“Tak payahlah larikan diri daripada saya. Jenuh saya nak kejar.”
“Siapa suruh awak kejar?”
“Hati saya yang suruh.”
Di Flora Florist, dunia Adlea dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni. Namun di sebalik keceriaan itu, kehidupannya hitam dan kelam.
Dari kecil, Adlea percaya bahawa dialah punca kepada segala perkara buruk yang terjadi kepada orang di sekeliling. “Kau pembawa malang!” sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala.
“Aku tak akan buat apa-apa yang membahagiakan aku, termasuklah melukis.” Walaupun Adlea amat menyukainya.
Hanya kerana sekeping lukisan yang diconteng saja-saja, Adlea didekati oleh Iyaad, abang kepada bos Adlea, dengan alasan — mahu membeli lukisan Adlea. Adlea tidak mahu kerana dia tahu jika dia bahagia, malang pasti akan tiba.
“Lea, cukuplah salahkan diri awak atas apa yang berlaku. Cukuplah salahkan diri awak atas takdir yang Tuhan dah tetapkan.”
Pada saat Adlea hampir mengubah hidupnya, dia menerima suatu berita yang menghancurkan jiwa. Mampukah Adlea bangkit untuk mewarnakan semula hatinya — lalu mencari kekuatan untuk kembali menyayangi?
Bunga Tulip Untuk Kamu oleh Hiznawa berkisarkan kehidupan Adlea, seorang wanita muda yang bekerja di Flora Florist. Walaupun dikelilingi oleh bunga-bunga yang mekar mewangi, langit Adlea sentiasa mendung berawan kelabu dengan kegelapan dan kesedihan. Dia percaya bahawa dia adalah punca segala malapetaka yang berlaku di sekelilingnya, satu mindset buruk yang menghantuinya sejak kecil lagi.
Kisah Adelea berubah apabila dia didatangi oleh Iyaad, abang kepada bosnya yang nak beli salah satu lukisan dia. Adlea ragu - ragu sebab dia takut kebahagiaan sementara ini akan membawa musibah. At the point when dia berada di ambang mengubah hidupnya, dia menerima berita mengejutkan yang menggoncang jiwa dan raganya.
To cut things short, novel ini mengisahkan perjalanan Adlea dalam mencari kekuatan untuk mewarnai kembali hidupnya dan belajar untuk mencintai semula. Ia adalah kisah tentang mengatasi self doubt dan mencari harapan di tengah - tengah keputusasaan.
Aku ni pembaca yang kritikal terhadap penceritaan - masalah utama novel ini aku boleh rumuskan umpama lauk yang kurang sedap - bahan semua dah cukup serba - serbi, tapi masakannya kurang garam kurang ajinamoto dan yang paling penting kurang gas, jadi tak masak. Premis novel ini, yang berpusat kepada watak Adlea dan perjalanannya melalui self discovery, agak menyentuh hati tetapi selalu lag, disconnected and I hardly relate.
Eksplorasi cerita mengenai kepercayaan Adlea bahawa dia adalah punca segala malapetaka dan akhirnya berhadapan dengan kepercayaan ini memang ada potensi untuk penyelidikan psikologi dan falsafah yang lebih mendalam. Tapi execution Hiznawa cenderung ke arah plot mudah dan didorong oleh emosi yang mengutamakan luahan perasaan daripada kehalusan. Ia melanggar pantang larang seorang penulis when you SHOW to much. Sebab tu aku selalu rasa all these can’t be real and I don’t believe it. Sebagai sebuah buku, ia tak mencabar intelek aku dan tidak menawarkan perkembangan watak yang I was hoping to see.
Interaksi antara Adlea dan Iyaad, dan perkembangan keseluruhan cerita, hanya tertumpu kepada monolog ketakutan peribadi dan mencari harapan, OK ini adalah tema universal tapi, cara tema - tema ini dirungkai teramatlah direct, dan terus terang, aku tak diberi peluang untuk reflect and think, dinamik dan kompleksiti cerita ini agak rendah pada pandangan aku. Just because Hiznawa didn’t trust her readers.
No doubt novel ini dijual sebagai kisah yang menginspirasikan personal growth dan resiliency, tapi minta naaf sangat - sangat, aku rasa kosong usai pembacaan, ia tidak memenuhi expectation aku yang mencari karya yang matang dari seorang penulis yang boleh dikatakan berpengalaman. I am so sorry.
