Kala Senja Dia Datang ~ “Anak mak cik, tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!”
Setiap kali matahari terbenam, Azman akan dihantui dengan kisah silam yang meragut kebahagiaan penduduk kampungnya. Bau hamis yang dibawa angin senja memporak-perandakan penduduk kampung. Anak-anak yang tak berdosa menjadi habuan dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui ke mana mereka menghilang. Dan sekarang, nyawa anak-anak Azman pula menjadi taruhan. Apakah sumpahan itu masih belum lenyap? Mampukah Azman menyelamatkan isteri dan anak-anaknya dari menjadi mangsa sumpahan ini? Sedangkan darah yang mengalir dalam tubuh Azman merupakan susur galur dari keturunan pengamal ilmu syaitan!
Marina ~ “Barang milik orang jangan kita ganggu!”
Marina merupakan seorang gadis yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota. Dia seorang yang bersifat naif dan kekampungan. Malah di kolej pun, dia tidak mempunyai ramai teman kecuali kawan sebilik bernama Ashikin. Suatu hari, Marina dan Ashikin telah terjumpa seutas gelang kaki yang tersangkut pada sebatang pokok yang rendang di sebuah fakulti. Bermulalah satu episod seram yang menghantui � kiran Marina kerana memakai gelang kaki itu. Rakan baiknya, Ashikin juga mula menjauhkan diri. Sebenarnya, Marina tidak bersendirian, dia telah diperhatikan oleh seseorang. Siapakah orang itu?
Penumpang Malam ~ “Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya!”
Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu. Dapatkah Majid menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya?
Azman seorang bapa yang terlalu mengkhawatirkan anak lelakinya. Jika Akil belum pulang sewaktu senja mula menjelma, hatinya menjadi libang libu sehingga sang isteri terpaksa menjawab soalannya yang bertalu-talu. Malah, kadangkala menjadi mangsa amarahnya. Namun, dia tidak menceritakan apa-apa kepada isterinya hingga membuatkan Samrah pelik dengan kelakuannya. Di tahun 1940an pula, Mustafa mendapat tahu tentang kewujudan satu makhluk yang datang memburu di waktu senja.
SH sudah menjangkakan Geunteut pastilah mereka yang tidak disyaki oleh penduduk kampung. Dia pastinya berdekatan kerana banyak tindakan mereka yang seolah-olah sudah dapat dihidu dan dipintas agar tidak berjaya memerangi Geunteut.
Marina
Ini adalah prekuel kepada apa yang berlaku dalam novel Marina. Marina yang sering menjadi mangsa buli menemui gelang kaki dan memutuskan untuk mengambilnya. Sejak daripada itu, dia kelihatan pelik malah dijauhi oleh rakan sebiliknya.
SH sememangnya bengang dengan pembuli seperti June. Ada saja yang salah di matanya. Kasihan dengan Marina yang sering menjadi mangsanya. Sudahlah pembuli, tak setia pula. Kemudian, Marina pula yang menjadi sasaran tuduhannya. Padahal semuanya berpunca daripada dirinya sendiri.
Penumpang Malam
Majid yang sedang mencari pendapatan sampingan ditawarkan oleh sahabatnya Munir untuk memandu teksi milik pakciknya. Majid setuju dan mula mengalami beberapa perkara aneh.
SH suka dengan kehadiran daun-daun yang akhirnya menjadi petunjuk kepada apa yang terjadi. Pada mulanya SH anggap daun itu sebagai perkara biasa. Kerana sudah sering terdengar pembayaran yang menggunakan daun.
Kesimpulan
SH suka dengan idea yang menggabungkan 3 cerita yang berlainan menjadi satu cerita. Ketiga-tiga cerita saling berkaitan. Watak ketiga-tiga cerita juga saling muncul di dalam cerita yang lain.
