This series explains how the diversity of life on Earth has developed over millions of years, through a combination of gradual change and dramatic events. It reinforces student knowledge about the survivability of plants and animals in environments and provides a substantial background on the earth sciences, such as geological processes. It looks in depth at biological adaptation over time. Topics covered include: genetic variation and mutation; the role of environmental change both gradual and catastrophic; competition for resources; the distribution of organisms; the extinction of species; geological and fossil evidence; comparative anatomy; theories of evolution; and scientists at work today.
Hidupan di dunia mempunyai jutaan spesies - tumbuhan, serangga, alga, kulat dan bakteria.dan setiap satu spesies juga mempunyai ribuan ciri tersendiri. Selain banyak lagi spesies tidak diketahui/tidak ditemui, ratusan spesies baharu juga dikenal pasti seiring proses ekosistem dunia termasuk evolusi manusia. Evolusi yang bersifat tidak menentu ini melahirkan ramai pengkaji hidupan di dunia.
Buku ini memuatkan nama Charles Darwin (1809-1882) yang mengkaji spesimen yang ditemui sepanjang pelayarannya, yang menyatakan setiap spesies yang ditemui mengambil manfaat daripada persekitarannya. Charles Darwin juga ditentang dek kerana pendapat/kajiannya yang menyimpang daripada kepercayaan. Selain itu pengkaji lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah Andreas Vesalius (1514-1564), Carl Linnaeus (1707-1778) dan beberapa lagi.
Pengenalan kepada pengkaji-pengkaji barat ini tentunya memperlihatkan bagaimana kajian tentang hidupan di Bumi ini mengikut kekangan zamannya dan sentiasa diperbaik dari zaman ke zaman.
Sebagai pembaca, buku ini menjadi asas pengetahuan tentang kepelbagaian spesies hidupan di Bumi yang akan bersangkut-paut dengan segala keperluannya kelak. Bacaan lebih terperinci digalakkan terutama tentang kewujudan Bumi dan dunia semesta.