Saya selalu mengelak untuk baca buku under Iman Publication, tapi sebab buku pertama penulis was a good read, saya butakan mata untuk beli BTUK.
After reading this book, I would say, tekaan saya setakat ni betul. Jalan cerita yang sama. Konflik yang lebih kurang. Karakter yang berulang. Dengan apa? Dengan buku-buku 'healing' Iman Pub yang lain. Cliche. Tapi saya teruskan, sebab penulis dia Hiznawa.
Saya tahu, penulis nak menulis cerita yang relatable dengan pembaca. Tapi kalau 'real' sangat, dia dah tak jadi novel, dia jadi retelling a boring-story-of-y/n.
Well, Yid punya karakter, okaylah. Not bad. Gentleman. A good brother. Ada cute sikit. Pandai lawan parents yang selfish. Lea pulak agak passive, terima je hakikat, salahkan diri sendiri. Karakter yang memang masuk dengan jalan cerita dan konflik. Iman's taste.
Tapi, tu lah.. Tebal-tebal, ceritanya berpusar itu je. Penyudahan konflik Lea mudah sangat. Ending parents Yid pun terlalu mudah -menyesal, lepastu tetiba dah habis.
BTUK is a good try, tapi STK masih di hati saya. Konflik STK lagi umph untuk potray the lesson berbanding BTUK.
Adlea Zuhayra membesar dengan mendengar orang sekelilingnya memanggil dia pembawa malang, pembawa sial sampaikan dia sendiri percaya. semua benda yang membuatkan dia bahagia, dia tolak jauh jauh terutamanya, melukis. walaupun dia dikelilingi bunga yang warna-warni sepanjang hari, hidupnya hanya putih dan hitam.
lepasni kalau nampak budak² jual kerepek akan teringat Adlea je lah ya 🥹✋🏼back story dia sedih ya. disebabkan semua tu berlaku, dia sampaikan percaya dia pembawa malang. dengan pak cik terpaling function dia tak habis² "kau tak masak ke harini Adlea!!". nak aje sumbat stoking dalam mulut pakcik dia ni 😤 saya suka friendship built between Adlea dan Aisyah, bosnya di Flora Florist. they are soo siblings coded 🥹❤️
Iyaad, abang kepada Aisyah. Iyaad ni sangat nakal ya, suka mengusik Aisyah. part dia tarik tudung bawal tu, sumpah saya pun ikut bengang sebab bawal dahla susah nak bentuk 🤣 saya suka Iyaad tolong Adlea untuk tak terus lupakan apa yang Lea suka, melukis. dia support Lea through it all. back story both Iyaad dan Aisyah pun tragic.
Adlea dan Iyaad, mereka bond disebabkan trauma masing² tapi saya tak dapat rasakan chemistry antara mereka. macam vibe kawan² je. Adlea needed a shoulder to cry on, untuk bercerita, and he was there. Isu Adlea pula sangat berulang which i understand, dia dah hidup 26 tahun dipenuhi "kau pembawa malang" dan susah nak terima diri sebaliknya. isu dia sangat panjang, sampai hujung baru dia nak bangkit.
part dia asyik salahkan diri dia sedangkan Iyaad was literally grieving tu, saya macam... perempuan ni biar betul... terkedu dia boleh buat gitu hahaha.
Saya rasa penulis memang berbakat menulis cerita genre yang sebegini, SOL. Tapi lama-lama kalau selalu dijamu dengan benda yang sama dah boleh rasa bosan dan dah tak ada kelainan. Hampir semua cerita yang saya baca dari penulis lebih kurang sama cuma berbeza jalan cerita. Lama-lama dah tak terasa teruja.
Untuk cerita ni terasa seperti ada loophole yang tak terisi & bland. Macam baca cerita daily life Adlea-Aisyah-Iyaad. Masing-masing ada trauma & perasaan bersalah yang tak terucap. Watak utama Adlea yang nampak terlalu passive, terima je apa orang cakap & hampir nak tamat barulah nampak sedikit development. Trauma Adlea pun boleh dikatakan macam tu je settle? Masalah dengan pak cik dia pun ehh gitu je? kan kalau dia buat action dari awal dah kurang sikit masalah. Bagi Iyaad pula okaylah sebab dia berani nak berhadapan dengan parents, no bullshit ada progress. Dalam ni saya tak nampak & boleh rasa ada romantic feelings between Adlea Iyaad tetapi lebih kepada kawan yang berkongsi rasa bersalah & masalah masing-masing. Nampak macam penulis pulak yang push supaya perasaan tu muncul (urghh sorry Hiznawa tapi ini yg saya rasa).
