DALAM dunia metropolitan yang penuh dengan bahaya dan pengkhianatan, Inspektor Hazen Althaf, call sign: White Fang, adalah ‘serigala’ yang tidak kenal takut. Nama yang diberikan oleh Komander kerana sifat dan paras rupanya.
Dengan latar belakang trauma yang melanda masa kecilnya, Hazen telah membesar menjadi seorang lelaki yang tangguh, siap menghadapi setiap cabaran dengan keberanian yang luar biasa.
Begitu masuk ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hazen tidak pernah menoleh ke belakang. Dia menyahut cabaran ayahnya untuk menjadi seorang operatif Unit Tindakhas, pasukan elit milik PDRM. Berjaya menyarung beret maroon dan memakai lencana UTK, Hazen menjadi salah seorang pemimpin yang dihormati di unit Rapid Assault Team salah satu elemen dalam UTK.
Matlamat Hazen hanya satu, menggempur musuh negara tanpa membenarkan benteng hatinya dirempuh oleh wanita. Kerana itulah cinta dihulur oleh sniper cantik UTK, Lans Koperal Adelia, dibiar tak bersambut.
“Apakah kau takut pada cinta?” – ADELIA
“Aku tak takut pada cinta, Adelia. Aku hanya takut cinta akan menghalang tugasku.” - HAZEN ALTHAF
Hatinya juga tidak lut dengan godaan Dr. Bella.
“Aku menerima segala kekurangan kau, termasuk kegelapan yang kau cuba sembunyikan.” - DR. BELLA
Namun dunia Hazen jungkir balik ketika dia dipertemukan dengan seorang gadis. Izz Zayani.
“Saya bawa bahaya dalam hidup awak.” - IZZ ZAYANI
“Ya, awak bawa bahaya, tapi awak juga membawa erti dalam hidup saya. Saya tak akan pernah menyesal mencintai awak, kerana bahaya yang awak bawa membuat saya sedar akan kekuatan cinta sejati.” - HAZEN ALTHAF
Dengan kejutan dan pengkhianatan yang mengancam nyawanya, Hazen tetap lingas seperti seekor serigala.
“Aku akan melakukan apa pun sebagai bukti setia, bahkan jika itu bererti mengorbankan diri aku sendiri. Aku adalah serigala yang menggempur, bukan yang diserang!” - WHITE FANG
SERIGALA METROPOLIS adalah kisah yang penuh dengan aksi, keberanian, pengorbanan serta kesetiaan sang ‘serigala’ UTK menjaga wilayahnya dan insan-insan yang dikasihinya.
Action 90% dan Romance 10%. Mgkin disebabkan aku dah baca buku Black Ghost, tidak dapat tidak aku membandingkan dua karya ni. Haish 😅 Impak Umar terlampau kuat menjadikan karya ni kurang sedikit pada pandangan aku 😌
Macam biasa buku Kak RH full with details, tugas2 ML sebagai UTK, details mengenai senjata dan mcm2 lagi. Aksi dia mmg aku suka, cuma ada pada awal2 cerita ni aku takleh nak bygkan scenes yg berlaku 🤧 Betullah org ckp tak mudah nak gambarkan action scenes dalam bentuk ayat. 🤔 Apapun, for me storyline ok cuma the ending agak rushing dan beberapa perkara yg agak anticlimatic dan predictable 😌 Btw, satu benda ni aku tak puas hati sikit, kenapa banyaknya typo dan ayat yang berulang, lepas tu ada yg takda noktah dan tergantung. Ini kesalahan yg agak obvious sebenarnya. Biasa aku setakat typo sikit2 ni takdalah nak sebut, tp yg ni waduh 🙄 Please ya karya seni 🙂↔️
And the last thing yg aku nak ckp ni might be controversial sikit, don’t kecam me it’s just my two cents cewahhh 💁🏻♀️ Aku tak nampak relevannya perkahwinan diorang, sorry to say, sbb rasa mcm kalau ML tu jaga mcm biasa pun boleh je without the marriage tu 🙊 End up the FL always dkt rumah, dan ML always tak ada, paling pun teman ke Sentinel Ordnance, takyah jadi suami pun takpe hahahhah. Ok2 maybe this is just me, i’m the problem. 🤦🏻♀️ Tp ada satu scene ni aku suka sangat 🩷 Scene ML dan FL after one big thing happened to the FL. Iykyk. Rasa mcm sweet sungguh scene tu 🫠 Aku rasa tu je part paling sweet dlm cite ni. Hahah. Dah nama pun romance 10% je. 🫣 #emptycanvashida
This entire review has been hidden because of spoilers.
1) Maaflah sepanjang saya dok membaca cerita ni memang tak lepas dari dok bandingkan dengan Umar dari Black Ghost #UmarAlhaidar. Hazen ni macam kurang menyerlah sebab saya tak berapa nampak dia punya kehebatan & ketangkasan, biasa je.
