Jump to ratings and reviews
Rate this book

Abang King Kontrol

Rate this book
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

735 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Imanisa Riana

6 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (19%)
4 stars
15 (26%)
3 stars
17 (29%)
2 stars
12 (21%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
July 15, 2015
Cerita yang unik, sangat lain dari yang lain. Walaupun bahasa yang digunakan agak skema (saya bersetuju bila dikatakan seperti bahasa karangan sekolah), tapi jalan cerita yang menarik membuatkan saya sentiasa ingin tahu apa yang bakal terjadi. Masa permulaan, memang terasa agak canggung dengan gaya olahan penulis, tapi semakin lama semakin tenggelam pula dalam kisah Razif-Irdina ni sehingga dah tak terasa kejanggalan itu. Penuh dengan pengisian, dan tiada babak tidak sepatutnya. Cuma, sikap Razif yang asyik nak berkepit jer dengan Irdina tu memang sangat merimaskan...huhu.
Profile Image for Peah.
15 reviews
April 23, 2015
pada pendapat peah,novel ni ada potensi yang besar untuk kembangkan isu kontrol(over protective,obsessive or whatever you want to call it) dalam rumah tangga tetapi ia ibarat graf yang menurun.tercari-cari di mana titik perubahan dan proses sang hero dalam membendung sifat kontrolnya.tak jumpa pula.tiba-tiba sahaja hero sudah berubah menjadi lelaki normal.sayang sekali kerana isu ini boleh dikupas lagi.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
September 13, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Boleh tahan cerita ni, despite the slow start. Apa yang kurang adalah pengolahan cerita. It's too rigid and awkward dan dari segi emotional appeal pun lemah. Disebabkan itulah watak-watak dalam cerita ni tak hidup dan membosankan.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
April 17, 2014
salam readers...

done with this book..

razif & irdina

fuhhh..
bila baca buku ni terpikir syukurnya xjadi kat diri sdri xdpt nk bayangkn kalo jd irdina.
disebabkan fobia trauma yg menjadikn razif menjadi sgt berhati2 dlm memilih teman hidup..

xsangka pergaduhan rebut parking balas2 nota 6 tahun dulu dgn seorg gadis mereka bertemu semula berjiran plak tu.. huhu bertemu sekali lg pn bergaduh jgk aduhhh la
disebabkan 1 insiden mereka berkahwin.. (part ni mmg kelakar ada geram pn ada padan muka pn ada hihi)

apakah yg terjadi pada perkahwinan mereka?
bagaimanakah penerimaan irdina terhadap perubahan mendadak yg perlu dia lakukan n terima?
nk tahu tahap king kontrol razif samp mak adik dia sdri xbley nk terima waima jiran n family irdina pn xsangka.. semua kecian begitu jd nya kehidupan irdina.
nak tahu razif romantik tahap mne? tahap wow tahap ishhhh eeee owh tahap oh huhu nak tau kne la baca
gigi irdina? apa jadi n apa punca razif asyik bawak irdina pergi rawatan gigi?


kalau nk tahu sila la baca serius i cakap u sakit hati baca.. banyak pengajaran buku ni pasal alam perkahwinan..

1 je cm kureng kne gan jiwa ayat yg cbe disampaikan mcm tulis karangan hihi to skema la pastu pasal raziff tido walawey i mmg xbley terima kut hero cenggini tapi itu la kelainan AKK xde org kaya sgt xde org hensem sgt xde org cntk sgt just nice...

to kak imanisa taniah saya suka + geram hihi
luv u hugs2..




Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
November 16, 2017
Harga : RM29.00

Irdina dan Razif bernikah atas sebab salah faham. Kedua-duanya menerima dengan redha walaupun masa tu Irdina dah ada pilihan hati. Razif yang membenci wanita atas sebab kelakuan wanita-wanita yang pernah muncul dalam hidupnya (kakak ipar yang curang, tunang sahabat baik yang juga curang), mula mengongkong setiap pergerakan Irdina.

Setiap perkara yang dilakukan oleh Irdina memang ada saja yang tidak kena di matanya. Puas dinasihatkan oleh ibunya, Razif tetap begitu juga.

Tapi Irdina sabar sebab dia tahu hidupnya sebagai isteri adalah dengan redha sang suami. Walaupun kuat mengongkong tapi sisi romantis Razif tetap ada.

- - -

Nak kata Razif kejam sangat, rasanya apa yang dia tegur tu tak la melampaui batas. Cuma bila Irdina asyik kena pakai baju warna tema tanah memanjang, kesian juga. Nasib baik la dapat Irdina yang boleh tahan tahap kesabarannya.

Tapi jangan risau sebab Razif akan sedar juga yang Irdina bukan seperti wanita-wanita curang yang pernah dia kenal dulu.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
April 22, 2019
Abang King Control ...Razif Dan Irdina..Bertemu ketika masing-masing baru patah hati..bergaduh dan berebutkan parking dan kicap...Setelah 6 tahun mereka bertemu lagi..kali ini situasi masih sama...berebut parking dan kicap juga...

Bezanya mereka kini berdekatan..atau lebih tepat jiran dan yang menyakitkan hati razif ibunya berkenan benar dengan irdina sebagai calon isteri razif..Dan irdina pula terpaksa bermaafan kerana Razif si doktor gigi ketika dia sakit gigi...

Maka bermulalah episod gaduh gaduh sayang ....dan apa yang penting adalah bila irdina mula menerima Azmi ketika itu tragedi berlaku,,Dia dan Razif dipaksa berkahwin...bercinta selepas kahwin bukanlah isunya..

Cumanya isunya adalah Razif si King Control....bagaimana irdina perlu berdepan dengan sikap razif yang mengongkong dan kenapa razif jadi begitu
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
June 4, 2019
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.