4 ⭐️⭐️⭐️⭐️ — The story it's kinda boring at the beginning. But when i get through every pages and chapters, it's getting more interesting! Buku ni bukan hanya menceritakan tentang 'love story' tetapi ianya lebih kepada menceritakan tentang 'family issues' yang ada pada 2 keluarga ini.
Easy reading. Happy, sad and pain in one book 🤯 Herm, I hate every 'orang tua' yang ada dalam buku ni. Toxic and selfish. I CRIED A LOT on chapter 22!!!
Teruntuk mereka yang rasa takdir itu tak adil atau merasakan diri ni selalu membebankan, THIS BOOK IS FOR YOU!!
Kita hidup dlm dunia ni semua diuji dan kehidupan kita ni begerak mengikut takdir yang telah diatur oleh Dia. Dalam kehidupan ni, kita janganlah hanya melihat satu perkara buruk yang pernah terjadi pada kita, tapi lihatlah juga pada beribu perkara baik yang terjadi pada diri kita. Hiraukan perkara yang buruk demi diri sendiri. Kita semua berhak untuk rasakan bahagia! 🫶🏻
"Stop putting all the blame on your shoulders. Ada takdir yang kita tak akan mampu ubah walaupun kita nak ubah, Adlea." - Iyaad
Percayalah cakap aku. I tried my best untuk suka buku ni. Tapi malangnya tak berjaya. Aku suka writing style buku ni. Suka sangat. In fact, the writing style and Iyaad are the only thing yang membuatkan aku menghabiskan pembacaan.
Mengisahkan tentang Adlea yang terlalu negatif terhadap diri sendiri dan merasakan diri dia pembawa malang disebabkan beberapa perkara. Aku sangat annoyed dengan watak Adlea ni sebab dia terlalu negatif terhadap diri sendiri dan aku rasa dia langsung takde usaha nak ubah persepsi dia terhadap diri sendiri. Ye aku tahu ni cuma buku fiction tapi hakikatnya orang macam ni wujud and TRUST ME sangat melelahkan nak hadap orang macam ni.
Disebabkan aku suka writing style penulis ni so aku macam tengah consider nak baca buku keluaran Manes yang ditulis oleh Hiznawa ni.
A bit dissapointed sebab ni satu satunya buku Iman Publication yang agak menghampakan aku
Slice of life. Itu main cerita dalam buku ini. Berkisahkan tentang hidup 3 orang yang berjuang harungi ujian dalam hidup mereka. Ada Adlea, Aisyah dan abang kepada Aisyah iaitu Iyaad.
ADLEA yang sentiasa dihantui dengan hinaan dan cemuhan dari ahli keluarganya. Pembawa malang & anak sial itu yang selalu bermain di fikiran Adlea. Sehingga membuatkan Adlea tak mahu menjalinkan hubungan persahabatan atau kenal rapat dengan sesiapa. Aisyah yang merupakan bos di kedai bunga tempat Adlea bekerja pun, seboleh mungkin Adlea nak jauhkan diri dari buat Aisyah nyaman sehingga nak jadikan Adlea sebagai kakaknya. Ahli keluarga Adlea mati pun dia anggap dirinya sebagai penyebab. Siapa yang ada kaitan dengan hidupnya akan terkena malang atau mati. Oh Aisyah suka melukis. Tapi berhenti melukis ada sebabnya 🥲
AISYAH pula ada ujiannya sendiri. Anak bongsu dari 2 adik-beradik. Dia dan abangnya. Lahir dari keluarga mewah. Tapi dari kecil dia tidak dipedulikan oleh ibu bapanya. Mereka sibuk dengan kerja dari dulu sampai Aisyah dah 23 tahun. Sehingga Aisyah terpaksa rebel untuk mendapatkan perhatian ibu ayah. Tapi ahhh sama je. Sehingga Aisyah sakit, baru ibu ayahnya peduli. Ishhh tapi tak lama, lepas Aisyah sihat, mereka sibuk semula. Hanya peduli bila Aisyah sakit sahaja. Dia hanya ada abangnya. Tapi baru beberapa tahun kebelakangan ni saja dia mula rapat. Walaupun telah tinggalkan dunia gelapnya itu, Aisyah berdepan pula tragedi lagi.
