Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggemparkan seluruh negara. Serangan berdarah mengubah lautan biru sekelilingnya menjadi gelombang hanyir penuh darah.
Situasi ini membuatkan Muadz Jabar dan rakan pasukannya, anggota 69 Komando, terpaksa terjun ke pusaran kekacauan dengan penuh keberanian.
Di antara deru peluru dan gema ledakan, Muadz—pemuda yang gagah berani—bersama sahabat-sahabatnya, termasuk Khalish, satu-satunya gadis yang baru setahun diserapkan dalam pasukan, mengangkat senjata.
Mereka berjuang dengan semangat yang membara, mereka bertekad.
"Segala-galanya untuk negara."
Khalish, di sisi Muadz, menemukan kekuatan dalam kelembutan.
"Kau, wanita, kau juga pasak kekuatan negara. Ingat, jiwa wanita lebih kuat daripada lelaki. Aku tak mahu kau beralah.” MUADZ.
Pertemuan tak terduga dengan Rimbun, anak gadis Tok Sisik, ketua pemberontak kaum Layaran, menguji hati Muadz. Rimbun membenci perjuangan bapanya, lalu merayu Muadz dengan kata-kata yang penuh mengharap.
"Aku impikan kehidupan seperti gadis biasa. Punya cita-cita dan impian." RIMBUN.
Khalish jadi keliru dan curiga.
Muadz tetap bersahaja, sukar diduga.
Rimbun terus menggantung harapan di jiwa.
Bapa Rimbun terus membuat onar, mahu meranap dan meleburkan Layar Datu dengan darah.
Namun, dengan ikrar pahlawan negara, biar runtuh langit Layar Damar, Pasukan 69 Komando, terus memacu langkah, memicu senjata. Kedaulatan negara melebihi segala-galanya.
Tak dinafikan ayat2 penulis sememangnya memukau. Typo agak banyak dipenghujung buku. Nampak sangat macam tergesa-gesa. .... Permulaan tu terus pengenalan dengan 5 sekawan tanpa pangkat. Muadz, Khalish, Zaid, Hamzah dan Rasyidin.
Buku ni rasanya terinspirasi dengan kes Lahad Datu. Pencerobohan Layar Damar, Bangsa Layaran yang menuntut 'hak' mereka.
Tok Sisik & pengikut cuba beli jiwa orang kampung untuk jdikan sekutu. Rimbun, tak terima apa yang diperjuangkan oleh ayahnya. ....... Aku enjoy baca buku ni, tapi ada watak muncul dan tak ada kesinambungan cerita contohnya watak Aziz dan Leman. Hilang. ..... Aku suka scene Datuk Jebat. .....
Idea ada tapi execution tak ada.
Rushing, nak p mana? Banyak scene buku ni tiba-tiba muncul tiba-tiba habis. ...... Bab 45 tu macam cringey sikit hahaha, dalam duk berperang sempat lagi ye korang. .... Scene pertempuran tak seperti yang aku harapkan. Tak ada scene lawan 1 - 1, scene menembak tu pun ala kadar je bagi aku lah. Aku tak dapat rasa semua tu. ...... Pastu ending, 'eh dah habis', macam tu je? Aku expect scene yang lebih.... Dramatik? ....
Bagi aku jalan cerita boleh dikemaskan lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tahu tak bila saya start baca ni dah hampir nak ke tengah saya dengan yakinnya akan bagi full stars sebab bapak bestttt dengan ayat yang memang sedap dibaca!! Lagi best dari Serigala Metropolis . Tapi hmm angan-angan sekadar sampai di tengah jalan sebab apeniii? Tiberr ehh dalam dok tengah ada operasi boleh dok tangkap cintan, tetiba confess? Dia macam awkward gila terus rasa macam dah tak berapa nak best.
Dengan typonya yang agak banyak lepastu macam tergesa-gesa nak tamatkan cerita pun macam ya jugak & ni pun buatkan mood saya agak menurun nak habiskan bacaan. Yang ni pun saya rasa akan ada sambungan la kot sebab penamat yang macam langsung takda penjelasan tetiba dah habis.
