BLURB Tular di FYP TikTok tentang keindahan sebuah rumah inap desa tepi sungai yang terletak di kaki Gunung Jerai, membuatkan Misha teruja untuk ke sana. Dia mengajak Edrina, Anita dan Lily untuk turut serta. Tetapi baru saja menjejakkan kaki, Edrina sudah berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada yang misteri tentang tempat itu.
"Batu-batu sungai ni diikat dengan rambut..." - Anita
Percutian yang menyeronokkan bertukar tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba. Edrina dibawa hanyut arus deras dan dianggap mati lemas oleh penduduk sekitar. Badrisyah, pengurus rumah inap itu rasa bertanggungjawab dan berusaha untuk mencari.
"Orang dulu panggil sungai ni dengan nama perenggang ada sebabnya. Dikatakan aliran sungai ni tak ubah seperti putaran jam, berpusing dari angka dua belas bertemu angka dua belas semula. Hulu bertemu dengan hulu semula. Ruang sama tapi masa terpisah." - Badrisyah
Berjayakah Edrina ditemui? Benarkah gadis itu sudah meninggal dunia atau sebenarnya hanyut ke dunia lain?
"Orang sebelah sana tak boleh datang ke sini. Bapak cakap kita hanya berkongsi sungai tapi bukan tanah.” - Nyiur
"Perjalanan takdir Allah sangat berseni. Tampak berselirat pada awalannya tetapi menyatu indah di pengakhiran cerita."
Cerita ini dibahagikan kepada dua latar masa iaitu masa dahulu dan masa sekarang. Untuk masa dahulu, di Pulau Serai, tinggallah Baiduri sang dewi yang menjadi sembahan orang kampung. Amalan syirik ini dihentikan oleh Syed Hussin, yang datang ke pulau selepas kapalnya dilanggar badai. Syed Hussin menyampaikan dakwah buat mereka agar mentauhidkan Allah. Untuk masa sekarang, empat sekawan bercuti di Rumah Inap Seri Malam, Kedah dan Erdina hilang selepas kejadikan kepala air.
Bermulalah kisah pertembungan dua dunia. Kampung Perenggang - Sungai Perenggang.
Garapan novel ini bagiku cukup baik dan teratur yang mengangkat elemen misteri bersulamkan tema mengenai agama Islam, menentang kebatilan dan kemusyrikan. Disertakan juga elemen seram yang bagiku tahap seram pada skala 3 out of 10. Meremang juga ye bila baca babak Lily ditenung oleh makhluk yang menyerupai sahabatnya. Auto terus aku buka lampu tau!
Cerita dalam dua latar masa berbeza yang tidak memeningkan dan langsung menambahkan rasa ingin tahu mengenai titik silang yang menghubungkan dua dunia ini. Bagaimana mereka boleh berhubung? Apa penerangannya?
Elemen sains, sejarah dan fantasi turut menyumbang pada keunikan plot cerita. Syed Hussin membawa watak seorang lelaki tua yang sentiasa tenang dalam menyampaikan dakwah dan tidak gentar ketika berdepan dengan Sang Dewi, turut menitipkan pesanan yang menginsafkan buat kita pembaca. Ada plot twist yang benar buat aku terkejut. Watak Gangsa yang kelakar menyuit hati juga. Siap bertukar jadi perempuan tapi suara jantan 😂
Pengakhiran novel ini agak "open-ending" di mana cerita Baiduri bagaikan bukan berhenti setakat di kampung saja. Dari sudut lain, mesej dalam novel ini disampaikan dengan jelas mengenai perjuangan umat dahulu untuk menyebarkan agama Islam, juga nilai hubungan persahabatan.
Walaupun novel ini medium-paced, tetap aku habis membacanya dalam tiga hari. Semua best kecuali pengakhiran buat Bahrin dan watak Harun juga Farid yang bagaikan singgah di angin lalu saja.
Misha, Edrina, Anita dan Lily bercuti di sebuah rumah inap desa di tepi sungai. Namun ada keanehan yang terlihat oleh Edrina dan Anita di sekitar kawasan inap desa itu. Hingga satu tragedi berlaku menyebabkan Edrina hanyut dan tidak ditemui. Dihantui rasa bersalah Anita berusaha sedaya mungkin mencari keberadaan Edrina.
Konsep kali ini agak lain. Melibatkan pengembaraan tapi bukanlah pengembaraan masa atau ke dunia lain tapi lebih kepada dimensi lain. Sebuah dimensi yang bersambung namun pintunya hanya terbuka pada masa dan ketika yang tertentu.
Pulau Serai ni bagi SH adalah sebuah penempatan yang mengkagumkan. Pelbagai jenis makhluk mampu menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka tanpa sebarang pergaduhan jika tidak disebabkan oleh Baiduri. Sebabnya mereka bukanlah tinggal di dalam dua dunia berasingan tetapi bersatu di dalam dunia yang sama.
Baiduri ni memang memenuhi kriteria syaitan yang sememangnya berjanji akan menyesatkan makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini dari menyembah Tuhan yang satu. Hati dan fikirannya sememangnya penuh dengan cara-cara untuk memesongkan akidah anak cucu Adam.
Dan perjuangan Syed Hussin menggambarkan betapa sukarnya untuk memperkenalkan Islam kepada mereka yang sememangnya tidak pernah mendengar tentang Islam atau telah dimomokkan dengan keburukkan Islam. Lebih-lebih lagi yang sangat berpegang teguh dengan ajaran nenek moyang mereka. Dan kata-kata biasanya tidak mampu menembusi tembok hati mereka. Yang biasanya mampu meluruhkan perisai itu hanyalah dari contoh yang baik. Dan contoh itu merangkumi semua. Perbuatan yang baik, kata-kata yang lemah lembut, kesabaran yang tinggi, mudah untuk memberikan kemaafan dan peluang kepada orang lain dan sebagainya.
Bila disebut sotong gergasi, SH terus terbayang Kraken Surume dalam One Piece. Siap ada babak berkomunikasi dengan hidupan gergasi tersebut. Tapi dalam tu Surume tu comel. Ni macam tak comel je dalam naskah ni. Tak tahulah macam mana boleh terbayang terus Surume ni bila keluar kisah sotong gergasi ni.