IYAAD adalah abang kepada Aisyah. Dia selalu bertengkar dengan ibu bapanya. Dia bagi teguran pada mereka yang semakin sibuk dengan kerja luar sampai lewat malam sehingga lupakan keluarga di rumah. Iyaad juga pernah ada seorang sahabat karib bernama Izham. Sama-sama minat dalam bidang art dan graphic. Iyaad tak minat bisnes macam ayah ibunya. Sebabkan itu mereka tak suka kerjaya Iyaad. Iyaad diselubungi rasa bersalah tatkala Izham dan orang yang dia sayang meninggal. Katanya semua asbab dirinya. Tak menjadi yang terbaik untuk mereka.
Best! Kang cerita banyak takut banyak spoiler keluar.
Membawa kisah tentang trauma masa lalu, kita mengenal dengan tiga watak, Adlea, Aisyah dan juga Iyaad. Adlea dengan kisah pembawa malangnya, Aisyah dan Iyaad dengan kisah keluarga. Mereka dipertemukan di kedai bunga milik Aisyah. Dari situ bibit bibit perkenalan antara Adlea dan Iyaad mula bercambah. Namun, tak siapa menduga, dugaan datang melalui watak Aisyah, adik Iyaad membuatkan trauma lama kembali muncul. Sudahnya, dapatkah mereka mengecap bahagia?
Plot penceritaan bagi buku ini saya kira lancar sahaja. Tiada yang terlalu memberatkan jiwa. Cuma dek kerana ada beberapa adegan yang saya kira kalau boleh diperjelas lebih baik mungkin membuatkan jalan cerita agak lebih menarik. Misalnya, kisah antara pakcik dan Adlea. Walau bagaimanapun, ia tidak mengganggu alur cerita.
Bagi perkembangan watak, saya agak bersetuju dengan kebanyakan resensi yang lain di mana perwatakan watak heroin agak mengambil masa untuk menampakkan sisi perkembangan. Hampir separuh buku heroin seperti masih menyalahkan takdir walaupun hero telah memberi penerangan tentang takdir hidup. Watak lain saya kira tiada masalah.
Keseluruhannya, buku Bunga Tulip Untuk Kamu ini merupakan sebuah karya yang punya nilai dan pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan panduan hidup terutama buat mereka yang masih menganggap diri sebagai punca kesilapan masa lalu. Tahniah buat penulis!
At first i had higher expectation for this book sebab di belakang buku ada tulis ‘pemenang sayembara novel Iman’. I had so much fun reading previous novel yang menang sayembara sama. But this novel mcm bland sikit. I almost DNF sebab the first 200 pages was so boring macam cerita daily life yang biasa dan tiada apa yang menarik atau mengujakan. After that 200 pages barulah rasa ada perisa dan berkembang sikit. Female lead terlalu stagnant dalam cerita ni. But anyways, kudos to writer for her hardwork.
i really enjoyed the first 25% of the book! the deep layers of adlea’s character intrigues me so much. the pacing of the romance between adlea and iyaad was also just right, still getting to know each other with iyaad flirting here and there. unfortunately the middle part towards the end kinda lost my interest, and the romance started to feel underdeveloped as i think adlea’s feelings towards iyaad as a romantic partner was not expressed well.
thank you Qama and IMAN Publication for sending this book to me!
Personal rating: 4.5/5 ⭐ Trope & Genre(s): florist X art director, grumpy X sunshine, slice of life, opposite attracts, self-acceptance,
Pernah tak rasa diri sendiri malang? Rasa diri ini tidak layak dicintai? Berpura-pura kuat walaupun hati ini sangat rapuh. Itulah apa yang dialami oleh Adlea.
Sejak kecil, Adlea percaya bahawa dialah punca kepada segala perkara buruk yang terjadi di sekelilingnya menyebabkan Adlea rasa bahawa dia tidak layak untuk bahagia. Dia jadi takut untuk berkawan dengan orang lain.