2) Kalau dari segi plot saya memang suka, penuh dengan aksi. Pandai ya penulis menggambarkan sesuatu situasi yang sedang terjadi. Selain itu cerita ni jugak penuh dengan info dumping berkenaan senjata. Kali ni saya berjaya teka siapa disebalik topeng penjahat sebab rasa macam senang nak teka 😂
3) Saya paling suka dengan watak heroin dalam ni yang tak lembik kena sentiasa diselamatkan. Takdelah hati saya rasa menyampah sangat dok baca.
4) Hmm, saya tak tahulah kenapa banyak sangat typo, ayat yang tak lengkap lepastu kejap bahasakan diri kamu kejap kau. Editor tak ada ke takpun beta reader? Sakit mata saya dok tengah baca dengan nak kena betulkan ayat lagi. Saya ni takdelah dok berkira sangat kalau setakat dua tiga ni ampunn.
5) Dah hampir nak sampai ke penamat saya rasa macam ada yang ehh tiberrrrr? Gitu je penamat takpun ada sambungan? sebab rasa macam ada benda yang tertinggal.
Seperti Black Ghost dan Raid Arjuna, saya memang menggemari cara garapan penulis dalam mewarnakan kisah abang beruniform. Untuk kali ini, saya kira penerangan tentang UTK dibuat dengan teliti. Menjadikan seperti kita turut berada dalam situasi mencemaskan yang dihadapi hero dan heroin di dalam buku ini. Cerita ini boleh diberi 5 bintang andai kata kesilapan ejaan tidak terlalu ketara. Walau apapun, naskah Serigala Metropolis ini wajib ada dalam koleksi anda sekiranya anda merupakan peminat tegar Rose Harissa dan juga karya aksi/thriller.
Karya Rose Harissa memang sentiasa dinanti sebab banyak ilmu kita dapat belajar. Kali ni hero seorang UTK PDRM dan heroinnya seorang pereka senjata api. Satu pujian buat penulis kerana sentiasa menghasilkan karya yang berbeza. Tabik juga kepada penulis kerana novel ini hampir tiada dialog atau ayat Bahasa Inggeris kecuali istilah2 yang digunakan oleh anggota semasa operasi. Dialog oleh penutur Bahasa Jerman dan Bahasa Arab juga tak perlu ditulis dalam bahasa tersebut. Ini mengingatkan aku kepada Raid Arjuna yang 100% dalam Bahasa Melayu.
Babak awal semasa Hazen masih dalam latihan agak pendek, aku mengharapkan lebih lagi supaya dapat mendalami kehebatan Hazen. Aku cenderung membandingkan Hazen dengan Umar dari segi kehebatan mereka. Dalam Black Ghost, kehebatan Umar lebih terserlah.
Watak heroin memang tak mengecewakan. Izz Zayani, anak Tan Sri Iskandar, pemilik Sentinel Ordnance yang bertanggungjawab menghasilkan senjata api kegunaan pasukan pertahanan negara. Zayani sendiri sebagai pereka senjata api Sentinel. High profiler kan! Watak Zayani tak lembik, ada auranya tersendiri.
Satu saja yang aku nak Karyaseni ambil peduli. Tolonglah semak manuskrip dengan teliti. Ada banyak ‘typing error’ seolah-olah tidak disemak. Perkara ni selalu sangat berlaku, rasa nak nangis tau sebab aku suka karya penulis ni tapi kenapa masalah ni kerap sangat berlaku? Ada beberapa tempat, perkataan berulang, nama penjahat yang berubah-ubah kejap Shalev kejap Shelav, ada ayat yang tak lengkap berakhir dengan tetapi tanpa noktah. Aduhai, Kenapa? Kenapa? Kenapa? Maaf, aku tuding jari pada editor dan pembaca pruf Karyaseni.
Tolonglahhhhh pastikan karya akan datang disemak betul-betul. Minimumkanlah kesalahan supaya orang tak boleh kutuk karya penulis kegemaran aku ni 😭😭😭
“White Fang” call sign untuk Inspektor Hazen Althaf. Serigala UTK yang tidak pernah kenal erti takut. Namun disebalik keberanian tu terselit sebuah insiden hitam yang membuatkan siapa diri dia sekarang .
Sentinel Ordnance, sebuah organisasi yang mempunyai kepakaran dalam senjata api yg menjadikan mereka aset berharga kpd negara. Sentinel Ordnance memiliki Thunderbird yang sangat diinginkan oleh The Iron Wraiths. Sebuah kumpulan yang diketuai oleh Dr. Tamar Shalev. Kumpulan yang telah menghuru harakan negara .
Sentinel Ordance, The Iron Wraiths dan kematian bapa Hazen, Prof Dr Fattah Abu Hamza ada perkaitan .
Izz Zayani. Aset terpenting dalam Sentinel Ordnance. Maka dia perlu dijaga oleh pihak UTK dan lebih tepat lagi di bawah jagaan Hazen. Kerana Izz Zayani menjadi buruan The Iron Wraiths .
Naskah yang aku rasakan sangat menarik. Sedikit sebanyak aku mampu mengetahui tentang UTK dan tugas2 mereka .