Watak Majid SH rasa tidak seragam dalam ketiga-tiga cerita. Dalam cerita yang pertama, dia kelihatan satu sosok yang misteri dan tahu apa yang terjadi. Namun, itu tidak kelihatan di cerita yang ketiga. Pertemuannya dengan Azman nampak seolah-olah tidak natural. Seolah-olah dimasukkan hanya untuk menyamai cerita yang pertama. Seharusnya, wataknya haruslah kekal sama dari cerita pertama membawa hingga ke akhir cerita. Ini sedikit sebanyak mengurangkan tarikan untuk naskhah ini.
Rangkuman tiga kisah seram daripada tiga orang penulis. Kisah yang pertama tentang hantu kopek. Yang kedua tentang gelang kaki berpenunggu. Yang ketiga tentang teksi berhantu. Tiga kisah berbeza namun penceritaannya dalam satu garis masa yang sama. Diadun sebati goreng dan sedia... cucur goreng adabi namanya. Ok bye.
Ada tiga cerita dan tiga penulis. Saya tertarik pada ketiga-tiga cerita. Nak cakap mana yang paling best... Itu bukan saya. Biar saya simpan dalam hati. Buku ini membuatkan saya rindu genre begini. Pasal Teguh yang mempunyai ilmu batin yang tinggi, pasal zaman dahulu yang mengingatkan saya pada buku bercakap dengan jin (kalau tak silap saya itu tajuknya),pasal pembalasan, misteri, alam ghaib dan juga tentang kehidupan sekarang. Yang pasti alam selain dr kita itu wujud cuma tidak disedari dan boleh diterima logiknya oleh masyarakat moden sekarang. Saya baru saja mula membaca novel setelah lama saya tinggalkan minat saya ini jadi untuk review saya tidak pandai. Cuma yang boleh saya beritahu bahawasanya buku ini memenuhi citarasa saya. Mengapa karangkraf menjadi pilihan pertama untuk memulakan hobi membaca? Sbab masa saya tinggalkan minat membaca dulu, publisher ini antara yang terkenal.
Terbaik untuk genre seram Malaysia. Ada gaya Stephen King tapi masih mengekalkan ciri-ciri asli karya tempatan. Ketiga-tiga penulis menghasilkan kesinambungan yang dinamik untuk setiap cerita. Rugi tak baca. Ideanya segar dan berpotensi untuk diperkembangkan lagi untuk bacaan tempatan dan antarabangsa.
Novel setebal 710 muka surat mengandungi 3 cerita dari 3 penulis. Tapi ketiga-tiga cerita tidak terasa janggal kerana hubungkait diantara satu sama lain tu dibaca seperti satu cerita. Setiap satunya ada debaran dan rasa yg diinginkan oleh pembaca cerita seram.
Awalnya kita akan didendangkan dgn kisah dahulu kala yg telah diolah dgn sgt baik dalam cerita Senja Kala Aku Datang. Bermain dgn 2 latar zaman yg saling berkait. Waktu senja akan jadi waktu paling menakutkan lebih-lebih lagi buat anak kecil. Ada yg sampai ditemui mati dgn perut dirobek. Sepertinya ada tuntutan dari dulu yg terbawa hingga Azman berkeluarga.
Kemudian kisah Marina yg juga merupakan pelajar Azman dari cerita KSDD. Bila bukan hak milik kita, seeloknya jgn diambil dan buat harta. Disebabkan tindakan Marina yg terlalu menginginkan gelang emas yg ditemuinya, tanpa sedar dia dipandang aneh. Hampir setiap malam juga dia diganggu hal-hal mistik. Paling ngilu terkenangkan berus dawai besi. YTJT🥴
Cerita Majid si pemandu teksi pun boleh tahan seram. Mana tidaknya, kerja sampai larut malam. Entahkan manusia atau makhluk lain yg menjadi Penumpang Malamnya. Malah Marina juga pernah membuatkan dia kembang tengkuk. Siapa sangka gangguan yg dialami Majid tu membawa kepada kebenaran yg tak terungkap.