Kehadiran Iyaad inilah yang membuka pintu hati Adlea untuk berhenti menyalahkan dirinya sendiri.
Kita tak pernah baca penulisan kak Nawa before this, tapi kita suka penulisan dia. Bila baca tu rasa comforting je.
First few chapters, Ya Allah buku ni sangatlah pain ye. Bayangkan la, even mak dia sendiri cakap dekat Adlea yang dia menyesal ada anak macam Adlea. Family dia sendiri cakap dia pembawa malang. Tambah pula hidup dengan pak cik yang macam apa. 😭 She's literally broken inside and out.
Kehadiran Iyaad ni lah yang ubah diri Adlea sedikit demi sedikit. Iyaad ni kan, Ya Allah memang green gila! Dia selalu jadi pendengar setia Adlea. Walaupun Adlea sendiri jauhkan diri daripada berkawan dengan orang lain, tapi Iyaad ni cuba untuk masuk kedalam kepompong hidup Adlea. Dia cuba untuk atasi trauma Adlea. Dia sokong minat Adlea. Totally heartwarming. 🩵
Buku ni srsly hampir membuatkan kita menangis masa scene adik Iyaad tu. Sumpah tak expect gila. 😭😭😭
Overall, buku ni banyak mengajar kita tentang self-acceptance. Tiada siapa yang dilahirkan sebagai beban, ataupun malang. Kita semua berhak untuk bahagia selagi kita mampu memilih dan mencorakkannya. 💌
Seriously buku ni almost get me into reading slump. Perkembangan character FL sangat la sikit. Dok putar2 cerita situ je passive sangat. Sorry tp ya ianya boring..
Yg bagus ML, ade progress ada action, nampak la sikit bernyawa dalam novel ni. Storyline banyak lopong dan boleh diperbaiki lagi.
Macam mana nak sayangkan diri sendiri kalau sepanjang hidup digelar si pembawa sial?
Itulah perasaan Lea, setiap hari dilemparkan dengan kata-kata pembawa malang, pembawa sial. Sejak lahir hinggalah umurnya 26 tahun. Gelaran yang sama dipikul setiap hari sehingga terpasak dalam minda bawah sedarnya.
Kisah Lea, Iyaad & Syah ini kisah tentang memaafkan diri sendiri, tentang menerima takdir sendiri, tentang belajar menerima yang semua yang berlaku, adalah selaras dengan aturan Allah.
Tema yang dipilih oleh penulis ini berat. Tapi plotnya tidak la terlalu mendalam. Konflik dua keluarga dipersembahkan dalam novel ini.
1. Keluarga Syah & Iyaad yang mewah, tp lompong tanpa kasih sayang. 2. Keluarga Lea yang memang jelas-jelas susah dan tanpa kasih sayang.
Watak-watak ini sudah tentu berbeza naratif & POV. Sudah tentu saya paling risau konflik Lea & pak ciknya, Pak Hamid yang dibentangkan dalam kisah ini. Risau kot2 Pak Hamid akan jual anak saudaranya tu. Yelah, kaki judi, boleh je buat sejauh itu. Tapi nasib baiklah bukan. Saya pulak yg overthinking. Hahaha
Banyak juga la part2 bergenang air mata. Sebab macam kena penampar dengan ayat-ayat Iyaad & Lea. Kadang2 kita terlalu dengan perasaan sendiri sampai lupa, hidup ni bukan tentang kita saja. Ada orang lain yang perlu kita beri perhatian, beri pertolongan. Kadang2, sebuah senyuman je dah boleh buat hari orang lain berwarna.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan pengakhiran yang penulis berikan kepada Lea & Iyaad walaupun saya sedih ya Syah tak sempat merasa kebahagiaan kakak & abangnya tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Had a love-hate relationship with this book because I can’t tolerate Adlea’s “self-blaming” for the rest of the story. But again, traumatic events won’t easily be healed in such a short time.
I felt her pain and sadness. I admire her courage to still be respectful towards everyone even though they’ve called her names, hit her, and said she brings bad luck ever since she was little. It’s no wonder that she instilled in her mind the thought of herself as “pembawa malang” no matter what she did.