Nukilan kali ni lebih bersifat misteri berbanding seram seperti novel² sebelumnya. Misteri tentang Sungai Perenggang yang dikatakan memakan nyawa, misteri kampung Perenggang yang mana penduduknya hanya berbahasa isyarat dan misteri tentang pemilik Rumah Inap Seri Malam. Sebahagian misteri dapat dijelaskan secara saintifik manakala sebahagian lagi kekal sebagai rahsia alam. Teringat tagline novel Rayyan Fantasi, “Apa yang terfikir itu ada”. Banyak ilmu yang dapat dikutip menerusi karakter Anita yang seperti Ensiklopedia bergerak 😅
Sebahagian watak dapat ditebak siapa mereka namun plot twist di penghujung cerita buat kita ternganga jap. Well no mask can be worn forever. One of my fav characters is Gangsa. Disaat dia dengan jujur komen muka tuan dia buruk, aku dapat rasakan dia ni mesti kelakar. And yes I love his character from beginning till ending. Siap boleh menyamar jadi Anita tapi suara jantan 😭
Syed Hussin ni aku bayangkan seperti Tok Sheikh yang dikenali sebagai pendakwah pertama ke Gunung Jerai dan mengislamkan Kesultanan Kedah waktu itu. Watak beliau digambarkan seorang yang tenang dan sabar walaupun sedang berdepan dengan musibah dan bahaya. Setiap pesanan yang dititipkan mendatangkan rasa keinsafan dalam diri kita. Cuma untuk watak Harun dan Farid macam kurang significant pada jalan cerita sedangkan scene Misha dan Lily siasat mereka tu agak menarik tapi tiba² eh abis cmtu ja. Apapun jalan cerita tetap best haha
Kesimpulannya, karya kali ini menyampaikan mesej yang jelas tentang nilai persahabatan mereka berempat, sifat seorang pendakwah yang menunjukkan teladan melalui akhlak terpuji, hubungan kekeluargaan dan balasan bagi mereka yang kufur. Elemen mistik, sains dan sejarah yang digabungkan menjadikan karya ini unik dengan gaya tersendiri.
"Demi masa, aku bangkit bilamana kekufuran mengatasi keimanan”
Penulisan kali ini membawa dakwah Islam untuk memerangi si jin buangan, Baiduri. Baiduri atau disembah sebagai sang Dewi telah dianggap tuhan oleh penduduk di satu pulau suatu ketika dahulu. Cerita kali ini pada saya menarik sebab pertembungan 2 dunia melalui portal masa.
Saya juga kurang mahir bab portal masa yg diterangkan. Masih samar2 so kena bagi dekat yg lebih pakar. Mesti suka. Tapi kalau dapat ke dimensi lain mestilah rasa kagum kan? Nampak sama tapi tak serupa katanya. Jadi dimensi apa yg mereka masuk?
Tempat yg sama tapi berbeza waktu dan zaman. Pada zaman si Dewi ni, manusia mmg jahil. Ada pula amalan Santap Tuah Periuk (makan bayi perempuan hidup2). Semua untuk si jin betina jadi lebih kuat. Maka, Syed Hussin yg ditakdirkan terdampar di pulau itu, nekad untuk membetulkan akidah mereka.
Kehilangan Edrina pada zaman kini pula telah membawa kepada satu laluan. Malah kebenaran juga terbongkar. Pernah ada peristiwa yg menghanyutkan seorang gadis dan seorang bayi. Apa pula kaitan dgn kisah si Dewi tu kan? Haa nak cerita panjang memang tak habis. Maknanya korang kena baca!
Apa yg saya suka kalau olahan cerita dari tok ketua ni, saya rasa ceritanya terlalu realistik. Betul ke rekaan atau memang sejarah kata begitu? Naskhah kali ini memang lain. Seram juga kalau orang masih sembah si Dewi tu ye. Moga akidah kita semua terpelihara. Wallahu’alam.
Sebaik sahaja saya nampak novel ini di Popular, saya terus beli. Biasanya saya akan cari diskaun dulu dan akan buat kira-kira dgn harga Shopee. Tapi untuk novel Anuar Darwisy, saya beli terus tanpa diskaun - tanpa sale. Saya sungguh teruja dengan novel baru ini sebab novel-novel sebelum ini (The Story of Maria, Bunian, Jangan Biar Dia Masuk 1 & 2 dan Rumah Kabilah Jin) tidak pernah menghampakan saya. Semua saya bagi 5 bintang.
Setelah habis membaca 'Sang Dewi', saya frust. Nampaknya macam akan ada sambungan. Sekarang... Berapa tahun lagi aku nak kena tunggu ni Anuar Darwisy oiii. Cepat la sikit keluarkan sambungan dia.
REVIEW SANG DEWI
Ada persamaan dengan novel-novel sebelum ini iaitu kisahnya bermula dari sekumpulan kawan meneroka tempat baru dan tersesat ke alam bunian. Latar tempat kali ini berbeza iaitu di Rumah Inap Seri Malam yang berlatarkan hutan dan sungai. Menurut sejarah, tempat ini sebenarnya sebuah pulau. Akibat letusan gunung berapi kerana amarah Tuhan terhadap jin betina Sang Dewi, pulau itu berubah jadi kawasan landai.
Kisah dibahagikan kepada dua latar masa iaitu masa moden dan masa dahulu. Untuk masa moden, Irdina telah hilang akibat kepala air sewaktu bercuti di Rumah Inap Seri Malam bersama-sama tiga orang sahabatnya. Dalam misi pencarian, sahabat-sahabat Irdina menyaksikan fenomena luar biasa seperti kehadiran bongkah-bongkah batu yang lain daripada batu sungai biasa, pembukaan portal ke alam lain dan kehadiran Tok misteri yang menjerkah mereka kerana berbuat bising di sungai.
Untuk masa dahulu pula, di tempat yang sama yang dahulunya sebuah pulau, merupakan kampung yang menyembah Sang Dewi. Sang Dewi dikuatkan dengan ritual Santap Tuah Periuk iaitu memakan bayi perempuan hidup-hidup. Di kampung tepian pantai itu, siapa-siapa yang melahirkan anak perempuan akan hidup dalam ketakutan kerana mereka akan sentiasa diburu untuk bayi mereka dijadikan korban. Amalan syirik ini dihapuskan oleh seorang wali atau pengembara iaitu Syed Hussin yang sepatutnya berlabuh di Kelantan. Tetapi, kapalnya terdampar di pulau Sang Dewi.
Kisah dalam novel Sang Dewi ini fast-paced, membangunkan jiwa dan menggelikan (merujuk kepada ritual Sang Dewi). Saya terhibur dengan satu watak dalam kisah Sang Dewi vs. Syed Hussin. Walaupun Sang Dewi ini meloyakan, buruk, hodoh dan jahat, dia di-lucu-kan dengan watak Sabut. Sabut jin jantan yang dipercayai Sang Dewi dan Sabut ini agak loyar buruk. Kelakarlah dia ni. Bijak juga penulis meletakkan satu watak loyar buruk dalam novel yang serius.
Banyak lagi nak tulis dan review tapi tak pandai nak karang ayat sebab kisah Sang Dewi ini agak berbelit dan ada plot twist. Bacalah sendiri. Serius tak rugi! Berbaloi-baloi laburkan RM27 ringgit dan laburkan masa selama 2 hari untuk habiskan novel ini.
