Jump to ratings and reviews
Rate this book

Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya?: Bagaimana Mengatasi Ketakutan Dalam Meneroka Masa Depan

Rate this book
“Aku nak jadi somebody. Aku nak bahagia.”

Mencari haluan hidup yang tepat untuk diri sememangnya menyerabutkan jiwa. Ia tiada panduan. Ia menakutkan. Kita diharapkan terus berjaya, dan dipandang serong jika tersilap. 

Lama-kelamaan, kita seperti kehilangan diri yang dibayangkan dulu. Mana cita-cita dan semangat berkobar-kobar itu? 

Apalagi bila melihat orang lain mencapai apa yang kita mahukan. Perasaan ini pedih dan tidak selesa. 

“Perjalanan terhenti di sini. Laluan ini tidak sesuai untuk kamu.”

Kecewa. Hilang kata-kata. 

Mungkin sebenarnya, berjaya atau tidak bukanlah yang utama. Yang penting ialah cara kita mengatasi ketakutan dan meyakini diri. Kadang-kadang, kita kena cuba saja dulu. 

Kita semua ialah “work-in-progress”!

Dalam buku ini, Dr. Ashraf berkongsi tentang perjalanan diri yang mahu menjadi doktor tetapi membawa ke arah sesuatu yang lain. Melalui pengalaman, kajian sains serta contoh real, beliau mengajak kita untuk melihat kehidupan sebagai sebuah eksperimen! 

Setiap kejayaan dan kegagalan merupakan cebisan hidup yang semakin menguatkan kita. Macam mana kalau, kali ini kita berjaya?

201 pages, Paperback

First published May 24, 2024

10 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (55%)
4 stars
12 (33%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Osman Deen.
Author 13 books111 followers
Read
October 18, 2024
Buku yang bagus untuk golongan awal dewasa! Serious, kalau aku baca buku ni waktu lepas graduasi, rasanya akan banyak membantu untuk bagi semacam outline atau plan nak tempuhi kehidupan ni macam mana.
Profile Image for ♡ Aliah ⸜( ˃ ᵕ ˂ )⸝♡.
68 reviews2 followers
December 9, 2024
As someone who has not yet graduated (didn't manage to graduate 'on time') and currently feeling like the world is against me, this hit the spot. It's a 5-star because it felt like attending one of the bimonthly sessions with my therapist. I miss my therapist now that I am living far away from her. So this book was a good one to fill the void hoho. I have also been living with the same principles shared by the author so there was not much to argue about >< It's like those comforting reminders that you need to hear the most on your sh*tty days (┬┬﹏┬┬)

Thank you, Dr. Ashraf!
Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
32 reviews3 followers
July 5, 2024
Semua orang setuju bahawa semua orang layak mendapat peluang kedua dan berjaya. Persoalannya, apa mekanisme terbaik untuk memanfaatkan peluang kedua tersebut, hingga kali ini berjaya.

Pada saya, buku ini melengkapkan jawapan kepada persoalan di atas. Sudut pandang yang matang dan mekanisme yang jelas relevan. Anda mencari definisi berjaya dan nak berjaya, anda wajib baca!

Tahniah dan terus menulis Dr.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
February 23, 2025
Terbaca buku ni masa sedang takut nak kena bawa kereta jauh sikit daripada kebiasaan. Dapat pujuk diri dan yakinkan boleh je bawak kereta tu. Alhamdulillah okay je sebenarnya. Buku ni banyak la membantu macam step by step nak capai apa yang kita nak. Kita kena kenal pasti matlamat diri dan rangka macam mana nak ke arah tu. Buku ni sangat bagus untuk sesiapa yang baru nak melangkah ke alam dewasa dan nak capai azam yang kita nak.
Profile Image for Izzah Atirah  Muhd Noor.
5 reviews
June 29, 2025
Cara penyampaian yang ringan untuk dicerna dan dari tulisan Dr, saya seperti diberi masa untuk slow down to identify setiap satu persoalan yang masih kurang jelas dalam fikiran. Where I am headin to? Whats the most thing that I am fear of? How to get through the learning phase to end with growth? Terima kasih Dr Ashraf.