I can’t help but think there must be people like her in this life and how much suffering it is to bear this kind of burden. I hope they, too, get themselves an “Iyaad” to be their home.
Didn’t expect too much from this book at first, but now I think it has become one of my comfort reads as it shows the side of real life, if that makes sense.
I gotta say that the ending is both happy and sad, you can’t choose, I’m afraid.
as someone yang selalu overthinking "asal happy2 & bahagia, mesti ada benda buruk yg berlaku", kata2 Iyaad sangat menenangkan walaupun itu untuk Adlea. semua watak terluka Adlea - dimomokkan as pembawa malang. her bithday is hari ayah dia meninggal dunia, then nak dramatic,setiap kali she focus melukis coincidentally orang2 sekeliling dia meninggal dunia. almost heal dengan kata2 Iyaad but then selepas menunaikan impian Aisyah untuk she melukis,Aisyah pun meninggal dunia Iyaad - past experienced made him someone that we can luahkan our rasa terpendam until kita lupa ada masanya he also need to be healed. positifnya Iyaad sampai dia tahu dia tak okay, so he took time to mencari kekuatan diri sebelum menjadi kekuatan orang lain. kehilangan kawan baik > busy parent > kehilangan his sister,Aisyah > at the same time jadi pendengar Adlea Aisyah - demi perhatian parent she rosakkan diri sendiri but that in the past. her wish nak jadi adik Adlea tercapai but then she left them & the world. baca novel ni umpama memberitahu diri sendiri, semua yg berlaku ada aturan. Jangan salahkan diri sendiri until tak nampak the hikmah di sebalik setiap kejadian.Then, don't assume only diri kita saja yg tersakiti.
This entire review has been hidden because of spoilers.
ini merupakan satu bacaan yang okay, deep trauma from both mc. A bit slow at the beginning then makin menarik. quite a healing read too
Yang paling penting, dia terkait sangat dengan diri saya sebagai seseorang yang sangat sukakan melukis tapi hari demi hari, makin pudar semangatnya disebabkan kurang penghargaan daripada masyarakat.
I wanna be a professional artist too... but it seems less likely to be my main profession in a country which doesnt appreciate art that much.
anyways, I can never hate art, it's been my whole life itself :)
read this book because it was given by my dear friend. saya pernah baca novel Hiznawa sebelum ni di bawah penerbitan lain, and i love it sebab isunya dibawa dengan matang dan lebih 'terisi'. but untuk buku ni, saya tak mampu untuk katakan saya suka dan feeling lepas baca jujur saya rasa, agak stagnant :( not really hate it, buttt you know, just not my cup of tea. buku ni bertemakan tentang kemaafan kepada diri sendiri, lebih-lebih lagi pada masa lalu, self- love and family (well tema yang agak common untuk buku novel Im*n). untk watak utamanya, Adlea, saya kalau boleh nak je hempuk dia ni😭😭😭 suka jump to conclusions dan rasa dialah terrrrpaling teruk dalam hidup. faham, untuk cerita ni watak Adlea dibentuk untuk gambarkan self doubt yang sangat tinggi bila sejak kecil asyik dimomokkan dengan hal-hal yang buruk, cumanya watak Adlea ni buatkan saya jadi tak kesian dengan Adlea, jadi geram pulak😭 ditambah² bila dia ada pemikiran, orang yang berharta mesti hidupnya senang dan bahagia, padahal tak, kaya atau miskin, tetaplah ada ujian hidup masing² (dan hal ini ditunjukkan oleh penulis melalui watak Iyaad dan Aisyah, which is quite good). lagi satu buat saya tak berapa berkenan, Aisyah yang umur 23 tahun jadi bos kedai bunga kepada Adlea ni macam tak berapa nak kena. jarang lah dalam real life bos nak baikkkk sangat dengan employee macam Aisyah buat dekat Adlea, sikap Aisyah ni lebih nampakkan dia sebagai staf biasa je macam Adlea, walaupun diceritakan dia boleh tutup buka kedai sesuka hati sebab dia - bos. 3 tahun bukak kedai memang sorang je ke staf(?)😔 saya tak boleh nak adapt sangat 'keakraban' Aisyah pada Adlea. Untuk watak Iyaad, mungkin sesetengah orang suka, tapi saya rasa dia ni agak pushy, pastu mudah-mudah pula ke mana Adlea ada, di situ ada dia cewahhh😭, but watak Iyaad ni lah saya rasa kunci pada BTUK. Closure untuk konflik watak-watak agak mudah walaupun novel ni boleh kata tebal. Satu lagi yang saya kurang suka, banyak sangat pengulangan (ayat, frasa, dan sewaktu dengannya) sampai saya baca pun agak jemu. Pengulangan dalam penceritaan mungkin boleh dimaksudkan sebagai penegasan, tapi bila terlalu banyak, dia jadi muak, 3 ayat yang bawa maksud yang sama, boleh saja disatukan terus, mungkinlah pada pandangan editor, ia menambah rencah, tapi tidak untuk saya sebagai salah seorang pembacanya.
