Jump to ratings and reviews
Rate this book

2 Nyawa 1 Cinta

Rate this book
HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah' yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!

810 pages, Paperback

First published January 1, 2014

3 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Hanah Rishas

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (27%)
4 stars
12 (41%)
3 stars
6 (20%)
2 stars
1 (3%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 29, 2015
3.8 bintang

Boleh tahan juga cerita ni. Lain dari yang lain. Memang tersasar la kalau kita nilai dari tajuk dan covernya semata-mata.

Penuh dengan misteri dan plot twist yang menarik. Bila kita merasakan telah dapat menebak apa yang akan jadi atau apa yang telah terjadi, kita akan tersentak dengan twist yang dibawa. Boleh dikatakan, apa jua tekaan saya, memang tidak mengena, malah kita dibawa pula setingkat lebih tinggi dari apa yang ada.

Macam-macam perkara yang jadi dalam kisah ni. Sedih, gembira, misteri, thriller, unsur-unsur paranormal pun digunakan dengan agak berjaya juga. Kisah cintanya, walaupun sedikit sahaja, tetapi tetap manis seadanya.

Bahasanya agak okay, cuma mungkin plot penceritaan boleh diperhalusi lagi supaya rasa keterujaan untuk merungkai misteri 'Humairah' lebih menarik. Dan amat berpuas hati dengan endingnya bila si penjahat mendapat balasan terhadap perbuatannya.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
October 11, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Bukannya tak best cuma tak seperti yang dijangka.

It's not a straight-up love story. Diselit juga dengan thriller and mystery. Sesiapa yang sukakan sesuatu kelainan, N rasa you'll like it :)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 8, 2020
ketat simpulan jalan kisah novel ini. perlu teliti untuk rungkai simpulan satu persatu. tapi tak dapat dinafikan perjalanan kisahnya menarik. timbulkan persoalan demi persoalan.

watak utamanya, humairah. humairah yang hidup dengan neneknya sahaja. menjadi cucu kesayangan tapi langsung tak disukai oleh pak cik sendiri. ada saja yang sukakannya di kampung itu. haikal, pemuda yang seperti tak punya masa depan asyik saja mengganggu humairah. tapi itulah, humairah ini asbab untuk dirinya berubah menjadi baik.

tapi, sesuatu berlaku dan haikal dipersalahkan. humairah cucu rosnah hilang tanpa dikesan.

muncul seorang lagi humairah, cucu pada engku zubaidah. versi humairah ini hilang ingatan. sangat tidak disukai oleh fadzlan. bagi fadzlan, sebab humairah dia kehilangan rose harliana.

perasaan cinta manusia memang aneh. ada yang sanggup berkorban apa saja. ada yang sanggup tinggalkan apa saja. ada juga yang sanggup membenci siapa sahaja.

aneh, kan?

antara haikal dan fadzlan, siapa antara mereka yang lebih kecewa?

antara mai dan ara pula, kehidupan berpihak pada siapa?

namun semua itu, cinta tetap tak mampu berkurangan bila ikhlasnya tak dapat diukur oleh sesiapa pun. korbanlah, tinggallah, bencilah... perasaan yang satu itu tetap mekar bila akarnya dalam hati sangat utuh.

tak semestinya memiliki. selagi hati tidak membenci, selagi itu ia beraja.

.... itulah dia, cinta.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 6, 2016
Cerita yang ohsem..
Seriouslly.. Tak rugi baca..
Bukan cerita cinta yang biasa..
Penuh thrill dan debaran..
Humairah vs Humairah..
Berbaloi baca kalau minat misteri, cinta, dan kekeluargaan..
Tahniah penulis..
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Ara - Gadis yang kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil dan dibesarkan oleh neneknya, Rosnah. Kehidupan mereka terumbang-ambing, lebih-lebih lagi ditipu oleh bapa saudara Ara sendiri. Maka menumpanglah dua beranak itu di rumah saudara terdekat.

Haikal - Jejaka nakal yang mahu membalas dendam terhadap Ara tetapi entah di mana silapnya, dendam itu bertukar kepada kasih. Haikal nekad membuat perubahan pada diri. Bukan lagi demi Ara, tetapi demi Tuhan.

Mai - Begitu banyak kisah silam dalam hidupnya yang dia sendiri tidak mengerti. Suara-suara yang muncul di fikirannya, menambahkan lagi gelora dalam hidupnya.