Sang Dewi menampilkan vibe seram yang agak berlainan. Kisah berbeza alam ini terpulang pada sesiapa yang mahu percaya atau tidak. Namun mengikut 'kamus melayu' sendiri, kita berkongsi kehidupan yang sama cuma berbeza alam. Dalam Sang Dewi ini sendiri wujudnya dua alam yang berbeza tetapi keimanan kepada Allah itu tetap sama.
Sang Dewi ini mengisahkan tentang kewujudan Pulau Serai yang kepercayaan mereka sebati dengan Sang Dewi. Makhluk jin yang berjaya menyesatkan penduduk di situ sehinggalah kedatangan Syed Husain. Syed Husain yang penuh agama di dada berusaha untuk membawa penduduk disitu dari meninggalkan amalan syirik mereka yang menyembah Sang Dewi.
Pulau Serai ini sangat unik. Pulau yang didiami bukan sahaja manusia biasa, tetapi adanya jin dan penduduk asal pulau yang agak berlainan sedikit dari fizikal manusia normal yang biasa kita lihat. Mereka lebih sasa dan tinggi. Keistimewaan mereka boleh bersatu dengan alam dan keimanan mereka teguh kepada ilmu Allah. Cuma mereka dikurung dan disumpah oleh Sang Dewi kepada bentuk batu yang bernyawa.
Dalam masa yang sama, empat sekawan iaitu Edrina, Anita, Lily dan Misha bercuti ke rumah inap desa di kaki Gunung Jerai. Kehilangan Edrina menjadi titik tolak kemuncak ingin tahu pembaca apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang ada di Sungai Perengang sehingga Anita dan Bad pergi semula ke sungai itu untuk mencari Edrina. Namun sungai itulah sebenarnya menjadi penghubung kepada dua dimensi.
Pencarian Bad dan Anita menemukan mereka kepada Pak Sabut dan Nyiru. Mereka jugalah yang menyelamatkan mereka dari Sang Dewi yang bernama Baiduri yang mengganas di malam hari. Kerana seorang Edrina; Bad, Anita, Pak Sabut dan Nyiru berusaha mencari dengan bantuan alam. Pertemuan semula dengan Edrina telah merungkai semula siapa dalang di sebalik kebangkitan Baiduri dan menghidupkan kembali tempat menyembahan.
Tak cukup dengan itu, identiti Bad yang sebenar juga terungkai sama. Patutlah Bad itu lain dari yang lain. Keistimewaan yang ada pada dirinya itulah yang menyedarkan 'Pesaka' akan khilaf yang telah dibuatnya. Manusia itu banyak silapnya tetapi bila dia sudah tersedar dari silapnya, tidak salah untuk memaafkan dan membawanya ke ajaran sebenar.
Kisah Sang Dewi ini sebenarnya tidak habis begitu sahaja kerana Baiduri 'tetap hidup' bila kekufuran mengatasi keimanan. Akan adakah sambungan untuk kisah ini? Ermm kemungkinan itu ada kerana penulis membiarkan pembaca untuk berfikir sendiri akan bisikan yang didengari oleh Anita.
#Nak sangat penulis memanjangkan kisah Bad. Bagaimana dia mengharungi hidup bila dia sendiri sudah tahu akan susur galur keturunannya.
done habiskan dalam masa 7jam. penulis buat dalam 3-4 bulan, kita habiskan dalam kurang sehari. kesimpulannya tok, WE WANT MORE 🔥🔥🔥🔥🔥🔥
baiduri, jin wanita yang kafir dan angkuh, yang menggelar dirinya sang dewi kepada semua penduduk pulau serai mula merasa kedudukannya terancam sebagai ‘tuhan’ sembahan penduduk di situ. kehadiran nakhoda syed hussin di teluk pantai membuka mata penduduk kampung terutamanya anak-anak muda dalam mengenal agama benar, iaitu agama islam. ini menyebabkan baiduri mengamuk lalu merancang untuk membunuh syed hussin dengan bantuan orang suruhannya, pesaka dan jin khadamnya, gangsa.
di dimensi lain, edrina dan rakan-rakannya, lily, misha dan anita merancang untuk bercuti di sebuah teluk penginapan yang viral di tiktok yang terletak di kedah. pada awalnya, semua berjalan dengan lancar namun timbul rasa sangsi terhadap badrisyah, pengurus teluk inapan itu. malam pertama, mereka diganggu oleh ‘sesuatu’ dan ditinggalkan lendir lumut sebagai tanda amaran.
apa yang berlaku? apa kena mengena mereka berempat dengan penduduk pulau serai? benarkah kuasa jahat yang akan menang pada akhirnya? mampu kah syed hussin mengalahkan baiduri?
okay. siapa kata tak best tu sila keluar dari sini. maaf ye. best. if u guys are looking for horror book, ini bukanlah bukunya. sorry to disappoint you. buku ini more kepada thriller, mystery, adventure, scientific dan juga islamic. siapa tak kenal tok, memang buku dia banyak menyentuh isu keagamaan. kudos to you 🫶🏻🎈 nak kata seram? hm.. mungkin dalam 5% je seram, bakinya more kepada geram and nak tahu lebih lagi. once dah start susah nak stop. nak juga tahu apa endingnya. itu yang 7 jam je boleh habiskan ha -
cuma satu je saya nak cakap, apa yang dalam otak penulis buku seram-thriller ni ye? macam mana korang boleh tulis buku power gila di luar kotak 🤔 hm - menarik.
Tanpa sedar rupanya saya telah mengikuti dan membaca hampir kesemua novel seram penulis kecuali yang dijadikan antologi. Apa yang boleh saya katakan, penulis masih punya kekuatan dalam genre ini. Bila kita sebut nama Anuar Darwisy, kita sudah boleh agak alur ceritanya lain daripada biasa dan apa yang pasti, elemen Islamik tidak akan pernah tertinggal dalam karyanya.
Sang Dewi merupakan sebuah kisah yang saya kira lain daripada yang lain. Dari halaman pertama hingga penutup, saya benar benar kagum dengan idea yang dilakar penulis dalam penceritaan ini. Segar. Luar kotak dan penuh twist yang sukar dijangka. Watak watak yang diwujudkan dalam buku ini juga diperincikan dengan baik dan saya kira hampir semuanya punya peranan yang ditulis dengan baik. Sebesar besar watak Syed Hussin sehinggalah sekecil kecil watak Nyiur memberi impak kepada saya sebagai pembaca.
Tahniah buat Anuar Darwisy. Semoga terus melahirkan karya yang penuh jiwa dan terisi pengajaran. Oh ya, untuk pembaca buku ini jangan lupa memilih buku ini sebagai salah satu pemenang untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-BH kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Saya sudah mengundi, anda bila lagi? Gitu sempat promosi.
Sungguh mind blown 🤯.. macam mana penulis terfikir latar masa macam tu.
