Dengan caption ‘Teori dan praktikal dalam perhubungan adalah dua benda berbeza’, novel Aku Keliru! membawa saya menyelusuri pelbagai rencah kehidupan dalam sebuah novel. (hahaha… menyelusuri gua cakap lu…)
Selepas membaca karya terbaru Nurul Syahida ini, saya sedar yang selama ini saya tidak pernah stick dengan mana-mana penulis Buku Prima. This is the first time saya terasa ingin memiliki semua koleksi karya seorang penulis Buku Prima. Untuk itu, jutaan tahniah saya ucapkan pada Buku Prima, Nurul Syahida and the team! Tahniah untuk pereka cover novel ini yang berjaya menggambarkan Roul dan keghairahannya terhadap dunia lukisan. Memang wowwww!
Bagi pembaca yang pernah membaca Aku Kan Novelis, pasti punya perasaan seperti saya bila hendak memulakan pembacaan. Pada saya, walau apa jua rintangan, dugaan, sama ada dalam bentuk orang ketiga, halangan keluarga atau sebagainya, saya tahu Safiah (watak utama dalam novel Aku Keliru!) akhirnya akan tetap bersama dengan Roul. Jadi, kenapa saya teruja hendak membaca lagi sedangkan saya sudah tahu ending nya? Aha! Di sinilah terletaknya keistimewaan novelis bernama Nurul Syahida!
Sebelum mengulas dengan lebih lanjut, biar saya jelaskan di sini. Aku Keliru! merupakan sekuel novel Aku Kan Novelis! dan terdapat watak second lead dalam novel Plain Jane yang dikembangkan peranannya dalam Aku Keliru!. No, tak semestinya anda tidak membaca kedua-dua novel tersebut, anda tidak akan faham plot Aku Keliru!. Cuma yang ingin saya jelaskan, anda akan lebih mudah menjiwai watak-watak mereka sekiranya terlebih dahulu membaca Aku Kan Novelis! dan Plain Jane. Got it?
Melihat ketebalan novel ini, saya tak fikir ini cuma kisah cinta Safiah – Roul semata-mata. Oh, ya! Lupa nak beritahu. Saya dah mengikuti AK sejak NS masukkan dalam portal ILHAM. Sedikit sebanyak saya tahu AK mengisahkan tentang pergolakan Masni, rakan serumah Safiah. Kalau dalam AKN, sub-plotnya mengenai Iza- Helmi, kali ini NS mengetengahkan watak Masni.
Secara mudahnya, AK membentangkan konflik yang berkisar di sekeliling Safiah.
Safiah – Roul, Masni – Colleagues, Masni – Zaniel, Iza- Chaq, Iza – Helmi, Zaniel – Safiah, Zaniel – Roul, Safiah – Noor, Roul – Noor, Roul – Safiah’s family, Safiah – Zafli, Zafli – Roul
Kesemua konflik itu membelit diri seorang Safiah. Argghhh…. Susahnya nak buat ulasan tanpa perlu menyentuh jalan cerita. Saya tak mahu spoil mood anda yang belum membaca AK!
Senang cakap, beginilah… anda tidak akan jumpa cara bercerita seperti apa yang ditulis oleh Nurul Syahida dalam mana-mana novel lain. Beliau satu dalam sejuta! Setiap apa yang ditulisnya pasti akan memberi makna. Saya bukan mahu berhiperbola tapi hakikatnya, AK membuatkan saya termimpi-mimpi. Kalau anda seorang penggemar novel, pasti pernah jatuh cinta dengan hero mana-mana novel tapi berlainan sekali dengan novel-novel cetusan Nurul Syahida. Beliau tidak mengajak pembaca berfantasi tapi sebaliknya beliau ingin pembaca novelnya berfikir. Ingat seronok sangat ke dicintai oleh seorang lelaki yang sempruna? Hehehe…
Ulasan ini bukan mahu membodek. Saya tahu saya tidak akan dapat apa-apa tapi sebagai pembaca novel tegar, saya mahu berkongsi sebuah naskah yang bukan sekadar satu pengisian masa lapang. Penulisan Nurul Syahida ada lebih dari itu. Dan, ini juga merupakan kali pertama saya berikan 5 bintang pada novel yang pernah saya baca. Ini tidak bermakna novel ini sempurna. Masih ada lagi kekurangannya namun apa yang lebih penting,keistimewaan novel ini menenggelamkan kekurangan itu. I’m an art appreciator. Kalau saya mahu kritik, saya akan PM Nurul Syahida sendiri nanti… hehehe…
p/s : antara yang paling menarik tentulah bahagian monolog dalaman Roul. memang superbbbb!