Rasa macam tak cukup sebab ending tu macam tergantung. Hopefully penulis akan buat sekuel. Harap penulis buat cross over dengan White Fang dalam Serigala Metropolis😁
Baru berkesempatan membeli dan menelaah karya Lily Haslina Nasir berjudul Layar Damar. Masih lagi mengetengahkan watak 'abang uniform' sebagai teraju utama cerita. Plot cerita saya tak nafikan, memang menarik. Seperti biasa, penulis akan sehabis baik menghidupkan alam pekerjaan seorang ahli badan beruniform yang sanggup berkorban demi menjaga keselamatan tanah air. Kali ini, penulis cuba untuk menyelitkan elemen mistik bagi memastikan gerak cerita lebih mengasyikkan.
Tidak saya nafikan, saya hanyut dengan gerak cerita pada separuh pertama, sehinggalah watak Rimbun ditahan. Kemudian, cerita agak sedikit goyah ditambah lagi dengan kesalahan ejaan yang saya kira agak banyak. Barangkali kerana buku ini menjadi buku utama untuk PBAKL, membuatkan pihak editorial mungkin tergesa gesa ingin menerbitkan karya ini sehingga terlepas pandang. Diharapkan pada cetakan kedua, karya ini dapat dieedit semula.
Kesimpulannya, saya berharap karya Layar Damar ini dapat dipanjangkan lagi alur ceritanya supaya kita lebih merasai emosi watak watak yang ada dalam cerita ini.
Setelah kutilik dan ku telaah naskah ni, jalan ceritanya seakan Ops Takluk : Lahad Datu. Kalau korang dah tonton movie tu, korang boleh agak jalan cerita layar damar ni macam mana .
Layar Damar dan Pulau Bayu menjadi taklukan Tok Sisik daripada bangsa layaran. Baginya Pulau Bayu dan Layar Damar adalah tanah hak milik bangsa layaran. Hinggakan tanah tersebut menjadi medan peperangan. Banyak darah bangsa layaran dan anggota uniform terkorban angkara Tok Sisik. Namun perjuangan Tok sisik ditolak mentah oleh anaknya, Rimbun yang ingin hidup dalam keadaan aman dan bebas .
Muadz anggota komando 69 yang ditugaskan untuk mengembalikan keamanan di tanah Layar Damar dan Pulau Bayu. Bersamanya ada 4 lagi anggota. Pelbagai ujian anggota komando 69 hadap untuk menentang Tok sisik. Termasuklah ilmu hitam yang digunakan oleh pihak bangsa layaran. Hal itu menyukarkan tugas anggota komando dalam mara di medan pertempuran. Namun, satu kelebihan pada pihak Muadz pabila mereka dapat tawan Rimbun. Banyak hal2 yang dikongsikan oleh Rimbun demi menentang Tok sisik .
Tapi, aku sedikit rasa kecewa dengan naskah ini. Jalan ceritanya agak tergesa2. Mungkin penulis kejar deadline. Aku rasa kalau tidak buat dalam keadaan tergesa2, naskah ini sangat hebat. Sebab aku tahu, bagaimana penulisan seorang Lily Haslina Nasir. Beliau mampu menulis dengan lebih baik .
Dan aku rasa, macam ada sambungan. Sebab pengakhiran naskah ini agak tergantung. Moga sambungannya nanti, kak lily mampu hasilkan naskah yang lebih baik seperti Black Ghost .
Hmmm agak tak ‘smooth’ penceritaan kali ini. Banyak scene yang tiba-tiba, jadi agak menganggu pembacaan untuk fahamkan plot 🥲 Also maaf, tapi agak awkward scene confess cinta, menyempat pulak waktu orang tengah sibuk berperang 😭 Ending dia agak tiba-tiba, tengah seronok baca dia macam ‘eh?’ Apa jadi? Ada hilang muka surat mana-mana ke 😅 Scene aksi dalam novel ni okay cuma boleh diperkemaskan lagi dari segi penulisan 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.