Saya tak nafikan ada bahagian cerita sedikit perlahan. Tapi ketiga-tiga cerita berjaya buat saya rasa puas hati. Yg penting waktu senja jangan merayau na! Nanti disorok hantu, baru tahu! He he he…
5 bintang untuk cerita Kala senja dia datang by A.Darwisy. Macam biasa karya yg di hasilkan oleh beliau sememangnya jarang sekali mengecewakan. Jalan cerita Marina dan juga pemandu teksi malam agak meleret dan membosankan. Apapun tahniah kepada semua penulis. Setiap jalan cerita yg di tulis masing2 ada kelebihan dan juga kekurangan tersendiri.
3 cerita dari 3 penulis tapi ada kaitan antara datu sama lain.
Kisah 1 tentang lembaga yang menculik kanak-kanak belum baligh dan misi penduduk kampung untuk tahu siapa pemilik lembaga itu.
Kisah 2 tentang seorang gadis yang dibuka hijabnya. Lama-kelamaan gadis itu sudah tidak dapat membezakan yang mana realiti atau fantasi.
Kisah 3 tentang seorang lelaki yang cuba merungkai misteri kenapa dia sering diganggu wajah seorang gadis berpakaian seksi.
* * *
Cerita pertama dan ketiga memang mendebarkan. Sebab benda boleh jadi pada sesiapa pun.
Patutlah mak selalu pesan jangan merayau time nak Maghrib dan jangan guna toilet time tu. Kerana antara waktu siang dan malam aka senja adalah waktu makhluk ghaib keluar.
Cerita kedua tu simpati juga tapi lebih kepada, padan muka kau. Tu pun mak selalu pesan kalau jumpa benda jangan ambil. Tapi si gadis tu ambil juga. Baca kisah gadis ni rasa bersyukur amat time di hostel dulu takde kena kacau.
3 kisah seram daripada 3 penulis. Ia adalah kisah yang berlainan, namun berada dalam satu dunia yang sama, yang mana watak-wataknya saling muncul (cameo) pada tiap cerita.
Secara peribadi, aku gemar dengan cerita Kala Senja Dia Datang karya A Darwisy yang berjaya membawa pembaca mengalami perasaan cemas dan penuh tanda tanya tentang makhluk yang menghantui setiap kali senja menjelang.
Cerita Marina dan Penumpang Malam pun tidak kurang seramnya. Si Marina yang tembus pandangannya ke alam sebelah dan si pemandu yang sering mengalami kejadian misteri tatkala membawa teksinya.
Kesimpulannya, jangan baca buku ini berseorangan di malam hari, atau ia akan merindingkan bulu roma anda. hahaha
Dalam novel ni ada tiga kisah. kala senja dia datang, paling saya suka. jadi, saya nak cerita tentang kisah ni je.
kisah geunteot ni muncul dalam dua zaman. zaman dulu di Acheh, dan zaman kini di Kuala Lumpur.
mula cerita, seorang perempuan mengandung dikejar beberapa orang lelaki. mereka nak bunuh perempuan tu sebab perempuan tu adalah geunteot.
tapi sebab perempuan tu merayu-rayu, masa terlengah. sampai waktu maghrib, perempuan tu betul-betul bertukar jadi geunteot dan bunuh mereka semua kecuali seorang yang sempat memanjat pokok
sejak hari tu, kat kampung tu , mereka dirikan rumah atas pokok jati. sebelum senja, semua orang akan naik ke rumah. mereka cuma boleh keluar lepas waktu Isyak. sebab geunteot ni adalah makhluk yang cuma mengganas pada waktu senja.
memakan budak untuk umur panjang. tapi bunuh orang dewasa.
zaman sekarang, geunteot muncul memburu warisnya wah... yang belum baca kena baca. sebab saya rasa, cerita dia ni lain dari yang lain. kampung atas pokok jati. kau hado?
Jam 6:50 petang 27 Sept 2016, tamatlah sudah novel Kala Senja Dia Datang dibaca. Orang lain dah berzaman habis baca tapi aku baru tahun ni baca novel ni... Pertama kali aku baca novel berkonsep sebegini.. Konsep macam mana tuh? KSDD ni mempunyai 3 tajuk dan ditulis oleh 3 orang penulis. Walaupun jalan cerita tidak bertema yang sama tapi setiap tajuk disambung melalui watak dan sedikit jalan cerita dari tajuk yang sebelumnya. What a great job... yelah mesti setiap penulis tuh kena tahu perjalanan cerita tajuk sebelumnya yang ditulis oleh orang lain..
