Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahfuz

Rate this book
"Kahwin dengan anak aunty?"
Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, Iman sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki bernama Adam Mahfuz yang pernah ada dan sehingga kini masih berada di hatinya. Rasa yang pernah muncul di hatinya dulu masih kekal tidak berubah.

“Awak pun nampak sendiri mereka dah pun bahagia. Boleh tak awak berhenti mengharapkan Maya lagi?” - Iman
“Tak payah masuk campur urusan aku, Iman. Aku tak suka.” - Adam

Ikatan yang terlalu menyakitkan. Sebab itu Iman tidak pernah mengharapkan kebahagiaan kerana dia yakin hal itu sangat mustahil. Kebencian Adam terhdapnya terlalu besar dan tidak pernah lelah melukai hatinya.
Dalam kemelut yang tak berkesudahan, Eshan Luthfi muncul membuatkan Adam tergemap. Dan hadirnya Rana Washna membuatkan rumahtangga mereka semakin berantakan.

"I think I'm falling for you." - Eshan
"Awak sayang suami saya tak, Rana?" - Iman
"Lebih dari sayang..." - Rana

Misi Iman sudah selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan pula menghilang tanpa khabar. Rana mahukan Adam. Iman pula terikat dengan janji. Pertengkaran di antara mereka tak pernah sudah. Salah faham terjadi. Ujian dan dugaan datang bertubi-tubi sehinggakan Iman memilih untuk pergi.

"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..." - Adam

Iman tertanya sendiri, andai kata takdir menemukan mereka semula, mahukah Adam memegang erat tangannya? Akankah lelaki itu berhenti bersikap egois dan menyakiti perasaannya? Atau sebaiknya mereka berpisah saja?

532 pages, Paperback

Published May 1, 2024

9 people want to read

About the author

Bellofa

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (22%)
4 stars
4 (18%)
3 stars
12 (54%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
June 23, 2024
Hmmm🤔🤔 Not bad tapi takde spark. Takde big wow. No reason to reread.

Novel di bawah IK biasalah, tema rumah tangga, keluarga, laki bini, cinta. So, you know what to expect.

Pernah baca Mahfuz ni dalam dunia oren, sama je dengan buku fizikal. Kiranya dalam wattpad dapat baca free, physical pulak berbayar, for the same story.

Penulisan okay, tak kedengaran kebudak-budakn atau amatur. Plot bergerak agak pantas, dialog okay, tak kaku atau janggal.

Siapa sebenarnya yang langgar kereta yang dinaiki Adam? Ending Rana terlalu mudah. Emotion dan flow after the accident was a bit rushing dan tak sampai. Tarik tali. Terlepas cakap. Mengandung. I am sorry. I love you. Happy ending.

Pros, berbanding novel IK yang lain, this one untuk scene laki bini lebih sopan. Tiada describe benda pelik-pelik. Haa boleh pun kan buat? Apa masalahnya sampai nak include explicit content? Tampamham.

Cons, seperti di perenggan pertama.
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews200 followers
June 8, 2024
" Kalau kau nak, aku boleh serah badan aku. Aku tak kisah, janji kau balas cinta aku." Iman, 6 tahun yang lalu."

Bodoh bukan? - yes memang bodoh.

Iman sedar atas khilaf dia. Kisah silam yang sentiasa menghantui dirinya.

Cinta itu membutakan. Kerana cinta Iman pijak maruah sendiri

"Jadi perempuan inilah yang dipilih mamanya. Perempuan yang dia pernah tolak cintanya dan dia tíduri tanpa sebarang ikatan yang sah."

Laaaa.... Dah pernah bersama dan Adam ni seorang lelaki red flag la kiranya. Jenis jantan "ikan depan mata rela dijamah takkan nak tengok je. Dah ada girlfriend pun curang

Mudah ekk jadi jantan-tak-guna ini. Tiada langsung rasa bersalah. Tak fikir masa akan datang

Adam terlalu obses dengan bekas tunang, Maya.. hampir langgar suami Maya, Farish. If sayang Maya, kenapa putuskan engagement dulu? Ohh sebab Adam kotor.. punca dari Iman. Ya betullah Maya deserve someone better than Adam

Bos tempat Adam kerja, Eshan nampak gaya macam suka pada Adam. Sekarang ini banyak pulak kisah tentang Gay. Rana PA Eshan pun syiok kat Adam sampai jadi terlalu giler dan obses sangat. Ramainya manusia yang gila sekarang. F pun leh jadi gila bila baca buku ada penyondol ni 🤭

