UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.
“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.
“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.
Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!
Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.
Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Haiiiihhh, satu lagi kisah yang N agak suka tapi agak mengecewakan dari segi watak. Rasanya sesiapa yang mengikuti review N, pasti dah tahu N tak boleh terima dengan watak yang tak matang. Samalah juga kali ini.
Pada N, watak Sofea yang berusia 28 tahun langsung tak menyerupai gadis berpelajaran berusia 28 tahun. Kalaulah usia Sofea tak disebut dalam novel ini, N mati-matian akan sangka Sofea ni masih seorang pelajar universiti tahun pertama. Ditambah pula dengan dialog-dialog merapu yang sering diutarakan oleh Sofea dan rakan-rakannya, ketidakmatangan Sofea amat "in your face!".
ini novel ketiga penulis yang saya baca. seriously, novel ini yang saya rasa paling menarik dan buat kan saya tak sabar nak habiskan.. suka dengan jalan ceritanya dan penulisan penulis yang semakin baik.. =)\
p/s:errr...cover buku macam tak selari dengan cerita je..should be ada gambar umar faliq pakai baju melayu.
Ya... Peminat2 ML, ML dah selamat katam MDMD. Kalo sesiapa yg follow GR ML...( ko perasan ko retis ke smp ramai yg follow GR ko?) sure perasan ML ade up komen merapu meraban pasal MDMD ni.
Ok.. 1stly, ni karya ke-3 AB yg ML baca dan beli. Kira mmg nak follow cik pengarang nilah. Tapi, sejujurnya.. ML sedikit keciwa dgn naskah kali ni.... X berapa nak syokkk la... Yg org...org...org ckp pasal Sofea tu tak matang... Emmmmm... ML setuju.. Tp.... Mcm nilah... Sofea ni kan anak angkat.. Dia jer sorg perempuan. So, standard lg perangai mcm tu. Nak2 Pulak x kawen lg. Biasanya.. Mmg ada org macam ni. Bkn x matang sangat...tp lebih kpd manja. Kalo tgk Harlina pun, perangai dia lebih kurang jer... SENGAL.
Tak tahan dgn lawak Lina, masa Sofea bg tahu, Umar lari2 dr dia... Selamba badak Lina ckp, ketiak kau busuk kot.(m/s 529)
Drpd, Sofea, Lina, Naim, Zamri dan Umar sendiri pun ML rasa, semuanya sengal. Dan Sofea yg bodoh2 alang n blur... Eh.. Dia blur ke? Adalah sikit2. Apa yg korang nak harapkan pd Sofea bila bahasa dan cara dia melayan Umar mcm nak tak nak jer.. Iyalah.. Kenal pun baru sebulan dan nak share itu ini.. Haruslah dia mcm tu.
ML x sangka pula si Naim tu betul2 gile. Memula tu mcm sweet jer.. Tp, lepas dia tinggalkan Sofea kat tepi jalan tu, ML dah agak dah .. Something wrong with this guy.
Umar... ML mmg dah agak dia tu pilot lepas daddy dia ckp pasal motor. Benda tu lg besar blh bwk, apalah sgt kereta yg berganda2 lg kecik.. X kan org hendsome bawak lori kot..Tapi, asyik baca hero keje pilot jer.. Huhuhuhuhu.. Dah byk sgt dah rasanya ni. Bila Pulak nak kuar citer hero bawak kete kebal Pulak eh....hahahahah..joking...
Sebenarnya, ML masih tertunggu-tunggu kisah Syed Emir (MSP).. I like him... Agak2nya bila eh cerita dia nak keluar....
Saya baca review pembaca lain tapi nak cuba juga sendiri novel ni. Manalah tau saya akan terpikat. Selera masing-masing kan? Tapi baru baca 2 bab saya dah sesak nafas. Bab pertama tu sembang kisah crepe durian. Perlu ke dilebarkan bab crepe durian ni? Okeylah saya faham sebab novel ni terbit tahun 2014. Mungkin ramai yang tak tahu apa itu crepe durian masa tu.
Bab kedua sembang tentang pekerja kontrak. Sekali heroin andaikan yang pekerja kontrak ni sama macam buruh binaan. Bukanlah andaikan tapi bagi beliau kalau sebut pekerja kontrak ni macam sama taraf buruh binaan la. Apa kaitan doh? Pekerja kontrak ke pegawai kontrak ke tarafnya sama je. Awak tu tetap pekerja sambilan yang tarafnya tak sama dengan pekerja tetap. Kelebihan yang pekerja tetap dapat adalah jauh lebih baik dari awak.
Hanya dengan 2 bab, saya DNF novel ni. Makanya saya rasa tak layak untuk saya nilai novel ni hatta 1 bintang sekali pun. Dah buat adaptasi ke drama pun rupanya tapi tak siasat lagi dah keluar tv atau belum. Saya rasa lebih baik saya tonton dramanya saja sebab novelnya agak mengecewakan (berdasarkan dari 2 bab tersebut). Tak sangka penulis yang sama yang tulis Meh, Sandar Pada Aku dan Duda Terlajak Laris sebab macam langit dengan bumi bezanya.