Buku Sang Dewi ni mengisahkan 2 latar masa yang berbeza. Masa yang sangat jauh daripada kisah² yang disajikan penulis sebelum ni.
Sang Dewi ni adalah satu makhluk Allah yang tak nak sujud pada manusia masa Allah perintahkan semua makluknya sujud pada Nabi Adam. Dia adalah jin kafir yang bersekutu dengan iblis laknatullah. Oh ya Sang Dewi ni ada nama. Namanya Baiduri.
Kisah ni bermula bila 4 sekawan (Edrina, Lily, Anita, Kak Mitch) ingin bercuti di tempat viral dalam Tiktok iaitu di Rumah Inap Seri Malam yang terletak berhampiran Gunung Jerai, Kedah. Sejak awal perjalanan mereka ke destinasi yang dituju, macam-macam petanda dah berlaku.
Dalam masa yang sama dunia di sebelah sana sedang bertarung dengan Sang Dewi dalam usaha mereka untuk menegakkan agama Allah.
Serius aku terpegun bila baca kisah kaum kerabat orang-orang sasa. Sungguh baiknya mereka terhadap makhluk Allah dan menjaga aib sesama makluk 🥹 Allahuakbar. Sekali lagi aku menangis saat baca part ni.
Sungguh, masa baca SD ni, macam-macam perasaan yang aku rasa, tenang, sedih, menyampah, gerun , misteri..yang best dapat rasa mengembara dalam 2 alam yang Allah izinkan masuk walaupun melalui bayangan.
Kisah dalam buku ni ada berkaitan dengan sains dan hukum alam. Banyak ilmu baru yang aku jumpa dalam buku ni.Terima kasih Anita & Badrisyah untuk penjelasan dan teori kalian.
.
The best part yang aku suka dalam buku ni masa Pak Syed menyampaikan pesan dan nasihat. Sungguh mendamaikan hati bila baca kalamullah yang Pak Syed sampaikan pada pemuda-pemuda di Kg Perenggang. Terasa dapat pujukan dari Allah. Rasa hati disentuh. Banyak kali menangis bila baca buku ni. Yang paling tak boleh lupa part Arjuna masuk Islam & pesanan Pak Syed disaat kematian dia tu berderai air mata. 😭🥹 .
Lepas cerita Pak Syed, Arjuna & Sabut tak dapat nak selamatkan bayi dalam peti keselamatan tu dah dapat agak siapa anak orang sasa Bota & Anom yang dihanyutkan tu..dikuatkan lagi bila nenek Embun cerita jadi ciri-ciri nak Bota & Anom tu pada Anita. Salah satu ciri anak mereka adalah dia seorang yang dekat dengan alam dan boleh bercakap dengan haiwan. .
Lagi satu aku suka pada watak Nyiur..polosnya dia, bagus budaknya. Dengar cakap orang tuanya dan berjiwa kental. Teringat scene dia bertukar tu buat aku ketawa sendiri. Nak tau scene mana kena laa baca buku ni ✌🏻😄 .
Lepas tu ada sesuatu yang buat aku tertanya-tanya part last dalam buku ni, adakah lelaki yang datang ke Rumah Inap Seri Malam tu seorang penulis? Rasanya macam tau siapa. Apapun, biarlah pembaca yang menilai sendiri.
Alhamdulillah suka dengan pengakhirannya walaupun rasa macam ada sesuatu yang tergantung. Nak sambungan Sang Dewi II boleh?
Overall, 10/10 bintang ⭐ kalau ada banyak bintang nak bagi lebih lagi.
"Setenang-tenang manusia itu pasti ada had dan batas kesabarannya."
.
Terima kasih Abg Nua hasilkan naskah ni. Rasa lain dari yang sebelum ni. Sungguh, elemen yang diterapkan dalam naskah kalini banyak memberi ilmu baru dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian.
.
📌Moral of the story : Apabila kita berkehendakkan sesuatu ,berdoalah.. sebab Allah pegang semua doa kita. Bila Allah kata jadi! Maka jadilah ia. Dan sentiasa lah letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah. Hasbunallah wanikmal. La haula wala quwwata illa billah.
. " .
Nota buat penulis : Fly high tok. 🕊️❤️✨ Semoga terus di ilhamkan idea untuk menggarap naskah baru untuk kami nanti. Bagi pembaca yang suka mengembara dalam kisah yang mencabar dan tak di jangka boleh baca buku Sang Dewi ni.
Last but not least, "kembalikan cinta itu kepada Allah".
Selepas saja menutup lembaran terakhir novel Sang Dewi, my initial respond is "Eh?? Dah habis dah ke? Alaaaaaaaa!" Begitulah, betapa seronoknya saya berkembara ke Kampung Perenggang dan Pulau Serai bersama-sama semua watak dalam novel Sang Dewi. Tidak keterlaluan jika saya katakan, novel Sang Dewi ni seumpama novel "healing" tapi versi seram mistik. Memang berlainan buah tangan Tok Ketua kali ni. Sepanjang pembacaan, saya umpama dibawa meneguk telaga ketenangan. Pelik jugak kan? Baca buku seram mistik, tapi rasa tenang. Acaner tu? Itulah keistimewaan novel Sang Dewi ni. Dalam pada kita berhibur, penulis menyelit pengajaran. Membawa kita mendekati Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah...
Watak-watak kali ni tak payah cerita. Memang semua hidup! Semua ada peranan masing-masing. Hatta gajah dengan rusa sekali pun ada fungsi tersendiri dalam cerita yang membawa peranan mereka untuk menghidupkan jalan cerita. Membawa rencahnya yang pelbagai. Kalau ditanya, siapa watak favourite, semestinya saya akan jawab Syed Hussin. Dia bagaikan hidup, sama-sama memimpin saya mendekati Allah dengan pesan-pesannya. Sampai terkesima saya dengan setiap kata-katanya dalam tu. Rasa dekat sangat, rasa macam dituntun tangan saya. Masha Allah. Satu bonus point untuk penulis.
Even watak villain Sang Dewi ni pun saya suka. Saya suka membencinya. Hahahhahaa. Memang geram sangat-sangat la dengan jin betina tak sedar diri tu. Udah le hodoh, ada hati nak orang puja dia. Huh!
Watak-watak empat sahabat tu pun bravo! Tapi kan, saya rengsa jugak la dengan Si Anita ni. Eh, acah-acah cool pulak kau. Dah hujung dia jadi punca kawan dia hanyut baru nak sedih. Tu pun tak sedar-sedar diri lagi. Ehhhhh kau ni kannnnn.
Arjuna dan Badrisyah. Chef kiss! Suka watak dua ni. Badrisyah tu mula-mula memang ada la rasa sangsi sikit-sikit sebab Tok ni kan sukaaaaaaa letak red herring dia pada watak-watak yang kita tak jangka. (eh memang pun. Dalam Sang Dewi ni pun tak sangka dalang semuanya.) Sekali, eh, jejaka green flag rupanya. Huhuhuhu. Ampunkan saya, Bang Badrisyah.