Lama² Adam ni sedar.. dia move on Maya milik orang lain. In the same time Rana dok rapat² dengan Adam. Adam ni perangai jap okay, jap baik dengan Iman.. jap kang menyampah sampai keluar kata² yang menyinggung hati

Bila Iman pergi dari sisi Adam, tahu lak gelupur cari wife. Zahra kawan baik Iman dan sepupu Rana yang memberitahu pada keluarga Adam tentang Iman

Bagi F scene kemalangan itu tak perlu ada sebab bila Aziz meninggal dia ada beri pesanan.. lepas Adam sedar takda pulak scene Adam dengan keluarga Aziz. Aziz pesan suruh tengok²kan anak² Aziz dan anggap as anak² sendiri..

Buku ini banyak kisah tentang Adam dari Iman. Iman hanya seorang isteri yang sentiasa disakiti dengan kata² Adam.

Watak yang F suka Taqi..petahnya bercakap. Terhibur dengan cara Taqi
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
March 2, 2025
Best je cuma boring sikit sebab hubungan Adam dengan Iman kejap okey kejap tak okey, kejap okey balik pastu tak okey pulak. Tapi overall gaya penulisan Bellofa memang best! Santai dan ada selit-selit humor sikit. I'm waiting for the next book! 🤩
Profile Image for adawiyah.
5 reviews
June 16, 2024
Buku ini juga salah satu buku yang aku gemar di wattpad dulu! Masih lagi aku ingat dulu, waktu aku baca buku ni dekat wattpad, habis berjurai ii air mata aku dan mulut pula ringan semacam memaki hamun ADAM MAHFUZ!!!

Mahfuz, atau nama penuhnya Adam Mahfuz merupakan seorang cef di sebuah hotel. Egonya setinggi gunung kerana jika dia memilih A, jawapannya tetap A! Sehinggakan, dia bertekad untuk merampas bekas tunangnya yang sudah berumah tangga. Baginya, tidak mengapa untuk musnahkan rumah tangga bekas tunangnya yang dicintai itu, asalkan bekas tunangnya itu kembali kepadanya semula.

Tidak betah seorang yang bergelar ibu mahu melihat anaknya membuat perkara terkutuk itu.
“Kahwin dengan anak aunty ya?”
Iman. Dia merupakan pekerja kepada ibu Adam dan ironinya dia mengenali Adam. Lebih tepatnya, lebih daripada kenal.

Bagi mengenangkan nasib orang tua Adam yang sangat bergantung harap kepada Iman, Iman terpaksa berkorban untuk mengahwini Adam bagi menyelamatkan rumah tangga orang lain.

Seksa. Itu satu perkataan yang boleh aku katakan tentang perkahwinan Adam dan Iman ini. Adam sanggup melebihkan bekas tunangnya walhal dia dan Iman sudahpun berkahwin.

Kejam bukan ?

Tetapi bukan kesakitan sahaja yang kalian akan menerima apabila membaca buku ini. Banyak jugak perencah yang dapat dirasa. Dengan adanya watak Taqi, geli hati juga melihat si anak kecil yang petah berkata.

“Paksu ni setan!”

Tidak lupa juga kepada Aziz, rakan yang tidak lupa memberikan nasihat kepada Adam. Bagi aku, Aziz sangat ikhlas berkawan dengan Adam kerana dia tidak suka melihat apabila Adam membuat perkara yang salah dan akan menegur. Tetapi apakan daya. Adam Mahfuz, sungguh tidak boleh dipisahkan dengan egonya itu.


Tetapi, dalam keasyikan membaca, ada juga beberapa perkara yang membuatkan buku ini tidak mendapat 4 bintang. Awalnya, aku ingin berikan buku ini 4 bintang. Tetapi, buku yang agak fast paced membuatkan jalan ceritanya agak kurang untuk didalami. Masih, buku ini tetap menarik untuk dibaca.

Tahniahh lagi sekali aku ucapkan kepada bellofa kerana telah menerbitkan anak sulungnya. Sejujurnya. Aku lebih suka buku yang kedua di wattpad. Eshan Luthfi! Eshan juga ada dalam kisah Adam ini. Bagi aku, watak eshan dalam ni agak lawak. Dan aku menantikan anak keduanya untuk diterbitkan. Hihi. Tahniah bellofa 🫶🏻
Profile Image for Moonst.
3 reviews
November 19, 2024
ok je.. everyone has their own taste, if you like it then its for you
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.