tapi cerita ni tetap membawa pengajaran, untuk sentiasa percaya pada setiap ketetapan Tuhan. Jangan letakkan setiap yang berlaku itu berpunca daripada diri sendiri, tak semua hal, salah itu terletak pada kita dan kita tak dilahirkan ke dunia ini untuk membawa keburukan atau malang, tetapi setiap manusia itu sudah ada rezekinya tersendiri yang dikurniakan Tuhan di dunia ini khas untuk kita.
Best. Bacaan santai. Tentang Adlea yang dimomokkan dari kecil sebagai pembawa malang. Adlea bekerja di kedai bunga. Berjumpa Aisyah majikannya dan Iyaad, abang pda Aisyah. Tak sarat konflik tapi ditekankan tentang kita kena percaya segala yang berlaku atas ketentuan Allah, bukan atas manusia.
im expecting more for the story. maybe because my expectations was too high? because of ketebalan buku yang agak menarik.
after finished this book, the story was a lil bit slow and getting boring. mungkin sebab cerita nya tidak terlalu berkembang. sekadar di cerita yang sama.
for me, maybe the author can make a new scene that people cant expect for. i know dah ada part Syah ada cancer but idk why that i can predict that she got a health issues since dia selalu cakap nak pergi jumpa kawan ii dia. its not that hard to predict for that.
overall, this is good for beginner to try berjinak jinak in novel. buku yang tidak terlalu berat dan mungkin yang ada fam problem can relates dgn buku ini. hoping the author will do the best for the next karya. dont give up and keep learning.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita tentang manusia² yang berperang dengan masa lalu mereka.
Macam² perasaan ada time baca ni. Gembira, excited, sedih, terharu...
Buatkan kita sedar yang tiada istilah 'manusia bernasib malang' atau 'manusia pembawa malang' dalam dunia. Jangan buat kerja Tuhan untuk tentukan ajal maut seseorang.
Buatkan kita sedar bahawa kita perlu letakkan sepenuhnya pengharapan pada Allah. Bersandarlah padaNya. Percayalah.... semua yang berlaku ada sebab & hikmahnya
Flow cerita ringan je tapi boleh buat nangis woo huhuu ye I'm literally crying yeeee
(tak reti bagi review. sorry if there are any mistakes anywhere)
Honestly, saya suka certain words yang disebut dari character Iyaad dan Adlea, sangat menyentuh hati (kebetulan ada condition yang berkait dengan my life). Tapi dari segi storyline dah dapat agak, dan rasa cycle sama berulang. Apapun saya enjoy je baca walaupun saya first time baca buku beliau.
Keep it up author!!! will gonna read your another book
Novel yang menarik mengetengahkan tentang seseorang yang struggle dengan self-blaming dan selalu memandang hidupnya dengan negatif dek sejarah hidupnya dibesarkan dengan kondisi keluarga yang sentiasa melabel dan menyalahkan.
honestly, i picked up the book because of its title and my love for tulips, so i went in with high expectations. while i understand the trauma explored on both sides, the storyline just didn’t pull me in—it felt a bit dull overall.
Iyaad dan Adlea tersangatlah comel ye. suka sangat relationship diorang dengan each other dan jugak dengan Aisyah. Ada banyak benda yang a bit unexpected (in a good way) dalam buku ni. anyway i love this book, it's such a good read for me who's having a reading slump for years!
Cerita yang panjang . Jalan cerita yang menarik. Setiap orang ada struggle masing² ending dia kalau sambung lagi macam cara diorang heal bersama maybe better.
This entire review has been hidden because of spoilers.