Saya sangat suka juga dengan arc watak Gangsa. Dia tak linear dan ada redemption di hujung-hujung. Suka sangat bila penulis buat watak macam ni. Kita tahu perjalanan dia menuju kebaikan dan kenapa dia jadi begitu. Another brownie points untuk Tok Ketua! Marvelous, Tok!
Tak banyak yang saya nak komen. Plot ceritanya sangat teratur walaupun ada dua dunia atau setting berbeza. Saya puji sangat penulis. Cerita dia setakat ni tak pernah cacamarba. Semuanya ditulis dengan penuh disiplin. Kalau ada sesiapa yang hendak mencuba menulis kisah seram, saya sangat sarankan membaca novel-novel Anuar Darwisy dan belajar struktur cerita daripada novelnya. Bagus sangat!
Last but not least, terima kasih Tok Ketua untuk naskah yang sangat indah kali ni. Novel Tok tiba di saat-saat saya terkapai-kapai mencari cahaya. Seperti yang saya katakan di awal resensi, novel Sang Dewi ni seumpama satu buku healing. Sebab saya benar-benar healing setelah membacanya. Saya menemukan sesuatu yang tidak saya temui pada buku-buku lain yang saya baca. Terima kasih, Tok. Semoga asbab penulisan Tok ni memberikan ganjaran pahala buat Tok. Semoga Tok dilimpahkan lagi rezeki penulisan yang bagus-bagus yang memberikan ilmu dan manfaat kepada pembacanya.
✨Wow! Twist pada bahagian hujung² cerita ni memang buat saya terlopong bila baca. Langsung tak terfikir ia begitu. Saya enjoy baca Sang Dewi. Kadang buat kita geram dengan watak²nya, lucu dengan tingkah Gangsa dan dipukul pilu lebih² lagi part orang-orang sasa mempertahankan masjid pertama Kampung Perenggang daripada tempikan alam. Tak dilupa juga bahagian sekumpulan gajah datang membantu manusia yang telah terdahulu menabur budi. Teringat pula berita anak gajah yang menyayat hati suatu masa dulu walaupun takda kaitan dengan jalan cerita SD ni :(
✨Bagi saya untuk SD ni dia tak terlalu seram, mistiknya manja² saja dan mungkin sesuai untuk sesiapa yang belum pernah baca mana-mana novel dari Anuar Darwisy. Penceritaan yang melibatkan dua alur masa dan dua dunia berbeza memang menjadi keahlian penulis dalam menyusun cerita. Cuma kali ni, dalam Sang Dewi, penulis memperlihatkan kita penceritaan alam yang pelbagai yang wujud pada tempat dan masa yang serentak tetapi tidak bertembung secara fizikal seperti dunia antara Syed Hussin, seorang tua yang mempunyai karamah perlu menentang adat yang melanggar syariat serta kejahilan masyarakat kampung Perenggang daripada menyembah Baiduri, jin betina yang digelar pengikutnya sebagai Sang Dewi dengan dunia empat sekawan (dunia kita) yang datang bercuti ke sebuah rumah inap desa sebelum terjadinya malapetaka kepala air yang menghanyutkan salah seorang daripada mereka. Kejadian malang itulah yang nanti mencantumkan puzzle² yang berselirat antara kedua2 kejadian dalam dua dunia yang berbeza ini. Meskipun mereka hakikatnya dalam alam yang berlainan, tersembunyi kaitan yang kuat mengikat. Lebih menarik lagi, penulis tidak ketinggalan menjelaskan serba sedikit setiap kejadian melalui penerangan daripada sudut sains.
✨Saya juga suka dengan penulisan dalam novel ini yang menggunakan peribahasa dan leksikon yang jarang digunakan dalam penulisan lain, menjadikan ia sebagai salah satu trademark penulisan penulis yang saya minati.
✨Singkatnya, Sang Dewi berjaya menambat hati saya untuk teruskan pembacaan dari mula sampai akhir untuk mengetahui kesudahan kisahnya. Ia sebuah kisah yang bukan saja menjawab persoalan cerita berjayakah Baiduri ditewaskan, dapatkah Edrina diselamatkan, apakah rahsia di sebalik watak Badrisyah, tetapi juga menjentik mata hati pembaca untuk terus teguh memelihara ketauhidan akidah yang dipegang kerana nikmat Islamlah nikmat yang paling besar bagi sekalian umat.
✨Saya akhiri dengan pesan Syed Hussin dalam muka surat 277 untuk kita sama-sama renungkan ;
"andai suatu hari nanti, aku dah tak ada lagi, genggam agama ini dengan gigi gerahammu. Jangan sekali-kali lepaskan akidah kamu hanya kerana terpukau dengan habuan dunia yang bersalutkan kemaksiatan dan kemungkaran. Berdoa kepada Allah supaya Dia teguhkan hati kita di jalan yang lurus. Jaga iman kamu baik-baik. Ujian akan terus mendatang kerana sekali kita berada di jalan kebenaran, ia tidak ditaburi dengan kelopak bunga sebaliknya kaca yang tajam menikam."
Fuh, kali ni Abang Nua angkut kita semua pindah benua lain. Ini bukan kisah seram. Ini cerita mistik yang penuh dengan sains, ilmu alam dan titipan agama yang tak ada ampun!
Ceritanya bermula dengan kisah 4 sekawan; Misha, Edrina, Anita dan Lily yang pergi bercuti di salah sebuah daerah di Kedah. Hasil racunan FYP Tiktok, mereka menginap di kawasan yang berhampiran dengan sungai di sana.
Sungai Perenggang.
Disebabkan satu perbuatan yang tak disengajakan, rumah inap mereka dilanda keributan! Diganggu dengan sesuatu yang tak nampak dek mata.
Dan kerana rasa ingin tahu yang berlebihan, salah seorang daripada mereka dibawa arus. Hanyut. Hilang.
Maka bermulalah perjalanan mistik yang tak ada henti. Pertembungan dua alam yang pada akhirnya membongkar rahsia batu-batuan aneh yang melata di sungai. Yang kufur atau yang hak, mereka menggempur demi sebuah perjuangan.
Tapi yang hakiki tetap mengatasi yang batil. Walaupun berbeza alam, agama jadi tunjang. Kekufuran perlu dinyahkan!
Akhirnya, perjuangan mana yang tak berakhir dengan ketewasan? Baik tewas di jalan Tuhan, atau mati dalam kejahilan.
Overall bang, abang memang saya salute 😭🤚🏼 No counter, kali ni Sang Dewi mampu menggegarkan kedudukan tanpa goyah JBDM dekat hati saya setelah sekian lama. Top fav saya sekarang dah jalan berpegangan tangan.