Sudah lama teringin nak baca buku ni. Ada peluang, memang tak dilepaskan!
Should be an interesting read because the storyline is quite good. But the execution is not there. Too much plotting really spoil the story. An example of benda simple tapi dipusing-pusing untuk nampak complex. Misunderstanding, sengaja berahsia dan tidak mahu berkomunikasi sebab malu atau tak nak menyusahkan orang lain dan kerana tak nak nampak lemah were stupid actions. Menyusahkan lagi ada.
Walaupun umur watak-watak sama ada hampir 30 atau telah lebih 30, sikap macam budak-budak sekolah berebut boyfriend/girlfriend. Tak sesuai dengan status gah masing-masing. Pelik pun ada kadang-kadang tu. Paling menyampah bila masing-masing buat keputusan ikut kehendak dia then paksa orang lain ikut. Like I said before, benda simple tapi sengaja cari susah.
Aifa Batrisya never disappoints! This is her third. The first two were good but this one, oh my gooseness, very-very good. Macam biasalah, ceritanya pasal jodoh. Bercinta berkawan dengan Naim for 6 yrs but akhirnya berkahwin dengan Umar yang ia kenal baru 1 bulan. Banyak quotes yang I like and boleh dijadikan panduan hidup. Especially to kaum-kaum isteri. Often times, it's a slap in the face. He he he. Tapi inda apalah kan? We got ilmu from here, belajar saja memperbaikkan diri. Anyhoos, this is a recommended read. Jalan cerita very very menarik!
pada saya, cerita ni byk pengajaran dan padat. cerita yang berlatarkan pencarian cinta yang halal... dan percintaan selepas berkahwin. namun bila pasangan yg ingin bercinta selepas kahwin tapi sering berahsia dan kurang berterus terang... curiga yang menguasai perhubungan mereka. sangat simpati dgn naim namun mmg awal2 dah berpihak pada ustaz lesung batu...;)
Zarin Sofea telah 6 tahun menjalin cinta dengan Naim Idham. Sepatutnya, sekembali nya Naim ke Malaysia, mereka akan berkahwin. Tetapi, Puan Zahlia a.k.a Angry Bird mahu Naim berkahwin dengan Umayra, anak sahabat baiknya. Puan Zahlia telah menjemput Sofea ke majlis pertunangan Naim. Di situ, Sofea bertemu dengan Umar Faliq. Lalu dengan spontan dia mengenalkan Umar sebagai tunangannya untuk mengelak dari dipermalukan. Rupanya, Umar adalah abang kepada Umayra. Umar mahu melindungi Sofea dari Naim lalu menikahinya. Tetapi keadaan semakin kusut bila Naim sering cuba untuk mendekati Sofea. Umar kerap cemburu tetapi tidak pandai untuk meluahkan perasaannya. Sofea belajar untuk mengenali hati budi Umar dan belajar untuk jadi seorang isteri yang solehah. Suatu hari Naim bertindak nekad, Sofea jadi mangsa amarahnya. Kebetulan Umar pulang dan Sofea dan kandungannya dapat diselamatkan. Naim rasa bersalah sehingga terganggu jiwanya lalu dimasukkan di hospital. Di sana, akhirnya rahsia keluarga Puan Zahlia terbongkar. Puan Zahlia berdendam dengan Sofea kerana suaminya pernah menaruh hati pada ibu Sofea. Kerana dendam, suami dan anaknya tersiksa jiwa dan ibu-bapa Sofea terkorban. Sofea tidak mahu berdendam dan akhirnya dapat hidup bahagia dengan Umar bersama anak-anak mereka.
my dear mr.dimple is simply a fresh story. haha.. masa baca rasa mcm perwatakan lelaki lebih kepada sofea sebab dia suka berterus terang. manakala umar pulak mcm perempauan sebab lebih suka senyum,diam dan malu-malu. tapi masih ada sikap lelaki umar yg saya nampak.. dia tak suka marah-marah. dia bukan jenis panas baran. kalo tak suka dia ckp. kalo merajuk dia diam. oh ya paling suka part sofea menyanyi lagu ainan tasneem masa umar merajuk sambil main ipad mini. haha.. kalo novel ni jadi drama pun bagus .. mungkin kat luar sana boleh jadikan watak umar sebagai contoh yg baik. tapi ada jugak yg saya tak suka pasal umar..terutama bila dia selalu melarikan diri..mengelak.. pada itu... bukan sesuatu yg patut diamalkan..
Novel ni best dan menarik. Umar membantu Sofea yg binggung dan sedih bila tahu dia bukan ditunangkan dgn Naim. sebaliknya bertunang dgn Umayra. Sofea yg lucu dan suka tengok lesung pipi Umar. ishhhh geramnya dgn Naim dan Puan Zahlia. Dia mbenci Sofea hnya disebabkan kisah silam suaminya.