Kala Senja Dia Datang - Anuar Darwisy +++++++++++++++++++++++++++++++ Tak tahu nak cakap apa... Perjalanan cerita yang lancar. Mood membaca dan perasaan ingin tahu sentiasa menaik. Walaupun hati dah boleh teka siapa disebalik geunteut tuh tapi tanda tanya tuh masih ada. Sampai sekarang tak tahu macam mana nak sebut 'geunteut' tu hahaha.. Cerita yang memang dekat dengan masyarakat. Yelah zaman kecik-kecik dulu memang selalu dipesan balik sebelum maghrib... Jangan main sorok-sorok waktu senja kang kene sorok dek hantu kopek.. Ooooo rupanya hantu kopek ni sama macam geunteut... Cuma kan best kalau dapat tahu macam mana Azman diselamatkan masa kecil oleh Tok Jamali dan juga babak pertarungan masa akhir oleh anak Tol Jamali tu macam kejap sangat.. Tak puas... Persoalannya.. mmg nek bunga tak mati-mati kan??
Marina - Saidee Nor Azam +++++++++++++++++++++ Salah satu watak dalam KSDD yang merupakan anak murid Azman. Kisah mengenai seorang gadis yang dapat melihat makhluk ghaib secara tiba-tiba setelah memakai gelang kaki yang dijumpai. Kekadang salute juga pada Marina sebab boleh tunggu lagi untuk lihat walau tak tahu apa yang ada di depannya... Kalau aku.. terus pengsan agaknya... Namun memang kasihan kerana Marina sentiasa dibuli oleh June hanya kerana tidak memiliki paras wajah yang cantik. Akhirnya hanya yang ghaib sahaja yang mahu menjadi kawan sejati Marina.. hanya kerana janji telah dimeterai... yang mana pada pandangan orang lain.. dia gila.... Jalan cerita yang menarik dan berjaya membuat rasa seram muncul bila watak hantu tu muncul...
Penumpang Malam - Zaifuzaman Ahmad Fan Club +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Watak Majid si pemandu teksi pula dikembangkan dalam tajuk ini. Bila aku baca tajuk KSDD, aku bayangkan Majid ni seorang yang memang mampu melihat makhluk ghaib ataupun jenis orang yang boleh mengetahui sesuatu.. Rupanya sangkaanku salah hihihihi.. Rupanya Majid ni penakut orangnya... hahahaha...
Majid menjadi mangsa hanya kerana membawa teksi milik Pak Ngah Joned. Cerita yang agak slow temponya... Tapi masih mampu membuat rasa ingin tahu dan baca itu ada... Cerita-cerita pengalaman oleh pemandu teksi yang kadang-kala kita dengar dari mulut ke mulut..
Cuma tak disangka yang pengakhirannya begitu mengerikan... Rasa macam nak pitam bila baca penceritaan itu.. Bukan pemandu tu yang histeria... kalau aku kat situ pon leh histeria..
Kali ini Sha nak Review Novel Seram Kala Senja Dia Datang.. Novel ini mempunyai tiga cerita yang ditulis oleh tiga penulis.. Memang ohsem dan sangat best.. Ketiga-tiga novel dalam nie berkait-kait.. Saya suka cara ketiga-tiga penulis menghubungkan ketiga-tiga cerita ini.. Memang ohsem..
1. Kala Senja Dia Datang - A. Darwisy Ulasan Saya : Cerita yang sangat ohsem.. Bergerak dari zaman kini ke zaman lampau dengan sangat konsisten.. So perjalanan cerita tidak tergantung.. Sedikit demi sedikit misteri mula terungkap.. Sesunggunya Syaitan memang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.. Bayangkan dari zaman dahulu peristiwa terus berlaku membawa ke zaman sekarang.. Makhluk senja berusaha mengganggu keturunan Mustafa demi meneruskan legasi.. Berjayakah makhluk tersebut?? Seram yang ohsem..