JBDM = Sang Dewi
Kirah tak tahu nak describe betapa bagus buku ni sebab Kirah rasa kelainan yang abang bawakan especially kali ni more to sains, alam, fantasi. Pokoknya memang menjadi!
Mistik tetap mistik, tak pernah failed buat kita berdebar, meremang, rasa nak lari sama-sama dengan watak dia. Tapi kali ni macam abang bawak kami sama-sama berjuang dengan Syed Hussin. Kami mengembara sampai ke serata pelosok hutan sebab penulisan abang 🤣 Tolong bayar kos rawatan tapak kaki siluman kami yang dah terluka sebab kena kejar sekali dengan Sang Dewi HAHAH.
Serius, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Silalah baca korang, korang sikit pun takkan menyesal 😭🤚🏼
P/S: Setiap kali abang masukkan part muzium ke cerita tentang Sejarah ke ... Kita suka habis sebab dulu cita-cita tak kesampaian kita nak masuk bidang arkeologi 😆
Cumaaa .. cuma, ada satu aje yang macam kurang daripada segi justice. Tentang Bahrin. Satu lagi mungkin pencerahan tentang Harun pun macam kita nak tahu lagi.
Apa-apa pun, Kirah tunggu buku baru tok ketua lagi!
Terdapat dua timeline dlm novel Sang Dewi, satunya berlaku di zaman dahulu (anggaran sekitar zaman Kerajaan Kedah Tua) dan satu lagi di zaman moden ini. Babak-babak di abad lampau mengambil tempat di Pulau Serai mengisahkan sebuah masyarakat yg memuja jin bernama Baiduri. Manakala babak di zaman moden mengisahkan Anita, Misha, Lily dan Edrina yg berlibur di Kedah sebelum percutian mereka bertukar menjadi pengalaman yg menakutkan.
Awalnya saya menyangka puaka Baiduri yg ada sejak zaman lampau itu kekal beribu tahun sehingga masih terus wujud di zaman moden, tetapi rupa-rupanya watak dari kedua-dua timeline itu ditemukan menerusi konsep multiverse.
Sang Dewi berbeza sedikit berbanding novel2 “Tok” Anuar Darwisy yg pernah saya baca sebelum ini. Selain elemen kerohanian yg sangat menginsafkan, novel ini juga menyatukan unsur sci-fi, thriller dan fantasi. Rencah seram juga sudah tentu tidak dilupakan, cuma kali ini mungkin babak seramnya agak ‘mild' kerana rasa 'fear of the unknown' itu berjaya diatasi apabila watak Baiduri diperkenalkan awal. Bagi saya, novel ini ‘selamat’ dibaca pada waktu malam sebelum tidur (kecuali scene Lily kena renung masa tidur tu hehe 👻)
Apa pun, trademark Tok tetap dikekalkan termasuklah plot twist yg dramatik (paling mengejutkan ialah Orang Kaya Bahrin) dan semestinya, kemunculan cameo Tok di akhir cerita!
Overall mood novel ini agak sayu dan banyak adegan yg sedih serta menginsafkan (tetapi bab-bab awal ada elemen comic relief menerusi watak Gangsa). Selain itu, pengakhiran novel ini bersifat ‘open-ended’ seolah-olah menyuruh kita bermuhasabah sendiri sama ada Sang Dewi Baiduri akan kembali mengganggu atau tidak.
Membaca Sang Dewi sekitar Aidiladha juga tepat sekali kerana antara tema utama novel ini adalah mengenai pengorbanan, terutamanya pengorbanan mempertahankan akidah. Perjuangan watak-watak protagonis mengingatkan saya kepada umat-umat terdahulu yg juga telah gugur syahid demi memastikan agama Islam dpt diwariskan kepada kita, umat akhir zaman.
🤗Assalamualaikum semua,sementara lunch break ni nak review satu novel menarik ,karya salah seorg novelis terkenal tanah air Anuar Darwisy berjudul Sang Dewi (SD).
🧞♀️ S ~ Seriously novel ni sangat best ,jalan cerita dia menarik tak meleret, jika bukan sebab kenkangan masa tak sampai satu hari blh abiskan.Secara ringkasnya ,novel ni berkisahkan 2 dunia y berbeza namun ada peristiwa y mbolehkan mereka y berada di 2 dunia berbeza tersebut bertembung.Sang dewi merupakan seekor jin betina y mahukan penduduk di pulau serai mgikut dan menyembahnya bahkan menuntut Korban bayi perempuan untuk santapannya.Namun kemunculan Syed Hussin y hadir ke pulau itu sekaligus memperkenalkan penduduk kampung dengan keindahan agama Islam telah merosakkan segala agenda sang dewi.
🧞♀️ D ~ Di dunia y berbeza ,sekumpulan gadis pergi bercuti di sebuah rumah inap desa tanpa menyedari satu tragedi bakal berlaku kepada mereka apabila rakan mereka Irdina hilang semasa fenomena kepala air melanda ,segala aktiviti percarian tidak membuahkan hasil ,sehinggalah sahabatnya Anita dan Badrisyah pengurus rumah inap mengambil langkah drastik untuk masuk ke dunia lain di mana Irdina disembunyikan .Bagaimana mereka boleh masuk ke dunia lain?siapakah Badrisyah?berjayakah mereka menyelamatkan Irdina dan kembali ke dunia mereka?semuanya korang blh baca dlm novel ni,takut nnt terbagi spoiler pada y belum baca.apa pun ada kejutan di penghujung novel ni🤗,tak puas baca novel ni sbb best sgt,suka watak syed hussin macam abah² sangat nasihatkan dan lindungi anak murid n org kampungnya,watak badrisyah pun best ,bertanggungjawab dan unit. Heheheh 5/5 bintang tok ,tahniah atas naskah y hebat ini.
Lastly,bukan badrisyah je suka bait² indah di penghujung novel ni saya pun suka juga🤩
" JIKA KITA RASA DOSA KITA SEBESAR KAPAL,YAKINLAH KEAMPUNAN ALLAH SELUAS LAUTAN,MALAH LEBIH LAGI".💚💚💚
Terima kasih kerana sudi baca coretan ringkas saya🥰
Setelah setahun tak membaca kita mulakan dengan #sangdewi.
Seperti kebiasaan kalau buah tangan Tok Nuar tak pernah mengecewakan Sya. Malah dialah satu2 nya penulis seram yang menjadi salah satu koleksi Sya.
Pertama-tama sekali tahniah buat Tok Nuar atas kelahiran Sang Dewi. Covernya memang memberi makna betul. Kali pertama cover buku tok dengan imej se'lawa' ini🤭🤭.