Fadzlan - Dia benci amat pada Mai. Tetapi loket berbentuk hati milik Mai, menyukarkan benci itu untuk pergi jauh.

- - - -

Novel misteri/romantik. Tetapi lebih misteri dari romantik. Kurang 1 bintang sebab saya tak suka endingnya. Saya mahukan A tapi yang dapat ialah B. Bukanlah endingnya teruk. Sebab setiap watak dapat closure. Tapi saya ni yang tak dapat closure.

Walaupun watak utama ialah Ara dan Mai tapi bagi saya hero sebenarnya ialah Haikal. Dari benci, saya jatuh sayang kepada lelaki itu. Saya mahu Haikal bahagia. Walaupun penulis memilih jalan lain dari yang saya impikan, ia sebenarnya tetap terbaik untuk Haikal.

Tak boleh review panjang novel ni sebab akan hilang unsur misteri tu. Jangan skip 1 halaman pun kalau tak nak keliru. Tapi kalau bijak macam saya, yang memang peminat novel misteri, skip berpuluh halaman pun, saya dah boleh tangkap. Hahaha. Masuk bakul angkat sendiri pula.

Tapi serius, saya baca depan sekadar nak kenal watak, baca tengah sewaktu misteri terungkai sedikit demi sedikit dan baca akhir untuk tahu closure. Saya banyak skip unsur romantik sebab kekuatan novel ni terletak pada unsur misterinya.

Kalau nak novel romantik ayat bunga-bunga, sila skip novel ni. Tapi kalau nak novel romantik di mana anda akan tersentuh hati dengan heronya, maka sila maju ke hadapan.

Saya perlukan seorang Haikal dalam hidup saya. A guy who is willing to die for me. Perghhh.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
April 30, 2019
2 nyawa 1 cinta....1 nama yang sama,1 wajah yang serupa namun dimilik 2 orang yang berbeza.Humaira!!seorang dipanggil Ara dan seorang Mai...namun liku hidup mereka mempunyai cerita yang hampir serupa...

Merupakan anak yatim...Ara dijaga oleh neneknya..Mai pula dijaga oleh pakciknya..dua2 mereka adalah mangsa rogol...bezanya ara dirogol kawan sekampung dan Mai dirogol oleh pakciknya sendiri..namun Haikal menjadi mangsa fitnahnya...dia dituduh merogol Ara...

Dan Mai pula,atas sebab satu kejadian dia lupa siapa dia dan kenapa Fadzlan benci sangat kepadanya..Perkenalan Mai dengan Haikal membuatkan Mai mula ingat semula siapa dia...dia bukanlah ara tunang Haikal...tapi demi kebahagian Haikal dan Rosnah nenek Ara...dia menjadi Ara mereka,,

Namun tindakan Mai,membuatkan Jali memburunya kerana Jali tahu dia bukan Ara...kenapa Jali membenci Ara?Dan pastinya kenapa Fadzlan membenci Mai tapi dalam masa yang sama cintanya masih mekar buat Humaira...

memang menarik kisah ni...kita pun nda sangka jalan ceritanya begitu kesinambungan satu watak ke satu watak sangat menarik....(**mv baca melalui apps PNM e-reader
Profile Image for Rainbow_Molly.
1 review2 followers
August 14, 2014
finally...finished...bg sy yg suka cerita misteri, sy suka novel ni...agak misteri sedikit...jln cerita yg dtonjolkan penulis membuatkn timbul rasa ingin tahu & tertanya-tanya hingga sy rasa x sabar nk habiskn novel ni. Pengolahan cerita dan konflik yang teratur, baik dan tidak kelam kabut. Tahniah buat novelis... well done...
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
April 20, 2018
Sebuah novel jalan ceritanya sangat menarik.. Membuatkan kita tertanya-tanya apa kisah sebenar disebalik setiap kejadian.. Makin baca makin best.. Tak sabar-sabar nak tahu kesudahan ceritanya..

Memang tak rugi baca novel ni.. Tahniah kepada penulis..
3 reviews
December 21, 2024
Out of my mind, betullah orang kata don't judge book by its cover. Cover nampak macam cerita cinta cintun je rupanya terselit pelbagai jenis genre. Plot twist jangan kata berplot twist - plot twist. Good job author. Cerita yang menarik.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
April 15, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 23, 2021
Best juga novel ni. Jalan cerita yang cantik tersusun.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.