2. Marina - Saidee Nor Azam Berape kali dah pesan.. Barang bukan milik kita, jangan diambil.. Namun x pernah serik.. Semuanya berpunca dari seutas rantai kaki.. Mimpi ngeri yang menghantui Marina. Bila baca cerita ini memang boleh mendatangkan teka teki.. Mencelarukan pemikiran..
3. Penumpang Malam - Zaifuzaman Ahmad Ok.. Cerita nie memang seram.. Tetibe je ada bau wangi.. Tetibe je ada kelibat.. Eh.. Eh.. Cam main acah-acah lak.. Hehehe.. Ganggu ritma jantung betul citer nie..
3 cerita seram yang berlainan dengan watak yang saling berkait daripada 3 penulis hebat. yang paling tak boleh lupa time baca part seram tu boleh plak blackout..hampeh! adoi macam nak tercabut jantung masa tu..tapi nasib baik blackout 5 saat je..
Saya suka pengolahan cerita oleh penulis A.Darwisy. Tidak membosankan dan cerita berjalan lancar, memudahkan pemahaman saya. Utk penulis yang lain, agak kurang memuaskan, adakalanya terasa perjalanan cerita meleret dan menjadi panjang sehingga membosankan.
OK, novel ni best! Suka ketiga-tiga kisah seram di dalamnya. Lebih menarik bila semua kisah ada hubungkait. Tahniah buat penulis dan pihak penerbit kerana menerbitkan karya sebegini!
Kala Senja Dia Datang by A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, Saidee Nor Azam. .
Dalam ni, ada 3 cerita. .
1. Kala Senja Dia Datang. .
Setiap kali senja, Azman akan pastikan anak-anaknya berada depan matanya. Sebab dia akan dihantui cerita sejak zaman kecilnya yang diwarisi bertahun-tahun lamanya. .
Dulu, bila senja je, anak-anak kecil akan hilang. Sehinggakan mereka membina rumah di atas pokok. Tapi bila time Maghrib je, kampung akan gegak gempita dengan bunyi makhluk yang inginkan darah manusia. .
Aku suka cerita ni sebab ada kisah dulu dan kisah sekarang. Seronok la baca dan takde la seram sangat. .
2. Marina. .
Marina memiliki kebolehan untuk melihat benda ghaib. Ni semua sebab Marina mengambil gelang kaki yang dijumpainya. Sejak itu, Marina mulai berubah. .
Dulu, Marina selalu dibuli. Dan gelang tersebut bagaikan pendampingnya yang akan melindungi Marina. .
Buku ni seram la untuk aku. Dengan ada bayangan hantu-hantu yang menyeramkan. .
3. Penumpang Malam. .
Majid buat part time sebagai pemandu teksi. Tapi teksi tersebut bagaikan berhantu. Kadang-kadang, teksinya dipenuhi daun asam muda. Kadang-kadang berbau lavender. Kadang-kadang, Majid sampai termimpi. .
Apakah sebenarnya rahsia yang disembunyikan? .
Buku ni seram, tapi lebih kepada misteri. Sebab kita curious nak tahu apa rahsianya. .
Kala Senja Dia Datang oleh A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam
Tiga kisah dalam satu buku, dan ketiga-tiganya memang cukup seram. Nasihat aku—jangan baca waktu malam. Aku sendiri baru buka beberapa bahagian, terus tutup buku dan sambung tidur. 😅
Cerita yang paling aku suka ialah kisah hantu muncul waktu Maghrib—memang ganas dan plot twist watak jahat dia betul-betul menjadi.
Ada juga kisah “hantu psycho” yang bagi aku agak dekat dengan realiti, terutamanya bab kematian budak asrama di Sabah. Walaupun buku ini terbit lebih awal, ada beberapa gambaran yang terasa hampir sama (walaupun tidak serupa). Diharapkan ada keadilan untuk si mati—kalau bukan di dunia, di akhirat nanti mereka takkan terlepas. Isu pembulian memang buat naik marah bila baca.