Bagi aku awalan cerita sangat okey. Aku dapat menghayati tentang Hazen dan UTK. Tapi bila dah dihujung2 cerita, jalan penceritaan agak tergesa-gesa. Tup-tup dah habis. Aku berharap sangat di saat Hazen membalas dendam terhadap Dr Tamar Shalev part tu agak panjang. Ini semudah tu je Hazen membalas dendam. Terlalu mudah kematian Shalev. Sedangkan dia dah buat huru hara yang bukan biasa2 dan banyak yang jadi mangsa .
Aku harap sangat aku boleh membaca naskah yang sebegini daripada penulis2. Sebab isinya bukan biasa2.
Rose Harissa sekali tulis buku unit beruniform, bertubi-tubi beliau bagi. Buku ini fokus pada aksi dengan selitan romance sikit-sikit.
Ada bab-bab yang gila membuatkan pembaca jadi, "eh? Eh!? Apa ni!?"
Bahagian aksi memang puas. Teringat Black Ghost, tetapi versi polis.
Bersama kisah romance arranged marriage/marriage of convenience. Cuma romance agak lemah berbanding emosi dalam karya lain penulis. Rasa agak mendatar.
Saya sebagai pembaca lebih gemarkan dua watak utama ini secara terpisah. Dua-dua cool. Cuma bila bersama, emosi tak cukup dalam. Kurang mood romance?
Benda yang paling saya tak gemar, kulit buku dan grafik banyak menggunakan AI. Jika ada rancangan cetak semula pada masa depan, harap penerbit guna artis yang ada jiwa. Kedua, editor banyak terlepas kesilapan kecil dalam buku ini.
Yang lain saya okey saja. Rose Harissa memang penulis yang baik, penguasaan Bahasa Melayu juga cantik.
1. Kalau nak dibandingkan dengan novel Rose Harissa yang lain, ni agak kurang umph. Banyak scene yang rushed dan masih boleh expand, tapi mungkin terikat dengan wordcount.
2. EDITOR. PROOFREADER. SESIAPA. TOLONGLAH. SAYA MOHON. Teruk sangat kalini. Titik noktah hilang. Permulaan ayat huruf kecil. Typo. Bukan publisher dan penulis kecik kecik nak buat salah macam ni. Copy saya dah cetakan kedua. Hope ada improvement untuk cetakan akan datang.
3. Rasa muak sikit dengan plotline perempuan jadi bodoh sebab cinta. Kalau perempuan biasa macam tak kisah lagi. This is supposed to be an elite police force, kenapa tahap bodoh Adel sampai macam tu sekali???
4. Plot macam okok saja. Nothing super jawdropping sebab semua twist memang boleh teka awal.
5. As always, kalau aspek ilmiah memang research Rose Harissa tiptop. Keep it up
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Serigala metropolitan adalah novel favourite saya di tahun 2025 setakat ini. Mungkin sebab tahun ini saya terlalu banyak membaca novel² viral dari penulis yang kurang matang, jalan cerita yang kurang mendalam dan penulis yang kurang membuat research utk sesebuah penceritaan.
Walaupun novel Serigala Metropolitan banyak incomplete ayat and mistakes, saya masih lagi boleh memaafkannya dan menerimanya selagi jalan cerita dan detail penceritaan nya bagus hihihi...
Focus cerita lebih kepada action than romance (acceptable to me, tukar angin dari cerita romance ML kaya & FL acah² minta diselamatkan). And I like how some characters ada secret yang somewhat berkaitan utk develop plot cerita.
Well done Rose Harrisa, looking forward utk baca novel RH di masa akan datang.
Agak pendek kisah kali ini… tapi….. i enjoyed reading this one so much 👏🏼🌟
Karakter ML dan FL yang keduanya badass, strong dan tak lemah, cukup melengkapi antara satu sama lain. Jarang jumpa plot penceritaan melibatkan 🇵🇸 jadi saya hargai, dan terharu sambil baca. Cukup rasa dan meresap dalam jiwa pengorbanan setiap dari mereka. Babak aksi dalam kisah kali ini mungkin tak banyak, tapi cukup 👍🏻
Cuma bab typo, double words, tunggang terbalik ayat kena betulkan lagi. Agak susah nak cerna dan faham cerita 🥲😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
habis juga aku baca buku ni. bermula lepas habis minggu PBAKL 2024 hari tu…aku selak 2-3 muka surat dah rasa macam laporan latihan seorang UTK. terlalu ilmiah.
tapi start Hazen jumpa Zaya, jalan cerita mula menarik.😁
rasa macam terlalu singkat pulak kisah Hazen dan Zaya, tapi kalau dipanjangkan mungkin agk bosan. so, aku rasa ok lah 300+ pages tu. ringkas dan padat. x meleret.
Cerita ni best tapi jadi spoil mood bila banyak kesalahan ejaan dan susunan ayat...harap lepas ni double cek betul2 sebelum dicetak,sayang sebab jalan cerita dah best jadinya tak dpt nak bagi fullstar..
writing style - suka. boleh masuk. storyline - biasa. plot twist boleh ditebak. action - 90% action, 10% romance. tak ada scene yang boleh bikin loya.good job.