Sebelum ini, hidup Hanani Alayna baik-baik saja. Munculnya kembali Uzaeer Raees setelah lebih dua tahun menghilang telah menjadikan hari-hari yang dilaluinya sangat terbeban.
“You plan nak lari lagi ke Hanani? Tak cukup ke tempoh dua tahun lebih ini I bagi you? Tak cukup ke Hanani?!” - UZAEER RAEES
Setelah berkali-kali cuba melarikan diri, akhirnya Hanani mengalah. Mungkin takdir dia sudah tertulis bersama-sama dengan Uzaeer. Dia cuba memberi peluang kepada lelaki itu.
Dan pandangannya terhadap Uzaeer berubah. Namun, setiap rumah tangga ada badainya.
“Kembalikan Lana pada aku jika kau tak nak atuk benci kau lebih teruk lagi, Uzaeer." - NIK ZAFRAN
Dan Uzaeer tidak akan pernah sesekali melepaskan Hanani. Kerana adalah Hanani bidadarinya. Hanani pelengkap hidupnya. Hanani belahan jiwanya.
“Hani nak abang terus okey. Hani nak abang terus kuat sebab Hani tak nak jadi kelemahan abang tapi Hani nak jadi kekuatan abang.” - HANANI ALAYNA
Hanani kekuatannya dan dia kekuatan Hanani. Cinta mereka, cinta sampai syurga.
Siapa kata kalau rindu nukilan penulis terkenal HF baca buku ini.. adoii sah korang ni mesti kena gula² or nak bodek seseorang
F ada terbaca dekat fb and group whatsapp masa ini.. bab personal F tak ambil port but please korang kalau nak samakan dengan penulis HF make sure uols betul² dah baca karya penulis baru ini
Penulisan kebudak²an.. maaf penulis. You kena brush up lagi skill you. Terus terang F cakap prolog dan nak dekat ending best.. yang lain² F rasa hambar. Macam itu jugak buku no 2 penulis yang F pernah baca.
Kisah ini pasal hero kena tangkap sehari selepas heroin berkahwin dengan hero. Yang dajalkan hero, sepupu sendiri sebab jealous hero kahwin dengan perempuan yang dia suka.
Ok la itu saja coretan kali ini
Satu lagi F lupa.. tajuk His Fallen Bride sepatutnya jadi Her Fallen Husband. Just my 2 cents
At this point, every local author (including Nssignature) needs to realize that NOT ALL WORKS ARE MEANT TO BE SOLD.
I honestly cannot find a single good thing about His Fallen Bride. The plot is plain, uninteresting, and the timeline is all over the place. The English is… terrible. Please, just invest in a grammar checker. It will help you. A lot.
There are so many unanswered and unexplained questions. The plot should at least contain the backstory, instead of just mentioning it like you’re acknowledging someone in a speech. But somehow, the filler scenes get long, detailed explanations for absolutely no reason. Talk about priorities, lol.
Honestly, this should’ve just stayed a free read on Wattpad. Zero quality.
Nak expect apa kalau asalnya daripada ebook dibukukan ? Kali ni penulisan ketara sangat kebudakkan (I bet budak remaja suka la). Plot cerita tak make sense. Cliche sangat dan tak logik. Jauh lagi nak disamakan dengan karya HF. Cover cantik tapi plot meh. Better plot please, sayang bakat penulisan tu ada.
Sakit hati bila publisher claim novel ni limited. (no wonder its limited) Ingatkan ada la wow factor ke, last-last baru bukak 10 minutes dah menguap.
1. Buku nipis so boleh agak yang the story line mungkin simple. 2. Memang simple. bland. plain. Even ayat manis dalam buku ni pun tak mampu nak membiakkan kandang rama-rama. 3. Baca sebab nak cepat habis huhu, tak suka dnf tapi terpaksa baca sebab ingatkan boleh la bagi second chance, maybe ada improvement dekat pertengahan cerita. Tapi it stays the same waaaaa stress 4. Kenapa ya cerita sekarang mesti sikit sikit ada pasal hero tu ada past yang gelap la, ketua kumpulan kongsi gelap la etc...parents hero tak tahu ke? 😃 parents nampak macam orang baik tapi tah la, anak pulak bekas ketua kumpulan apa tah..malas nak fikir ngantuk nok baca buku ni 😔. Mungkin main characters yang ada dark past ni signature author but really, rasa tak dapat diterima dek akal kalau tahu suami ni ada anak buah la and pernah bunuh orang i guess? tak sure, dalam buku tak diterangkan secara details sangat masa lampau hero. Kita pun malas nak teka. And how do you feel when you find out that your husband has killed someone?
Miserable.
itu saja. nak cakap lebih-lebih pun bukannya kita ni pernah menulis. Mungkin ada orang yang akan suka story line begini, possessive ml and softy fl but not me. Rasa tak ngam dengan jiwa.
Sorry for my harsh review and I do believe that you can do better author! ❤️
Buku ni nipis ja cepat je habis 😅 overall this book not bad, idk why ppl hating on this book...it was good and smooth je jalan cerita and oso tak banyak konflik..kalau korang nk baca santai-santai boleh baca buku ni untuk hilang bosan
Cerita dia hmm… bolehlah, dia cam plain jugaklah, takde plot twist semua. Just untuk bacaan santai. Cumanya, macam ada certain part tu aku macam, “ehh, macam tu aje?”
Faham tak maksud aku? HAHAHAH aku pun tak tau nak cakap macam mana. Kiranya macam plot dia tu agak questionable lah, lagi-lagi part last tu. Si Hanani tu maafkan dia tak? Kenapa tiba-tiba terus bahagia?
Mungkin sebab dia dari ebook, and memang nak buat pendek-pendek aje, sebab tu dia tak cerita.
Takde benda yang aku cam wow, so bila habis baca tu, aku boleh cepat lupa dia punya plot. Aku baru habis baca semalam, harini aku dah tak berapa ingat dia punya plot. Ha gitulah.
flow cerita i lowkey dont get it. pastu awal awal cerita tu cam, kasaq naaa hang dengan bini hang. pastu tetiber hanani tu baik dengan laki dia?? after all the "lepaskan saya!"??? so i kurang get it sikit. pastu part Miller jadi spy Zafran tu unnecessary angattt HAHAHAH sebab Hanani kalau nak lari, takde bantuan spy pun boleh HAHHAHA
buku ni tak tahu nak komen mcm mana sebab nk kata tak best boleh la..cerita dia mcm terlalu rushing... ke ada prekuel before this...ntahla tp start dia mcm tiba²..tak faham senanya,beli ni sebab nk habiskan duit je tapi not worth it
aku tak nak rate aku baca sampai habis dan menyesal. harga mahal nak mampus beli masa PBAKL24
editor Idea Kreatif please laaaaa… macamana boleh ambil dan published karya ni? xde kelas langsung ok. ke IK dah xde editor? ke editor IK ni pun budak umur 14-15tahun?
entah apa2 sangat. not worth the money dan buang masa. cerita berangan sebelum nak tido je. x semua orang layak diangkat sebagai penulis dan x semua karya layak dibukukan dan dipasarkan.
sorry kalau agak kasar.. tapi aku terpaksa berterus terang. penulis sila banyakkan membaca dan mengembara dan pergi kelas penulisan. then you comeback with the story.