Kedua, untuk keseluruhan idea dan cerita, Sya sukakan. Kali ini penulis muncul dengan idea yang berbeza pada kebiasaan beliau. Digabungkan sains, nyata dan ghaib. Penyusunan plot juga menarik seawal kemunculan Syed Hussein. Setiap plot diatur kemas. Ada dinamik emosi, cemas, sedikit humor dan geram😌.
Ketiga, perwatakan watak.
Syed Hussein - Tengok perwatakan dia mengingatkan Sya pada watak orang tua dalam cerita pendekar dulu2. Suka dengan ketenanganya. Dalam hati terdetik, bilalah kita nak mendapat khusyuk itu? huhuhu.. jeles juga tau.😁😁
Anita - bak kata penulis watak ni tough. Memang pun. Padanlah dia sebagai heroin. Tough and smart! cumanya geram juga dengan sikap degil dia😌😌.
Badrisyah - Dari awal dah teka-teka. Dia ni something dan ya😏😌😌.
Untuk perwatakan watak keseluruhan Sya suka. Dalam setiap perwatakan memberikan mesej tertentu. Memberi pengajaran.
Keempat, bagus pada penulis kerana ada suntikan twist sedikit. Kat bahagian mana? korang bacalah sendiri. Yang pasti karya Tok Nuar kali ini ada kelainan dari yang sebelumnya. Paling utama, masih sedap dibaca😉😉😉.
22 JUNE 2024, aku menoktahkan pembacaan novel #SangDewi. Sang Dewi satu kisah yang digarap dengan baik. Penuh emosi ketika membacanya... sedih, marah, geram semua ada.. dan ada kala kelakar walaupun situasi sedang cemas ... Dua dunia yang seiring waktu dan tempat namun tidak bertembung.. hanya boleh dimasuki diwaktu yang tepat oleh fenomena alam. Aku suka watak hero veteran Syed Hussin yang tenang dalam apa jua keadaan namun ada waktunya emosi dia diuji dan rapuh apabila kehilangan... Anita, seorang sahabat yang cool yang tak kisah orangnya tapi bertanggungjawab, berusaha untuk mencari kawannya yang hilang. Begitu juga dengan Misha dan Lily. Badrisyah... memang tak sangka siapa dia sebenarnya... Pandai penulis membuatkan aku curiga dengan watak Pak Harun dan Farid. Watak-watak dalam alam Pulau Serai digarap dengan baik... Arjuna, Bakar dan Sabut... Sememanganya dari awal lagi aku curiga dengan Sabut... Siapa dia sebenarnya? Namun tekaan itu terjawab akhirnya dan tekaan aku itu betul sekali.. Puas hati.. Kali ni memang banyak twist. Jadi pembaca perlu fokus.. Cuma ada persoalan yang masih tergiang-giang.. Nyiur anak Sabut dengan siapa? Sang Dewi kisah seram yang penuh misteri, penuh emosi, kisah dan pengajaran kepada Allah kita bergantung dan tunduk... Kisah di masa jin dan manusia boleh hidup bersama... Tahniah Anuar Darwisy untuk naskah kali ni... Terima kasih..... #teamBadrisyah #teamSyedHussin
Alhamdulillah selesai terbaik tok Anuar Darwisy sangat tidak menghampakan. Mcm yg kite ckp sblm nie ia bakal mencatas kedudukan rumah kabilah jin dan ia menjadi kenyataan ia meletus dan membekukan kedudukan yg lain 💥💥 semua karya tok mmg kebabommmm
Kali nie mmg bnyk pengajaran yg kite dpt dlm berbagai cabang ilmu bukan sekadar novel hiburan mengisi masa lapang tp buku yg dpt kite jd kn pedoman dlm hidup juga. Mmg hanyut baca dia mcm hanyut nya diri di sungai perenggang.
Nk ulas psl kisah nye tp xnk la spoil korg kene baca dlu for sure hasilnye bukan meleret yg bukan², xde plot yg ssh nk faham semua smooth je, nama watak rentetan cerita xpening senang paham senang ingat,xde plot yg ulang² bosan, xde sence lawan² yg mengarut² terbang sana sini xde k😝 paling disukai bahasa yg digunakan tu mungkin melambang kn cara perckpan penulis sendiri kot soft je ala ala org lama (tp tok muda lg acah berasal dri zaman purba je😝) bukan berbunga bukan baku tp entah la best la susah nk describe. Sbb aku bukan budak hipster sgt so mmg suka yg half half xberapa old school sgt aaa gichewww
Apa pun terima kasih tok hasil kan berbuah² karya yg sangat sentiasa dapat mecuit hati pembaca, sampai jd xjemu nk membaca rasa sedih bila cerita hampir ke penghujung. Kdg2 rasa nk baca merangkak lah sbb sedih nk hbiskn baca hasil tulisan tok 😢 semoga cepat la tok buat novel baru lg 😆
dah habis baca berhari2 dah tok sang dewi ni tp nak karang ayat utk review asik takde masa je. sorry ye tok...
tapi yg pasti.
SANG DEWI TAK SERAM ! ! Tak mcm novel tok sebelum ni.
Tapiiiii.....!!!!
Kita tersentuh dgn bait2 ayat dari Syed Hussin dalam berdakwah 🥹 Terus diri berfikir & termenung 😔 Dalam Sang Dewi ada pelbagai rasa & perasaan. Pertembungan 2 dunia yg tak termasuk dek akal tapi kuasa Tuhan. Kisah persahabatan, kasih sayang, cinta kan ilmu, cintakan agama, ada tawa, ada tangis & teguh pendirian dalam menyampaikan ajaran Islam. Dalam jahat ada terselit kebaikan & terjentik hati utk berubah. Hidayah Allah tak kira masa & siapa. Babak Syed Hussin di saat akhir usianya memang terasa. Termenangis sama 😢😢 Saat bertempur dgn Sang Dewi terasa bahangnya sama. Saat sekumpulan sang gajah bersama bantu Badrisyah melawan Sang Dewi pun terasa vibes tempur tu. Excited!! Tak senang duduk kita membaca 😅
Sang Dewi tak seseram novel tok yg sebelum2 ni tapi novel ni menyentuh hati kita yg terkadang leka dgn duniawi. Suka dgn watak Syed Hussin yg tenang.🙏😔 Watak2 lain pun best 👍
Well done tok..👏👏👍 tak pernah gagal bg org kampung puas hati setiap kali baca karya terbaru. Ada ilmu, ada info & terselit pengajaran dalam setiap karya. Selamat maju jaya & teruskan berkarya tok!! 🎉
Sang Dewi oleh Anuar Darwisy, KakiNovel 2024 dengan ketebalan muka surat 356.
✨ Psst... ada kemunculan lelaki bertopi dan berkaca mata dengan laptopnya! ytjt 🤭
✨ Sinopsis pendek: Tentang sekumpulan sahabat terdiri daripada Misha, Edrina, Lily dan Anita yang bercuti di sebuah inap desa tepi sungai, di kaki Gunung Jerai. Boleh dikatakan mereka ni terpengaruh dengan FYP TikTok pasal tempat-tempat viral ni. Pantang viral sikit, bagai lipas kudung pi serbu!