Selain itu, ada kisah hantu dalam teksi. Seram tu memang seram, tapi aku sedikit ralat tentang punca sebenar kematian Sarah. Aku rasa macam dah faham siapa penyebabnya, tapi lepas tu ada bahagian yang buat aku tertanya-tanya—mungkin aku yang terlepas pandang. 😅🫣
Apa pun, aku memang puji ketiga-tiga penulis sebab berjaya gambarkan suasana seram dengan sangat hidup. Sampai aku sendiri rasa loya—terutama bab makan uri dan tali pusat tu… memang tak boleh lupa. 😫😱
Jadi, korang pula suka cerita yang mana? Tapi ingat… jangan baca sorang-sorang waktu malam!
secara jujurnya tujuan utama aku mencari dan membaca novel ini adalah a.darwisy sahaja sebab aku memang minat dengan penulisan beliau.tapi di dalam nashah ini karya seram dari beliau agak tumpul dan biasa2 sahaja.style beliau juga sudah mampu ditebak:melibatkan keturunan dan keturunan itu melindungi keturunan itu.(tapi cerita beliau masih seronok untuk dibaca dan saya berharap beliau boleh tukar style keturunan2 tu...takut nanti semakin hambar)(3 bintang)
cerita marina pula biasa2 sahaja bagi aku.elemen seram kurang dan lebih kepada persoalan dan teka teki namun masih boleh ditebak pengakhirannya.(2 bintang)
nah,cerita penumpang malam ini sahajalah bagi aku yang betul2 seram dan suspen.walaupun premis penceritaan simple je iaitu pemandu teksi,tapi cukup membuatkan aku rasa"ini baru novel seram".seperti biasa,olahan penulis memang bagus walaupun agak meleret dan sedikit cringe tapi tetap bagus.oh ya, tak lupa part pecah kepala..huhuhu.. gore sungguh(3.5 bintang)
Ada 3 kisah berlainan. Kisah pertama yang ditulis oleh A.Darwisy paling seram dan gaya bahasa yang mengundang pembaca untuk teruskan bacaan hingga habis. Saya bagi 5 bintang. Kisah kedua oleh Saidee Nor Azam, mengisahkan kehidupan seorang pelajar kolej yang sentiasa dibuli dan pada waktu yang sama diganggu oleh makhluk halus. Saya bagi 4 bintang. Kisah yang terakhir, hasil karya Zaifuzaman, adalah tentang seorang pemandu teksi yang mengalami kejadian aneh dan mistik. Saya bagi 3 bintang.
Saya seronok bila dapat tahu ketiga-tiga penulis kegemaran saya berkolaborasi dalam menghasilkan sebuah buku novel seram. Namun, karya Tuan Zaifuzaman Ahmad saya rasakan agak mendatar plotnya. Tak macam novel-novel sebelum yang ditulis beliau. Mungkin kerana jalan cerita yang berkisarkan kehidupan seorang pemandu teksi tak berjaya menarik minat saya. Apa-apa pun, novel ni still amazing! Tak menyesal baca, insya-Allah :)
Tiga novelis seram bergabung meletop kebaboom. Memang best bila membaca naskah ini. Cerita berkait-kaitan. Ingatkan kisah lain-lain rupanya kisah saling berkait. Kisah hantu kopek, kisah hantu asrama dan kisah hantu menumpang. Gaya bahasa pun mudah difahami. Tidak membosankan. Memang sangat-sangat disyorkan pada peminat-peminat cerita misteri. Tahniah 3 nivelis hebat ni. Moga coretkan lagi kisah-kisah mustik yang menyeronokkan seperti ini.
Cerita ok cuma bila disambung pada cerita kedua dan ketiga impact jadi kurang menarik. Terutama cerita ke-3, dalam penceritaan pertama macam character pemandu teksi tu ade kelebihan dan tahu sesuatu tp bila sampai ke part ketiga characternya sangat biasa dan banyak sangat dialog yang berulang