Btw saya student KAHS Dr. Semoga lebih banyak buku buku Dr yang keluar lagi nanti ya. Looking forward!
Profile Image for Eira Numairah.
2 reviews
March 4, 2025
sangat disarankan untuk mereka yang nak improve diri & cari cara kenapa masih belum berjaya kerana penulis menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam mencari alternatif di saat kita rasa di titik yang terendah & tidak mampu untuk berdiri dengan sebaris mereka yang telah berjaya menemui kaedah yang sesuai untuk menggapai impian.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 5, 2025
Buku yang sangat bagus terutama untuk remaja yang masih mencari arah hidup dan untuk golongan dewasa yang tiba-tiba hilang arah dalam kehidupan. Banyak tips praktikal yang diberikan. Tahniah kepada penulis.
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
December 23, 2025
Buku ni 'memujuk' saya untuk berfikir secara rasional tentang pernyataan misi dan visi dalam kehidupan. Selain itu, contoh-contoh watak yang disebut dalam buku ini sangat membantu saya memahamkan isi tersirat yang mahu disampaikan oleh penulis.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 2, 2025
Buku yang hadir dalam hidup tatkala berdepan dengan dilema sama ada untuk stay dalam posisi karier sekarang atau mengubah haluan! Buku yang santai, praktikal dan padat dengan panduan 👍
Profile Image for Faiz Tuan.
2 reviews
January 15, 2025
Good, light self-help book. Good for starters/beginners that want to start changing him/herself. build the right mindset to change
Profile Image for littlestar._.
5 reviews
December 27, 2025
buku ni menarikk sebab apa yang ditulis tu, kalau kita faham betul betul, kita boleh apply kat diri kita
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
January 3, 2025
ATOMIC HABIT VERSI MELAYU 😌

Kenapa ketika kecil, kita tak takut apa-apa dan sentiasa tak putus asa untuk belajar berjalan, bermain, memanjat dan banyak lagi. Tapi semakin dewasa, semakin takut dan hidup jadi ‘autopilot’.

Sebagaimana ‘experiment’ ada berjaya atau gagal, begitu juga dengan kehidupan. Walaupun gagal, sentiasa ada pembelajaran dari ‘experiment’ tersebut. Ada pemboleh ubah yang boleh ditukar ganti sehingga ‘experiment’ tersebut berjaya.

Penulis @dr.ashraf.rostam membawa pembaca melihat sesi berbeza kehidupan. Pilihan-pilihan dalam hidup kita juga adalah sebuah ‘experiment’. Jangan takut mencuba. Daripada memikirkan kemungkinan kita gagal, penulis mengajak kita membawa mindset ‘macam mana kalau kali ini kita berjaya?’

Buku dalam niche produktiviti yang ditulis dalam bahasa melayu masih belum banyak di Malaysia. Buku ini salah satunya. Vibenya macam baca buku-buku english yang selalu kita nampak tu seperti Atomic Habit, The Power of Habit dan seangkatan dengannya.

Saya kira buku ini sangat baik sebagai panduan memasuki alam dewasa. Boleh dibaca seawal sekolah menengah, penulis ada sentuh tentang fasa ‘emerging adulthood’. Fasa perasaan ‘in-between’ yang tinggi, terlalu tua untuk menjadu remaja tapi belum cukup sifat untuk bergelar dewasa.

Jangan risau untuk kita yang dah dewasa, tak pernah ada kata terlewat untuk pengetahuan dan cita-cita.

Sangat praktikal, penulis bagi step by step yang boleh diambil untuk menetapkan matlamat dan cita-cita dan jalan mencapainya. Tak cukup dengan itu, penulis bawakan contoh-contoh yang sangat membantu untuk kita faham dan sesuaikan dengan kehidupan kita.

Penulis turut bawakan isu-isu dan tokoh viral di sosial media yang menjadi pembacaan lebih relatable dan dekat dengan orang muda.

Terima kasih @dr.ashraf.rostam & @imanpublication untuk karya ini.

#selfhelpbooks #decemberreads #productivity #imanpublication
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.