Sebenarnya Ani tak suka dgn hero yg terlalu pendiam. Nasib baik heroin suka bercakap tu yg menarik Ani baca novel ni smpai habis. ternyata novel ni mmg best. si Umar pendiam kahwin dgn si Sofea yg suka bercakap mmg terbaik.
Overall jalan cerita agak menarik tapi dicacatkan oleh watak utama Zarin Sofea yang perangai macam budak tak matang! Macam x reti nak fikir baik buruk perkara sebelum buat. Sangat x match dengan seorang yang berkerjaya & ada master. Umar Faliq pun kadang2 mcm lurus bendul fikiran x match juga dengan kerjaya sebagai pilot & tokey cafe. Sayang kan ada good storyline tapi karektor watak utama tak matang?
Half a month to finish such books. Umar & Sofea brought us to a journey of transitional adaption and finding love in the most sweetest way possible. the most important conflict here is Naim and his mom. like watching shrek2.. Yeah you the Fairy Godmother and her son Prince Charming. Angry Bird fits the bill. Nevertheless happy ending is always the best.
Cerita ni mula-mula dia Naim dan Sofea in relationships, Naim berjanji lepas dia habis belajar PhD dekat US, dia akan melamar Sofea.
Tapi, bila Umar melamar Sofea pulak main tarik tali. Ragu-ragu nak terima.
Eh tup tup rupanya makcik Angry Bird yang dekat pejabat Sofea tu mak Naim. Hangin laaa makcik tu bila dapat tahu Sofea ni bercinta dengan anak lelaki dia. Dah laaa makcik ni memang tak suka Sofea tiba-tiba anak lelaki dia pulak boleh bercinta dengan orang yang dia tak suka.
Makcik Angry Bird ajak Sofea dan keluarga ke hotel. Sofea ingatkan nak berbincang pasal hubungan dia dan Naim eh rupanyaaa si Naim ditunangkan dengan anak kawan makcik Angry Bird ni. Kecewa laaa Sofea ni.
Disebabkan tak nak family dia tahu, dia mengaku Umar tu as tunang dia aka boyfriend dia.
Yang bengang dekat perangai Naim ni macam orang bodoh, dan tak terpelajar. Dia punya obses dekat Sofea tu siap nak ceraikan isteri dia and kahwin dengan Sofea, padahal Sofea tu dah kahwin.
Stress ye baca part Naim dengan mak dia ni 😑
Naim punya otak ni tak tahu laaa ada tapi tak centre ke sebenarnya memang tak ada, kosong je.
And, Umar pulak jenis pendiam gituuu.
Tapi saya tak puas dengan ending Naim dengan Makcik Angry Bird, macam ada sesuatu yang tak habis.
Oo, Sofea punyaa obsess dengan lesung pipit Umar sampai berdoa 9 bulan 10 hari supaya anak dia ada lesung pipit jugak. Cute je
- I think I had put a high expectations on this book... - I were NOT prepared for the heavy conflicts 😭 - Almost went through a reading slump, took me almost a month to finish this. Which is the longest time I took to finish a novel. - Gaya penulisan author ok je, maybe just the plot that didn't sit right with me and gave me the ick. - Personally I think there are some scenes in here that are unnecessary - Dekat belakang cover saja pun dah big massive spoiler untuk permulaan buku ni. And the twists at the end? Senang je boleh agak - Big respect towards Sofea. She's a strong woman. - Felt sorry towards Puan Zahlia for what had happened to her family but still, she had no reason to be that cruel towards Sofea :( - I still tak faham why Umar had to be so distant with her wife while he's a pilot. Like... communication is the key, man
Serious tak sangka cerita dia akan jadi that interesting. Sofea dam member kamcingnya Harlina memang kelakar, cakap-cakapnya main lepas tak hengat dan entah macam mana, menghiburkan untuk saya. Expressions mereka persis remaja happy sentiasa yang mulutnya "pot-pet pot pet". Kalau nak analyse perwatakan memang tak berapa kena, Sofea dah 28 tahun, ada Masters dan engineer kot, tapi perangai macam budak-budak. Still, saya rasa penulis berjaya very well semarak-kan kisah ini melalui kisah kehidupan orang zaman la ni, dan watak Sofea, Umar, Zafran, even Naim dan msmanya si Angry Bird. Kudos penulis.
Bestnya kalau lelaki macam Umar Faliq ni ada ramai kat luar sana! Bagi aku storyline cerita novel ini cukup tersusun dan agak berbeza dalam sudut positif. So overall aku boleh cakap tahniah kepada Aifa Batrisya atas sebuah karya yang cukup strong untuk menarik para pembaca seperti aku. Malas cakap banyak sbb nak pergi sambung baca novel Aifa Batrisya yang lain. Nak buat marathon! So kalau korang macam aku tapi tak jumpa karya novel Aifa Batrisya yang lain boleh ke link berikut:- https://www.e-sentral.com/author/filt...~
* Banyak sangat 'kebetulan' dan 'tiba-tiba' * Selitan info2 tak smooth/natural * Hero dan heroin yang menguji kesabaran, bila hero stabil heroin ke laut & vice versa