yg menyakitkn hati ni..

apa2 pn ttp happy ending..
28 reviews
April 19, 2014
cerita tentang haq dan qara yang kahwin tanpa cinta tapi ada irham sebagai kuncinya..

taknak review panjang2 sebab setiap penulis ada gaya sendiri dan saya tiada masalah dgn gaya novel ni... semuanya lancar

tahniah kak aleya aneesa~
teruskan berkarya dan jangan putus asa!
caiyok!
Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
April 29, 2014
Storyline sgt best! Once start baca, memang susah untuk stop. Info pasal breastfeeding untuk ibu angkat kpd anak angkat diterangkan dengan baik dalam novel ni. Thumbs up utk Aleya Aneesa!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 21, 2021
Mengisahkan Qara Nisa, seorang gadis yatim piatu yang tidak punya harta namun terpaksa mengharungi kehidupan di kalangan orang-orang yang kaya.
Betapa kecewanya Qara bila Syahil, kekasih hatinya berkahwin dengan Elma kerana takut hidup susah dengannya. Dhia pula menyesal kenalkan abangnya pada Qara jika tahu ibu dan ayahnya akan memalukan Qara sampai begitu sekali.
Apabila Umair Haq ajak Qara kahwin demi Irham Firdaus, Qara pasrah walaupun Qara tahu umi Haq tidak suka padanya.
Kebahagiaan Qara dirampas bila muncul Syifa, ibu kandung Irham. Syarat untuk Haq dapatkan Irham hanyalah dengan mengahwini Syifa.
Keseluruhan cerita yang sangat menarik dengan plot yang cantik. Cuma ada sesetengah bahagian yang meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan. Monologue and dialogue adakala terasa hambar.
Bagaimanapun bab Dhia dan Qara berbaik semula buat saya sebak dan hiba sampai mengalirkan air mata. Tema kekeluargaan ini banyak yang boleh dibuat tauladan.
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
November 3, 2014
novel aleya aneesa yg ni mmg sedih. asyik nak nangis bila baca.

kisah qara si yatim piatu. baik, cantik, penyanyang. haq tiba2 tersuka pulak dekat qara ni. ajak kahwin pun bukan senang mcm tu je. ada kejadian yg buatkan qara terima haq.

haq balik dr london dan bawa sekali irham. haq ni selalu ada bila qara ada problem. anak yang baik jarang nk lawan mak dia (hajah yasirah) bila mak dia marah2, sindir2 haq. tp haq ni bukan nk siasat dulu benda betul bila syahil buat cerita pasal qara. pastu baru menyesal buat qara camtu.

nasib baik maksu haq & aqil ada.nampak macam maksu raziah tu macam poyo je. rupa nya dia terikut hajah yasirah. apa yg baik pd hajah yasirah dia pon ok je. tp dia menilai sendiri perangai qara. akhirnya, dia yg tolong qara masa qara kena halau dr rumah.

hajah yasirah, datin kerek dgn datuk kamil mmg eeee rasa nk hentak je org macam tu. terlampau ikut ckp datin sangat hajah yasirah tu. mak mertua yg dah insaf bila nk habis cerita je.

dhia pun pentingkan dr sendiri bila desak2 qara suruh pilih abg dia (syahil). aqil jugak yg best. dia tetap pendirian dan agak lantang.

kesimpulannya : novel ni mmg sedih. tapi semua happy ending :)
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
January 3, 2024
1 review
June 9, 2016
cinta selepas kawin memang indah bila disulami dengan rasa saling menerima dan memberi...
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.