Tu orang tua kata, seronok-seronok sangat... akhirnya, sesuatu yang malang menimpa mereka. Tuptup... Edrina hilang!
Apa yang saya rasa sepanjang pembacaan:
✨ Berkaitan dengan Sang Dewi, awal-awal lagi dah 'bocor' identiti sebenarnya. Baca je pasal Sang Dewi, terlintas dalam fikiran saya tentang Nyi Roro Kidul ~ tapi ni di lautkan. Sang Dewi itu tinggalnya di tempat tinggi. Benar-benar angkuh Sang Dewi ni!
✨ Saya perasan, selama saya baca novel penulis, naratifnya terus menangkap imaginasi minda saya. Tak terlalu berlebihan dalam menerangkan sesuatu. Pada saya, novel Sang Dewi merupakan bacaan pantas dan berjaya mengeluarkan saya daripada era reading slump 🤭
✨ Wah, saya sangat kagum dengan idea yang diketengahkan iaitu berkaitan masa. SubhanAllah!
✨ Pada permulaan tu kan, di suatu tempat dan suatu ketika dahulu tanpa dinyatakan tahun sekian-sekian. Mulanya saya hairan, apa sebab-munasabnya buat gitu, kan? Haaa, apabila meneruskan pembacaan... buat saya kagum dengan kebesaran Allah SWT. Tak terjangkau dek akal.
✨ Kalau berkaitan alam sebelah sana, kita mesti fikir, ohhh novel ni ada pasal bunian ke? Itu yang saya fikir awalnya. Ternyata saya silap!
✨Ada beberapa peristiwa berlaku dalam novel ni buat saya teringatkan kisah-kisah sejarah tentang umat-umat terdahulu. Allah turunkan azab kepada mereka agar menjadi pengajaran kepada kita. Dan juga tentang bagaimana para nabi dan rasul menghadapi ujian dalam menjalankan dakwahnya.
✨ Ada terselit sikit tentang Geologi ~ sangat menarik kalau-kalaulah ada penulis lain nak ketengahkan isu ni.
✨ Watak Syed Hussin memang sangat lemah-lembut orangnya. Benar-benar tinggi puncak kesabarannya apatah lagi dia berhadapan dengan mereka yang berada dalam kesesatan.
Kesimpulannya, tidak dinafikan novel ini kurang sedikit elemen seram akan tetapi terasa epik karya ini!
1. Mengajak aku untuk mendalami watak Syed Hussin yang sangat penyabar dan tidak melenting walau apa pun rintangan yang datang. 2. Mengajak aku untuk sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Allah S.W.T 3. Mengingatkan aku (semasa membaca buku Sejarah Nabi waktu dahulu) bagaimana pada zaman Nabi-Nabi Allah menghadapi kesukaran dalam menyampaikan dakwah dan mengajak umatnya menyembah Allah S.W.T. 4. Apa yang boleh dirumuskan untuk naskah ini, Islam Agamaku, Al-Quran Kitabku, Muhammad Nabiku, Ka’abah Qiblatku, Solat 5 waktu, sehari semalam, itu kewajipan yang diperintahkan. Marilah kawan kita semua, sujud kepadaNya, hanyalah Allah Tuhan satu, yang wajib di sembah, Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah. 5. Semoga Tok sentiasa dilimpahkan idea-idea kreatif untuk buku-buku yang akan datang. Terima kasih tok kerana telah berkongsi cerita. Alhamdulillah…
Ambil masa yang lama utk habiskan novel sbb ada kecacatan dlm naskah yg dibeli, tggu penerbit ganti yang baru mood pun dh hilang.
Daripada media sosial penulis dh sedia maklum yg novel kali ini kurang elemen seram tapi lebih kepada kerohanian dan pembentukkan jiwa.
Sewaktu baca novel ni boleh sy bayang keadaan Pulau Serai satu ketika dulu. Bagaimana islam hadir dibumi yang asing ini. Bangsa Raksasa memang dekat dgn lagenda rakyat kedah juga.
Macam biasa plot twist tuan penulis kadang2 buat sy pun twisted jadinya. Cuma ada plot yg rasanya boleh kembang kan lagi contoh Pak Harun dan anak dia tu mcm tiber je taubat.
Betul, untuk naskhah kali ni level misteri nusantara > seram. Tapi, seperti biasa cara pengolahan tuan penulis yang lancar seperti air, dengan kesalahan yg sangat² minimal, membuatkan aku nyaman sepanjang pembacaan.
Bukan lah kisah lompatan masa depan dan masa silam, sebetulnya kisah dua alam yang berbeza, bertembung titik silangnya, menjadi satu garis masa dengan izin Tuhan. Sesungguhnya alam menyimpan rahsia penciptanya, dan masa itu juga adalah makhluk Tuhan.
Walaupun kebanyakan plotnya dapat aku tebak, tetap jugak plot twist nya membuat aku terpanar. Tolak 0.5 ⭐ atas sebab sedikit ketidaklogikan dan kekeliruan pada penamatnya.
Overall, this book is a must-read for fans of historical fiction, offering a gripping narrative and well-researched background. My favourite author, I have re-read his novels without getting bored. Anyway, I'm still waiting for the continuation of the story 'Bunian'🤣 or other version of 'Orang Minyak'. Thank you to Anuar for this incredible story of Sang Dewi.
Jalan cerita yang bertemakan lebih kepada “adventure”, satu dimensi berhubung dengan satu dimensi yang lain ditempat yang sama..bagi saya plot penceritaannya yang menarik, tidaklah menakutkan bagi saya serta mengandungi element Islam didalamnya membuatkan pembaca sentiasa mengingatiNya..rekomen kepada orang yang belum membacanya.
Seperti biasa Abam Anuar kta nie mmg bijak dlm menceritakan cerita yg dia hidupkan… wpun kejap ke era nie lpas tue ke era sana lgi tp at the end of it… it was connected to each other… btw sya nie bkn jenis suka reveal spoiler… so please go n get this book k… last but not least… I love Anita… she’s rock!! Haha
Sang Dewi Lain macam aura nya Selain pengajaran, ada ilmu baru yang dipelajari. Tentang alam, tentang makhluk Allah yang lain Hebat, kemas jalan cerita Bermacam perasaan ada, seram nya terasa betul Tahniah Tok, satu lagi penulisan yang sangat mantap dengan perjalanan yang indah
First of all, the story is so unique and tk boring langsung and deserved 5 stars but due to the fact that jt was too confusing dgn timeline and the story sebb mc tk consistently dlm bab2 + kalau slow brainer tk blh baca buku ni nnti auto jem HAHA so ill put 4 stars